Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Kenikmatan Di balik Kesulitan :)

Teman-temanku yang baik, moga hari ini kita lebih kuat, positif dan sabar menempuhi kehidupan. Kehidupan ini seluruhnya adalah ujian. Kehidupan adalah jambatan bertemu tuhan. Di kesempatan yang masih ada, teruslah kita berbuat baik merentasi kesenangan dan kesulitan.

Pesanan untuk diri saya dan kalian, pandanglah segalanya dari nilaian Ar Rahman, akan tenanglah hati di sebalik kepedihan dan kekecewaan.

Allah yang Maha Penyayang memberi ujian agar kita terus menjadi hamba ALLAH yang lebih baik, membuang kelalaian, meninggalkan kemaksiatan, melunakkan perasaan, menjauhi keegoan dan kesombongan.

Fokus kepada tuhan sesungguhnya memberi kemanisan berpanjangan di dunia hingga kehidupan berkekalan..insyaALLAH. Jangan sekadar pandang mereka yang menjadi ujian kepada kita, namun yang lebih dan paling pandanglah RESPON kita sebagai hamba tuhan ♥

"Dan kemudian dikatakan kepada orang bertaqwa, Apakah yang telah diturunkan Tuhanmu? Kebaikan. Bagi orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat b…

Poligami: Apa sebab yang kukuh?

Cereka poligami tak kunjung habis. Ayuh kita lalui dengan saling memahami, saling memotivasi dan saling memahami.


"Akak boleh bagi suami akak kahwin lagi kalau dia ada alasan dan sebab yang kukuh"

Kalau ada gadis yang berkenan dengan suami akak, kukuh tak alasan tu...?

Kalau suami akak tersuka dan terjatuh cinta pada seorang gadis, kukuh tak alasan tu...?

Saya tahu jawapannya...:)

Dan pada saya, tidak ada satu alasan dan sebab yang kukuh pun untuk suami bentangkan pada isteri kenapa ingin berkahwin lagi, melainkan kalau si isteri sendiri yang meyakinkan suaminya bahawa suaminya perlu berkahwin lagi atas alasan dan sebab yang diyakini isteri.

Tak perlu minta saya pujuk isteri agar sudi berpoligami kalau anda sebagai suami pun tak mampu pujuk, apatah lagi saya yang tak tahu kisah rumahtangga kalian berdua. Hanya isteri itu sendirilah yang boleh memujuk hatinya sendiri, dengan sokongan suami yang memahami pastinya.

Tidak ada situasi yang menyenangkan dan menenangkan isteri jika d…

Berkahwinlah dengan mata terbuka.

Duduk duduk di taman Setia Alam petang ahad itu, tiga pasang pengantin kelihatan mencari posisi sesuai merakam gambar perkahwinan... saya tahu gambar itu adalah memori suami isteri namun nampaknya pasangan suami isteri hari ini terutamanya bakal isteri begitu fokus kepada perkara yang kurang penting seperti photography session dan baju pengantin serta pelamin hingga melupakan perkara yang penting dalam rumahtang
ga iaitu menjadi isteri solehah...!

Masuk ke alam perkahwinan dengan jahil dan emosi saja...! Dengan mata tertutup dan khayalan yang merosakkan..! Bukan semua, tapi kebanyakkan begitu, baik lelaki dan wanita...! Malah saya juga satu tika dulu..! :O

Saya kahwin untuk menjaga hati, itu dorongan utama. Ingin berkasih sayang dalam hubungan yang halal.


Ya, kalian juga orang muda yang bersemangat bila bercinta, tak sabar sabar nak peluk cium...! 

Tapi tahukah kalian tanpa ilmu, nasihat dari orang berilmu, meninggalkan Quran, kalian akan merasa kosong dan sakit dalam perkahwinan...??…

Menahan keburukan kerana ALLAH.

Teman-temanku yang kecewa dengan ujian yang datang melalui teman-teman, famili, dan rumahtangga - ketahuilah bahawa ujian ini semuanya sangat penting untuk mengukur hubungan kita dengan ALLAH. Kita adalah hamba ALLAH, tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH. Kalau kita bersikap buruk kerana sikap teman-teman kita macam tu juga pada kita- maka kita adalah hamba mereka dan hamba dunia...

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan soleh, sambil berkata: sesungguhnya aku ialah dalam kalangan Muslimin!. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. 

Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik; maka (engkau akan dapati) orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dandiamalkan melainkan oleh orang-orang yang sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang…

Poligami: Suami tak mampu kewangan...?

'Suami tak cukup duit, tapi nak kahwin lagi.'

Berkali-kali saya ditanya pandangan tentang ini, maafkan saya lambat merespon kerana saya juga membantu mencari jawapan kepada persoalan kewangan yang bukan mudah. Ia bukan sekadar isu yang timbul bila suami mahu berkahwin lagi, tetapi juga cabaran rumahtangga yang paling besar untuk pasangan suami isteri hari ini. Keberantakan rumahtangga akibat aliran keluar masuk tunai yang jauh lebih besar melebihi pendapatan kita semua... Siapa yang punya masa untuk berkasih masa ketika kepenatan dan tekanan mencari rezeki melingkari jiwa...?

_________________

kak nurul, tlg saya... suami saya ada mintak nak kawin lg.... tapi masalahnya... mampukah dia? gaji dia rm 1800,keluarga saya baru nak mula... rumah pun belum ada, duduk menyewa, anak 3 org... x lama lg nak sekolah... saya kenal org yg suami saya berkenan tu... tapi dia belum tahu yg suami saya minat kat dia.... mampukah dia./??? setiap bulan pun kena bercatu... saya pun bekerja bantu dia..…

Bantu suami jadi hero :D

Assalammualaikum wa rahmatullah....Apa khabar sahabat sahabat heroin saya semua :)
Moga berada dalam kesihatan fizikal ketenangan emosi dan tidak putus asa melalui  kehidupan yang sentiasa berisi ujian kesenangan dan kesusahan. Sebelum hanyut dengan kesedihan dan kegembiraan, ingatlah ..! Sesungguhnya hidup kita bukan habis di dunia namun ini adalah tempat ujian yang memilih kita untuk kehidupan seterusnya !
Ohh tengoklah gambar hero saya, Abdullah dan papanya :P mesti ada heroin yang teruja… jom sahabat sahabat semua, kita jadi heroin yang membangun ke'hero'an dalam diri warga lelaki famili kita iaitu suami dan anak-anak… hero tak turun bergolek dari langit ya !! :D
‘Beruntung nurul dapat suami yang baik’..hehe inilah statement biasa bila sekeping gambar kaku abdullah dan papanya di upload ke fb atau blog.. .sedangkan kami pun ada hujan panas, ribut taufan dan perang hihi samada isu suami isteri atau isu anak ! Jangan sekadar baca blog saya untuk jadi bersedih dengan suami …

Isteri: Cabaran Menjaga Kehormatan Diri

Entri sebelum ini merujuk kepada suami, apa khabar pula isteri? Tertanya-tanya kenapa suami tak berinisiatif untuk hubungan seks?

Jika dulu sebelum berkahwin seorang wanita boleh memujuk rayu, berlemah lembut hingga lelaki terdorong untuk memesrai sebelum kahwin, apakah tidak menggunakan kemesraan yang sama untuk mengajak suami berhubungan intim selepas hubungan menjadi halal...

Dah cuba tapi suami menolak? Sama sahaja perasaan suami dan isteri, akan terasa hati jika pasangan menolak sentuhan untuk hubungan intim. Suami terasa jika isteri menolak, isteri juga kecewa jika suami menolak inisiatif isteri...

Apatah lagi isteri yang jarak jauh, berjumpa seminggu sekali, atau dua minggu sekali atau sebulan sekali - namun suami seperti tidak cenderung untuk hubungan seks... sedangkan setelah berhari-hari ditinggal suami/isteri, pasti ada gelojak perasaan masing masing kepada pasangan...apa yang berlaku di sebalik kejauhan pasangan dan kehambaran?

Jika isteri ada cabaran memesra…

Suami: Cabaran Menjaga Kehormatan Diri

Wahai pemuda, ingin bernikah kerana ingin menjaga kehormatan diri...? Kalian memilih saluran yang benar. Dalam masa yang sama, apapun pakej kenikmatan yang ALLAH bagi dalam kehidupan ini datang bersama cabaran dan ujian. Tiada kesempurnaan.

Nantinya setelah bernikah, di sebalik kurnia hubungan yang halal, pasti akan menghadapi cabaran untuk memesrai isteri. Waktu suami ingin berhubungan, isteri menolak dan keberatan lagi menjauh, secara fizikal dan emosi...atas sebab yang pelbagai.

