Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

:: Pernikahan: Kitalah Agen Perubah ::

Sebenarnya, saya tidak berniat memfokuskan blog ini kepada tema pernikahan dan yang seiringan dengannya. Saya telah menulis blog sejak tahun 2006 rasanya, dan blog itu bermula hanya dengan luahan perasaaan, catatan aktiviti harian dan apa yang bermain di fikiran.
Semakin lama menulis, mula datang kesedaran untuk menulis sesuatu yang bukan sekadar catatan peribadi seorang insan, namun saya ingin mengajak pembaca dengan penulisan. Mengajak ke mana…?
Saya ingin mengajak diri saya dan pembaca sekalian meniti jalan pulang kepada tuhan.
Lalu, dalam blog sewaktu saya bujang, saya usahakan perkongsian yang memberi tazkirah pada hati dan perasaan.
Kini setelah menyandang status isteri, saya usahakan pula berkongsi hal-hal yang membantu saya dan kita semua menjadi tabah merentasi fasa kehidupan bernama pernikahan.
Alhamdulillah ALLAH memberi keizinan dan kemampuan untuk saya menulis tentang tajuk berkisar pernikahan. Sesuatu yang saya tidak terfikir sebelum ini.
Minat saya kepada alam pernikahan ini …

Bernikah: Banyaknya nak kena studi...

"Kahwin ni bukan senang, banyak benda kena tahu..kena belajar.."
"Ya ke??"
Ya, untuk berkahwin, banyak perkara yang kita perlu pelajari.
"Nak belajar apa…?"
 Kahwinlah, bila dah mengemudi bahtera rumahtangga, baru kita tahu ilmu apa yang kita tak lulus, pelajaran apa yang kita masih lemah, aspek apa yang kita perlu dalami.
Untuk berkahwin, kita kena matang. Maka, bernikahlah, kita tak ada pilihan lain, melainkan terpaksa menjadi matang bila sudah bersuami dan beristeri.
Kalau kita ikutkan perangai dan keinginan budak-budak kita, maka pintu keruntuhan rumahtangga terbuka luas di hadapan. Boleh saja bergaduh dengan suami, bergaduh dengan mertua, bergaduh dengan anak-anak..tapi ‘bergaduh dengan matang’, supaya kasih sayang tak hilang walau dah banyak kali gaduh.
Untuk berkahwin, kita kena belajar dari pengalaman orang. Maka berkahwinlah, kita akan faham apa yang orang lain cerita, dan kita tahu nasihat mana yang boleh diguna pakai sekarang, nasihat mana yang bole…

:: Indahnya Islam Menjaga Bicara ::

Islam adalah agama yang memelihara keharmonian dan kedamaian segenap aspek kehidupan. Cara hidup islam, andai berusaha diamalkan secara benar dan sempurna, memberi kebahagiaan kepada manusia secara peribadi ataupun kehidupan bermasyarakat... Setuju tak dengan mukadimmah saya ni :)
Indahnya islam.. setiap anggota tubuh yang dianugerah ALLAH ini ada sistem yang perlu diikuti, jika tidak, akan kucar kacir kehidupan kita dan orang lain. Sepasang mata yang dikurniakan itu tidak boleh melihat sebarangan, sepasang bibir itu juga tidak boleh mengungkap kata sewenang-wenang. Kerana kelak semuanya akan diminta pertanggungjawaban.
..Ya, sekali lagi ingin saya berkongsi tentang bicara dan komunikasi. Mudah-mudahan topik bicara ini mengingatkan dan memotivasi diri ini dan kalian untuk memuhasabah nikmat bertutur dan terus menyuburkan akhlak mulia.
“Perbanyakkanlah hal yang menyebabkan kalian masuk syurga, iaitu taqwa kepada ALLAH dan akhlak yang mulia.” (Riwayat Tirmidzi)
Saudaraku, kata-kata mempuny…

Kenduri kahwin... Di mana ruang berjimat?

