Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Nasihati dengan cara yang kita sendiri sukai :)

Seorang ukhti bertanya, Rasul saw dulu berdakwah dengan cara sindir sindir dan perli perli ke...?

Semua orang sepakat Rasulullah saw berdakwah dengan cara terbaik, akhlak terbaik, susunan perkataan, nada dan ayat ayat yang baik...

Maka, berkatalah yang baik atau diam.

Secara teori, mudah untuk kita mengungkap berdakwah dengan hikmah, lemah lembut, berbicara mengikut tahap pemikiran, menegur dengan kasih sayang dan kelembutan...

Tetapi saya dan kita kadang terlebih emosi hingga isi yang baik disampaikan dengan cara yang kurang baik - menyindir , memerli, mencela, merendahkan etc - ia tidak sama sekali menyampaikan ilmu dan mesej baik kepada pendengar- dengan cara itu yang sampai mungkin adalah akhlak dan tutur kata yang buruk, kasar dan keras...

Wahai teman teman yang baik, ayuh kita luruskan pena, hati dan lidah. Teori dakwah yang hebat tidak mampu meresapkan ilmu ke hati manusia jika hati kita yang menyampaikan tidak tenang, keruh, marah dan benci.

Lunakkan hati dengan zikrullah dan taq…

Poligami: Sebelum Bercerai, Uruskan Cemburu

Sebelum bercerai kerana tidak menerima suami bernikah lagi, atau kerana cemburu keterlaluan, ayuh kita sama-sama merawat dan menyembuhkan hati... Sesungguhnya sekeping hati kita inilah yang melalui kehidupan merasa suka duka perit derita.

Bukan ALLAH tak tahu betapa hati wanita terguris dengan kesedihan dan emosi negatif lain bila suami bernikah lagi namun ALLAH yang Maha Penyayang mahukan hambaNYA mencintai ALLAH lebih dari segalanya. ALLAH meletakkan aturan poligami kerana ALLAH tahu ia mampu ditanggung perasaan isteri sekalipun berat. Allah mahu kita isteri meletakkan cinta dan hati di tempat teratas lagi teragung hingga tiada siapa yang boleh merenggut kebahagiaan yang dirasai.


Bila hati ini kita letak pada cinta manusia, ia sakit dan berderai bila dikecewakan dan dilukakan. Mencintai suami namun suami memilih untuk mencintai lagi, ia sangat melukakan jika kita tak meletakkan cinta suami di bawah cinta ALLAH.


Bila mencintai ALLAH, hati kita akur bahawa cinta manusia tiada abadi dan t…

Pernikahan: Kuatkan diri dari serangan sihir..!

Dalam masa beberapa hari ini, dua orang pembaca blog berkongsi kisah yang sama melanda mereka - sihir. Seorang rumahtangga monogami, seorang lagi di alam poligami. Saya tidak pasti yang benar berlaku cuma setelah meneliti kisah mereka (dari satu pihak), kedua-duanya berlaku kerana perkahwinan mereka tidak disukai pihak terdekat dengan suami. 

Kepada yang telah menjadi mangsa sihir, ruqyahlah mengikut sumber yang benar. Pada kita yang 'tak tersihir' ini, mantapkan hati dengan zikir ma'thur dari Rasul SAW, moga ALLAh melindungi diri kita dari perbuatan syaitan yang berada di kalangan jin dan manusia...

Teman-temanku semua...ujian pelik-pelik ini bukan untuk kita mengakui kehebatan syaitan dan jin kafir namun untuk membawa kita lebih dekat dengan ALLAH.. Berjumpa bomoh itu syirik, maka janganlah kita melawan kesyirikan dengan kesyirikan yang serupa... syaitan juga yang makin bahagia!

Terus mendekatkan diri dengan ALLAH, tambahkan ilmu agama dan amal soleh, sesungguhnya ALLAh b…

Jadilah pendidik beriman..!

Untuk slot Akhbar Islami dalam halaqah saya malam tadi, antara berita-berita yang dikongsi adalah situasi masyarakat yang semakin tenat - bunuh, rogol, rompak, ragut, pukul, culik dsb - melambangkan para pelaku itu seolah-olah tidak punya hati dan perasaan...

Sesungguhnya jiwa dan perasaan mereka bukan hilang semalam atau sehari dua lepas, tetapi kerana perasaan mereka juga telah dibunuh samaada dengan perbuatan atau perkataan oleh ibu bapa dan orang orang sekeliling mereka sejak dulu lagi.


Wahai teman-teman yang baik, kita adalah sebahagian dari dunia mereka . Bakal menjadi mangsa mereka. Orang yang jahat tidak terbina satu hari atau satu bulan. Mereka adalah insan-insan yang dilahirkan suci bersih satu tika dulu...


Namun pengalaman dari kecil menginjak remaja hingga dewasa menjadikan hati-hati insan dibentuk oleh keadaaan, jika baik pergaulan dan pengalamannya - baiklah tumbuh keperibadiannya. Jika rosak pembesarannya, rosak peribadinya lagi merosakkan.


