Skip to main content

Pernikahan: Tiga pujian, tiga khidmat




InsyaAllah kita teruskan dengan cerita tentang pernikahan lagi ya :) 

Sesungguhnya cinta suami dan alam perkahwinan bukanlah menjadi tujuan, namun kita usahakan semua itu menjadi jambatan untuk kita makin mendekatkan diri kepada tuhan.Bila kita berusaha menjadi isteri yang dicintai Allah & Rasul, mudah-mudahan menjemput kebahagiaan dalam kehidupan dunia sementara ini...

Rasulullah pernah ditanya tentang ciri-ciri isteri yang baik.

Baginda menjawab: “Wanita yang membahagiakan (suaminya) jika dipandang, mentaatinya jika diperintahkan dan tidak menyelisihi berkenaan dirinya dan hartanya dengan apa yang tidak disukai (oleh suami).” [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3231]

Suatu petang, seorang sahabat bertandang ke rumah saya. Kalau dulu datang bersama teman-teman perempuan, kini dirinya telah berdua bersama suami tercinta. Sewaktu suaminya bersembang dengan suami saya, sahabat yang masih merah inai di jari berbisik bertanya, "Apa lagi tips akak nak bagi saya? "

Tadi masa makan-makan di dapur saya sudah berkongsi tips perkahwinan pertama dengannya - rajin rajin lah memasak untuk suami. Saya mengikut nasihat orang tua, masakan itu mampu mengikat cinta sayang.

Namun, bab masakan dan makanan ini kuncinya ialah kesederhanaan. Kita bukan makan ikut perasaan, namun keperluan untuk menguatkan badan.

Kalau nasihat orang muda, "baru berdua, masak membazir masa je..beli lagi senang...".

Sedangkan memasak ni sebenarnya untuk kesihatan dan kecergasan. Memasak sendiri boleh kawal kandungan gula dan garam. Kandungan lemak dan lain lain. ( alamak, kena leter dah........)

Asas pertama kebahagian hidup antaranya, kesihatan :-) bagusnya jika isteri mampu jaga kesihatan dan saiz pinggang suami :P

Eh.. dah lari topik..!

Berbalik kepada tips perkahwinan yang disoal sahabat tadi, saya teringat untuk berkongsi sedikit yang saya dapat dari bahan bacaan tentang pernikahan. Bukan memandai-mandai nak jadi 'marriage expert', hanya sekadar ingin bersama belajar dengan kalian dalam melalui the first two critical years of marriage..

Tipsnya ialah setiap hari usahakan memberi tiga pujian pada pasangan, juga tiga khidmat.

It might work untuk sesetengah pasangan, tapi mungkin tak praktikal pada pasangan lain. Wallahu'alam.

Untuk memuji, haruslah terlebih dulu kita mampu melihat kebaikan dan perkara positif pada suami. Jadi belajar untuk notice dan acknowledge setiap sesuatu kebaikan yang suami usahakan. Jangan pandang ringan.

(Tapi suami kita terlalu banyak kelemahan dan keburukan....rasa tak mampu nak berikan pujian? Nanti kita buka topik lain).

Sekarang kita cuba buka mata hati dan mata lahiriah untuk membelek satu persatu tindakan dan ucapan suami yang positif.

Contohnya, suami tolong jaga anak waktu kita masak. Suami drive kita pergi ke tempat kerja atau ke mana-mana. Suami dengar luahan perasaan kita sampai kita rasa lega. Atau suami masukkan baju dalam laundry basket. Tolong sidai dan angkat baju.

Pujian ini sememangnya cara efektif untuk memotivasi orang lain berubah.. Jadi carilah kebaikan dan pujilah.

Isteri puji & hargai. Suami juga puji & hargai di mana nampak kesempatan & kesesuaian ( hee kalau tak kena gaya, pujian boleh didengari sebagai perlian atau kutukan...)

Supaya nanti kalau ada perkara yang pasangan nak tegur atau kritik kita, kita boleh terima sebab pasangan juga selalu puji kita..

Dan lakukanlah semua ini dari hari pertama perkahwinan. Perkahwinan seperti pokok dalam taman, yang perlu dibaja dipupuk secara istiqamah dari awal, barulah hasilnya segar mekar mengindahkan perasaan. Jika kita biarkan begitu saja, mengharap ia hidup sendiri - perkahwinan akan layu dan rosak dimakan waktu... Jauh lebih susah untuk dipulihkan.

All things need watching, working at, caring for, and marriage is no exception... It is not something that simply takes care of itself :-)

Tentang tiga khidmat setiap hari pula, ikutlah kreativiti dan kesukaan masing-masing. Contohnya, tukar towel suami yang dah berbau.. Tolong vakum kereta suami. Urut- urut badan suami. Buatkan teh o ais limau atau fresh oren. Kalau suami penat, offer untuk drive.. Atau bagi mesej-mesej cinta penuh dorongan.

Give him special time with you apart from the children.

Give advice in a loving way - not in a nagging or belittling way.

Work to get rid of habits that annoy him...

Bla..bla..bla..

Wah....banyak nak kena buat untuk suami..?! Suami tak buat apa pun untuk kita....???!

Takpe, nanti saya cerita pada para suami pula, apa ciri-ciri yang isteri harapkan...insyaAllah. Kita buat je yang terbaik pada suami, kita fokus pada tuhan.

Mungkin dalam kesibukan dan kekalutan urusan harian, tak sempat nak puji apatah lagi nak check secara spesifik - apa bakti kita pada suami hari ni...

Maka boleh juga muhasabah secara mingguan.

Apa kebaikan suami yang perlu ku hargai?

Apa lagi bakti pada suami yang perlu ku tunaikan?

Sebenarnya sesebuah perkahwinan itu bertahan atas batu bata cinta - yakni perkara-perkara kecil yang dilakukan secara tulus berterusan.

Sepotong ciuman, secebis maaf, sekuntum senyuman, secangkir minuman, sentuhan lembut dan sihir halal - inilah antara little things yang memastikan keberlangsungan perkahwinan.

Tiga pujian, tiga khidmat setiap hari kepada pasangan insyaAllah akan mampu menambah nilai kebahagiaan dalam pernikahan. InsyaAllah menjadi isteri yang menenangkan pandangan & perasaan seperti petunjuk Rasul SAW.

Untuk apa bersungguh memelihara pernikahan?

Moga ini menjadi ladang amal bakti dalam menuju syurga tuhan...

Akhirnya, jangan lupa ya untuk kita sama-sama berdoa penuh penghayatan dan harapan buat diri sendiri, suami, rumahtangga dan semua orang-orang beriman... Moga kita semua termasuk dalam orang-orang yang mendapat petunjuk dan memberi petunjuk...





Published with Blogger-droid v1.7.4




Comments

Baiklah...
Terima Cinta kak atas perkongsian diatas. =)

Insha Allah akan berusaha memperbaiki komunikasi dan sikap. Doakan kami ya.

Barakallahufikum~

Popular posts from this blog

Menjadi isteri kedua

Ketika suami menikah lagi...

Pengalaman Sebagai Pembantu Di Klinik

Poligami: Bersedia Hadapi Ombak Perasaan

Suami Isteri: Berbaloikah Perhubungan Jarak Jauh?