Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Poligami, Anak dan Kurnia Pernikahan

MasyaAllah...Subhanallah..indahnya perasaan memiliki anak kan..saya bahagia dengan hadirnya mereka dalam hidup saya.
Dan saya sangat bersyukur, anak anak ini lahir di alam poligami - yang sangat membuka mata saya tentang dunia poligami yang disebut dalam wahyu Allah. Sedang dulu di zaman bujang, saya pun seperti kebanyakan wanita, saya mahu mencintai dan dicintai dengan 'setia' oleh seorang suami. 
Namun Allah memberi yang lebih baik untuk saya, poligami, suami saya setia mencintai tiga isterinya :)
Benar, poligami tidak mudah. Menuntut pengorbanan perasaan yang besar. Alhamdulillah..dengan bimbingan dan kekuatan dari Allah, yang sukar menjadi mudah. Yang mencabar,turut datang banyak kebaikan bersamanya.
Saya sangat menyayangi seluruh ahli keluarga poligami kami atas cabaran dan kebaikan yang kami kongsi. Doakan kami diberi kebaikan dunia & akhirat.
Beberapa akhwat ada menyatakan kesediaan 'merelakan' suami berkahwin lagi, atas kesedaran melihat teman akhawat yang masih…

Mujahadah: Sampai bila-bila..

Allah sedang menguji saya dengan perasaan kurang enak kerana berkonflik dengan insan yang rapat.. kadang  terbit rasa marah dan upset. Kadang sedih mengalir air mata tiba tiba.. :'(.. penatnya mengurus perasaan kan :D... Dulu waktu saya bujang, saya rasa 'penat' dengan ujian perasaan dan keimanan. Satu ketika, saya mesej naqibah usrah saya, "Kak..sampai bila kita kena mujahadah?"Dia balas,"Setiap hari..sampai bila- bila."Haaa..??Ingatkan bila dah bernikah,  kuranglah sikit nak mujahadah,  rupa rupanya lagi hebat kena mujahadah.. kan? Dah punya anak, lagi dasyat mujahadah nya ..terima kasih semua ibu yang memahami situasi serupa kita :))Beruntunglah suami dan anak anak yang punya isteri dan ibu yang tinggi mujahadahnya :D saya belum termasuk :OMujahadah beerti, berjuang meluruskan perasaan dan tindakan pada meraih keredhaan Allah dan rasul saw.Antara doa yang sering diungkap Rasulullah saw ialah, "Wahai tuhan yang membolakbalikkan hati, tetapkan hat…

Pengalaman memandu di Perth City

Bukanlah mahir memandu, sekadar berkongsi pengalaman baru hari ini memandu sendirian berteman anak-anak tanpa GPS di kota Perth. Hari selasa ini, saya keluar rumah ketika jam hampir pukul 6 petang..
...plan awal nak bawa Abdullah, Abdurrahman dan Umar ke park macam biasa, kali ini saya bercadang ke tepi Swan River yang bernama Burswood Park tetapi hujan masih tidak berhenti..dan akhirnya 3 hero itu tertidur di belakang kereta sebab seharian penat bermain dan bergaduh ( bahasa lain: belajar dan bersosial )
Lalu saya pun menukar haluan dari playground  di Burswood ke Perth CBD. Namun jalan kelihatan lengang dan sepi..seperti biasa selepas pukul 5 atau 6 kebanyakan kedai dan bangunan berhenti operasi. Semua warga bandar telah pulang ke rumah masing masing..
..saya mencari signboard  Hay Street dan mengikuti jalan itu kerana Hay Street  dan Murray Street agak famous di kalangan warga Malaysia yang ke Perth..hmm langit gelap mendung menambah lagi rasa kesunyian dan kesendirian saya meninjau n…

Melawat library di WA, City Of Belmont

Alhamdulillah minggu pertama tiba di Perth, Aina sahabat saya membawa kami antara lain,  ke perpustakaan di sini, di area Rivervale/Belmont. Perpustakaan itu saiznya kecil berbanding Perpustakaan fevret kami di PPAS Shah Alam :) tapi masyaAllah kuantiti dan kualiti buku di library ini mengujakan saya..
Ada ruang buku yang boleh diambil percuma dan ada ruang buku kanak kanak yang dijual semurah 1aud atau 50cent :D apalagi saya borong lah.. harapnya baca ya mama..
Boleh pinjam dvd menarik samaada untuk tontonan dewasa atau kanak kanak. Library ini terasa tenang dengan kesenyapan dan kebersihannya. Juga teratur dan ringkas hiasannya.
Hari ini saya datang ke library buat kali kedua, pulangkan 13 buah buku yang kami pinjam dua minggu lepas..ada satu buku hilang hee takpe masih ada masa nak cari..antara buku saya pinjam ialah buku untuk mengenali australia atau western Australia  ini khususnya..
Terima kasih Abdullah dan Abdurrahman temankan mama hari ini.. yang menariknya juga, sebelah library…

Synergy Parkland, King's Park Perth

Petang tadi selepas Zuhur langit begitu gelap di Rivervale ini dan akhirnya hujan turun lebat.. seingat saya ini kali pertama hujan turun lebat di petang hari musim panas sepanjang hampir 3 minggu saya di bumi Perth ini.Selepas asar, saya bersiap siap untuk membawa anak anak keluar ke park/playground . Saya plan nak bawa mereka park jauh sikit samaada Burswood park yang menghadap Swan River atau Synergy Parkland yang terletak di King's  Park.Dua dua tempat tu saya tak pernah sampai tapi saya beranikan diri drive ke Synergy  Parkland  setelah saya cuba ingat laluan bas dari Rivervale ke Perth City dan terus ke King's  Park. Syukur sangat Abdullah, Abdurrahman, Umar dan Jannah duduk baik baik dalam kereta..Yeay Alhamdulillah saya sampai destinasi tanpa sesat, walau Umar asyik risau kan Aunty Nurul tak bawa GPS.. Aunty Nurul bilang, jangan risau insyaAllah Allah akan tunjukkan kita jalan yang betul ke park :D Aunty Nurul bukan 'tawakkal melulu', sebelum keluar rumah aunty…