Thursday, October 13, 2011

Menjadi isteri di alam poligami




"Apa pengalaman nurul menjadi isteri kedua..?" Tanya seorang ukhti.

Pengalaman yang macam mana tu..? Bagi saya, samalah seperti perkahwinan biasa – ada yang susah, ada yang senang, ada yang baik, ada yang sedih, ada yang ceria, ada yang tak baik, ada yang menarik…

Kita kongsikan yang baik-baiklah ya…

Hmm mungkin ada sebahagian kita yang tidak selesa dengan topik ini, namun izinkan saya berkongsi untuk mereka yang ingin mengumpul kisah dan pengajaran mengenai alam poligami.

Saya tidak menyuruh semua terlibat dengan poligami, namun semakin meningkatnya jumlah pasangan yang berpoligami, maka itulah salah satu tujuan perkongsian saya tentang poligami – memberi pendedahan atau mempersiapkan perasaan dan fikiran untuk kita menempuh alam yang isteimewa ini.

Saya pun berfikir-fikir perkara yang baik untuk dikongsi - yang relevan  dengan kehidupan sebagai kehidupan berpoligami. Hmm apa ya..?

Pertama, membantu memelihara rasa cinta di hati isteri. Cinta kepada suami. Juga cinta kepadaNYA. Setiap minggu, suami saya akan berada di rumah saya dua atau tiga hari. Hari-hari lainnya, suami samaada di rumah kakak isteri pertama atau suami bekerja di dalam/luar negara. Dua atau tiga hari inilah masa bersama suami, dimanfaatkan untuk kami sama-sama menghidupkan baitul muslim ini. Baru bertemu, kemudian berpisah.

Waktu kami saling berbaik-baik, perpisahan itu nyata makin menghidupkan perasaan, saling merindui dan mengharapkan lagi pertemuan. Waktu diuji dengan konflik di alam penyesuaian, perpisahan itu ruang merenung kesalahan dan memperbaiki kesilapan.. hmm samaada poligami dan monogami, setiap pernikahan ada masa berbaik-baik dan gaduh-gaduh kan...?;)

Cinta kepadaNYA .. moga makin mendalam. Moga poligami jadi wasilah yang mengeratkan kita pada tuhan. InsyaALLAH. Waktu sering ketiadaan suami, siapakah peneman? Siapakah pelindung? Siapakah pemelihara? Siapakah pendengar? ( hmm tapi bukankah sepatutnya pada ketika ada suami pun, ALLAH tetap menjadi peneman dan pelindung ...??? bukankah kekuatan dan pertolongan itu semuanya milik ALLAH…??)

Poligami membantu membawa diri ini mengingati suami sebagai pinjaman tuhan.. sehari dua ALLAH pinjamkan, suami kemudian pergi lagi. Kalau selepas itu tiada lagi pertemuan..? Maka sering saja perpisahan itu direncana agar berpisah dalam hati yang paling baik, penuh kasih sayang dan kemaafan.

Ya ALLAH bantulah kami menjadi hamba bertaqwa - agar kami berkasih sayang di dunia dan syurga... jadikan kami teman yang tidak bermusuhan di hari akhirat, jangan kami tidak lagi ENGKAU benarkan bertemu.

Kedua, isteri mendapat ruang kerehatan. Hak suami itu banyak.. hak lahiriah dan batiniah. Bukan sekadar menjaga makan minum, pakaian, hubungan seksual tapi yang lebih besar ialah pada seorang suami, isteri itu seharusnya wasilah terbaik meraih ketenangan dan memantapkan keimanan (walaupun ketenangan sebenar hanyalah pada hati yang zikrullah..)

Alhamdulillah jika kita adalah para isteri 24 jam sehari dan 7 hari seminggu menjadi isteri yang ceria, sabar, mendamaikan, penuh prihatin tapi sebenarnya dalam arus zaman yang bergerak laju, isteri kadang-kadang tak boleh cope dengan semua tuntutan.. Isteri pun ada waktu bermasam muka, murung, panas hati, sedih, bosan.. mudah saja untuk tampil keras dan kaku dengan roomate bernama suami..

