InsyaAllah kali ini saya akan berkongsi tentang dua perkara berkaitan poligami berdasarkan respon dan pertanyaan teman-teman pembaca iaitu tentang nikah di sempadan, dan giliran hari dalam poligami.
Kalau dulu sebelum bernikah, saya bukanlah orang yang mampu terlibat dengan poligami. "Kenapa mengganggu kebahagiaan rumahtangga orang lain?" Mungkin agaknya ini juga persepsi yang saya miliki dulu.
Apatah lagi jika mendengar kisah orang berkahwin di sempadan Thailand, fikir saya, "Kenapa buat macam tu, kenapa tak nikah elok-elok di Malaysia ni aje?"
Tapi alhamdulillah setelah bernikah dan melibatkan diri dengan dunia poligami, saya membina pelbagai persepsi baru - mudah mudahan ianya adalah persepsi yang mampu menjadikan diri saya lebih matang dan terbuka dalam mengharungi pelbagai liku kehidupan.
Tiada siapa yang mahu bernikah di luar negara jauh dari famili sanak-saudara , apatah lagi di sempadan Thailand yang merupakan tempat kontroversi di kalangan masyarakat kita.
Tetapi pastinya sempadan Malaysia - Thai menjadi alternatif apabila jalan lain tidak memberi peluang yang positif untuk melaksanakan sebuah pernikahan. Dan laporan di dada akhbar baru-baru ini menceritakan pada kita bahawa begitu ramai yang menunggu giliran untuk bernikah di sana.
Bagi saya sendiri, saya memahami dan menerima keputusan kalian bernikah di selatan Thai. Hanya saja pastikan ia bukan sindiket yang tidak menyediakan bukti hitam putih dan jangan sampai tertipu sedangkan kalian telah membayar kepada mereka yang sepatutnya menguruskan pernikahan kalian.
Kahwin di sempadan ini sangat sinonim dengan poligami. Ya, poligami agak tidak mudah dilaksanakan di Malaysia. Borang-borang permohonan yang perlu diisi, menunggu tarikh perbicaraan, perbicaraan ditunda dan sebagainya.
Dalam proses poligami ini, saya sendiri ada beberapa pengalaman mengecewakan dalam berurusan dengan mereka yang berada di pejabat agama dan jabatan agama islam. Tapi pastinya bukan semua, antara yang saya hormati adalah Ustazah Nurul Ain di Pejabat Agama Klang yang melayan pertanyaan-pertanyaan saya dengan baik. Juga Puan Suwiya (harap ejaan betul) di JAIS yang juga melayan pertanyaan dan membalas panggilan telefon saya dengan sangat baik.
(Lagipun isu layanan dan perkhidmatan yang mengecewakan ini bukan di jabatan agama saja, malah di tempat lain juga seperti hospital, pejabat pos, restoran dan pelbagai kaunter kerajaan atau swasta. Jadi ia adalah isu sikap dan kemahiran individu, malah kita sendiri yang berurusan harus muhasabah - adakah sikap kita yg menyebabkan mereka tidak melayan kita dengan baik?)
Akhirnya dengan kesungguhan dan bantuan semua pihak, saya selamat bernikah. Alhamdulillah. Ayah saya telah berbesar hati menikahkan saya, di sebalik pelbagai cabaran ke arah pernikahan poligami ini.
Berbalik pada bernikah di sempadan, yang beratnya pada kita ialah persepsi masyarakat yang negatif tentang bernikah di sempadan. Tapi percayalah, sekejap saja orang-orang akan membicarakannya. Orang yang suka mengata, akan beralih mencari topik lain pula bila dah bosan. Orang-orang yang positif, akan berfikir penyelesaiannya dan menghulur bantuan di mana ada kesempatan.
Isu ini sensitif, malah berat untuk dilaksanakan oleh kalian yang diberi pilihan untuk ke sempadan - tak mengapa - kuatkan kesabaran, perelokkan perancangan, dan usahakan ketaqwaan, insyaAllah akan selalu ada jalan keluar dan pertolongan dariNya di sebalik kesulitan.
