Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

Essential Oil : Anugerah istimewa Tuhan buat insan

Alhamdulillah pada petang 12 DISEMBER 2016 yang lepas, saya berkesempatan menghadiri Essential Oil for Family Wellness sharing yang dikendalikan oleh jiran saya Kak Imah dan tuan rumah, Nani. Saya semangat nak datang sebab suka berkumpul dengan jiran dan sebab ada special guest iaitu Teacher Watie (Norhidawati Abdul Aziz).. Saya dah lama follow teacher watie untuk mengenali essential oil (EO),mengikuti cerita beliau yang sampai ke ladang lavender dan ladang Young Living di USA sana.. saya juga berniat untuk menjadi pengguna tetap dan jadi ahli Young Living satu hari nanti insyaALLAH!
Apakah essential oil itu...?
Bahasa mudah yang saya faham, EO adalah cecair terbaik dari satu tumbuhan, pelindung untuk sesuatu tumbuhan dalam masa yang sama - ada khasiat tersendiri untuk penyembuhan fizikal, mental dan emosi manusia. dan Young Living adalah syarikat yang mengeluarkan EO dengan gred terapi yang paling baik. Saya syukur dan gembira mendengar sharing teacher Watie yang banyak input dan dapat…

Poligami: Proses Peneguhan Jiwa

Poligami : Proses meneguhkan hati <3 span="">

Saya membaca sebentar tadi perkongsian seorang teman bahawa Hamka menyebut tentang poligami itu memerlukan jiwa yang besar dan hati yang kuat..

Memang benar..! 

Saya sangka, bila saya melangkah masuk ke alam poligami sebagai isteri kedua - saya sudah kuat jiwa. Namun rupanya, poligami itu sendiri lah proses yang Allah anugerahkan untuk saya meneguhkan jiwa.

Menerima suami dan isteri pertama, jiwa isteri kedua perlu faham Bahawa suami ada tanggungjawab besar pada isteri dan anak anak sedia ada. Kalau jiwa saya kecil, saya akan bermasam muka dan menjeruk rasa tak selesa dengan kehadiran madu. Alhamdulillah Allah banyak mendidik hati ini dengan jalan poligami.

Bila saya membenarkan suami berkahwin lagi dengan isteri ketiga, rupanya itu juga wasilah atau cara menguatkan hati.

Saya ingat diri saya ini seorang yang bertenang saja dan tak cemburu, tapi bila terdengar suami cakap lembut lembut dan baik baik dengan madu, hati tercuit cemb…