Ini bukan sekadar masalah mereka…

Poligami: Berkongsi Kebaikan

"Takpe ke Kak nurul share tips rumahtangga dengan madu, nanti suami kak nurul rasa madu kak nurul yang baru  ni lagi bagus dari kak nurul ..." tanya seorang muslimah bila kami bersembang tentang poligami, saya kongsikan antara yang boleh dilakukan di alam rumahtangga poligami ialah bantulah isteri kedua atau madu kita menyesuaikan diri dengan suami..


"Takpe , kak aishah (madu saya) pun selalu juga bagi tazkeerah pada kak kalau kak meluah apa-apa masalah atau cabaran... jadi kita sama-sama support each other untuk jadi lebih baik... rumahtangga poligami ni kan keluarga besar kita semua... memang kadang tak boleh lari dari cemburu atau prasangka yang ditimbulkan syaitan, tapi dalam banyak keadaan mendahulukan iman itu lah yang membahagiakan...insyaALLAH itulah yang kita semua mahukan"

Alam poligami ada masa turun dan naik seperti rumahtangga monogami kalian. Ummu Habibah sudi berkongsi suami kerana menginginkan kebaikan suami dikongsi. Isteri yang lain tetap memuji Ai…

Bernikah & Bercerai...Di mana kita?

Minggu lepas dua pasangan muda berkongsi kisah rumahtangga yang di ambang perceraian. Cabaran yang saya kira melanda hampir semua pasangan, iaitu cabaran kewangan, cabaran hubungan intim. Isteri makan hati dengan sikap suami, suami makan hati dengan sikap isteri. Cabaran itu adalah di antara banyaknya cabaran lain yang menuntut komitmen rumahtangga suami isteri.

Pada teman-teman yang berlum bernikah, warning: marriage is very hard.


Nanti dah kahwin, tak pelik jika kalian tertanya: Kenapa kahwin ni tak indah macam yang aku bayangkan...?


Kenapa suami/isteri aku ni jauh dari yang aku harapkan..aku dah berkahwin tersalah orang...?


Kenapa perkahwinan aku hambar dan sakit...? 



Saya boleh berkongsi nasihat dan pandangan, dari ilmu dan pengalaman yang sedikit tetapi kalianlah watak utama yang menggerakkan dan menyelamatkan rumahtangga.


Satu berita baik ialah, rumahtangga boleh diselamatkan sekalipun dengan usaha dan kesungguhan satu pihak saja untuk berubah. Isteri atau suami berubah. Kerana untuk …

Syukur menjadikan hidup indah :)

Sebahagian teman-teman kita telah ke Gaza memberi bantuan yang pelbagai bentuknya...

Sebahagian manusia berjuang meneruskan kehidupan selepas bencana ALLAH didatangkan melalui Sandy.

Adik beradik Sandy, bernama Bhopa turut kini menyerang Philipines, mengorbankan ratusan orang dan kediaman. Sandy dan Bhopa sangat dasyat kehadirannya namun ALLAH memelihara kita dari taufan yang dasyat itu.

Jika hari ini saya dan kamu masih gundah dan punya masalah, bukalah berita bacalah akhhbar dan laporan tentang manusia lain yang jauh lebih sukar, insyaa ALLAH jiwa kita menjadi kuat dan masalah terasa ringan.

Kadang masalah yang melanda kita terasa besar hanya kerana kita di bumi Malaysia ini dalam zon selesa, cukup makan minum, punya tempat berteduh, hanya fikir diri dan perasaan sendiri ...

namun once kita menjenguk ke dunia luar, insan lain yang jauh lebih susah, insan yang bergelut dalam bencana alam, peperangan... akan terhakislah duka duka hati sendiri kerana hati kita telah bera…

Kahwin bukan tujuan sebenar.

Saya berkongsi banyak tentang alam pernikahan dan alam poligami, mudah-mudahan tidak memberi mesej yang salah bahawa apa yang kita perlu cari dalam kehidupan ini adalah sekadar cinta manusia yang bahagia dan rumahtangga yang membahagiakan..tidak..!

Saya sekadar memanfaatkan ruang yang ada menasihati diri saya dan teman pembaca semua agar perkahwinan itu dijadikan 'sesuatu' yang membawa kebaikan dunia akhirat.

Apa yang kita cari..?

Saya ingin diri saya dan kamu semua meraih redha dan cinta Tuhan - gunakanlah rumahtangga, anak, suami/isteri, harta, kepandaian, dan segala-gala pemberian ALLAH untuk bawa kita menuju ALLAH dengan hati yang tenang.

ALLAH, Rasul Dan Islam mengajar kita untuk mendapat kebaikan tak kira apa sekali pun situasi kita. 

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.....; Al Mulk:2

ALLAH nak test kita, jadi: 

Mudah-mudahan kalau kita kaya, kita beriman dan beramal…

Poligami: Waktu sesuai untuk berkahwin lagi...?

