Thursday, August 27, 2015

Sejukkan hati dengan Al Quran



Tazkirah untuk diri saya dan sahabat pembaca yang dikasihi,

 Kalau pagi ini kita bangun tidur masih rasa gelisah, sedih, hampa, duka yang berpanjangan..ayuh muhasabah, di mana al quran di hatiku.....  ♥♥♥

Tertanya tanya nasib kita dalam hubungan yang teruji dengan suami / isteri, ibu ayah, adik beradik, mertua ipar duai, madu, jiran tetangga...bagaimana hubungan kita dengan Al Quran. .

Bagaimana relationship saya dan kita dengan Al Quran..?

Baca Al Quran selalu tak? Faham tak..? For ourselves or for our book shelf?

Jom kawan kawan, kita usahakan setiap hari membaca dan mengambil pelajaran dari Al Quran. Agar hati kita lembut.  sejuk... Agar hati tenang dan kenal Allah. Agar kita takut padaNya lalu memelihara syariatNya.

Saya dan kita perlu baca quran, renungi maknanya- agar emosi kita tak lapar dan sengsara. Agar lurus pemikiran dan perilaku kita - kerana Al Quran adalah manual yang perlu kita rujuk selalu dalam membentuk karakter diri.

Kita manusia ini , lelaki dan perempuan adalah complicated. Maka Al Quran memberi jawapan untuk persoalan yang mendatangi kehidupan. Pastikan kita ada Quran terjemahan dan lebih baik tafsir Quran.

Al Quran memandu kita ke arah ketenangan dan kebahagiaan serta kejayaan sebenar di dunia dan akhirat.

Mencari kedamaian dan kegembiraan selain Al Quran, susah ditemukan.

Al Quran BUKAN untuk Perhiasan di dulang hantaran. 

Bukan Sekadar penyeri majlis nikah dengan majlis khatam quran.

Bukan Sekadar gantung di dinding rumah, dinding kedai, dashboard kereta.

Bukan untuk letak bawah bantal baby.

Bukan untuk simpan di tempat tinggi dalam almari kaca tanda 'hormat'.

Bukan sekadar untuk dipertandingkan dalam majlis tilawah atau majlis hafazan.

Bukan untuk dibuka dan dibaca orang bila kita mati.

Al Quran untuk kita yang hidup...untuk direnung dan diamalkan.

Moga al Quran yang kita baca dan fahami menyejukkan jiwa jiwa yang kadang resah membara oleh ujian melanda..


"Wahai manusia! Sungguh, telah Kami datangkan kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penawar bagi penyakit yang ada di dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman." (Yunus: 57)




Buat baik tanpa duit :)


Dalam ujian ekonomi yang kelihatannnya meruncing, nilai duit semakin tipis dan menipis,

Bukan semua orang ada banyak duit untuk belanja makan, 
atau beli hadiah dalam usaha menggembirakan orang lain ;

Tapi Allah Maha Adil, semua orang boleh buat kebaikan
 dengan apa yang dirinya miliki.

Kata kata yang baik adalah sedekah.

Berwajah manis dan ceria juga adalah kebaikan yang dirimu 
boleh beri pada orang lain.

Menolong orang mengangkat barang barang juga adalah 

sedekah.

Tidak menyakiti orang lain dengan lisan dan tangan juga 
adalah kebaikan.


Moga ALLAH selalu membimbing kita untuk melakukan
 kebaikan.





smile emoticon


Thursday, July 23, 2015

Jodoh: Bersediakah Menghadapi Kekurangannya...?



Seorang gadis berkongsi, dia meninggalkan/ditinggalkan teman lelakinya kerana ANTARA sebabnya, lelaki itu masih tidak mempunyai perkerjaan tetap walaupun mereka telah merancang untuk berkahwin. Tempoh setahun lebih baginya sudah cukup lama untuk memberi peluang lelaki itu berusaha membina kerjaya. Jadi mereka putus di samping cabaran yang lain menghalang meneruskan ke alam pernikahan.

