Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Poligami: Minta kekuatan dari tuhan

"Suami saya layak berpoligami, tapi saya yang rasa tak mampu..." respon seorang isteri kepada entri di blog Sisi Kehidupan ini... Boleh bertukar nama kepada Sisi Poligami kot ??
Buat para isteri yang ku kasihi, moga kita semua dirahmati ALLAH.
Benar sekali, poligami itu sesuatu yang sangat berat, amat sukar lagi  menyedihkan. Pada isteri pertama atau kedua, ada kesakitan masing-masing.
Kecuali bilamana telah mendapat pendedahan dan pengalaman yang positif dari awal tentang poligami, jadilah seperti saya yang kelihatannya over-excited pada sebahagian teman :( maaf ya teman-teman semua.. Saya cuba melontarkan pandangan dengan adil, moga ALLAH tidak memudarkan kasih sayang kita semua kerana isu poligami ini. Sesungguhnya segala kekuatan dan kebaikan itu dari ALLAH jua.
Maka bertahap-tahaplah kita mempersiapkan diri dan menambah ilmu bahawa setiap syariat ALLAH termasuk poligami ada kebaikan yang hebat. Pertama, perlu terus mengkaji kebaikan poligami. Kedua, perlu melaksanakan …

Bacaan Di Jalanan Kehidupan

Assalammu'alaikum wa rahmatullah :)
Kali ini saya ingin berkongsi tentang beberapa buku yang pernah dan masih hadir dalam senarai bahan bacaan saya. Buku-buku inilah sebenarnya yang banyak membentuk pemikiran dan perasaan kita secara tidak sedar, maka berhati-hatilah menjamu minda, pilihlah bahan bacaan yang bermanfaat agar ia mampu kita terjemahkan di alam realiti.



Novel JAUH ini suatu ketika dulu di alam remaja begitu menjadi rebutan di kalangan teman-teman saya hingga renyuk buku itu bila sampai di tangan pemiliknya (bukan saya ya..). Harus saya akui novel itu begitu melambung jiwa remaja saya, seronok membacanya berkali-kali... Tapi kasihan  sebenarnya, novel cinta memang ada beberapa mesej yang baik - tapi pandangan peribadi saya, ia hanya lebih banyak membentuk jiwa wanita yang terlalu banyak bergantung pada cinta manusia. Tapi mungkin itu novel cinta sepuluh tahun dulu, mungkinkah novel-novel cinta sekarang sebenarnya benar-benar mengajak kepada meraih dan menagih cinta A…

Diari Suri Muslimah - Konflik dan Halaqah

Kali ini saya kongsikan sedikit catatan harian dalam kehidupan ringkas saya seorang muslimah bergelar isteri dan ibu. Doakan saya menjadi mukminah ya...
Jumaat, 28 Oktober 2011
Hari ini terasa begitu panjang dan agak memenatkan dengan pelbagai agenda. Bila terlebih penat, saya rasa tak larat nak senyum. Tetapi tak boleh, saya perlu kuatkan hati untuk senyum pada suami dan anak, dan pada teman-teman yang ditemui :) Namun jika dibandingkan dengan para isteri dan ibu-ibu lain, mereka jauh lebih penat dan lebih sibuk. Jadi para ibu dan isteri, andalah kekuatan saya, mengingati kalian menjadikan saya bersyukur :) ALLAH jua yang Maha Memberi.
Suami membantu di pagi hari
Selepas bersarapan, saya terus berada di ofis (baca: dapur) untuk memasak. Baru pukul 8.30 pagi, tapi saya perlu lebih pantas sebab Abdullah tak sihat dari semalam. Jadi sementara dia tidur, saya pun mula memasak tapi ada bahan yang kurang… sayur tak ada :( semalam saya tertinggal di kedai. Saya pun minta izin suami untuk ke …

Poligami: Bukannya tak sayang... (Versi Isteri)

Ada sebahagian teman pembaca yang tertanya-tanya dengan keterbukaan saya tentang poligami.. Tak sayang suami ke, senang-senang nak bagi kat orang..? Tak cemburu ke suami bersenang-senang dengan isteri lain?
Bukannya tak sayang... Bukannya tak sedih... Bukannya tak cemburu...

