Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Ibuku, ibuku, ibuku...

Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?"

Jahimah menjawab: “Ya.”

Lalu Rasulullah bersabda:

“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”

[Hadis Hasan Sahih]

******************

Minggu lepas sewaktu saya berkesempatan berbuka puasa bersama mak dan abah di kampung, kami bersembang-sembang tentang hal keluarga. Tiba pada satu topik, abah mengeluarkan ucapan penghargaan buat mak,
" Abah sangat berterima kasih pada mak sebab jaga anak-anak abah elok-elok.. abah tak banyak bantu mak jaga anak-anak"..
Mak yang duduk di sebelah abah tunduk diam. Saya rasa terharu dalam hati, kerana penghargaan yang amat besar juga sebenarnya buat abah yang bekerja keras mencari nafkah untuk kami sekeluarga. Dan lain-lain peranan mulia abah dalam membesarkan kami.
S…

:: Senyum-senyum selalu :) kerana ALLAH ::

Salam Akhir Ramadhan Buat Semua.. Moga terus dengan keinginan dan azam untuk menjadi hamba dan khalifah ALLAH yang lebih baik.
Kebelakangan ini…di luar sana, cuaca terasa panas terik sekali, dan tiba-tiba mendung lantas hujan. Apapun, Alhamdulillah atas pancaran matahari yang menaungi seluruh makhluk ALLAH – manusia, haiwan, tumbuhan.. Juga syukur atas titis-titis hujan yang menyegarkan dunia di sekeliling kita.
Apa khabar pula cuaca hati kita…? Moga hati tenang-tenang walau banyak kerja, banyak tugasan di luar dan di depan komputer, banyak duit nak guna, banyak dan banyak yang perlu diselesaikan.. Moga ALLAH mempermudah urusan kalian.
Buat suami tercinta nun di bumi China, moga hatinya tenang juga bermusafir dan moga ALLAH bagi energy yang cukup untuk take off dan landing :D
Bulan Ramadhan ini pada saya memang menduga, dengan tenaga yang terasa sedikit, mata asyik terpanggil untuk berehat dan tidur. Apatah lagi, office saya di rumah..ya meja menulis ini pun di sebelah tilam empuk.
Berunt…

Pernikahan: Bila Cemburu Datang...

"Kak, kak cemburu tak kalau suami kak tengok perempuan lain…?" tanya seorang isteri.
"Saya tak boleh lah kak, saya cemburu sangat..." sambungnya.
Kita memang wajib cemburu kerana agama - kita cemburu kerana suami menikmati kecantikan wanita selain isteri, kita memang wajar cemburu jika suami melihat aurat wanita lain..
"Akak ada rasa cemburu tak?" tanyanya lagi.
Hmm awak tanya kat akak, awak salah orang kot.. hee.. Kak ni hidup dalam alam poligami, cemburu tu adalah ‘teman’ yang wajib muncul..
Soalan yang sesuai untuk saya, mungkin ialah, banyak mana cemburu yang saya rasa?
Tapi memang benar, cemburu bukan hanya untuk isteri-isteri yang di alam poligami, kalian satu-satunya isteri pun kadang-kadang diserang virus cemburu kan..
"Kalau ada gambar perempuan kat akhbar atau majalah ke, dia mesti tengok lama-lama.. Kalau tengok tv, dia tengok cerita yang ada perempuan cantik-cantik.. mestilah cemburu kak.." teman itu menyambung luahan.
Saya tersenyum simpu…

Jodoh: Memilih si A atau si B?