Bukan sengaja kita melanggar undang-undang yang ditetapkan, namun harus kita akur undang-undang juga tidak sempurna dalam memberikan jalan kepada mereka yang memerlukan. Pada yang mampu mengikut undang-undang, moga Allah merahmati kalian. Pada yang tidak mampu, kita doakan generasi kita kelak tidak terperangkap dalam situasi yang memerlukan perlanggaran undang-undang.
*****************
Setelah bernikah, saya mendalami dan mengkaji subjek poligami untuk membantu saya menjadi insan yang lebih baik dalam membangunkan perkahwinan. Alhamdulillah banyak input berguna diperolehi dari pembacaan bahan-bahan seperti artikel dan buku tentang poligami, samaada yang ditulis oleh muslim atau bukan muslim. Membaca pandangan berbeza pelbagai ulama menemukan saya keindahan syariat poligami, seterusnya menjadikan saya sangat cenderung kepada poligami.
Saya suka juga membaca dan membuat perbandingan tentang pengamalan poligami di malaysia dan di negara luar terutamanya di kalangan muslim di Barat. Dan kini, dari sedikit ilmu dan pengalaman - saya kongsikan dengan kalian hal yang berkaitan.
Berbalik kepada persoalan giliran hari antara isteri-isteri, tika ini saya memegang kepada prinsip kesepakatan dalam ketaatan. Keadilan yang luhur itu datangnya dari kesepakatan suami dan isteri-isteri dalam banyak perkara.
Tentang giliran hari, ada yang bergilir satu hari-satu hari.
Salleh Yaakub katanya, bergilir-gilir dengan tiga isteri mengikut jam, bukan hari.
Untuk kami, setakat ini suami akan bergilir ke rumah dua isteri setiap tiga atau empat hari.
Ada yang duduk serumah dengan madu-madu, lain pula pembahagiaan masanya.
Tidak ada waktu yang seragam, atau tetap. Tidak ada set pembahagian masa yang terbaik, kerana ia bergantung kepada keperluan setiap rumahtangga. Semua rumahtangga berbeza keperluan dan cabaran. Yang penting, kita berusaha yang terbaik menunaikan hak pasangan dan anak-anak, dalam poligami atau monogami.
Isteri-isteri boleh menyuarakan keperluannya dan pandangannya, dan suami-suami akan membuat keputusan giliran hari terbaik berdasarkan penilaiannya sekadar yang mampu.
Sebagai isteri, doakan semoga Allah memimpin dan meneguhkan kepimpinan suami. Dan kita membantu jua memotivasi suami dalam situasi yang diperlukan.
"Minggu depan hari isnin dan selasa abang plan duduk di sini (rumah isteri kedua) sebab kakak (isteri pertama) nak balik kampung lama sikit... boleh ke?" tanya suami dengan baik.
"Boleh.. Saya dah plan nak join program persatuan XXX, tapi takpe saya boleh adjust hari ikut program yang lain.. So that saya ada di rumah waktu abang ada" jawab isteri berlapang dada dengan perubahan jadual.
"Ok, thanks for your understanding.." ujar suami.
Komunikasi perlu telus dan efektif. Jadi ada masa-masanya, suami perlu lebih lama di rumah isteri lain, bila ada kesepakatan - insyaAllah para isteri tenang menghadiahkan hari giliran.
Bila suami teliti menyusun jadual dan perancangan, insyaAllah mudah diselaraskan pentadbiran dua atau lebih famili. Realitinya juga, ada waktu-waktu bilamana keputusan yang suami buat tentang pembahagian hari atau perkara lain, tidak kena dengan jiwa isteri.
Namun isteri yang solehah menunjukkan ketaatan dan keredhaan sepenuh hati dengan keputusan suami. Andai ada rasa tidak senang, ayuh adukan pada Tuhan Yang Maha Mencukupkan... Moga ketenangan di hati isteri mampu membiaskan ketenangan di jiwa suami -.dalam perjalanan menuju kehidupan yang berkekalan...