Kalau datang time sedih, terus menitis air mata, kenapa suami tak ada, kenapa suami ada sekejap saja, kenapa begini, kenapa begitu.... dan melaratlah kesedihan ke episod-episod lain dalam hidup. Tapi kena stopkan emosi yang tak membantu itu dan ...bersyukur :) alhamdulillah...

ALLAH sangat baik, sangat banyak yang ALLAH bantu dan bagi pada kita kan...? Senyum, tak perlu kata apa-apa... Terus bertukar kepada rasa sedih yang lain... Ya ALLAH, kalau diriku ENGKAU tak terima, apalah erti segala yang ku miliki dan nikmati ..................

Kali ini kita kongsi versi isteri. Nanti versi suami pula - kalau dia kahwin lagi - bukan bermakna suami tak sayang isteri tau.

Ok, bukannya tak sayang... Bukannya tak sedih... B…

Rumahtangga - Bab 3 - Berkomunikasilah, kerana ALLAH

"Saya tak tahulah macam mana nak bagitahu abang.. Saya serba salah sebenarnya.. Kalau saya cerita, abang jangan marah ya. Dah dua hari saya asyik fikir pasal ni... Tapi kalau tak bagitahu, saya serba salah simpan sorang-sorang.
Abang janji ya, tak marah kalau saya cerita. Saya tak pasti saya patut cerita ke tak... Tapi saya nak kongsi dengan abang. Tapi sayang takut penerimaan abang. Tapi kalau sayang tak cerita, mana abang tau kan. Sayang ceritalah, tapi abang terkejut pula nanti. Sayang serba salah lah..."
Apa sebenarnya yang isteri nak sampaikan dengan intro yang panjang berjela ini.......? :D
Saya teringat antara buku pertama yang saya terima dari suami bertajuk ‘The Art Of Talking To Anyone’.
Memberi mesej pada saya akan besarnya harapan suami agar saya dapat menggilap kemahiran komunikasi bukan sahaja untuk perbaikan bidang tarbiyyah yang saya ceburi, namun untuk jangka panjang lapangan komunikasi sihat suami dan isteri.
Antara perkara yang diperingatkan suami sewakt…

Poligami: Nikah di sempadan dan giliran hari

InsyaAllah kali ini saya akan berkongsi tentang dua perkara berkaitan poligami berdasarkan respon dan pertanyaan teman-teman pembaca iaitu tentang nikah di sempadan, dan giliran hari dalam poligami.
Kalau dulu sebelum bernikah, saya bukanlah orang yang mampu terlibat dengan poligami. "Kenapa mengganggu kebahagiaan rumahtangga orang lain?" Mungkin agaknya ini juga persepsi yang saya miliki dulu.
Apatah lagi jika mendengar kisah orang berkahwin di sempadan Thailand, fikir saya, "Kenapa buat macam tu, kenapa tak nikah elok-elok di Malaysia ni aje?"
Tapi alhamdulillah setelah bernikah dan melibatkan diri dengan dunia poligami, saya membina pelbagai persepsi baru - mudah mudahan ianya adalah persepsi yang mampu menjadikan diri saya lebih matang dan terbuka dalam mengharungi pelbagai liku kehidupan.
Tiada siapa yang mahu bernikah di luar negara jauh dari famili sanak-saudara , apatah lagi di sempadan Thailand yang merupakan tempat kontroversi di kalangan masyarakat …

Bernikah: Mak ayah tak bagi...

Kalian nak kahwin tapi mak ayah tak bagi…? Banyak sekali faktor yang membawa kepada situasi ini.
Tapi dua perkara yang boleh saya kongsikan dari pengalaman dan ilmu yang sedikit, pertama, belajarlah negotiation skills. Bukan yang biasa-biasa tapi yang efektif. Supaya ada hasil negotiation yang memuaskan pihak ibu ayah dan empunya diri yang ingin bernikah. Tak perlu memuaskan hati semua pihak sanak saudara jiran tetangga, kerana untuk menyenangkan semua orang – kita takkan pernah ada peluang untuk melakukan perubahan.
“Mak… saya rasa, saya nak kahwin awal…” intro anak kedengaran.

