Sebenarnya bukan di Malaysia saja, hampir di seluruh pelosok dunia pun mengalami krisis keruntuhan rumahtangga ( kesimpulan mudah ini saya buat berdasarkan pembacaan tentang marriage counselling dan selepas menonton satu movie yang memaparkan keluarga-keluarga berantakan dari 4 benua).
Pernikahan sememangnya antara cinta terbaik yang ALLAH berikan pada insan, namun cinta terbaik itu datang dengan penjagaan yang serius dan berterusan. Samaada monogami atau poligami.
Pernikahan tak akan runtuh hanya dengan satu konflik, tapi oleh banyak-banyak konflik yang tak diselesaikan.
Kali ini saya ingin berkongsi bab konflik kerja-kerja rumahtangga. Mungkin nampak kecil, tapi kalau tambah dengan konflik lain, ia mudah mencetuskan pertengkaran tak berkesudahan.
Suami mencari rezeki dan biasanya lebih tertekan dengan aspek kewangan berbanding isteri, namun jangan lupakan perasaan isteri yang juga mahukan perhatian, belaian dan penghargaan dalam kesibukan mengurus rumahtangga dan anak-anak. Apatah lagi isteri juga kepenatan keluar mencari rezeki. (Aik..suami juga yang salah ya..)
Kalau isteri duduk rumah, penatnya pun sama. Suami nak try duduk rumah satu hari -masak, kemas rumah, pergi pasar, jaga anak, bersilat dengan anak etc...?? :P
Kalau isteri duduk rumah, penatnya pun sama. Suami nak try duduk rumah satu hari -masak, kemas rumah, pergi pasar, jaga anak, bersilat dengan anak etc...?? :P
“Terima kasih sayang, masak untuk abang dan jaga anak-anak kita…” ucap suami penuh kasih sayang.
“Abang pun terima kasih bantu sayang masak dan tolong-tolong bersihkan rumah...” balas isteri dengan ceria.
Pulang dari kerja suami bertanya, “Ada apa-apa abang boleh bantu?” Ini ayat magik yang mampu melegakan hati isteri yang juga penat pulang dari kerja. Sekadar bertanya pun, sebenarnya isteri dah rasa dapat perhatian...
Isteri memahami wajah suami yang kepenatan… “Takpelah abang masuk mandi dulu… saya tengokkan Dania dan Danish ni ..lepas ni abang tolong jaga diorang ya, saya nak mandi pula…” ujar isteri dengan senyuman dan bertenang.
Mungkin sambil isteri mandi, suami boleh bantu panaskan makan malam. Isteri dah letak dalam pinggan atau bekas microve proof, jadi panaskan saja.. nanti isteri dah siap mandi, boleh terus makan sama.
Bila suami bertanya ingin menghulur bantuan, isteri jangan sesekali membalas dengan muka masam, atau sekadar bermonolog dalam hati,
“Takkan tak nampak kot, suratkhabar majalah berselerak kat ruang tamu.. ni sampah dah berbau satu rumah.. Tolonglah buang..!! eiii geramnya.. boleh tanya lagi nak buat apa…???!!” Namun ini hanya kata-kata yang bergema dalam jiwa isteri.
Biasakan komunikasi yang jelas dan jelas.
“Abang..sayang nak basuh pinggan kejap, lepas tu nak mandikan Danish & Dania. Abang boleh tolong buangkan sampah dan simpan kain baju yang sayang dah lipat? Terima kasih abang…” pinta isteri dengan penuh hormat dan sopan.
InsyaAllah suami akan bersemangat nak tolong, suami kan sebenarnya memang nak jadi hero isteri :P Nantinya malam sebelum tidur, baring sebelah-menyebelah, sekali lagi berterima kasih kepada suami ..
“Terima kasih abang, abang selalu bantu buat kerja rumah, sayang hargai sangat.” Dengan sepotong ciuman manja atau sambil mengurut badan suami.
Bunyi macam skema je ayat tu?? Buat lah ayat sendiri yang agak logik pada pendengaran kalian berdua, pokoknya suami sangat cinta pada isteri yang menghargai dan berterima kasih. Tapi tak payahlah sampai sepuluh kali berterima kasih, suami rimas pula ngee..
