Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Poligami: Ayuh 'Upgrade' Diri

Kita memohon perlindungan ALLAH dari syaitan yang direjam.
Baru-baru ini berlaku insiden yang tidak diingini yang menyebabkan hati-hati insan tersakitkan, terluka dan tercalar. Insiden yang berawal dari perdebatan di sebuah forum maya itu menjadi hangat hingga akhirnya membangkitkan kemarahan dan merenggangkan persaudaraan.
Salah seorang panel telah memprovokasi dengan isu poligami hingga mengutarakan isu-isu peribadi yang sepatutnya dijauhkan dari forum umum seperti itu. Mungkin panel yang tidak berpoligami itu terlupa akan adanya kehadiran isteri-isteri yang berpoligami membaca forum umum itu, termasuk saya sebagai isteri kedua, yang berasa tidak senang dengan hujahnya yang seolah meremehkan dan menghina kedudukan isteri-isteri bernombor.
Tapi saya awal-awal bersangka baik dan sedia memaafkan kerana kita manusia sering saja tidak sensitif dengan keadaan dan cara hidup kebanyakan orang. Seperti mana blog saya yang menceritakan tentang poligami, saya akui saya tidak sensitif dengan …

Pernikahan: Belajar Merajuk

Dulu sebelum bernikah, mak abah dan adik-adik adalah tempat untuk saya merajuk. Apa-apa yang tak kena – saya merajuk dengan mereka. Merajuk saya ertinya tak bercakap dengan mereka, tak pandang muka, buat tak tahu, muka ketat hehee, tak keluar bilik, tak keluar makan… tapi bila dah lapar sangat pergi juga mencari rezeki di dapur :P Macam-macam isu yang ada untuk dimerajukkan… aik..betul ke perkataan ni?
Malangnya saya… selepas bertahun-tahun baru saya menyedari tingkah merajuk saya itu mengguris hati mak dan abah. Memang keanak-anakkan, tak fikir langsung perasaan hati ibu dan ayah yang diperintahkan ALLAH untuk saya berbuat baik. Mak abah, maafkan saya sangat-sangat. Sekarang ni saya dah tak merajuk apa-apa kan…? Anak yang baik kan..heee..
Bila masuk U, duduk belajar bersama kawan-kawan - tak ada sangat isu merajuk ni. Saya ni rupanya jenis orang yang suka menghindar konflik, jadi play safe. Saya berjauh diri dari ketegangan dalam perbincangan, saya abaikan apa-apa yang saya tersingg…

Taqwa dan Rezeki Rumahtangga

:: Insan yang hatinya tak mengenal dan tak berhubung dengan ALLAH sebenarnya telah lama tiada...hanya jasad kosong menanti disemadikan... tertekan tanpa arah.. Sayakah ini..? Ya ALLAH, bantulah kami untuk mencari jalan menujuMU ::

Saya punya seorang sahabat yang berasal dari keluarga berada. Setelah bertaaruf melalui unit baitul muslim, mereka merancang untuk bernikah awal. Bernikah awal dalam ertikata masih belajar di alam kampus sedangkan waktu nikah yang dianggap normal pada masyarakat kita ialah apabila telah meraih segulung ijazah, telah berkerja dan membayar downpayment untuk kereta :P
Namun bagusnya mereka pada saya ialah setelah bernikah, meninggalkan kehidupan senang yang biasa dilalui. Mereka hanya menyewa sebuah rumah yang amat kecil bagi saya, punya sebuah bilik tanpa perabot– namun itulah kemampuan mereka. Mereka tidak mahu mengharap bantuan ayah ibu. Namun mereka kelihatan gembira sekali. Saya pula yang sedih melihat mereka. Ujian kesulitan mereka itu juga tidak menghal…

Bila nikah cerai menjadi bisnes...