Kini gadis itu telah menemui pengganti, dan diuji pula dengan cabaran lain dengan calon suami yang baru.

Saya katakan kepadanya, '..itulah realiti. Dia ada kelebihan kat sini, kurang kat tempat lain.. Ukhti sekarang dah jumpa lelaki yang ada kerjaya dan sangat komited dengan kerjanya..tapi masalah lain pun ada hingga mencabar untuk bernikah.. berapa lama nak tunggu? Setahun? dua tahun?.."'

Dunia ini bukanlah semudah yang kita mahu. Saya menceritakan bahawa di luar sana, ada sebahagian wanita yang suami berkerja tetap namun lain pula ujian kesakitan yang dilalui. 

Contohnya- suami bekerja, tetapi sibuk sangat selalu tak ada masa bersama isteri. Isteri sedih memendam rasa. Suami berkerja tapi isteri yang banyak keluar duit untuk perbelanjaan rumahtangga. Isteri kecewa tak bahagia. Suami kerja ok, tak ada masalah kewangan tetapi adalah masalah orang ketiga, masalah berkonflik dengan mertua ipar duai dan sebagainya..,isteri bermuram durja juga. Suami tak romantik pun jadi masalah besar untuk sebahagian isteri.., walaupun kerjaya suami bagus dipandang berwibawa.

Kita akan sentiasa diuji selagi hidup, walau siapapun calon suami atau suami yang berada di sisi. 

Tak, saya tak bermaksud suruh memilih calon suami yang tidak berkerja, tetapi saya mengingatkan dirinya bahawa pasangan kita akan sentiada ada kekurangan di sebalik kebaikan. (Sepertimana kita isteri punya banyak kekurangan yang suami bersabar)

Saya berpesan bahawa suami punya kerjaya tetap, bukan jaminan untuk rumahtangga tak goyah kerana kita isteri akan nampak dan tak puas hati isu lain pula..

Sebelum 'lari' dan meninggalkan hubungan dan berharap bertemu orang yang lebih baik, apakah kita telah menjadi wanita yang membantu dan mendorong suami untuk berubah dan apakah kita sendiri telah mengubah diri kita untuk menjadi kuat saat dihadapkan dengan insan yang menguji perasaan..?

Kebahagiaan kita sebagai wanita, sungguh adalah pada kekuatan hati dan perilaku yang berlandas ilmu. Yang dengannya kita mampu membantu diri sendiri dan suami untuk menjadi lebih baik dan lebih baik di sisi Tuhan.

Berusahalah semampu nya memperbaiki keadaan, menjauhi perpisahan hingga ketetapan Tuhan mengatasi perancangan insan.





Friday, July 3, 2015

Pengalaman Menginap di Swiss- Garden Beach Resort Kuantan 2015

Review saya di tripAdvisor:

"Nice clean sandy beach. With little crabs..my kids love looking at them.
Room is clean and comfortable with balcony and bath tub.
Family friendly - has average kids pool and playground. Ample free parking in the hotel. Kind and efficient staff. Delicious Ramadhan buka puasa buffet. A Peaceful place for us."

Pada Rabu 27 Jun 2015, Saya ada tugasan di Kuantan,maka saya mencari hotel atau penginapan yang saya rasa paling berbaloi dengan duit saya.

Saya google, paling murah saya jumpa bilik berharga RM90 satu malam untuk saya empat beranak. Sesuai dengan plan travel bajet saya. Tapi Kemudian saya terjumpa Ramadhan promotion Swiss Garden, saya suka sebab ada swimming pool dan ia tepi laut,  walking distance ke Pantai Balok yang cantik. Ia penting untuk kegembiraan anak anak selama di Kuantan.

Saya memilih kerana Ramadhan promotion itu menarik - bilik termasuk Buka puasa Buffet dan sahur/breakfast buffet for 2 person, dengan harga total RM 338 termasuk tax dan gst. Dan memang tidak ada extra charge.

