Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Poligami: Membantu perasaan madu

Bila seorang lelaki mahu berkahwin lagi, kita sebagai calon isteri kedua - Kalau kita nak bantu isteri pertama/bakal madu kerana Allah:
1) Doakan Allah tenangkan hati dia. Allah beri kebaikan pada dia dunia akhirat, limpahkan kesabaran pada dia. Doakan suami dan diri sendiri juga.
2) Memang kita tak buat salah menikahi suami kita sebagai isteri kedua, tapi kita ungkapkan kata maaf kepada madu kerana dia terpaksa lalui kesedihan dan keperitan semua ni. Minta maaf juga kalau kahwin sembunyi.. kadang banyak hubungan gagal kerana kita ego untuk melafaz maaf pada madu/suami.
3) Tanya suami kita apa kebaikan isteri pertama, dan sampaikan pada isteri pertama - buat list kebaikan isteri pertama pada suami, dan pujuk madu yang suami masih sayang kan dia.
4) Jangan balas kata kata buruk madu, sebab ia buat syaitan happy kerana syaitan berjaya buatkan kita mulut jahat juga..
5) Kita tak boleh jaga hati madu dan mulut madu waktu kritikal begini, tapi jaga hati kita. Luruskan hati kita dan lidah kita un…

Poligami: Belajar Menghargai Masa

Alhamdulillah minggu ini ALLAH memberi masa dua hari untuk suami berada di rumah saya, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Hari isnin suami saya bercuti, tidak bekerja. Hari selasa beliau perlu terbang ke China dari awal pagi hingga ke malam baru tiba semula ke rumah. Isnin semalam, setelah suami menyiapkan sedikit penulisannya, suami menemani anak anak kami - Abdullah dan Abdurrahman ke playground berdekatan. Saya pun join sekali. Saya yang ajak suami memandangkan masanya yang singkat untuk bersama anak-anak. Alhamdulillah hero-hero kecil itu happy bermain-main di playground ditemani mama papa. Walau sekejap dalam 30 minit, semoga momen singkat itu diberkati ALLAH Yang Maha Esa dalam menjalin kasih sayang antara kami anak beranak. Minggu lepas juga, ALLAH memberi rezeki suami berada di rumah saya selama 2 hari pada hari isnin dan selasa (biasanya rabu dan khamis di rumah isteri pertama, sabtu dan ahad di rumah isteri ketiga, berbaki sehari adalah ganti/simpanan untuk keperluan hehe) . It…