Malam ini air mata menitis. Merindukan sesuatu yang paling berharga.., Mampukah dimiliki? Moga ALLAH membantu dan menunjuk jalan.
**************
Siang tadi antara emel terawal yang dibaca adalah tentang isteri yang berpisah dengan suami – kerana tidak dibenarkan berjumpa oleh madu, katanya. Dan ini bukan kes yang pertama dikongsi dengan saya, tentang isteri yang dipisah-pisahkan. Oh ALLAH, bagaimana saya boleh membantu?
Petang tadi berjumpa seorang peguam syarie untuk urusan berkaitan nikah cerai… Bila mendengar kos yang agak tinggi untuk orang biasa, Ya ALLAH, sebeginikah bisnes yang berlangsung antara mereka hasil perceraian kami yang berlangsung satu persatu?
Sebelum bernikah - butik perkahwinan, pakej perkahwinan dan segala bisnes berkaitan majlis perkahwinan telah mendapat pulangan lumayan puluhan ribu. Kerana keghairahan pegantin untuk sebuah majlis yang ‘sederhana tapi sempurna’. Sewaktu pernikahan terbubar, ribuan juga yang perlu disediakan untuk peguam yang menjadi orang te…

Pernikahan 3.0

Beberapa teman pembaca berkongsi ujian kesedihan yang mendatangi bilah-bilah kehidupan berumahtangga. Pernikahan 3.0 adalah muhasabah buat diri saya yang menjangkau tiga tahun usia perkahwinan, berdasarkan pemahaman dan penilaian sendiri tentang hakikat pernikahan. Moga menjadi peringatan juga buat kalian yang bercita-cita menjadi isteri yang diredhai ALLAH dan suami.
Kesedihan mendatangi setiap penjuru, yang bermadu, yang tak bermadu. Yang ada anak, yang tak punya anak.
Kesedihan menjadi isteri yang diabaikan suami, walaupun tak berpoligami.
Kesedihan menjadi isteri kedua yang dipisahkan dari suami.
Kesedihan menjadi isteri pertama yang tidak mengetahui kehadiran isteri kedua.
Hati saya tersentuh dengan kisah kesabaran dan ketabahan yang terpaksa kalian bina. Namun sebenarnya hati ini juga kagum dengan kekuatan yang dimiliki hingga ALLAH memberi ujian yang setanding dengan keutuhan hatimu. Segala puji bagi ALLAH yang menitipkan kekuatan buat hati-hati insan. Semoga ALLAH terus memim…

Besarkan matlamat pernikahan

"Kak.. Kenapakah hari-hari yang dilalui sebagai isteri ini semakin membosankan..?"
Inilah antara luahan seorang isteri hanya setelah beberapa bulan usia rumahtangganya.
Kenapa berlaku begini ya?
Pada teman yang sedang bersemangat untuk bernikah, bersedialah untuk merasa bosan dan tertekan dengan pernikahan :D Lebih bosan dan lebih tertekan dari zaman bujang sendirian......
Haaa ????? Kenapa menambah pesimis bakal pengantin baru ni... ??
Pertama, kerana syaitan tak suka hubungan suami isteri selalu mesra lagi segar harmonis.. Malah ada grup syaitan khusus untuk menggempur memporakperandakan keluarga kita. Syaitan terhebat adalah yang berjaya memutuskan hubungan suami isteri.
Rumahtangga tak akan hidup berjaya dan bahagia dengan sendiri, melainkan ia dihidupkan oleh isteri cerdas solehah (DAN suami soleh yang cerdas). Perlu belajar trik dan tips menghilang kejemuan dan menutup keburukan pasangan yang buat kita rasa kesedihan atau bosan.
Yang paling penting, kena ada akti…

Ali ditegah memadukan Fatimah?

Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh pernah merancang untuk memadukan Fathimah binti Muhammad radhiallahu ‘anha, akan tetapi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melarang beliau. Ini merujuk kepada hadis berikut:
al-Miswar bin Makhramah berkata: Sesungguhnya Ali bin Abu Thalib pernah meminang puteri Abu Jahal dengan memadukan Fatimah. Lalu aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkhutbah di atas mimbar ini mengenai hal itu, yang pada waktu itu aku sudah baligh. Baginda bersabda:
Sesungguhnya Fatimah adalah bahagian daripadaku. Sesungguhnya aku takut terjadi fitnah pada agamanya. [Shahih al-Bukhari, no: 2879]
Diriwayatkan juga bahawa baginda bersabda: Fathimah adalah bahagian daripada diriku. Sesiapa yang menjadikannya marah bererti membangkitkan kemarahanku. [Shahih al-Bukhari, no: 3483]
Peristiwa ini menjadi hujah masyhur di kalangan pihak yang menolak poligami.
Marilah kita mengkaji peristiwa ini secara lebih mendalam.
Langkah pertama ialah dengan merujuk k…