Harga asing untuk buffet buka puasa adalah RM 70 untuk seorang dewasa dan breakfast RM 40 ke atas , kalau tak silap saya.

Bila saya email bahagian reservation untuk tanya pasal bayaran buffet untuk anak, untuk dua anak saya bawah 5 tahun adalah FREE. Dan email saya di reply cepat juga bagi saya, dalam hari yang sama. Saya suka dengan cara yang efisyen itu.

Pukul 3 petang adalah waktu check in, namun boleh check in awal jika bilik dah ready. Menempuh  perjalanan hampir 3 jam dari KL, penat dan lapar musafir, saya sangat menghargai layanan baik Ms Aida di kaunter check in. Terima kasih atas senyuman dan penjelasan yang jelas. Saya first time datang sendiri duduk di hotel 4 star , (sebelum ni dengan suami yang uruskan check in etc ) jadi bila 1st impression Ms Aida bagi senyuman, kita rasa senang nak berurusan dengannya.

Saya book bilik yang paling murah, tapi saya berpuas hati sangat sebab bilik cantik dan bersih. Saya suka balkoni yang nampak laut, dan anak anak melompat kegirangan nampak bath tub dalam bathroom.

Dalam setengah jam selepas masuk bilik, Swiss Care call tanya,  semua ok ke kat bilik..? Wah.. itu pun saya suka dan rasa di care menginap di situ. Rasa dihargai dan diambil berat.

Lepas kemas barang, saya terus tukar baju anak anak..pakai swimsuit. Mereka tak sabar nak masuk outdoor pool. Walau pukul 3 petang tu saya rasa nak tidur saja, saya gagahkan diri turun ke pool bawa mereka. Dan bersyukur waktu terik panas itu, kids pool agak redup kerana ada pokok pokok di sekeliling. Ini pun markah lagi untuk hotel ini.

Puas bermain di pool, saya ajak anak anak ke tepi pantai. Main pasir. Mereka sangat seronok walau saya berdebar juga tengok air laut dan ombak Pantai Balok kuat dari Pantai Port Dickson yang saya biasa pergi.. namun tempat ini indah dan nyaman, ada kerusi dan hut untuk bersantai.. pasir pun halus.. angin nyaman sampai anak saya terlena di tepi laut.

Masuk waktu maghrib, berbuka puasa kami dihidangkan makanan yang sangat sangat enak. Alhamdulillah..macam biasa memang tak mampu makan semua walau nafsu teringin. Secara peribadi saya rasa berbaloi untuk harga RM 70 seorang dewasa ..apapun please jangan membazir :)

Malam itu kami tidur  lena kepenatan musafir. Aircond bagus. Saya call housekeeping minta extra selimut , cepat je sampai..

Esoknya kami tak puasa.. jadi kami join breakfast. Alhamdulillah ada banyak pilihan makanan , jadi anak anak saya suka ada cereal dan satu dua makanan fevret mereka. Saya makan nasi lemak.

Lepas breakfast, kami terus ke pool dan ke pantai. Tenang sekali. Tak ada orang langsung waktu itu awal pagi itu.. rasa hotel kami yang punya hee

Sampai waktu terpaksa tinggalkan hotel.. kami packing dengan berat hati. Adik saya yang datang bersama juga sedih tak puas berehat di hotel..

Proses check out cepat dan lancar. Ms Liss pun layan kami dengan baik dengan senyuman.

Wan, bellman pun sangat helpful membantu kami ..cepat dia tolong angkat beg beg besar kami masa kami check in dan check out.

Bab wifi, dalam pakej bilik saya dapat wifi free..tapi pool dan pantai hotel ini buatkan saya tak perlu pun sangat wifi tu. Saya tak tahu wifi laju atau slow..

Keseluruhannya, saya dan anak anak sangat suka hotel ini dan pasti akan stay sini lagi kalau ada promotion lagi waktu saya travel ke Kuantan :D







Thursday, June 4, 2015

Freddies Santai Sumur Tiga 2015

Pada 28 Mei 2015, kami menaiki feri seawal jam 9.30 pagi untuk ke Sabang / Pulau Weh. Kami menginap satu malam dan kami memilih untuk menginap di Freddies Santai Sumur Tiga iaitu sebuah chalet yang terletak di Pantai Sumur Tiga.
 
