<><>
<><>
<><>
"Segala puji bagi ALLAH, yang dengan nikmatNYA maka sempurnalah amalan soleh". Atas doa dan harapan sebahagian pembaca, akhirnya suami saya selamat bernikah lagi :P
Saya juga merasa seolah-olah amat singkat tempoh perkahwinan, tetapi ALLAH akan mengambil suami yang dipinjamkan. Rasa seolah-olah ALLAH akan mengambil kasih sayang yang terjalin antara saya dan suami... walaupun bukan begitu, tapi kelemahan saya membiarkan syaitan menguasai fikiran :(
Bersambung....insyaALLAH. :)
:: Wahai Tuhan yang Membolak balikkan Hati, tetapkanlah hati kami dalam ketaatan kepadaMU :: |
"Segala puji bagi ALLAH, yang dengan nikmatNYA maka sempurnalah amalan soleh". Atas doa dan harapan sebahagian pembaca, akhirnya suami saya selamat bernikah lagi :P
Tiga
tahun saya mempersiapkan diri untuk 'menerima' poligami (suami menikah lagi),
namun rupanya persiapan teori dan alam praktikal jauh berbeza bagai langit dan
bumi. Ya, teori sangat penting, kerana ia menjadi motivasi kepada seorang
isteri untuk matang dan positif dalam bersikap. Dalam masa yang sama, bila
tiba realiti, perlu berjuang (mujahadah yang tinggi) untuk melaksanakan segala
teori :)
Saya
menghantar SMS kepada beberapa teman terdekat - berkongsi khabar gembira -
bahawa suami saya telah selamat bernikah lagi. Beberapa sahabat kemudian
menelefon bertanya perasaan saya tentang suami bernikah lagi - ya, ia memberatkan perasaan seperti yang saya kongsi dalam entri Ombak Perasaan Menghadapi Poligami. Sekalipun saya dari dulu mengajak kalian Menjadikan Poligami Pilihan Bersama,
tetapi bila ALLAH menjadikan ia pasti, ia sulit untuk hati saya.... :D
Akan tetapi di sebalik perasaan berat yang kadangkala menjelma, hati juga merasa ringan dan lapang kerana dari awal proses menikahi isteri ketiga berlangsung secara terbuka di dalam famili. Suami memaklumkan siapakah calonnya, saya berjumpa dan berkenalan serba sedikit dengan calon dan perkembangan proses taaruf dikongsi bersama hingga keputusan dicapai untuk bernikah. Kami para isteri sedia ada membantu mana yang perlu. Suami melamar calon di hadapan walinya dengan keberadaan saya. Kakak isteri pertama pula membantu membeli cincin pertunangan dan pernikahan serta keperluan yang lain.
Akan tetapi di sebalik perasaan berat yang kadangkala menjelma, hati juga merasa ringan dan lapang kerana dari awal proses menikahi isteri ketiga berlangsung secara terbuka di dalam famili. Suami memaklumkan siapakah calonnya, saya berjumpa dan berkenalan serba sedikit dengan calon dan perkembangan proses taaruf dikongsi bersama hingga keputusan dicapai untuk bernikah. Kami para isteri sedia ada membantu mana yang perlu. Suami melamar calon di hadapan walinya dengan keberadaan saya. Kakak isteri pertama pula membantu membeli cincin pertunangan dan pernikahan serta keperluan yang lain.
Beberapa hari mendekati suami akan bernikah, dada ini terasa sesak dengan perasaan yang bercampur
baur. Tercari-cari bantuan 'oksigen' yang merupakan keindahan kalam ALLAH
dan pesanan mulia hadis rasulullah SAW.
Dan
nampaknya, terbukti saya perlu lebih intim dalam berinteraksi dengan Al Quran
dan As Sunnah :( perlu menghayati bukan sekadar mengetahui!
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.
(Ali-Imran:142)
(Ali-Imran:142)
Saya
benar-benar rasa kehilangan, pukulan perasaan yang hebat itu menimpa hati ini... (Apa yang saya baca dalam buku
psikologi poligami ke atas isteri menjadi kenyataan ke atas diri saya!)
Justeru...kenapa
saya harus rasa kehilangan?
Sedangkan
sebenarnya saya dan suami bukanlah berpisah dan bukannya saling meninggalkan.
Suami hanya akan punya satu isteri lagi, dan kami tetap akan meneruskan
kehidupan bekeluarga seperti biasa - bersama siri cabaran dan kebahagiaan - insyaALLAH. Apatah lagi dari dulu kami telah berbincang dan memahami niat dan visi kami membina
keluarga poligami. Dan alhamdulillah, keterbukaan dan kesediaan saya meraikan
poligami adalah kerana hadirnya suami yang bertanggungjawab, dengan izin ALLAH
pastinya.
Ternyata,
suami saya tidak berubah komitmennya. Sebelum bernikah dirinya komited
dengan kelancaran rumahtangga, selepas bernikah beliau tetap sahaja
memperhatikan kebajikan keluarga dalam amanah yang semakin bertambah.
Saya
juga merasa sedih yang amat. Saya
pun tak faham kesedihan yang melanda tiba-tiba.. Pun begitu hati rasa terpujuk,
bilamana saya mengingatkan diri bahawa perkahwinan itu adalah kurniaan yang
berharga dari ALLAH - apakah saya tidak gembira dan berlapang hati saudara
perempuan saya juga dianugerahkan pasangan yang mencintai?
Tidak beriman seseorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bahkan satu perasaan
baru yang saya syukuri ialah, saya makin mengasihi kakak
isteri pertama atas segala pengorbanan dan kebaikannya, dan juga mula mengasihi
ukhti isteri ketiga yang sudi berkongsi kehidupan poligami yang bersusun
cabaran menanti. Moga ALLAH meneguhkan iman kami semuanya...