Antara topik yang sering dikongsikan adalah - membuat pilihan tentang jodoh. Pilihan itu terasa lebih sukar kerana kedua-dua calon itu kelihatan baik dan punya kelebihan masing-masing.
Juga diketahui ada kelemahan masing-masing, yang membuatkan kita amat berhati-hati bercampur bimbang membuat pilihan.
Teman-teman dan adik-adik yang dikasihi, ambil lah masa yang sewajarnya untuk taaruf dan bangunkan komunikasi samaada secara direct atau melalui orang tengah.
Adalah penting usaha kita sebagai seorang insan untuk merisik, menyiasat, menyoal selidik dan segala bentuk pencarian maklumat dan latarbelakang insan yang kita cenderung menerimanya sebagai teman hidup.
Bukan mencari kesempurnaan, bukan menyelongkar keaiban insan lain - namun penyiasatan dan pemerhatian kita kepada bakal pendamping adalah persediaan penting. Menjadi pembuka mata untuk kita membina rumahtangga dengan lapang dada dan bersedia dengan kemungkinan yang tiba.
Sebaiknya penyelidikan kita itu, kita musyawarahkan dengan ib…

Indahkan Poligami

Untuk bernikah dengan satu isteri saja sudah payah – bukan kerana isteri atau anak-anak itu yang menyusahkan – namun itulah lumrah kehidupan.
Dititipkan ALLAH ujian dan dugaan di segenap ruang kehidupan. Termasuk cuaca cerah mendung yang bergilir-gilir di alam sebuah perkahwinan, malah perjalanan berliku juga ditempuh sebelum memasuki gerbang perkahwinan.
Poligami, di sana sini kelihatan telah banyak terpamer keburukan dan sisi negatifnya, kerana insan-insan yang berpoligami punya kelemahan dan kekurangan di sana sini – baik para suami mahupun isteri-isteri.
Kekurangan dan kelemahan adalah sesuatu yang pasti… Justeru mungkinkah ada ruang untuk kita berkerjasama menyumbang kepada sebuah perbaikan…?
Saya menyeru para isteri dan suami, yang berusaha menjadi pemikul rumahtangga yang bertanggungjawab, agar sama-sama mencantikkan poligami - andai ia dilaksanakan.

Buat para suami yang akan dan telah berpoligami - para pemimpin ummah, para penyeru insan ke arah kebaikan dan kejayaan...
Moga ka…

Belajar Menjadi Ibu

As-Syura [36] ...apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal kepada Tuhannya...
********
Ramadhan tahun lepas hadir bersama kandungan saya yang berusia hampir 9 bulan. Pada hari ke 12 Ramadhan saya dimasukkan ke dalam wad, menanti saatnya sebuah kelahiran.
Alhamdulillah pada 15 Ramadhan tahun lepas, ALLAH telah menetapkan lahirnya seorang bayi lelaki dalam keluarga kami, yang diberi nama Abdullah Hafiz Firdaus.
Dan bermulalah episod seorang ibu penuh suka teruja, malah sesi berduka ada juga kerana faktor perubahan hormon yang dasyhat selepas kelahiran.
Ramadhan bulan yang menggembirakan, disusuli pula Aidifitri yang menceriakan, kegembiraan berganda menatap bayi mulus di dakapan.
Benarkah diri telah bergelar seorang ibu?
Sebelum bernikah, dengan sedikit kemampuan yang ALLAH beri, say…

Pernikahan: Segarkan Dengan Tulus Bicara

“Communication is what keeps the passion alive”
Itulah antara isi kandungan video ringkas tentang alam perkahwinan oleh John Gray yang sempat ku tonton. Komunikasi lagi.
Benar, komunikasi lah yang akan terus menghangatkan perasaan sebagai suami dan isteri. Aura cinta di hati suami isteri mudah subur di awal-awalnya, namun ia tidak akan selalunya ada dan membara, boleh meredup seiring waktu.

Di sinilah komunikasi teramat penting untuk terus mengikat hati dengan jalinan cinta kasih. Kasih yang seiring tanggungjawab. Cinta yang seiring matlamat.
Ada rumah tangga yang menjadi rutin seharian untuk saling bertemu bagi suami isteri. Lalu komunikasi sangat penting dalam mereka mengendalikan keluarga dalam urusan seharian. Agar jelas dan teratur peranan yang perlu dilakukan masing-masing.
Bagi rumahtanggaku yang sebumbung dengan suami purata 12 hari dalam sebulan, komunikasi amat penting supaya tidak terasa perpisahan yang kerap berlaku.
Kami suami isteri memanfaatkan teknologi untuk saling berhub…