Mak abah menikmati suasana indah  matahari terbit lebih kurang pukul 6.30 pagi :D
 
Saya memilih berdasarkan rating tinggi review pengunjung di Trip Advisor dan alhamdulillah tempat ini adalah terbaik dan sesuai dengan citarasa saya.. ibu ayah dan anak anak kecil saya juga menyukai tempat ini.
 
Mak abah seronok di sini alhamdulillah..!
 
 
Pemandangan laut yang sangat cantik.
Bilik yang selesa dan bersih.
Ada towel, sabun mandi dan syampu.
wifi Bagus.
Staff yang baik dan bagus.
Tempat yang indah dan santai masya ALLAH..!
 
:: Pemandangan dari bilik kami yang terletak di atas cafe ::
 
Saya sangat suka dengan bilik yang diperbuat daripada kayu dan atap rumbia.. dengan pemandangan betul betul menghadap laut yang kebiruan..baby blue and turqoise ..masyaAllah.. kami memilih bilik jenis family room, ia selesa untuk 5 orang dewasa tidur. Tidak mewah, tidak ekslusif - hanya praktikal dan santai serta indah..!!
 
:: Suasana di dalam bilik ::
 
Saya paling suka ada sebotol besar air putih disediakan dalam bilik..ada teh dan gula, ada air panas, ada sabun mandi dan syampu..
 
Tenangnya duduk di balkoni bilik menghadap pantai mendengar deruan ombak..
 
Yang penting, ada tempat makan..kami sangat suka homemade pizza nya yang penuh dengan sotong (marinara) dan cheese...so delicious..! Ada jual macam- macam aiskrim termasuk aiskrim magnum fevret saya..
 
:: Pukul 1 tengahari kami bersidai dan bermain tepi pantai ::
 
 
Kalau duduk chalet sini dan berhajat berehat saja; .. anda takkan kelaparan boleh order bila bila masa..
 
Sayangnya, saya hanya plan satu malam di Pulau sedangkan saya rasa, paling kurang 3 hari dua malam baru kita puas menikmati keindahan Sabang /Pulau Weh ini.
 
Saya pasti akan datang lagi tempat ini..!
 
 
 
 
:: Ada musolla/tempat solat..indahnnya mendengar deruan ombak sambil bernunajat ::
 
 

Monday, May 11, 2015

Memohon sumbangan RM 10


Saya ingin kongsikan tentang memohon sumbangan untuk team Ustaz Mohd Kauthar yang giat membangun dakwah di bumi Kemboja yang minoriti Muslim. Saya mengenali beliau sudah lama dan baru baru ini berkesempatan bertemu beliau dan isterinya dan pelajar perempuan mereka.

Pada yang ingin melawat Kemboja bersama misi menyumbang, boleh hubungi Ustaz Kauthar dan bertemu beliau dan para pelajarnya yang sangat memerlukan bantuan kita semua.

Hanya RM 10 seorang, kita mampu memberi kesan positif insyaALLAH . dan pemberian yang lebih banyak di alu alukan :)


Update  05/04/2015

Alhamdulillah setakat ini kami sudah ada lebih kurang 18 orang yang memberi sumbangan bulanan RM10.00 (Dan Lebih) bagi Shabab attarbiah

Wahai saudara saudari, Muslimin & Muslimat, Ikhwah & Akhawat, kami minority Islam di Kemboja ini sedang berhadapan dengan gerakan kristian, Syiah, kristian katholik For Islam, Ahmadiyyah dan Kedutaan US yang bermula projek membuka sekolah agama untuk menyesatkan Umat.

PERHATIAN:

Kalau kami dapat 1000 orang yang menyumbang RM10.00 sahaja setiap bulan maka kami akan dapat RM10.000 setiap bulan, dan dengan wang sebanyak itu dah boleh buat kami gerak aktif di Kemboja ini demi Islam yang tercinta.