Saya juga merasa seolah-olah amat singkat tempoh perkahwinan, tetapi ALLAH akan mengambil suami yang dipinjamkan. Rasa seolah-olah ALLAH akan mengambil kasih sayang yang terjalin antara saya dan suami... walaupun bukan begitu, tapi kelemahan saya membiarkan syaitan menguasai fikiran :(
Ini kerana sesungguhnya
ALLAH bukan mengambil, malah Allah lah pemilik sebenar. ALLAH lah pemilik kasih
sayang dan cinta. Saya bersangka baik, bila ALLAH mengizinkan suami bernikah lagi, ALLAH tidak mahu kita terleka dengan cinta manusia hingga tidak
meletakkan ALLAH di tempat teratas. Sekarang, ombak yang membadai jiwa seakan
menjalin kembali cinta saya kepada ALLAH yang Maha Sempurna, lagi Maha Melimpah
Kebaikannya.
Hakikat yang perlu saya akur ialah, saya tidak akan pernah kehilangan suami kerana saya sebenarnya tidak pernah memiliki.
"Suami hanya pinjaman ALLAH, suami menjadi wasilah mendekatkan diri kepada ALLAH. Perkahwinan adalah salah satu medan pengabdian yang tulus kepada ALLAH" - ini bukan lagi sekadar kata-kata keramat yang saya ungkap, namun saya perlu telan dan hadam untuk meneguhkan peribadi diri.
"Suami hanya pinjaman ALLAH, suami menjadi wasilah mendekatkan diri kepada ALLAH. Perkahwinan adalah salah satu medan pengabdian yang tulus kepada ALLAH" - ini bukan lagi sekadar kata-kata keramat yang saya ungkap, namun saya perlu telan dan hadam untuk meneguhkan peribadi diri.
Bila suami menikah lagi, terasa juga suami akan meninggalkan diri ini sebab ada kehidupan baru bersama isteri baru...
Yang sebenarnya bukan begitu,
suami memang ada akan kehidupan baru namun suami dan semua isteri sebenarnya mempunyai kehidupan yang sama dan seiring selagi mana misi kita adalah untuk terus mencari
keredhaan dan ampunan ALLAH. Apatah lagi, bila suami bernikah lagi, ia juga
sebenarnya memberi 'life baru' kepada para isteri - kehidupan yang menarik dengan cabaran
dan kebaikan-kebaikan baru.. Tak percaya? Cubalah ! Mencuba dengan persediaan
dan perancangan ok! :)
Persoalan lain yang timbul di jiwa ialah adakah suami akan memerlukan lagi diri ini seandainya telah bernikah nanti...?
Persoalan lain yang timbul di jiwa ialah adakah suami akan memerlukan lagi diri ini seandainya telah bernikah nanti...?
Wahai
diriku dan para isteri yang dikasihi, yang berada alam monogami atau poligami, suami
sangat-sangat perlukan keberadaan isteri untuk memberi kekuatan dan ketenangan padanya.
Apatah lagi pada isteri pertama atau isteri sedia ada, suami amat-amat
memerlukan kerana biasanya mereka amat kenal sikap suami, telah 'masak' dengan
keperluan dan kehendak suami. Maka dapat memberi dorongan dan bantuan sewajarnya untuk membangun rumahtangga poligami. Jadi ayuh para isteri, kita memohon kekuatan dari
ALLAH agar kita semua mampu menjadi isteri yang membantu suami dalam keimanan dan
urusan keduniaan.
Selain itu, saya merasa
sepatutnya banyak lagi suami perlu menghabiskan duit dan masa untuk saya sebelum bernikah
lagi.... ya, bila persoalan ini timbul di hati, saya teringat luahan yang sama dari kakak-kakak yang menjadi isteri pertama.
Inilah
perasaan yang paling saya tak suka, namun bertandang ke kamar hati. Tiba-tiba saya rasa tak cukup dengan masa suami. Tiba-tiba rasa tak cukup dengan duit dan
segala bagai yang suami telah memperuntukkan untuk diri ini... Astagfirullah, saya cepat-cepat mematikan bisikan ini - perasaan down menyebabkan mata hati saya tertutup dari menghitung kesyukuran dan melihat kebaikan suami sepanjang tempoh pernikahan ini.
Tika hati tenang berhubung dengan ALLAH, saya amat mensyukuri banyaknya kebaikan yang ALLAH bagi kepada saya melalui suami. Malah isu masa bukan soalnya, kerana amat banyak masa-masa berkualiti yang kami lalui bersama sebagai suami isteri dan satu keluarga. Rezeki yang ALLAH lapangkan pada suami, dan pengurusan masa suami yang baik adalah ciri penting yang membuatkan saya ingin suami terus membahagikan kasih sayang dengan isteri-isteri yang lain..
Tika hati tenang berhubung dengan ALLAH, saya amat mensyukuri banyaknya kebaikan yang ALLAH bagi kepada saya melalui suami. Malah isu masa bukan soalnya, kerana amat banyak masa-masa berkualiti yang kami lalui bersama sebagai suami isteri dan satu keluarga. Rezeki yang ALLAH lapangkan pada suami, dan pengurusan masa suami yang baik adalah ciri penting yang membuatkan saya ingin suami terus membahagikan kasih sayang dengan isteri-isteri yang lain..
Ya
ALLAH, bantulah hati ini merasa cukup..kerana bukankah manusia tidak akan
pernah merasa cukup sekalipun diberi segunung emas...
