Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Kitakah isteri yang dicari...?

Dari pengalaman hidup melihat sikap dan karakter lelaki yang berada di sekeliling, maka insan yang bernama perempuan sering memerhati dan akhirnya mempelajari apakah ciri-ciri yang baik pada seorang suami.
Bukan lelaki sahaja yang bisa tidak tentu arah bila melihat perempuan solehah idamannya, bahkan yang bernama perempuan itu juga bisa bergetar hatinya melihat lelaki yang soleh. Hingga tersemat di sudut hatinya, berdoa dan meminta pada ALLAH agar dipilih oleh lelaki soleh itu..
Betul tak saudara-saudara perempuanku… :P
[Ya, bukan semua.. sebahagian perempuan tidak terusik hati pun dengan kebaikan dan kesolehan lelaki…]
Idealnya, semua yang memiliki hati perempuan inginkan bakal suami yang baik, bertanggungjawab, peramah, penyayang, beriman, beramal soleh, berilmu…
Ada yang inginkan yang kaya dan hensem..yang penuh sifat kelelakian.
Ada yang inginkan yang sekufu dan ‘sekepala’…
Ada yang inginkan sama-sama aktif dalam jemaah dan dakwah. Sama-sama bersemangat dalam kerja-kerja sosial dan kebai…

Ayuh selesaikan hutang...!

Sambil duduk meriba Abdullah yang kusyuk menyusu, saya membaca salah sebuah kitab hadis yang merupakan mutiara ilmu peninggalan Rasul SAW.
(Bila menyusukan Abdullah (susu badan), samaada saya akan berada di hadapan laptop melompat dari satu blog ke satu blog, atau dari satu laman ke satu laman maya yang lain. Jika tiada selera dengan internet, saya akan duduk di sofa ruang tamu, sebelah tangan memangku Abdullah, sebelah lagi membaca buku.. Ada banyak kategori buku yang saya suka, dan ada juga yang saya paksa untuk suka.)
Bila tiba bab hadis tentang hutang, hati saya berdebar-debar. Gementar membaca ancaman-ancaman Allah tentang mereka yang meremehkan hutang (tidak membayar hutang).
Saya termasuklah dalam kumpulan itu.. ada beberapa hutang tertangguh dan saya dalam proses melangsaikannya.
Sabda Rasulullah bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)
Wah, orang yang mati syahid, yang ber…

Memilih pakaian terbaik

Assalammu’alaikum wa rahmatullah
Moga Abdullah, jua semua hamba ALLAH yang disayangi sihat sejahtera dalam naungan rahmatNYA.
Terasa begitu cepat masa berlalu, baby Abdullah hampir mencecah 3 bulan, dengan berat lebih kurang 7kg. Alhamdulillah.
Abdullah sihat dengan nikmat makan minum dari rezeki yang ALLAH berikan. Betapa ‘sihatnya’ Abdullah, mama pun pergi shopping baju Abdullah beberapa helai baju yang lebih besar untuk menggantikan baju lama yang makin sendat dan pendek.
Semalam di Giant Klang Sentral, mama beli 3 pasang baju dan 2 pasang stokin. Kaki Abdullah dah makin gemuk, tak muat stokin yang lama.
Hmm beli kat Giant je…?
Takpe lah Abdullah.. walaupun beli kat Giant mungkin nampak tak glamour macam beli kat shopping mall lain, namun mama berusaha pilih baju yang berkualiti dengan harga yang sederhana(murah...!?). Sepasang baju lengan pendek RM 15.90, dan lagi dua pasang baju lengan panjang RM 8.90 setiap satu. Dan harga stokin pula… RM 0.99 sen sehelai. Murah, cantik dan baik ka…

Takutlah kalian sebelum menempuh pernikahan..

Coretan ini ditulis, ditujukan khas kepada Akh Doc Abdullah Ameen & Ukht Ummu Umair yang akan bernikah beberapa ketika dulu dan juga kepada teman lain yang bakal menyandang status suami isteri, yang akan disatukan di persada pernikahan, moga ALLAH mengumpulkan kalian dalam keberkatan..
Nukilan ini berdasarkan sedikit pengalaman sendiri dan banyaknya pengalaman orang lain yang dikongsi dan diperhati.. Moga menjadi tazkirah pada saya dan kita semua yang bergelar isteri dan suami.
* * *


Sekian lama kalian menyusun tarikh perkahwinan
Kalian mempersiap rumah untuk hari baru suami isteri
Berbulan, bertahun kalian pening kepala untuk walimah satu hari
Warna tema, dulang hantaran, DJ Team, senarai tetamu..
Hidangan buffet kah, lembukah, ayamkah, kerbaukah..


Di sebalik kalian merisaukan kewangan yang terhad
Kalian memikirkan perancangan berbulan madu
Kalian memikirkan kebahagiaan alam perkahwinan
Kalian membayangkan segala kebaikan dan keindahan


Duhai teman,
Takutlah jika kalian memasuki perkahwinan …

Poligami: Andai Bersedia, Kurang Terasa

Dulu, sewaktu hari-hari bernikah semakin hampir, timbul rasa hati yang kuat untuk tidak meneruskan ke ikatan pernikahan. Aku tidak mahu dan tidak sanggup hidup berpoligami.
Fikirku, kalau berkahwin, hari-hari yang berpisah dengan suami, adalah kerana suami kembali kepada isterinya (selain keluar bekerja), perempuan pertama dalam hidupnya. Aku akan cemburu memikirkan waktu-waktunya dengan isteri lain. Aku tak suka jika suami tiada di sisi waktu diriku memerlukannya, apatah lagi jika ketiadaannya adalah kerana keberadaan dia dengan perempuan lain [baca: isterinya].
Apa perasaan kalian jika suami kalian pergi meninggalkan kalian untuk bersama perempuan lain? Untuk menjalankan tanggungjawab lahir batin? Untuk bermesra dan memesrai perempuan lain (isterinya yang halal)?
Sewaktu kalian menginginkan keberadaan suami suami di sisi, memerlukan, merindui.. ternyata suami ada bersama perasaan dan diri lain bernama perempuan untuk lebih diberi perhatian? Apatah lagi dalam kesulitan kalian menjaga …