DANA Pemuda Tarbiyah Kemboja (DPTK) mencari saudara, saudari yang ingin menyumbang RM10.00 setiap bulan bagi Pemuda Tarbiyah Kemboja.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Maka tiga perkara tersebut berkaitan dengan Shabab Attarbiah atas sebab-sebab yang berikut:

1. Menyumbang alat-alat & kemudahan pejabat Shabab ialah termasuk dalam sedekah jariah.

2. Shbab Attarbiah menyebarkan Ilmu.

3. Shabab Attarbiah dengan izin Allah SWT akan melahirkan generasi soleh & solehah.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Surah Al-Baqarah: 261).

Sila hulurkan sumbangan ke nombor akaun: 1237-0001-6401-08 (Bank: CIMB)

Nama penerima: Shabab Attarbiah


Kemudian sila emailkan nama dan masa transaction kepada: 

dana.pemuda.tarbiyah@gmail.com

Kami akan sediakan laporan bulanan melalui email dan juga di facebook Shabab Attarbiah

Untuk pertanyaan sila whatsapp / SMS Ust Mohd Kausar 0132538980 / Untuk Call Nombor di Kemboja: +855979058640







Monday, May 4, 2015

Perth: Pengalaman Pertama Naik Bus



Petang hari kedua di bumi  Perth, asalnya saya hanya mahu membawa Abdullah dan Abdurrahman ke IGA park yang berdekatan dengan rumah Aina..(dalam 20 minit berjalan kaki mendukung anak. )

Tetapi kemudiannya bila melintas di depan bus stop, saya terfikir mahu cuba menaiki bas. Try sekadar ke Perth City dalam 20 minit perjalanan, Aina cakap.

Kami pun terus tunggu bus. Tak sampai 10 minit bus dah sampai. Saya tanya driver bus berapa tambang, dan saya bilang mahu ke Perth CBD. Saya membayar harga tiket untuk kegunaan 2 hala (dalam masa 2 jam).

Namun bila saya banyak bertanya tentang bus, saya bercerita saya baru sampai semalam nya ke Perth etc, pemandu bas cadangkan saya terus ke King's  Park, taman hijau dalam bandar yang terbesar di dunia itu..

Saya pun ok. Driver  bas pesan, bus terakhir pukul 7.30 tapi rupanya setelah berjalan menjamu mata dengan keindahan King's  Park rupanya bus terakhir hari itu adalah pukul 6.43 petang. Saya terlewat dua minit saja melihat bus terakhir pergi.. uuuwaaa saya terpaksa call Aina minta dia jemput sebab saya tak tahu nak ambil bas mana lagi.

Tetapi alhamdulillah pengalaman tertinggal bas itu buatkan saya study jadual bas di tiang bus stop bila-bila saya lalu di bus stop..saya berusaha fahami dan sememangnya jadual bas itu efisyen dan tepat.

Kita b0leh merancang perjalanan dengan baik. Dan saya baca semua brochure  pasal public Transport  di panggil Transperth yang saya ambil dalam bas.

Ok dah faham..insyaAllah boleh jalan jalan lagi lepas ni dengan tepat dan selamat. :)

Monday, April 6, 2015

Positive Parenting : Handling Emotion



Positive Parenting: Toddlers and Beyond
 
"So often, children are punished for being human. Children are not allowed to have grumpy moods or bad days. We expect them to be in complete control of their emotional reactions at all times, yet how many of us can do this?
 
Have you never yelled or slammed a door in anger? Have you never snapped at your child or spouse after a stressful day? Have you never given a hateful glare or complained about everyday frustrations?
 
If you have never done those things, then you are certainly entitled to expect your child to be a perfect human, but for the rest of us, for all of us who sometimes slip up, we need to offer the same understanding and grace we hope is afforded to us. We all have hard days. Bad days don't make us bad people. None of us are perfect, and we shouldn't hold our children to a standard of perfection that we ourselves cannot attain.
 