“Sungguh sangat beruntung orang yang telah masuk Islam, diberikan
rezeki yang cukup dan Allah menjadikannya merasa puas dengan apa yang diberikan
kepadanya.” (Hadis Muslim)
Itulah antara dialog dan perasaan-perasaan yang bergelodak di jiwa. Hati saya
sangat penat memberi jawapan pada persoalan yang bertalu-talu menjelma di
minda. Satu ketika, dalam minda saya terpampang segala tajuk tazkirah dan
taujih yang saya dapat sepanjang beberapa tahun saya mengikuti halaqah dan
program ilmu lainnya... Adakah ujian ini akan menyebabkan saya
membakulsampahkan segala ilmu atau inilah masanya ilmu berperanan untuk
menenangkan dan menguatkan saya...?
Bersambung....insyaALLAH. :)
38 comments:
Saya mungkin tidak punya kekuatan sebegitu. Moga tabah mengharungi. Mungkin itulah yang pernah dirasai dia yang pernah bersedia untuk dimadukan. Moga ALLAH memberkati kalian, amin.
lama tak meninggal kan komen.. semoga nurul tabah..besar ganjaran nya nanti redha dgn pilihan ni..
Begitulah perasaan yang saya alami saat saya dimadukan.. terasa down dan hampir2 berputus asa.. namun, saya bersyukur kerana saya di beri kekuatan untuk mengharungi kehidupan bermadu ini.. saya juga mengambil masa untuk menerima takdir ini... namun, dengan izin Allah, Alhamdulillah saya boleh menerimanya.... skrg, saya dalam proses menyesuaikan diri untuk berkongsi dalam semua segi... InsyaAllah, semoga keluarga kami dikurniakan keberkatan oleh Nya...
saya sgt2 suka dgn semua articles yg ditulis.. my eyes are widely opened.. saya sgt bersyukur kepadaNya dan berterima kasih kerana disaat hati saya bergolak saya dipertemukan dengan blog puan.. I learned a lot…di sini saya mulai sedar yang sebenarnya saya masih terlalu jahil dlm byk perkara terutama mengenai tanggungjawab seorg isteri terhadap suami..
selama ini saya tdk pernah curiga dgn suami n very open dgn dia krn memahami sikap dan nature of work dia yg perlu bekerjasama dgn ramai org.. mcm pasangan lain kita selalu share whatever thgs yg berlaku around us. until one day, i had this funny feeling..saya merasakan yg dia amat rapat dgn seorg ofismate yg lazimnya tdk menjadi rival kpd kaum hawa krn rakannya itu seorg yang berperawakan kasar dan tidak begitu keperempuanan (rasanya fahamkan).. ttp bg saya wanita ini adalah rival saya krn saya sgt2 memahami taste suami saya.. as we are growing older paras rupa bukan lagi perkara utama ttp minat yang sama mereka terhadap konsep kerohanian menjadi tajuk perbualan setiap kali ada masa terluang.. suami saya sgt kagum dgn keperibadian wanita in tetapi sayangnya islam bukan aqidahnya….disbbkan itulah suami mula merasakan bhw dia perlu byk berkomunikasi dgn wanita ini agar dia tdk terus terpesong.. wpun saya tahu suami tdk mempunyai sebarang perasaan terhdp wanita ini dan sebenarnya berniat baik ttp apabila saya mengatakan bahawa sebenarnya setiap hari hati awak (suami) ternanti-nanti masa hendak ke ofis kerana tak sabar nak berbual lagi…secara tdk disedari it became addiction dan di sinilah sebenarnya titik permulaan terhadap segala kemungkinan.. he then realised dan bersetuju dgn pendapat saya..
hubungan kami agak terganggu esp saya wpun suami berkali2 mengatakan bhw dia tdk punya perasaan.. saya percaya dia… but the fact that when 2 people share about ur spiritual journey ini bermakna hubungan mereka sgt rapat.. bukan cinta tapi very personal krn perkara sebegini hanya dikongsi bersama dengan org tertentu shj.. dan org ini sudah tentu berada dlm level yg berbeza berbanding org biasa krn org biasa tdk mudah faham apa yang diperbincangkan… fahamkan maksud saya.. jadi bila saya bukan pilihan tersebut maka di situlah hati saya amat terhiris…
tetapi Alhamdulillah beberapa hari selepas itu saya ada terbaca sebuah buku dan kemudian bertemu dgn blog ini…Masha Allah.. all the articles telah membuatkan saya sedar akan kesilapan yang telah banyak saya lakukan…dan rupa2nya ketakutan yang selama ini saya rasa sebenarnya berpunca drpd kejahilan diri sendiri... bila saya faham mengenai cinta Allah dan cinta manusia saya terus beritahu suami bahawa saya sudah mempunyai pandangan yg berbeza mengenai bermacam perkara termasuklah poligami…saya juga membuat beberapa perubahan dalam pelbagai perkara.. sungguh saya tk menyangka, rupa2nya nikmat yang diberikan oleh Allah selepas itu sangat manis…. Suami sgt terharu dgn perubahan2 yang saya lakukan dan berkali2 dia memberitahu saya kasih sayang dia terhadap saya semakin bertambah malah lebih manis daripada zaman bercinta..
since then ur blog became my fav blog.. terima kasih yang tak terhingga.. teruskan menulis.. saya amat kagum dengan ketabahan puan.. saya yg masih belum merasa poligami pun masih diganggu dengan bisikan2 yang melemahkan dan kadangkala kalah juga… masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbetulkan…InsyaALLAH..
Salam,
Meskipun sedih, tetapi kehidupan perlu diteruskan. Walaupun pahit, amanah perlu dijaga. Tanamkan dalam diri: sentiasa ingat mati, Akhirat adalah hidup yg kekal dan tiada apa dpt halang jika allah nak beri dan tiada siapa dapat memberi jika allah halang. Kita SEMUA akan kembali kepada ALLAH.