“Boleh, nanti dah abis je belajar, teruslah kahwin… dah ada orangnya ker?” tanya mak.
“Dah ada…yang saya cerita kat mak dulu, tapi saya nak kahwin masa belajar…” sambung lagi.
“Ishh… sabarlah sikit.. Biar selesai satu-satu.. Kan ada setahun setengah lagi belajar…?? Kurang-kurangnya, tunggu lah dapat kerja, boleh kumpul duit…” mak tak setuju.
“Lelaki tu pun tak kerja lagi… nanti macam mana nak hidup..?” mak …

Didiklah Hati

Untuk semua pembaca, blogger, follower dan teman-teman yang saya kasihi…
Saat ini, kita hidup saling berhubung tiada sempadan. Sempadan kita adalah keimanan dan ketaqwaan. Iman dan taqwa ini lahirnya dari hati yang berilmu. Ilmu itu bukan sebarangan, tetapi segala ilmu yang membawa hati ini semakin dekat dan semakit takut pada kehebatan tuhan.
Dalam kesibukan, ayuh ilmu itu kita perdalamkan. Jadikan Al Quran sumber cahaya di hati, jadikan As Sunnah teladan diri.

Wahai teman, sewaktu tiada apa yang memisahkan, jadikanlah hubungan kita ini untuk saling menaikkan dan mengingatkan. Untuk saling berkongsi kekuatan dan kebaikan. Jauhkan dari kedengkian dan permusuhan. Biarlah kemaafan selalu diberikan. Biarlah keaiban kita sembunyikan.
Wahai teman, langit terbuka atas nama globalisasi, terhidang jutaan keenakan berbentuk halal dan maksiat. Berbentuk pemborosan dan pembaziran. Jangan biarkan hati kita terapung-apung di alam maya penuh dosa. Tambatlah hati ini dengan tali keimanan dan ketaqw…

Pernikahan: Kemesraan dan Hubungan Intim

Semalam Bab 1 yang membincangkan tentang pembahagian kerja-kerja rumahtangga yang menimbulkan konflik. Bab 2 hari ini, tentang kemesraan dan hubungan intim. Dan seterusnya akan ada topik tentang kewangan, keluarga mertua, komunikasi, keibubapaan dan beberapa lagi.


****************


..... “Terima kasih abang, abang selalu bantu buat kerja rumah, sayang hargai sangat.” Ucapkanlah disertai dengan sepotong ciuman manja atau sambil mengurut badan suami. Bunyi macam skema je ayat?? Buat lah ayat sendiri yang agak logik pada pendengaran kalian berdua, pokoknya suami sangat cinta pada isteri yang menghargai dan berterima kasih. Tapi tak payahlah sampai sepuluh kali berterima kasih, suami rimas pula ngee..
Lepas dah berterima kasih, jangan lupa belaian istimewa untuk suami.. atau menidurkan suami dengan rahmat ALLAH yang sangat indah dalam perkahwinan (baca: seks). Kalau isteri atau suami tak nak tidur lagi pun tak apa, nak bangun semula menghadap laptop. Atau isteri nak bangun kemas dapur, ma…

Rumahtangga Malaysia dalam bahaya...? (Bab 1)

Sebenarnya bukan di Malaysia saja, hampir di seluruh pelosok dunia pun mengalami krisis keruntuhan rumahtangga ( kesimpulan mudah ini saya buat berdasarkan pembacaan tentang marriage counselling dan selepas menonton satu movie yang memaparkan keluarga-keluarga berantakan dari 4 benua).
Pernikahan sememangnya antara cinta terbaik yang ALLAH berikan pada insan, namun cinta terbaik itu datang dengan penjagaan yang serius dan berterusan. Samaada monogami atau poligami.
Pernikahan tak akan runtuh hanya dengan satu konflik, tapi oleh banyak-banyak konflik yang tak diselesaikan.
Kali ini saya ingin berkongsi bab konflik kerja-kerja rumahtangga. Mungkin nampak kecil, tapi kalau tambah dengan konflik lain, ia mudah mencetuskan pertengkaran tak berkesudahan.
Suami mencari rezeki dan biasanya lebih tertekan dengan aspek kewangan berbanding isteri, namun jangan lupakan perasaan isteri yang juga mahukan perhatian, belaian dan penghargaan dalam kesibukan mengurus rumahtangga dan anak-anak. Apatah …