This is not to say, of course, that you do not correct a disrespectful remark or a sour mood that is disrupting the peace of the home.
 
 It is our job to teach our children what is appropriate. Teach them that it's not okay to project a bad mood on those around them. Teach them how to handle frustration, anger, fear, sadness, and disappointment. Teach them that it's not acceptable to be rude to people. High standards are good.
 
Hold them to a high standard! But please, hold yourself to one, too. Don't project your bad moods. Learn how to handle your frustration, anger, fear, sadness, and disappointment. Don't be rude to them. Set the example. We all need high standards, and do you know what else we all need?
 
A little grace."
 

Poligami dan Sandaran Hati

 
 
Seorang isteri meluahkan perasaannya yang masih tak stabil setelah beberapa bulan suami bernikah lagi. Kadang ok, kadang tak ok. Kadang gembira dengan suami dan madu, kadang rasa bergelodak jiwa dan ingin pergi dari semua ini..
 
heart emoticon Sesungguhnya hati kita ini hanya akan stabil bila disandarkan pada Zat yang Maha Teguh lagi Kuat iaitu Allah.. benda apapun dalam dunia ini lemah dan rapuh, Allah saja yang kekal kuat dan stabil.
 
Peringatan untuk saya dan kalian, Kalau hati dan perasaan ini bersandar pada suami atau pada cinta manusia yang sama lemahnya macam kita -hati kita pun akan terumbang ambing. Fokuskan cinta untuk Allah. Serahkan jiwa sepenuhnya untuk Allah insyaAllah jiwa yang turun naik akan stabil..
 
tapi apapun memang sifat hati berbolak balik..hanya saja, bila kita kenal dan tahu Hebatnya kasih Allah, ada tempat untuk kita kuatkan hati heart emoticon
 
Suami pun akan rasa tak stabil dan tak bahagia kalau kebahagiaan dalam poligami disandarkan kepada perasaan isteri isteri. Suami akan mampu kuat memimpin bahtera poligami tika meletakkan fokus dan usaha untuk menjadi hamba mukmin di mata Allah, bukan untuk nampak hebat di mata manusia apatah lagi untuk penuhkan kemahuan dan nafsu sendiri dan nafsu isteri yang tiada sudahnya...
 
 
 

Sunday, March 29, 2015

Kenapa mesti poligami...?



Ujian poligami sememangnya sangat mengharukan jiwa seorang wanita.

Samaada wanita itu dipoligami dengan persiapan, ilmu dan kesedaran, atau dipoligami secara tiba-tiba - ujian suami menikah lagi itu sesungguhnya mengocakkan emosi wanita di sudut hati yang paling dalam. Sekalipun jiwa berkocak atau bergelora dihempas badai perasaan- insan yang tetap kembali kepada ALLAH akan mampu mencari jalan ketenangan di sebalik kesulitan jiwa yang dihadapi.

Kenapa mesti poligami...?

Kenapa mesti hidup dalam cemburu berpanjangan...?

Kenapa awak biarkan suami awak berkahwin lagi...?

Kenapa awak sanggup kahwin dengan suami orang dan buat isteri pertama menderita...?

Kenapa dan kenapa ini biasanya merupakan soalan yang datang dari mereka yang belum diuji poligami..

Kalau sedang dan telah diuji poligami, akan menyoal salah ke saya memilih poligami..? Buruk sangatkah poligami ini..?

Situasi setiap wanita dan perjalanan hidupnya tidak sama. 

Ada wanita yang dari usia muda remaja lagi telah menjadi rebutan ramai lelaki, dia 'mewah' dengan perhatian malah lamaran lelaki hingga dia tak sempat merasa bagaimana lelahnya menanti jodoh yang bujang higgakan poligami menjadi alternatif terbaik buat dirinya.