1)Ketika berduka- ingat akan janji Allah:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal , dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.(Al-Baqarah 2:277)
2)Ketika bersedih bacalah doa-doa untuk menghilangkan rasa sedih dan dukacita yang diamalkan oleh Rasulullah.
3)Solat sunat - sehingga rasa sedih hilang.
4)Baca kalamNya kerana itulah channel Allah berbicara dengan kita
5)Jgn ikut bisikan2 syaitan.
Ia adalah peringatan/benteng/perisai kepada org yg menulis n yg baca komen ini. semoga Allah terus berikan kekuatan kepada muslimin n muslimat sekelian. Amin!
Assalamu alaikum ww. Tahniah saudari Nurul. Saya kagum dgn luahan dan pendapat ukhti ttg isu poligami. Lebih2 lg ukhti telah merasakan sendiri perasaan "ketika suami menikah lagi". Dan sesungguhnya perasaan ini sudah pun sy alami 5 thn yg lalu. Sebenarnya dlm diam sy tlh mengikuti blog saudari. Hal ini kerana sy jg merupakan isteri yg hidup dlm poligami. Alhamdulillah selama sy bermadu hampir 7 thn. Sy amat b'syurkur krn madu2 sy amat baik dan telah m'jd kawan, sahabat yg rapat.Di samping merekalah tempat meluah perasaan dan b'kongsi masalah. Entri saudari kali ini membawa sy tertarik dgn ayat "Hakikat yang perlu saya akur ialah, saya tidak akan pernah kehilangan suami kerana saya sebenarnya tidak pernah memiliki" kerana suami sy pernah berpesan "jgn merasa memiliki tp merasalah dimiliki".
salam kak lang....
tabahnya hati!kuatnya hati kak lang..
semoga kak lang mendapat segala kebaikan di dunia dan akhirat.amin..
Budak baik said:
Mana Milik Kita? - Rabbani ^_^
Tak semestinya bila berpoligami baru kita akan merasa bahawa Allah adalah puncak tertinggi kecintaan kita, bagi yg bermonogami pun ramai dan sedar akan hakikat bahawa suami bukan milik kita, dan kita bukan milik suami, Allah yg memiliki jiwa kita semua :)
fatimah r.ha pon xsggup dimadukan saidina ali hingga rasulullah turut merasa kesakitan anak perempuannya i2 smapi ia melarang saidina ali bernikah lagi kerana dikhuatiri agama fatimah terfitnah lantaran kecemburuannya...sy setuju kata2 :-),,,betul,,kita semua bukan milik siapa2,,bahkan anak2 kita juga,,,poligami bukan sunnah,,ianya cuma keharusan apabila keadaan mendesak,,rasulullah sndri tidak menggalakkan umatnya berpoligami,,,
tabahnya hatimu.. :)
nice entry..thanx 4 sharing :)
belum mampu jadi sekuat and setabah akak..semoga terus kuat mengharungi cabarannya :) jmput follow kmbali :)
sgt menarik entri ini
berbalik kpd ayat 'suami dan anak2 itu pinjaman'
cuma saya masih belum bersedia utk berkongsi..itu shj ;) tapi saya tak menolak poligami
terima kasih atas komen semua :)
poligami adalah kurniaan dan ujian sepertimana ujian hidup lain yang Allah beri pada kita... dengan setiap ujian itu, Allah menguji cinta dan keimanan kita kepadaNya...
ya tak semestinya dengan poligami baru mengenal hakikat mencintai dan dicintai tuhan :)
Masyaallah...
Salam,
Keredhaan Allah bukan hanya dicapai dgn poligami. Yg penting bagaimana kita melaksanakan tggjwb dan menjaga amanah kita sebagai hambanya.
Wpun telah dimadu tanpe pengetahuan sy...sy masih mengalami kesukaran utk menerima..sy lebih selesa utk tidak terlalu rapat dgn madu kerana madu tiada usaha utk mencari atau mnghubungi sy..mmg sakit hati dibuatnya. Ttp biarlah samada ini rezeki utk suami atau istidraj..hanya Allah maha mengetahui.
saya terharu membaca blog saudari. saya telah menyatakan niat berpoligami dgn isteri saya alhamdulillah dia membenarkan dan bakal isteri saya juga sudah bersedia untuk berkogsi kasih..
Assalamualaikum puan,
Saya telah sering membaca post2 puan di sini. Saya seorang suami yang mempunyai seorang isteri dan 3 org cahayamata. Perkahwinan telah berlangsung hampir 8 tahun.
Dalam tempoh 1-2 tahun yg lalu saya telah mengenali seorang gadis yang masih di alam universiti. Perkenalan saya itu pun sebenarnya didorong perasaan sunyi setelah mengalami perselisihan faham dengan isteri hampir setahun. Saya terlalu rasa sunyi dan perlukan seorang wanita yg memahami saya.
Dia seorang yg baik, lemah lembut, berbudi bahasa. Cuma saya tak pernah mendedahkan status perkahwinan saya padanya. Hinggalah pada suatu hari, status saya terbongkar. Saya amat2 rasa bersalah padanya. Dalam pada masa yang sama, saya terlalu sayangkan dia dan tak sanggup utk kehilangannya...
Dia mmg tak mahu meruntuhkan rumah tangga org lain dan minta saya berbaik semula dgn isteri. Saya cuba tapi perasaan sayang saya padanya semakin menebal. Dalam pada masa yg sama saya juga cuba menjernihkan hubungan dgn isteri.
Pada pendapat puan, apa yg harus saya lakukan? Saya memang pernah merancang utk bernikah dgnnya tapi dia masih x dapat menerima status saya sebagai suami org....