Teman temanku yang baik semua...Bila ya agaknya situasi yang sesuai untuk suami berkahwin lagi...? 

Pilihlah jawapan kita sendiri ♥ Kerana orang sekeliling kita akan sentiasa mencari alasan untuk menolak sesuatu yang tidak difahami, menentang sesuatu yang pelik lagi tidak disukai...

_________________________________

Seorang suami ditanya, Keluarga yang ada pun tunggang langgang, ada hati kamu nak kahwin lagi?

Bila keluarga dah bahagia:

- Teman saya(isteri pertama) yang menerima calon isteri kedua, ditentang ibunya, "Kamu dah bahagia kahwin lebih 10 tahun kenapa nak cari penyakit terima madu?"

Bila perkahwinan dah lama tak sesuai terima madu, baru kahwin pun salah..

- Kenapa suami kahwin lagi sedangkan kamu baru kahwin 3 tahun, enjoy lah dulu...anak pun baru umur dua tahun...dah bagi suami kahwin lagi?

Bila madu tak cantik:

- Bukannya cantik sangat pun madu kamu tu, agaknya suami kamu tu diguna-guna lah tu...

Bila madu muda belia:

- Cantik budak tu, muda lagi patutlah suami kam…

ALLAH cinta hambaNYA bertaubat..

Ada yang nak kembali kepada Islam sebagai cara hidup, namun merasakan ia satu perkara yang susah. Wahai teman-teman yang baik, ALLAH mahukan kemudahan untuk kita yang bernama manusia, tak ingin mempersulit. teruskan belajar dan mencari ilmu ya, tentang islam as a way of life - insyaALLAH akan ditemukan kemudahan, kemanisan dan nilai hidup yang penuh penghormatan di dalamnya.

Islam bukan agama penghukum namun meraikan kembalinya hamba kepada jalan Tuhan. ALLAH mengampuni dan mensucikan dirimu jika kamu kembali kepada ALLAH.

ALLAH sangat sayang kepada hamba hambaNYA, ingin hambaNYA meraih kebaikan dunia dan akhirat. ALLAH mahu kita semua masuk syurga maka ayuh sambut seruan ALLAH yang Maha Pengasih. (2:221) ALLAH mengajak kita kembali kepadaNYA.

Jangan putus asa dari rahmat Tuhan, ada jalan untuk kembali... Ayuh sama-sama kita bertaubat setiap hari dan memperbaiki diri di mata ALLAH ♥
(Yang demikian ialah kerana) orang-orang kafir itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke Syurga da…

Pernikahan: Bahagia dibangun dengan komunikasi

Wahai para pencari Mr Right and Mrs Right, jodoh yang baik tidak jatuh bedebuk dari langit melainkan terbina atas perjalanan rumahtangga yang sukar dan panjang. Bolehlah jumpa yang the right person namun realiti penyesuaian hidup berumahtangga berliku-liku dengan kesulitan dan kesempitan berhias kegembiraan kemanisan - I agree that marriage is not only about finding the right person, but also abo ut becoming the right person.
Seorang lelaki atau wanita mungkin baik sebagai individu tunggal, namun bila bernikah, hidup berdua, berkongsi katil dan meja makan menuntut kesabaran dan toleransi yang tinggi.
Proses nak bernikah terasa susah, hidup bujang terasa susah dan tak seronok - kamu fikir kalau kahwin dah tak susah dan seronok saja...? Pemikiran sebeginilah yang membuatkan saya dan kita semua terkejut dan sakit ditimpa harapan-harapan dan sangkaan...
Bila dah berkahwin, tiada pilihan melainkan banyak harapan yang perlu dipadam atau ditukar, banyak 'kerja' rumahtangga perlu dila…

Setia Mencintai ALLAH ^_^

Poligami sekian lama menjadi sesuatu yang pelik, janggal, menakutkan dan mendebarkan hati saya dan kita semua, antara sebabnya,  kerana sekian lama kita diindoktrin dengan "Kau Yang Satu', 'Ku Milikmu', "Cinta Abadi', 'Kau dan Aku' - tema-tema yang hadir dalam novel, drama, filem yang semuanya mengarah cinta manusia... 
Bila datang insan lain yang turut mencintai dan dicintai suami kita, saya fahamiah 'kegilaan' dan 'kecelaruan' yang menyerang isteri kerana saya juga merasa 'rasukan' bila mendahulukan cinta dunia, cinta manusia lebih dari mencintai ALLAH...
Setia pada kita beerti kekasih/suami tidak pergi kepada perempuan lain. Setia beerti hidup bersama berdua sampai mati. Salahkah erti setia sebegitu...? Mungkinlah tak salah tetapi rendah...kita akan sakit dengan perkara yang rendah. Saya juga pernah beberapa kali sakit kerana cinta dan setia yang rendah. Jadi sekarang saya dan kita semua perlu belajar mencari cinta dan setia y…