Ada juga wanita yang saat ini menjadi satu-satunya isteri-  tidak faham kenapa bakal madunya itu saggup 'membina kebahagiaan atas air mata orang lain' (berkahwin dengan suami orang) - sehinggalah kalau kelak ALLAH uji dia juga menjadi ibu tunggal dan ketika itulah baru dia faham alangkah baiknya ALLAH sediakan peluang berpoligami untuk dirinya yang kurang perhatian dan lamaran dari lelaki bujang,..

Mungkin kalau kita muslimah yang dah di usia lewat, baru kita faham kenapa poligami itu ada kebaikan ,.. jika kita masih awal 20an kita biasanya fokus mencari yang satu, fokus mencari suami yang boleh memberi 'kesetiaan' sedangkan jika ALLAH uji belum bertemu jodoh tika usia lepas 30an, itulah waktunya kita mula faham kenapa mesti poligami..

Ada juga pihak suami hari ini yang bilang, Rasulullah saw hanya poligami setelah isteri pertama meninggal dunia. Maka 'saya mahu setia seperti rasulullah saw'...  kelak andai diuji anak gadisnya berulang kali mendapat lamaran dan perhatian dari lelaki baik yang dah beristeri, adakah dia mahu bilang, setialah dengan isteri mu , tunggu isteri mu itu meninggal dulu baru boleh bernikah dengan anak gadisku..

Sesiapapun yang tika ini sangat tidak suka atau memandang sinis pada wanita yang menjadi isteri pertama/ kedua, atau sinis pada suami yang ingin bernikah lagi  - persepsi sinis nya itu pasti akan berubah jika poligami itu kelak menjadi ujian buat dirinya..

Tak mengapa lah.. kita berusaha faham saja perasaan mereka, bahawa selagi mereka tak diuji poligami, pastinya mereka mahu mempertahakan monogami. Sedangkan insyaALLAH kelak andai diuji poligami, mereka akan merasa kebaikan dan mensyukuri peluang poligami yang ALLAH uzinkan dalam islam :)

Sabarlah menanti orang faham bab poligami..

Dia mungkin akan ok dengan poligami bila sudah lama sangat menunggu jodoh..
Dia mungkin akan ok dengan poligami kalau suami nya dibawa pergi bercerai hidup atau mati.
Dia mungkin akan ok dengan poligami kalau anak gadisnya dilamar suami orang berulang kali..

kerana kita hanya berusaha redha dan memahami saat kita benar benar diuji..!










Wednesday, March 25, 2015

Wanita yang paling bahagia ialah yang kembali kepada Islam.

 
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. ………..(QS. 3:110)
 
Minggu lepas saya menziarah dan berkenalan dengan seorang teman muslimah yang baru dua bula berhijrah ke Malaysia- yang berasal dari Perancis. Perkenalan itu membawa banyak pelajaran dan keinsafan untuk saya bila mana mendengar perkongsiaan Asmaa tentang perjalanannya mencari agama dan tuhan.
 
Membesar di Perancis, kemudian menyambung pelajaran di New York- Asmaa ketika dulu merasakan jiwanya sangat kekosongan di sebalik kesenangan hidup yang dilalui. Jiwanya mencari-cari erti kehidupan dan merenung penciptaan diri- kenapa aku dicipta dan apa tujuan aku berada di muka bumi ini..? Apakah hanya belajar, berkerja, makan, minum?
 
Alhamdulillah ALLAH memberinya hidayah setelah berdiskusi dengan seorang muslim. Asmaa menemui cahaya islam yang luhur dalam hidupnya dan tiga tahunn dulu bermula lah perjalanannya mencari ilmu agama dan belajar untuk hidup sebagagai hamba dan khalifah Tuhan.
 
Asmaa, wanita kulit putih yang bermata biru yang cantik dengan hijabnya..masyaALLAH saya tersentuh dengan kesungguhannnya menjadi muslimah yang baik, mendalami ilmu dan berusaha mempraktikkan agama dengan terbaik.
 