"Selalu bantu??? Saya tiap-tiap hari masak, basuh pinggan, kemas rumah, jaga anak, mop lantai, jemur kain, lipat kain, .. Takkan suami buang sampah dua kali seminggu pun saya nak puji suami melangit…..????????? "
Tak apa, terima kasih dan pujian itulah cara untuk suami memberi lebih banyak bantuan dan penghargaan pada isteri. InsyaALLAH perlahan-lahan suami akan berubah, bila dia tahu setiap kerja rumah yang suami buat itu ada nilai dan dihargai isteri.
Dah cuba cara baik, tapi suami tak bantu juga pun? Jangan cuba tiga empat kali, cuba berminggu-mingu ya, atau berbulan-bulan.. :D Jangan putus asa dalam realiti Tv Akademi Isteri Solehah ni..!
Suami memang tak jalan dengan 'ceramah'.
"Rasulullah tu orang paling sibuk dengan kerja dan dakwah 24 jam tapi bantu juga kerja rumah isteri..abang ni, saya pun tak tahu lah apa yang abang sibukkan...??!!"
Apatah lagi dengan leteran dan rungutan.
“Abang ni kan… tak nampak ke saya sibuk ngan anak-anak, abang dok baca surat khabar, pastu dok main fesbuk.. saya penat tau..saya pun kerja… nak masak lagi.. penat lah macam ni… " luah isteri merungut tak puas hati.
Suami terus membatu dengan Harian Metro, tak pun dok tukar-tukar channel rasa panas hati dengan rungutan dan leteran isteri...
Dengan ceramah, rungutan atau leteran, kita hanya lebih mendorong suami untuk memendam perasaan, berjauhan dengan isteri dari segi perasaan, rasa tiada penghormatan dari isteri, rasa nak keluar rumah cari hiburan di luar dsb...
Duhai isteri, geram kan..?? Duhai suami, kesian tak?? Saya sedih bila dengar beberapa luahan dari isteri... Hanya ada dua tiga luahan suami yang saya dengari... walaupun hakikatnya sama, banyak juga yang suami tak puas hati dengan isteri...
Ok jangan gaduh kat sini, saya tak menangkan siapa-siapa, saya cuma ingin berkongsi macammana kita boleh pertahankan rumahtangga, sekurang-kurangnya dua tahun.. (ohh tak berani berharap rumahtangga kekal 70 tahun macam pakcik makcik yang masuk suratkhabar tu...takpe, bukan putus asa, tapi buat masa ni fokus here and now)..
“Diperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri”. Lalu Baginda SAW ditanya: apakah mereka itu mengkufuri Allah? Rasulullah SAW menjawab, “ Mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumahtangga), dan mereka mengkufuri Ihsan. Apabila kamu melakukan kebaikan kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!” (Sahih Bukhari)
Saya berkongsi hadis ini bukan untuk menekankan perempuan berisiko besar masuk neraka, kerana lelaki pun sama besar peluangnya untuk masuk neraka jika tak jalankan amanah dengan baik sebagai pemimpin keluarga. Nauzubillah. Hanya saja, saya mengingatkan diri dan kalian untuk kita sama berusaha senantiasa menghargai kebaikan suami walau sekecil manapun.
Ya, ia sukar kerana keburukan dan kelemahan suami yang tertonjol seolah menutup terus kebaikannya..tapi kita cuba ya.. berterima kasih pada suami. Bersyukur dan terima kasih pada ALLAH.
Kita optimis ya.. Moga ALLAH menambah lagi nikmat kebaikan suami. Hari ni tolong buang sampah, mana tahu esok dia tolong mandikan anak, jemur kain, beli barang-barang dapur dan lain-lain.
"Barangsiapa yang bersyukur kepada-Ku maka akan Ku-tambah nikmat untuknya,.." (Surah Ibrahim: 7)
....bersambung
:: Moga Bermanfaat :: Ameen ::
No comments:
Post a Comment