Salam.. saya pun hidup dalam poligami. Saya isteri kedua. I love my husband very much. But my madu kuat pergi bomoh. Ini kerana dia mahu dapat lebih dalam segala segi. Lebih kasih sayang dan perhatian. Lebih duit belanja. Budget untuk holiday dia lebih besar. Kereta yang lebih bagus. Sudah 10 tahun kami bermadu. Suami hanya sentuh saya sebulan sekali ..ada kalanya dua bulan sekali. Itu pun saya tanya. Kalau saya tak tanya.. suami pun seakan lupa. Bila saya tanya selalu, kami gaduh. Suami selalu mengadu penat bila pulang kerumah saya. Tapi bila pulang kesana dia sihat walafiat. Saya selalu nangis tapi saya ingat pada Allah. Saya percaya Allah sayang pada saya. Kadang2 saya terfikir apa guna kawin tapi buat saya begitu. Ramai lelaki lain yang mahukan saya. Tapi ini semoga dugaan. Semoga Allah beri saya kekuatan. Kerana akhirat saya lebih penting. Apa la yang ada pada dunia ini..hanya penuh dengan hasad dengki dan kelalaian.
salam..
semoga sy blh menjadi setabah puan apabila suami ingin berkahwin lg.. terima kasih d atas perkongsian.. sy tertarik dgn kata2 puan, suami hnye pinjaman dan kasih syg yg kekal abadi adalah milik Allah..
maaf.bagaimana cara saya dpt berhubung dgn penulis blok.
Hanya ALLAH yg tahu rahsia n rahmat poligami berlaku. Kita melihat dari perspektif diri kita, tapi ALLAH melihat dari perspectif yg lebih besar..kerana DIA yg mencipta segala alam ini. Jila benar anda berpoligami...maka itu takdirNYA dan ketentuanNYA..DIA nak menguji how kita 'react'...jadi usah persoalkan boleh terima atau tidak.kerana itu menunjukkan kita pentingkan diri...tapi terus hidup mencari bekalan akhir
at....jangan pula d kata suami tamak...hakikatnya dgn berpoligami tanggungan suami lebih berat...persoalan akhiratnya lebih berat...jika kamu sayangkan suami kamu kerana ALLAH...bantulah ia menempuhi dunia sementara ini utk menuju jannah ALLAH..
Salam..
Saya sedang mencari kekuatan bila suami menikahi semula bekas isterinya dalam diam2. Saya br saja tahu 31 Ogos lepas sedangkan perkara ini disembunyikan dari pengetahuan saya sejak April yg lalu. Suami seorang duda beranak3. Saya ada perkahwinan ke3 suami. Dia menikahi semula bekas is3 keduanya dengan alasan x mau anak tunggal mereka terabai. Sy sebenarnya boleh menerima andai suami berterus terang,tapi suami menipu saya mentah2 sedangkan saya telah pun syak beberapa kali sbb suami selalu pulang ke kg tanpa memberitahu saya. Bekas isterinya adalah jiran skg dengannya dan pilihan mertua uk suami kononnya bg merawat luka akibat perceraian kali pertama dulu. Sy pun x pasti mengapa mereka bercerai dulu tapi menurut mertua menantu pilihannya terlalu demanding, mendesak dan tidak tahu menghormati suami dan keluarga mertua. Ceritanya begitulah. Suami bernikah semula pula atas desakkan mertua dengan alasan bekas isterinya sudah insaf dan sering bertandang ke rumah mertua berbanding sebelumnya yang tidak pernah mejejakkan kaki sejak berkahwin. Selepas becerai dgn suami dan suami menikahi saya bekas isterinya rajin bertandang ke rumah mertua sampai tidor2 di sana.Setiap kali balik kg sy kurang selesa kerana bekas isteri suami pun tidor di rumah mertua dan sibuk nak melayan dan menguruskan suami seperti masih suaminya. Malah tidak segan silu mengajak suami membawanya bersiar2 dengan anak mereka. Kejadiannya kerap berlaku dan akhirnya suami menikahi dia semula diam2 di sempadan tanpa pengetahuan saya. Suami menafikan sekerasnya sebelum ini dengan mengatakan saya cemburu buta dan lain-lain. Saya sgt buntu kerana sy x tau kemana arah tujuan rumah tangga saya lagi selepas ini
Puan.. Sy jg menghadapi ujian yg sama seperti puan. Wlupn org selalu ckp yg isteri kedua selalu akn dpt lebih tp sy diibaratkn seprti isteri pertama yg sering ditinggalkn..