Perjalanan Menuju Pernikahan

Saya mula membuka mulut pada mak ayah, ‘memohon’ untuk berkahwin pada usia 19...awal tak?
Ketika itu saya di tahun-tahun awal bergelar pelajar UiTM Shah Alam. Antara faktor yang mendorong saya untuk berkahwin awal ialah, saya membuat mini research untuk subjek Kaunseling ketika itu, bertajuk Early Marriage Among University Students.
Hasil kajian ringkas itu, banyak penemuan [baca: perkongsian] menarik dari mereka yang ditemuramah. Mereka yang ditemuramah kebanyakannya adalah mereka yang berkahwin ketika masih belajar.
Saya terdorong dengan tujuan sebahagian mereka memilih berkahwin awal, iaitu untuk: cemerlang.
Akan tetapi, pada usia ‘sementah’ 19 tahun itu, saya membuka topik perkahwinan dengan mak ayah kerana telah ada seorang lelaki baik yang berhajat menjadikan saya isterinya. Alhamdulillah.
Dia tua setahun dari saya [20 tahun usianya ketika itu]. Dia meminta saya menyampaikan kepada ibubapa hasrat kami bernikah. Dan alasan saya (kami?) untuk cepat bernikah waktu itu, sama sepe…

Meraih Bahagia

“Mak rasa saya bahagia tak…?” terpacul soalan itu dari bibir sewaktu saya dan mak menaiki kereta menuju ke sekolah untuk menjemput  Muhammad, adik bongsu saya pulang dari sekolah.
Saya menanti jawapan mak, yang berada di tempat duduk belakang kereta. Emak sedang meriba anakanda, Abdullah. Saya berada di kampung hari ini setelah meminta izin suami untuk menziarah ibu ayah tercinta.
“Bahagialah... sebab alhamdulillah semua dah ada” begitu jawab mak.
“Tapi..bahagia tu sebenarnya dalam diri sendiri, dalam hati masing-masing… Kaklang bahagia tak..? Diri sendiri je yang tahu bahagia atau tak.. kalau nampak dari luar tu memanglah macam bahagia..” mak menyambung jawapannya. Dalam keluarga, saya dipanggil kaklang.
Hmm..bahagia tu dalam diri sendiri, dalam hati..???
“Ha’ah betul lah mak.. kaklang sendiri lah yang tahu kaklang bahagia atau tak.. kan..” saya menyambung bicaranya selepas beberapa ketika.
Saya saja-saja bertanya tentang bahagia untuk bersembang dengan mak. Tapi jawapan mak menjadi tazkir…

Catatan Sebuah Kelahiran..

Sebuah kelahiran, menjadi peringatan agar terus berbuat baik pada ibu dan ayah. Bukan berbuat baik yang biasa-biasa, tapi berbuat baik sebaik-baiknya.. yang mampu mengumpulkan kita dan mereka dalam nikmat akhirat yang berkekalan.

"Harta benda dan anak anak itu adalah perhiasan hidup di dunia dan amal soleh yang terus menerus itu lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu, dan lebih baik menjadi harapan." (Kahfi:46)

Isnin, 23 Ogos 2010, 7.30pm:

Sewaktu berbuka puasa, suami menyebut, "Abang rasa esok nurul kena masuk wad..". Saya tersenyum.

'Takkan kot..ada seminggu lagi sebelum due date. Baby macam seronok je duduk lama dalam ni. Tak rasa apa pun lagi.. mesti lewat dari EDD'. Fikirku.

Esok insyaALLAH saya akan jumpa doktor untuk check-up mingguan.

Selasa, 24 Ogos 2010, 3.00pm:

 Alhamdulillah 'Ala Kullihal. Walaupun tak menjangka hari ini masuk wad, itulah takdirnya. Betul tekaan suami saya. Saya tak menjangka, namun bersyukur saya dah bersedia dengan segala kel…

Ibu, dekatlah di sisi ku...

Anakku, sungguh ibu ingin menjadi ibu yang terbaik kepadamu. Ibu ingin mencurah kasih sayang tulus buatmu, agar dunia ini menjadi tempat tinggal yang nyaman untuk mu. Ibu ingin mencurah ilmu padamu, agar dunia ini tidak menenggelamkan dirimu dengan tipudayanya. Ibu ingin mengisi hati mu dengan iman, agar istiqamah langkah mu mencari redha tuhan. Bantulah ibu, anakku...

Saya menerima SMS dari seorang teman yang saya kasihi, bergelar isteri yang berkongsi satu persoalan. Dia merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah.
“ Hari ini sekolah sekali lagi meminta saya membuat keputusan samaada berhenti mengajar atau tidak. Moga ALLAH memberi petunjuk pada kami yang kebingungan. Sungguh dunia ini milik ALLAH.”
Dia diberi pilihan samaada berhenti atau terus mengajar kerana dia mengalami ujian-ujian kesakitan yang kerap datang sewaktu sedang hamil (insyaALLAH lagi lebih kurang dua bulan dia akan bergelar ibu).
Maka terpaksa bercuti mengajar, yang mana kita maklum bahawa ketiadaan guru walau seh…