Jadi dengan syariat poligami yang ALLAH gariskan, dengan hari-hari kebersamaan suami isteri yang terbatas, para isteri insyaALLAH punya ruang mempersiapkan dirinya yang terbaik dari segi fizikal, emosi dan fikiran untuk melayani suami dengan sewajarnya.

Yang penting, persiapan ruhiyyah yang tinggi juga harus dibina agar hati isteri dan hati suami selalu bersambung dengan kasih sayang ALLAH. (ohh bukankah dalam setiap keadaan ruhiyyahnya harus teguh…)

Semestinya suami mengharap isteri sumber ketenangan setelah di asak tekanan di tempat kerja - menghadapi kerenah anak buah atau bos, godaan materialistik dan sosial yang melemahkan iman, godaan dan ujian perempuan-perempuan yang jahil di luar sana, etc.. Isteri sangat diharapkan menjadi penghibur, penenang, motivator dan kaunselor.

Wah, suami saja kah yang diasak tekanan… perempuan atau isteri tak tertekan dengan kerja dan tanggungjawab lain..?

Tertekan juga, tapi perempuan sebenarnya lagi kuat. Lebih sabar, lebih lembut dan lebih cool berbanding lelaki hee.. Perempuan lebih baik dalam mengurus emosi kadang-kadang. InsyaALLAH andai iman menjadi perhiasan di hati-hati kita, di balik kesulitan, ada ketenangan yang menemani tingkahlaku dan ucapkata.. [ tak lah semudah yang di ungkapkan..]

Maka, poligami memberi sedikit time-break untuk isteri mengecaj hati hingga mampu bertemu suami dengan kondisi hati paling lapang dan menghiburkan..

Tapi kan, realitinya amat payah.. nafsu buruk dan syaitan durjana sering ingin mengucar kacirkan keadaan, benda-benda remeh mudah saja buat isteri merajuk menjauhi suami, benda-benda remeh mudah buat suami memarahi isteri..

Ketika suami di rumah, pastilah suami suka isteri-isterinya nya bagi perhatian penuh padanya, menyediakan keperluan sebaiknya etc..

Duhai para isteri, setuju tak khidmat pada suami dan rumahtangga ini meletihkan ...? Ya, ikhlas memang ada insyaALLAH tapi penatnya boleh tahan juga... :D

“Fuhh..lega suami akak pergi outstation tiga hari.. kalau tak, penat... mana nak layan anak lagi, nak masak untuk suami, nak siapkan kerja sekolah lagi…” ini antara dialog biasa yang didengar bila para isteri berkampung.

Justeru, poligami menyediakan kerehatan insyaALLAH. Merehatkan hati dan fikiran dari tanggungjawab isteri, boleh alihkan perhatian pada ibu bapa, anak-anak, rakan taulan, saudara seagama dan ummah yang merindui peribadi yang menegakkan agamanya..

Sebenarnya, kalau nak cerita kebaikan syariat poligami ALLAH ke atas kehidupan para hambaNYA, tak cukup dengan satu blog… Dan kemanisan jua kebaikan poligami ini dirasai berbeza-beza oleh suami dan isteri-isteri.

Untuk saya, inilah secebis kebaikannya. Untuk para isteri lain, saya percaya ada kebaikan dan cabaran tersendiri.

Dengan usia pernikahan saya baru tiga tahun, mungkin kata orang - realiti alam rumahtangga belum menjengah ya..? Apapun, terus lah kita saling mengingatkan dengan kesabaran dan kasih sayang..



15 comments:

Unknown said...

entri yang best..ooo..

Anonymous said...

Benar bahagian memberikan kerehatan kepada para isteri dari tanggungjawab isteri... jarang jumpa jarang juga marah-rajuk-kecil hati... :)

i like this post and it has open up my mind about polygamy in islam... and make me think deeper to consider it part of my life.. insya-allah one fine day... thanks

zaza said...