salam...suami sy bakal bernikah xlama lagi.hal tu terjadi kerana ketelanjuran kata2 sy yg ter"cabar' suami supaya kawin lagi.ketika tu kami bergaduh,sy bagaikan dirasuk & tanpa sy sedar sy dah terhantar sms kepada suami agar bernikah lagi,mase tu mmg dh hilang kerasionalan sy,bila keadaan dh reda,suami sy memberitahu bahawa dia betul2 sahut cabaran sy utk bernikah lagi..ketika tu baru sy tahu langit tinggi ke rendah & skrg sy terpaksa melawan segala mcm rase bila suami sy berhubungan dgn wanita tu & sudah berbincang hal perkahwinan mereka..bila sy tahu majlis mereka semakin dekat,sy semakin rase gelisah,hati gundah,takut,cemburu semua ade..umur sy baru 25 tahun & wanita tu dh berusia 34 tahun(belum berkahwin)..adakah ini dh memang takdir sy bakal hidup berpoligami..??.skrg sy banyak salahkan diri sndri & adakalanya susah nk terima hakikat tu..pernah juga sy suarakan keputusan sy biar sy yg undur diri sebab sy takut jika sy x dapat nk uruskan emosi & cemburu sy nanti & seterusnya menyusahkan suami nanti..tp suami enggan sy buat keputusan tersebut sbb dia ckp dia masih perlukan sy & sayang sy sangat2..& keputusan dia berkahwin tu pun sbb menyahut cabaran sy tempoh hari...ape yg perlu sy buat sekarang?mungkin ade sape2 boleh bagi nasihat/pendapat kepada sy ni....:(
Baru2 ini sy mengetahui suami mempunyai hubungn dgn perempuan lain..selama ini, suami seorang yg baik..sabar melayn perangai sy yg panas baran...hmpir 11 thun usia perkhawinan...kini suami mengakui mula sayng perempuan lain...mulanya sy rasa tlalu sedih...disaat saya mengandung 8 bln...sy menerima dugaan ini...sy tertnya apa x saya...sy menyindir dan menyakitkn ati suami bnyk kali sejak mengetahui perkara itu...tnpa menyedari apa yg berlaku sy seolah tersedar dan dr x pernah bgn tahajud..solat hajat...solat dhuha...dan solat taubat smua sy lakukn...utk memohon kpd Allah kembalikn hati suami hnya kpd saya...di samping itu..sy masih tetap menyakiti ati suami sy yg terlalu baik dgn sy selama ini...entah bagaimana suami sy yg penyabr selama ini...menjadi terlalu marah dan beritahu sy bgaimana perasaan dia thadp sy slama ini...sy tergamam...dan br sy sedari betapa teruknya perangai sy selama ini...dan sy bersyukur bila suami meluahkn segalanya...beransur2 ati sy tenang...dan terus sy menanamkn tekad utk mebahagiakn suami walaupun jika dtakdirkn selepas ini sy dimadukn...kerana sy tahu...betapa kesiannya suami yg sy kasihi jika sy menghalng keinginan kasih sygnya...sedngkn selama ini dia sabr dgn perangai sy.... diharap jika ditakdirkn sy dimadukn slps ini sy dpt menerima dgn hati yg redha..dsamping memohon kekuatn emosi dr Allah utk menerima dan menyayangi suami sepenuh hati
Assalam...sy stuju puan.km kluarga bhgia sehinggalah kejadian x terdg oleh aqal bila suami trganak mnipu! sy jg trasa mcm tertipu krn we r too kind to him n x mmbntah dari mula khwin hingga kini...dah 23 thn bersama. tup2 ditipu dgn bgtau otstesen rupa2nya pergi ke siam mnikah...owh perit n wont heal sampai bila2. xrela kprcyn n kesetiaan dikhianati! better not to get to know his bini gelap dia...n i run my life with my hubby as usual...but painfully. slowly tarik semua yg slama ini kita kongsi kewangan, ms antr ambik ank sekolah, krjsama kerja2 ofis (km satu ofis, diff dept)dll...biar dia tahu rasa sama kita bkrjasama dgn org yg tahu bkrjasama n mnghargai...dgn bini gelapnya pun biar dia sendiri yg settlekan ...njwb dgn Allah.. krn xde msalah p cari masalah... he is still 24hrs with us anak2 4 org dan sy isteri asalnya... kkadang mrk ni x tahu apa yg patut dikejar dlm dunia fatamorgana ni...konon nk cari redha Allah katanya... guna alsn Agama dlm bab ni saja? fikir2kn is3 ke 2 dll...doa org2 teraniaya xde hijab dgn Allah...bhgiakah anda atas kehncuran n kekecewaan org2 lain yg sgt hmpir dgn suami org itu?
Sy skrg ni tengah bergolak dgn perasaan sebab suami sy telah meluahkn hasrat utk kawin lg. Kami sudah 6 thn mendirikan rumhtangga tp msh belum di kurniakan anak....itulah alasan utama yg digunakan. Umur makin meningkat....sedangkn suami sy sgt2 perlukan zuriat.
Kdg2 sy rs sy mampu izinkan tp dlm ms yg sama hati tak sanggup utk berkongsi suami. Tidakkah akan lebih terluka bila mn dia dgn isteri ke2 dpt anak sdgkan sy tk mampu...tidakkah akn trbit rs rendah diri yg amat dan rs cemburu yg meluap2, itu lumrah perasan seorang wanita.