Tiga bulan selepas bernikah, isteri mabuk muntah-muntah mengandung. Isteri bukan sekadar lembik tak bermaya fizikal malah isu yang sering timbul ialah tak boleh tahan bau badan suami. Tak boleh suami dekat, apatah lagi untuk bermesra dan hubungan seks. Persiapkan diri menghadapi situasi ini walau bukan semua isteri mengalaminya.

Komunikasi pada isteri dengan lembut dan berhikmah akan keinginan perasaan...

Kadang hal itu berakhir setelah kandungan berusia 3 bulan, tapi kalau 9 bulan mengandung …

Reverse-Cinderella Syndrome :D

Reverse-Cinderella Syndrome :D

Wanita itu mulia dijadikan ALLAH dengan fungsinya untuk memberi kepada keluarga dengan membantu mengatur urusan dan berkhidmat di dalam rumah, mengurus, memberi inspirasi, mengasuh, mendidik, menenangkan, membantu mencari rezeki - samaada sebagai anak perempuan, isteri, ibu ... tetapi saya dan kamu lahir dalam dunia fantasi Cinderella yang dimomokkan saban waktu - bahawa kehidupan ini adalah untuk mencari seorang lelaki yang akan mendampingi, menjaga, menyayangi sepenuh hati seperti kamu puteri...! Mencari lelaki yang akan menjaga kamu dari susah payah dan keluh kesah...!


Tidak puteriku ! Dunia ini adalah tempat kamu bermandi ujian berpenat lelah menunaikan tanggungjawab...! Kasut Cinderella tidak akan menyelamatkan kita wanita dari ujian ALLAH yang tak berhenti..hanya iman dan taqwa...! ...

Kenapa jiwa terseksa dan tak bahagia... ? Kerana Reverse Cinderellah Syndrome..

Awal-awal zaman bercinta atau berkahwin, si putera lelaki memberi perhat…

Menyusun ibadah vitamin hati...

Seorang teman bertanya tentang bagaimana untuk muslimah menjaga ibadah khusus dengan ALLAH dan tanggungjawab dengan manusia dalam kesibukan bekerjaya dan bekeluarga.

Saya pastinya tidak berada dalam situasi cabaran itu namun saya kongsikan kisah teman-teman di sekeliling yang saya mengenali gaya hidup mereka sebagai muslimah yang baik... Saya suka meminta tips dari wanita yang bermotivasi dan berdisplin seperti teman-teman itu.

Pertama, hubungan dengan ALLAH tidak ada kompromi jika ingin ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan penuh cabaran ini. Pada yang telah menjaga solat dan puasa wajib, pasti ingin menambah yang sunat... hingga kita menjadi hamba-hamba yang dicintai ALLAH..insyaALLAH.
Seorang mulimah jurutera mempunyai 3 anak, kongsinya, ada target ibadah khusus yang ingin dicapai. Jadi di pagi hari dalam tren, akan membaca zikir-zikir mathurat, dan quran sebanyak yang boleh. Sehari satu juzuk. Di ofis usahakan solat dhuha bila berkesempatan, di samping istighfar 100…

Berbuat baik kerana ALLAH...!

Teman-temanku yang baik, moga hari ini kita terus mengusahakan ketulusan dan keikhlasan berbuat baik kerana Allah, ia sulit namun boleh insyaAllah :)

Seperti nasihat di dalam buku '50 Kaedah Kehidupan Di dalam Al Quran':

"Segala yang baik yang kamu kerjakan, Allah mengetahuinya." (Al Baqarah:197)

Janganlah perlakuan yang tidak menyenangkan dari manusia - samaada suami/isteri, anak, anak, ibu bapa, majikan, teman-teman, jiran - membuatmu keras kepada mereka dan tidak lagi berbuat baik kepada mereka,tetapi bersabarlah dan teruskanlah kebaikanmu itu kerana Allah...berharaplah kepada Allah untuk berbuat baik kepada mereka, jangan berharap kepada manusia demi mendekat kepada Allah.
Apapun yang berlaku, di manapun kita berada, siapapun kita, hidup kita adalah untuk berbuat baik dan mengajak orang lain menjadi baik ♥ kepada Allah. Kerana Allah. insyaAllah ^_^

"Hanya kepadaMu kami beribadah dan hanya kepada Mu kami memohon pertolongan (Al Fatihah:5)

Moga ketenan…