Thanks for the entri..akak banyak mengangguk dari menggeleng..hehehe

Atashi In Hiroshima said...

:) ...InsyaAllah

Anonymous said...

Salam,

Begitulah lumrah kehidupan berpoligami. Kagum dengan ukhti kerana masih muda namun hati tetap teguh. Pada akak nombor hanyalah turutan/giliran..tetapi tanggungjawab sebagai isteri tetap sama - malah mungkin berpoligami lebih berat kerana diuji dengan ujian perasaan yg maha hebat serta menuntut keikhlasan hati yang tinggi.

Isteri kedua/tiga/empat tetap hamba Allah yang bakal pulang mengadap Allah dan tidak terlepas dari neraca timbangan Allah. Di kalangan rakan2 akak, tidak ramai yg tahu akak ni berpoligami- kerana bimbang tercetusnya fitnah yg sukar dikawal - serta belum diberikan kekuatan utk berterus terang jika ada yg bertanya ;). Ya Allah bantulah...

Hubungan kekeluargaan antara kami isteri-isteri ini insya allah baik dan saling membantu. Hikmahnya-cinta dan kasih sayang adalah dicelah2 jari Ar-rahman (adalah mudah bagi Allah)...Doa, tawakal dan istiqamah lah dlam setiap fasa kehidupan.

Anonymous said...

assalamualaikum...terutama skali syukran sbb ade tmpat rujukan ttg isu poligami..dan saya ini bakal is3 ke-2 yg perlukan sedikit sbyk ilmu sblm sye btul2 menerima dia dlm hidup berpoligami..sye sprti ukhti..xmhu n xmimpi utk jd is3 ke-2...semoga akn dtg ade lg entri yg dpt sye cedok utk dibawa bekal..syukran ukhti

Anonymous said...

Alhamdulillah..
Pencerahan yg membuka hati..menurunkan ego..insyaAllah menguatkan hati
Thanks

Anonymous said...

Salam Kak Adni, mungkin boleh kongsi pengalaman menghadapi pandangan negatif masyarakat. Walaupun kita merasakan kita mampu melaluinya, mungkin ibu bapa kita, sebagai isteri kedua, ketiga, keempat lebih sukar menerimanya. Bagaimana nak convince ibu bapa menghadapi tohmahan masyarakat, adik beradik, sanak saudara, etc? Terima kasih!

Anonymous said...

jika suami anda org yg tak mampu menyediakan segala2nya utk anda, adakah anda masih mahu menerimanya sbg suami & berperang dgn isteri 1 sebab serba serbi tak cukup?????

atau adakah anda rela berkorban utk suami bersama bersusah menghadapi masalah serta membantu meringankan masalah terutama kewangan yg dihadapi oleh suami dgn keluarga 1?????

Anonymous said...

kagum dengan motivasi adni

Ummu Wana said...

Saya ingin menjawab soalan Anonymous May 18, 2012 at 5:50 PM..

saya adalah isteri ke dua..
sebenarnya saya adalah kekasih pertamanya dahulu, namun ketika itu tiada jodoh kami untuk bersama..
Beliau telah berumahtanggan dengan orang lain dan mempunyai anak2 sendiri, saya juga telah menjadi janda dan memiliki anak2 sendiri..
Setelah 18 tahun berlalu, Allah menemukan kami kembali, dan mengizinkan kami berjodoh..
perlukah saya mensia-siakan peluang yang Allah beri?
Saya cukup takut melukakan hati isteri pertamanya..tapi saya juga menginginkannya sebagai suami saya..
ya.. dia tidak sekaya mana.. dan saya tidak menikahinya untuk wang ringgitnya..
saya meminta dia menggunakan keseluruhan gajinya untuk isteri pertama dan anak2nya.. isteri pertama tidak bekerja.. dan itu harta sepencarian mereka.. saya tidak perlu mengganggu hak isteri pertama..
saya bekerja..untuk diri saya dan anak2 saya..
Alhamdulillah, saya redha dengan keadaan ini.. dan rezeki Allah ada di mana-mana..
yang penting keikhlasan dari hati kita..
sebagaimana kita mensyukuri segala nikmat Allah, maka kita juga perlu menerima ujian Allah dengan hati yang lapang..
wallahu'alam..
semoga Allah terus memberi hidayahnya kepada saya.. insyaAllah.