:: Sekian buat kali ini, moga membantu persoalan di minda dan hati ::
Published with Blogger-droid v1.7.4
12 comments:
salam nurul.. seronok bila baca penulisan motivasi dr nurul..
penah satu masa sy dan bekas tunang - yg telah beristeri- terfikir nak ke seberang sana atas sebab undang2 di sini yg tak benarkan pernikahan tanpa kebenaran isteri pertama.
tapi takut mak ayah kecewa kami cuba cari alternatif lain..baru2 ni terbaca dalam paper terasa terkejut sgt rupanya ada sindiket yg ambil kesempatan atas kesusahan pasangan mcm kami..syukur jugak tak tertipu dgn sindiket mcm ni...
harap sgt kerajaan boleh gubal undang2 ni agar boleh jugak bela nasib bakal atau isteri kedua..
agak terkilan.. wpun pertunangan dah diputuskan.. sy masih lagi dihina..dituduh menggunakan kemewahan utk memikat sang suami.. dituduh sebagai tidak bermaruah.
kalau lah semua org mampu menerima poligami sebagaimana nurul dan kakak isteri pertama :)
kinnik..terima kasih atas pandangan dan perkongsian :)
saya percaya, saya rasa dulunya undang-undang poligami digubal sebegitu untuk membantu keluarga yang terlibat dengan poligami. tapi bila kini orang berpesta nikah di sempadan thai, saya sangka baik, pihak berwajib sedang fikir jalan lain yang terbaik bagi mereka yang berhasrat berpoligami.
oppss.. jangan kalau-kalau,...
:)
tak jelas point kamu..kamu suruh org lain yg mahu bermadu (masalah restu) nikah di sempadan kah?
betul rasanya bukan undang2 islam nak kawin lain kena psetujuan 1st wife...tapi menggalakkan kawin di sempadan bnyk masalah timbul di kemudian hari, dari segi undang2 & dll.sampai nanti anak menerima akibatnya.
nasihat yg diterima dari org berpengalaman (bukan kamu)... JANGAN
Cik sizu, terima kasih atas respon.. insyaALLAH perlu disebut target pembaca lain kali supaya tidak salah faham :)
artikel ini saya tujukan khas kepada beberapa orang yang spesifik bertanya tentang plan mereka bernikah di sempadan.. dan saya menyebutnya sebagai alternatif terakhir, saya sama sekali tidak menggalakkan.
Cik Sizu,
Semoga Allah memberikan hidayahnya kepada saya dan anda. Jangan bercakap perkara yang kita tak tahu...
kalau tak suka nasihat dalam blog ni, takyah la baca... xyahla bagi komen yg menyakitkan hati.
Buat Puan Nurul,
Semoga Allah mengurniakan rahmat dan keampunan atas puan. Saya mengagumi kesabaran puan.
hello puan anon, puan blog bole je jwb soalan i..u tetiba plak
"Semoga Allah memberikan hidayahnya kepada saya dan anda. Jangan bercakap perkara yang kita tak tahu"
... i cakap pasal undang2 & masalah/kesan pada anak, i tambah lagi..sila rujuk guaman syarie.
wow..tk sangka forum ni mesti untuk isteri ada ranking 2,3,4.
seronok eh byk madu.hehe
yg penting tk kena manderam....hehe
sya berminat mcm baca artikal berpoligami dari pun.. bolehkongsi pengalaman dgn madu satu mcm mane penerimaan awal madu no1 itu?
puan nurul...saya ingin sekali bercakap dengan puan. Boleh ke saya menghubungi puan nurul?
Kdg2 wanita diluar lebih rela membenarkan suami 'makan luar' dari dimadukan....perlu diingat, bila lelaki sudah terdetik untuk berkahwin lagi kita xdpt nk halang...jika hari ini die batalkan niat sbb kita x restu...mungkin die akan berkahwin jgk secara senyap2...siapa kita nak menghalang benda yg Allah halalkan? Andai kite tidak mengizinkan sama la mcm kite tidak redha dgn ketentuan Allah...sekian
Nurul, awk dlu kwin di mna?blh bg detail?
assalamualaikum,
terika kasih atas perkongsian pengalaman yang berguna.
saya juga akan menikah poligami di sempadan akhir bulan ini.
tkasih
Post a Comment