Sekarang ni suami msh menunggu jwpan dr saya dan selalu dia berhujah dgn nas2 agama yg sy tk blh nak argue apa2....klu sy izinkan sy tk pasti yg sy mampu harungi hidup bermadu. Tlg bantu sy....apa patut sy buat
salam... baru2 ini suami berterus terang dengan saya yang dia mempunyai hubungan dgn ssorg yang bukan islam. pada mulanya, dia cuma berkawan dan cuba membimbing dia ke arah islam.. setelah sekian lama, dia mula jatuh hati dengan suami saya. dari situ mula timbul perasaan sayang suami saya pada dia, tetapi kerana status suami isteri orang dia sedaya upaya ketepikan perasaan itu dengan menyakiti hati mereka masing2. setelah berterus terang dengan saya, saya cuba mengenal hati dan perasaan suami saya terhadap dia. selepas saya cuba melamar dia untuk menjadi isteri yang kedua, tiba2 hubungan yang keruh antara mereka menjadi jernih. dia cuba untuk menolak cara baik lamaran sebagai isteri kedua, cuma mahu menjadi teman rapat suami saya. suami saya tidak menyangka yang dia sebenarnya sangat sangat sayang padanya. saya memberitahu suami saya yang saya reda dgn hubungan kasih sayang mereka, walaupun terasa sakit.. selepas itu, hubungan mereka dari hari ke hari semakin rapat.. setiap hari akan bertanya khabar dan menyatakan rasa sayang.. sukar utuk pisahkan mereka kerana masing-masing memerlukan antara satu sama lain..setiap hari suami makin terpaut kepadanya.. mereka tidak lagi bergaduh, dan dia semakin berminat dgan islam dan banyak bertanya dengan suami saya. selain itu, dia juga ada terfikir untuk menjadi isteri kedua dan masuk islam, cuma belum bersedia lagi. dia ingin suami saya membimbing dia ke arah kehidupan islam. bila saya bertanya dengan suami saya, dia juga terfikir begitu, iaitu mengahwini dia dan cuma ikut arus, iaitu mengikuti ketentuan Allah. kalau ada jodoh, dia terima.. walaupun reda dgan hubungan mereka, hati terasa amat-amat sakit dan berasa kehilangan sesuatu.. saya cuma mampu berdoa, dekatkan diri kepada Allah dan banyak2 bersabar.. walaupun kadang2 saya tidak melayan suami kerana terlalu sakit hati, suami tetap dgan sabar memujuk.. saya dalam dilema kerana tiada tempat untuk luah perasaan dan meminta pendapat.. semakin hari, semakin dia mendapat hati suami saya.. setiap bimbingan dan didikan secara islam dia amalkan walaupun dia belum masuk islam, sebab itu hati suami saya tersentuh dan cair. keluarganya islam tetapi tidak mengamalkan cara hidup islam dgan betul, dia yang mengajar anak2 buah dia tentang solat, wuduk dan lain2. suami saya ada memberitahu yang dia lebih sayangkan saya tetapi hati ini sangat susah... seolah2 menjadi tawar dan jauh.. tetapi saya kuatkan hati, saya mesti reda dengan segala ketentuan Allah... adakah semua yang saya buat ini betul? saya benarkan suami saya bersama dgannya supaya dia dapat bimbingan dan didikan yang sempurna.. suami saya pernah memberitahu saya, suami ingin mendidik dan tgok dia masuk islam. itu misinya..... saya benarkan, tetapi pada masa yang sama saya sakit hati dan merasa seolah2 dipinggirkan...
Hidup saya kembali ! Selepas 8 tahun berkahwin, suami saya meninggalkan saya dan meninggalkan saya dengan tiga anak-anak kita . Saya merasakan seperti hidup saya adalah kira-kira untuk menamatkan , dan telah jatuh selain. Saya dihubungi Dr OKORO LOVE Eja dan selepas saya menjelaskan masalah saya, Dalam masa 3 hari suami saya datang kembali kepada kami dan tunjukkan kepada saya dan anak-anak cinta saya banyak dan memohon maaf untuk semua kesakitan dia telah membawa kepada keluarga. Kami diselesaikan isu-isu kami, dan kami lebih bahagia lebih berbanding sebelum ini Dr OKORO anda adalah ejaan kastor terbaik. Saya benar-benar menghargai ejaan cinta anda dibuang untuk saya untuk mendapatkan lelaki itu kembali ke hidup saya saya akan menyimpan berkongsi lebih testimoni kepada orang ramai mengenai kerja baik anda. Terima kasih sekali lagi Dr OKORO . Anda juga boleh menghubungi Dr OKORO melalui alamat e-mel: dr.okorospelltemple01@gmail.com sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah anda boleh menghubungi orang ini untuk membantu beliau sentiasa ada di kuil untuk membantu anda menyelesaikan masalah anda Hubungi E-mel ialah: dr . okorospelltemple01@gmail.com HUBUNGI HIM TODAY VIA INI ALAMAT EMAIL : dr.okorospelltemple01@gmail.com SEBAGAI KUASA NYA ADALAH YANG TEGUH DAN SANGAT BERKESAN DAN TIDAK MEMPUNYAI kESAN BAD sebaliknya ia MEMPUNYAI KEPUTUSAN SANGAT BAIK SELEPAS Pemilihan Pelakon Eja .
NOMBOR Dr OKORO : +2348053209149
Hubungi Dr OKORO Via email: dr.okorospelltemple01@gmail.com
ya allah, bagaimana mahu mendidik hati saya setabah anda, krn suami saya juga akan kahwin lagi satu.......
Saya tahu bukan senang perempuan berkongsi kasih. Tetapi percayalah semua itu sangat manis sekiranya kita bersikap terbuka dan buang cemburu itu jauh jauh. solat taubat dan berdoa moga dibukakan pintu hati seluas2nya. jadilah orang yang bahgia dan membahgiakan. janganlah kita menyusahkan hati suami kerana masalah dan kekusutan akan berbalik pada kita bila pikiran kita sempit. Alhamdulillah saya dan madu saya amat rapat bagai isi dan kuku dan semakin hari semakin rapat semakin hari semakin sayang. begitu juga dengan suami semakin hari semakin romantis. Pada mula memang agak sukar untuk menerima tetapi tak rugi mencuba bila kita mengenali madu kita. tak kenal maka tak cinta. percayalah sangat bahgia bila kita buka minda seluas2nya. belajarlah accepting and forgiveness dan tak mustahil saudari semua akan jadi seperti saya, kami sering makan bersama, shopping bersama, gelak tawa bersama dan menjaga suami bersama. bersyukur seadanya...
Tabah hatimu..
Assalamualaikum... Sabtu ni suami sy akan bernikah lagi. Adakah ianya Hadiah ulangtahun perkahwinan yg ke 11 atau hadiah besday ank ke 3 yg berumur 5thn? Matlamat atau kehendak yg ingin dicapai setelah 11 thun berkahwin n sejak 8 thun pernah berlaku curang beberapa kali. Adakah sy ni terlalu BODOH kerana terlalu sayang/cintakan dia n mengikut shj telunjuknya. Adakah ini sekadar dugaan/ujian dariNYA.
Kadang2 sy terfikir jg, kenapa mudahnya dia mengecewakan hati seorg isteri/perempuan? Jika benar/betul niat dia n NA tu baik, mohon Allah sabarkan hati ini utk menerima ketentuan/takdirNYA yg pasti akn ada hikmahNYA nnt. JIka sebaliknya niat mereka, moga2 Allah memberi balasan n pengajaran yg adil/setimpal dgn apa yg mereka lakukan. Aamiin..