Istikharah Pernikahan

Antara persoalan, lontaran dan perkongsian yang kerap diterima di kotak emel dan komen saya adalah berkaitan istikharah dan proses membuat pilihan tentang jodoh. Persoalan lain yang lebih banyak kebelakangan ini ialah berkaitan poligami, moga ALLAH membantu saya menyediakan ruang dan kesempatan untuk menaip perkongsian semampunya. Moga ALLAH anugerahkan di hati ini rasa cinta di sebalik bait - bait kata – cinta tulus kepadaNYA, jua cinta kepada teman-teman yang membaca.
Saya tidak mengetahui dengan mendalam dengan isu solat dan sebagainya yang berkaitan fiqh ibadah, namun saya kongsikan di sini berdasarkan sedikit ilmu dan kefahaman yang telah diperolehi tentang solat istikharah. Ilmu dan kefahaman ini saya gandingkan dengan pengalaman yang telah dilalui. Dialu-alukan perkongsian ilmiah dari kalian buat menambah ilmu kita semua tentang solat istikharah.
Yang setakat ini difahami, solat istikharah itu dilakukan setelah kita berusaha mencari jodoh,  membuat pilihan berdasarkan taaruf d…

Bab 4 Rumahtangga - Bergaduh sebab kewangan?

Bismillah. Kali ini saya ingin menulis tentang bab kewangan di alam rumahtangga. Sebelum ini telah saya kongsikan tentang isu pembahagian kerja rumah, hubungan seksual dan komunikasi.
Isu kewangan adalah antara isu yang menduduki tempat teratas menjadi punca perbalahan dan membawa kepada perceraian… tapi teragak-agak juga nak menulis tentang ini, sebab mesti teman-teman pembaca ada yang tak puas hati kan, “Alah nurul tu…suami dia mampu segala… mana ada masalah kewangan..???!”
Hee…nanti dulu, cuba tengok sekeliling kita… perceraian bukannya hanya di kalangan mereka yang tinggal di rumah kos rendah, tapi juga berlaku pada mereka yang punya kereta mewah menjalar, banglo tersergam, jawatan tinggi dan berharta… jadi apakah sebenarnya tentang isu kewangan ini?
Di awal-awal berkahwin dulu, timbul juga konflik antara saya yang orang kampung dengan suami saya orang bandar dalam bab berbelanja. Bukan sebab duit banyak atau sikit..tapi the way we spend it. Suami spend macam begitu, isteri spen…

Hebatkan hantaran perkahwinan

Cuti sekolah hujung tahun insyaALLAH menjenguk sekali lagi. Cepat benar masa berlalu kan? Apa agaknya perkara-perkara bermakna yang telah kita capai dan lakukan pada tahun ini? Apa agaknya liku-liku berduri yang telah ditempuh oleh hati-hati kita sepanjang hampir dua belas bulan ini?
Cuti sekolah hujung tahun amat sinonim dengan jemputan kenduri kahwin yang silih berganti. Para bakal pengantin begitu sibuk dengan persiapan terakhir sebelum majlis walimah berlangsung. Pelbagai cabaran dan dugaan menguji di sebalik rasa teruja dan gembira bakal mengikat hubungan yang halal. Memang normal kalau To-do list and To-buy list rasa tak sempat dikejar oleh masa dan duit :D
Maka peringatan penting yang ingin saya kongsikan kali ini ialah perhebatkanlah hantaran perkahwinan. Hantaran perkahwinan yang saya maksudkan ini termasuk perkara teratas yang yang perlu diberi perhatian.
Saya tidak berkata tentang dulang-dulang hantaran tujuh berbalas sembilan. Atau sembilan belas berbalas dua puluh satu. S…