Jika ditanya persediaan untuk kenduri perkahwinan saya, tidak ada apa-apa yang ‘menarik’ untuk dikongsi. Namun sempena musim pernikahan di cuti sekolah akan datang, saya coretkan juga sedikit pengalaman sendiri tentang kenduri kahwin lebih dua tahun yang lalu.
Saya tidak ada ‘majlis perkahwinan impian’, dengan konsep sebegitu atau sebegini, saya tidak ada lakaran baju pengantin seperti rata-rata bakal pengantin yang membelek-belek majalah melihat design baju pengantin yang diminati.
Saya hanya ada rumahtangga impian, maka saya tidak window shopping ke sana ke mari untuk memilih perhiasan dan keperluan majlis perkahwinan, sebaliknya saya ke sana ke mari bertemu insan-insan berilmu yang sudah berumahtangga, memohon nasihat dan pandangan untuk saya membina syurga rumahtangga kelak.. [dan kini setelah dua tahun bernikah, rupanya proses mencipta syurga rumahtangga ini sangat-sangat mencabar,  berterusan ke akhir perjalanan kehidupan].
Setelah menyerahkan wang hantaran dari pihak lelaki kepada…

Rumahtangga kita di fasa mana?

Dua tahun usia perkahwinan saya, banyak yang telah saya pelajari tentang erti pernikahan dan jauh lebih banyak lagi yang perlu dipelajari.
Saya memahami bahawa setiap perkahwinan itu mempunyai fasa-fasa yang akan ditempuh. Pasangan dan rumahtangga yang nampak bahagia dan ‘sweet’ selalu, bukanlah tidak ada ribut taufan di sebaliknya. Pasangan yang kelihatan seringkali bertengkar juga bukannya tidak melalui tempoh-tempoh aman dan kemanisan.
Ketenangan dan kesulitan itu sungguh silih berganti mendatangi, dalam kehidupan, begitu juga dalam perkahwinan.
Andai kita berusaha memahami perjalanan peta sebuah perkahwinan, kita insyaALLAH mampu menangani konflik dengan matang.
Andai kita berusaha memahami rahmah wa mawaddah yang ALLAH sediakan dalam perkahwinan, pasti kita jadikan tempoh manis pernikahan sebagai pendorong untuk kesyukuran yang mendalam.
Kali saya kongsikan petikan artikel yang mengupas tentang 5 Fasa dalam perkahwinan, hampir setiap pasangan melalui tahap-tahap itu, hanya saja m…

Pernikahan: Ketenangan Itu Perlu Dicipta

"Sejak dah ada suami ni, hati rasa tenang, rasa tertutup terpelihara. Kalau keluar ke majlis atau program yang ada lelaki, takde lah kuch kuch hota hai..( something happened to my heart)..kalau tak, nampak je lelaki baik ke, hensem ke, mesti 'ter'suka..." luah isteri A.

Isteri B membalas,"Memanglah hati awak tertutup pada lelaki lain, sebab awak dapat suami yang baik..tapi saya..perangai suami saya tu buatkan saya masih memandang mencari mengharap lelaki lain..saya tau tak patut, tapi itulah hakikat yang saya rasa.."

nah, inilah antara senario yang ada berlaku di kalangan para isteri, walau bukan semua. Isteri meluah perasaan suka duka, bahagia derita alam rumahtangga..

'Bernikahlah..sesungguhnya bernikah itu menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan..' begitu pesan Rasul.

Namun adakah sebaik sahaja lafaz nikah menjadi sah, ketenangan dan kebahagiaan akan turun dari langit menaungi kita suami isteri...?

Adakah dengan lafaz nikah semata kit…

Warkah Terakhir Mama

Assalammualaikum wa rahmatullah

Moga Abdullah yang sangat dikasihi sihat sejahtera dalam rahmat Allah Swt.

Begitu cepat masa berlalu, masa yang tinggal semakin sedikit untuk kita bersama. Rasa baru semalam mama mengandungkan Abdullah,.. kini telah tiba tempoh kembali kita kepada Allah..

Mama lalu ingin meninggalkan pesan untuk Abdullah yang sangat dekat di hati mama..

Abdullah anakku, tidak ada pesan terbaik melainkan, ittaqillah. ( bertaqwalah)

Betaqwalah kepada Allah di manapun dirimu berada.

Bila Allah berada di depan dalam segala urusanmu, hatimu akan tenang nak..

Bertaqwalah dalam sendirian atau dalam kelompok ramai orang. Segala keperluanmu akan Allah cukupkan, akan ada jalan keluar sewaktu Allah mengujimu dengan kesulitan.

Namun bagaimana harus taqwa ini dimiliki?

Dengan ilmu, nak.

Mama juga sedang belajar membina taqwa. Untuk bertaqwa dengan sebenar-benarnya, mama perlu mengenal Allah terlebih dahulu. Siapa Allah di hati dan kehidupan mama?

Mama perlu faham dan hay…