Anonymous said...

Saya juga ingin menjawab soalan Anonymous May 18, 2012 at 5:50 PM..

Tapi sblm itu izinkn sya bertanya juga kpd anda soalan yg sama..

jika suami anda org yg tak mampu menyediakan segala2nya utk anda, adakah anda masih mahu menerimanya sbg suami sebab serba serbi tak cukup?????

atau adakah anda rela berkorban utk suami bersama bersusah menghadapi masalah serta membantu meringankan masalah terutama kewangan yg dihadapi oleh suami?????

Jika jawapan anda adalah YA jadi mengapa anda mengajukan pertanyaan yg serupa kpd mreke2 isteri yg ke 2?? Pasti jawapan nya adalah YA juga dr mereka. Kerana rasa kasih...sayang...cinta & sanggup berkorban untuk org yg disayangi..

Dan bukankah selalu mereke2 di luar sana mengatakn suami HAK ISTERI PERTAMA?? Jadi sya nk bertanya kpd anda.. Jika suami HAK ISTERI PERTAMA tapi ISTERI KEDUA..KETIGA..KEEMPAT HANYA PERAMPAS DAN HANYA MENUMPANG KASIH...KENAPA ANDA MEMINTA MEREKE2 INI JUGA MENANGGUNG KESUSAHAN BERSAMA SUAMI YG MILIK MUTLAK & HAK ISTERI PERTAMA SEMATA2??? Kenapa ISTERI PERTAMA x nak tanggung sendirian kesusahan bersama suami kerana HAK anda kan??
Dan jika KESEMUA MADU turut bersama merasa kepayahan menanggung beban keluarga pertama... Adakah anda sebagai yg PERTAMA sanggup turut bersama menanggung beban msalah KELUARGA ke 2..3..4????
Faham maksud sebenar poligami. Jgn hanya melihat suatu sisi yg buruk tp lihat lah dr sisi yg baik.
Tak kira isteri 1..2..3..4 HAK ADALAH SAMA. Dan jika ada antara mereka yg menghalang suami berlaku adil di antara mereka maka berdosa la kamu..apetah lagi kamu memaksa suami menceraikn salah satu nya di antara mereka. Fikirkn secara rasional dn bkn emosional
Saudari..jgn bertanya ape yg org lain boleh atau x boleh buat..tetapi tanya pd hati dn diri sendiri ape yg boleh dn x boleh di buat. Jgn cari kesalahan org lain.. Sebaliknya berusahalah brsama2 untuk perbetul dn perbaiki keadaan.. dgn asyik mempersoalkn sesuatu anda tetap x akan dpt jwpn tanpa membuka pintu hati & fikiran. Dunia ni hanya sementara.. Berapa lama lg kite akan hidup di dunia ini? Segala2 nye terlalu singkat. Esok lusa kite pasti dijemput oleh Nya. Hidup dgn bermusuh akan membuatkn kite sntiasa tidak tenang. Belajarlah untuk redha atas sgla ketentuan Allah dn atas sgla ujian Nya. Sesungguhnya... beruntunglh sesiapa yg berpoligami kerana anda insan terpilih untuk diuji Allah. Kerana setiap ujian Allah itu dtg brsamanya seribu hikmah dn jika bersabar darjat kite juga di angkat...
Wallahualam..
Maaf seandainya ada yg x menyukai komen ini..tapi terimalah dgn hati yg terbuka kerana ia nya realiti masa kini..

Unknown said...

Thank you for sharing...banyak manafaat

Unknown said...

Thank you for sharing...sangat membantu

Anonymous said...

Assalamualaikum...TQ for sharing kata2 dan pendapat anda.

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...