Dugaan demi dugaan menimpa. Dgn usia yg semakin n rasenye dah tua. sy pernah ade kekasih agak lama dgn nye. tp tidak berjodoh. Dlm rase xsuke rase benci rase xadil rase lelaki ni gile. Tuhan uji dgn kehadiran suami orang. Tpi die jujur dan tidak menipu diawal prkenalan. Lama kelamaan timbul rase sayang, keserasian, kegilaan@sekepala. Sy xpnh niat n tpikir akan sejauh ini. Die buat kputusan utk kahwini sy tp di Thailand. Slps itu sy bhrp semua nye blaku dlm kejujuran. Isteri 1 tlh diberitahu. Pd mula nye mmg xboleh terima. Lama kelamaan isteri 1 blh terima. Dgn sabar m beria2 die mahu menikahi sy. Sy perempuan n faham ape yg dirasekn bini 1. Tpi ketahui lah betapa peritnye hakikat bahawa sy akn jd bini no2. Pd pndgn org melayu bini2 perampas n bahgie. Tidak sebenarnye bile kite sama2 perempuan. Tuhan shj yg tahu. Baru kini sy sedar jgn mgatakn x, xsuke, benci atau mgata org. Skrg sy telah pon diuji. Sy xkuat dgn pelbagai dugaan dtg sblom knl die pon. Jd sblom isteri 1 izinkn sy tlh pom tarik diri sbb xkuat. Stlh die myatakn dgn jayanye isteri 1 izinkn cume mungkin plukn masa. Sy menolak nye... mcm2 sbb alasan akibat xadil yg sy utarakn. Hati xkuat utk rase disakiti n xkuat utk myakiti. Tuhan shj yg taw perasaan ini. Sy hrp Bini 1 dan 2 n Masyarakat npk ape yg cube sy smpaikn. Hakikat sbnr yg tuhan nk smpailn betapa rapuh n jauhnye kite dgn tuhan. Betapa jahil nye kite tntg agama. Betapa kite plu membetulkn diri sndri dahulu... n perlu berubah kearah kebaikan sbb tuhan. Tuhan mguji dlm pelbagai cara. kawen cerai. kawen byk. kawen duda. kawen sbb nafsu sbb agama. Wallahuallam....
Hampir seminggu menjalani kehidupan berpoligami. Alhamdulillah, kami bagaikan adik beradik, masak dan makan bersama-sama sedulang bertiga dgn suami. Ramak jiran yg pelik, satu rumah? Eh tak, ini rumah saya, rumah dia kat blok sana.. Tapi utk tidur sahaja. Masak, makan, membasuh dan sebagainya waktu siang dia di sini. Sambil menjaga ibu saya. Minggu depan saya mula kerja. Harap semoga semua urusan dipermudahkan tanpa sebarang rintangan. . Insya-Allah..
mcm mane sye nak dptkan contact anda ummi Adam .. suami sye pun ada niat nak bernikah lagi .. sye perlukan semangat nasihat Dari org2 yang senasib dgn sye .. email sye noain00@gmail.com
Salam
Sy br je brsalin ank ke2,alhamdulillah sgalanya brjalan dgn lancar dn bhgia shggalah pd 1hr pd mggu suami blik mnjenguk sy d kmpg dia mmberitahu yg die tlh mengenali sorg pmpuan janda...pd saat itu,sy trkesima krn suami sy bkn la yg jnis pramah xknal tmpt...katanya usah risau,hnya bkwan tiada prasaan tp ht pmpuan mana yg tenang bila suami bgtau ade knal ngn janda...slg beberapa hr suami bgtau yg die tlg tnjukkn tmpt tukg urut pd pmpuan tu,skali lg sy trkesima sbb nmpk ringn je ngn pmpuan ne walhal die sush nk bt hal2 cmne...sjk dr tu,mulut die xptus2 kata bakal madu bakal madu tp nada bgurau..jd bg sy hnya lah gurauan smata tp tdk...mlm ne,trnyata lah suami bnr2 utk bkhwin lg...sy trus sntap,knp?! Katanya die msh trkilan dgn prbuatan sy yg pnh melukakan htnya tatkala kli bjauhan dhulu..wktu tu sy hnya bkwn dgn sorg ustaz tp agk rapat...xsgka kesalahan yg tlh sy lakukan dlu,skrg Allah mghukum sy dgn ujian sberat ini...trus trg sy katakan sy tdk bsedia utk bkgsi,tdk bsedia utk bmadu...hgga trpacul d mulut sy,xckup kah hnya sorg isteri?!!knp sggup bt sy mcm ne,katanya die trkilan...hgga slama ini die msh memikirkn hal itu,nk kata syg pn x nk kata xsyg pn x...jd siapakah sy pdnya...klau tiada prasaan baik lepaskn sj!!katanya die nk bt baik,xakan abaikn sy dn ank2..sy akn hbiskn cuti bsalin lg 2mggu,die nk bncg hal ini bila sy blik ke rumah kmi nt...ya Allah,sy rs nk bekukan waktu...sy insan yg lemah,xkuat nk hadapi apa yg akn trjadi d msa hadapan...katanya kputusan pd pmpuan dn kluarga pmpuan tu,andai dorg stuju maka khwin la andai dorg x stuju maka xjd la khwin...salahkah sy bdoa agar Allah tetapkan hti suami hnya pd sy sorg?jika benar syg pd isteri,knp harus begini?tdkkah suami thu peritnya wanita utk bkgsi...maaf,coretan sy dh mnjadi luahan hti...sy lemah!
Post a Comment