Dia meluahkan rasa sangat gembira dan tenang hidup di jalan ALLAH dan Rasulullah saw. Dia bebas dari jiwa kacau tatkala tinggal di New York dan jiwa kosong yang dilalui sejak kecil. dan ALLAH Maha Menunjuki juga memberi hidayah islam kepada ibu kandungnya subhanallah...!
 
Allah menjodohkan dia dengan seorang lelaki muslim yang juga berasal dari Perancis dan kini mempunyai seorang anak.
 
Petang yang panas itu Asmaa menghidangkan kami jus nanas segar yang di blender tanpa gula dan apa-apa penambah rasa yang lain. Asmaa sedang berusaha untuk eat clean and healthy- makan makanan sihat dan original dan dia berasa seronok tinggal di kawasan hijau dan kampung yang dekat dengan makanan sihat berbanding tiggal di kota sesak dengan segala makanan diproses yang sangat tidak sihat.. Asmaa menasihatkan saya untuk menjaga pemakanan agar halal dan baik.
 
Asmaa juga mengingatkan saya untuk berusaha menjadi ibu yang baik, katanya kita adalah asa kepada kekuatan ummah dan masyrakat hari ini. Kita perlu berusaha mendidik generasi dengan kefahaman agama Islam yang benar, bukan sekadar ikut-ikutan  ..
 
MasyaALLAH pertemuan dengan asmaa menjentik hati saya yang selalu leka.. :)
 
saya memang punya misi dan visi untuk menjadi hamba terbaik di mata ALLAH namun usaha saya masih sangat sedikit dan kadang saya rasa lemah.. saya sedikit cemburu dengan Asmaa yang telah mahir juga berbahasa Arab. saya cemburu dengan kesungguhannya menjadi peribadi muslimah yang terbaik, dengan dalaman yang teguh dan penampilan aluaran menutup tubuh dan wajah cantiknya dengan sempurna.
 
Terima kasih sahabat tersayang saya, Umm Musa yang bawa saya bertemu Asmaa yang tinggal berhampiran tempat tinggal kami..

Wednesday, February 4, 2015

Poligami, Anak dan Kurnia Pernikahan



MasyaAllah...Subhanallah..indahnya perasaan memiliki anak kan..saya bahagia dengan hadirnya mereka dalam hidup saya.

Dan saya sangat bersyukur, anak anak ini lahir di alam poligami - yang sangat membuka mata saya tentang dunia poligami yang disebut dalam wahyu Allah. Sedang dulu di zaman bujang, saya pun seperti kebanyakan wanita, saya mahu mencintai dan dicintai dengan 'setia' oleh seorang suami. 

Namun Allah memberi yang lebih baik untuk saya, poligami, suami saya setia mencintai tiga isterinya :)

Benar, poligami tidak mudah. Menuntut pengorbanan perasaan yang besar. Alhamdulillah..dengan bimbingan dan kekuatan dari Allah, yang sukar menjadi mudah. Yang mencabar,turut datang banyak kebaikan bersamanya.

Saya sangat menyayangi seluruh ahli keluarga poligami kami atas cabaran dan kebaikan yang kami kongsi. Doakan kami diberi kebaikan dunia & akhirat.

Beberapa akhwat ada menyatakan kesediaan 'merelakan' suami berkahwin lagi, atas kesedaran melihat teman akhawat yang masih bujang sangat ramai.

Kalian tidak pernah salah atas niat suci itu. Bila kalian memberi peluang akhawat lain meraikan fitrah mereka bercinta atas nama pernikahan, dan berpeluang mempunyai zuriat, tidakkah itu satu hal yang sangat mulia dan membahagiakan saudaramu..?

Moga Allah memberi kalian syurga atas kesabaran perasaan melalui fasa suami bernikah lagi.

Mencintai untuk saudaramu, apa yang dicintai untuk dirimu.., dari tuhan segala kekuatan untuk beramal soleh.

Moga Allah membantu suamiku, madu maduku , serta pasangan lain yang mencari redha allah dengan jalan pernikahan ♥♥♥







Mujahadah: Sampai bila-bila..

Allah sedang menguji saya dengan perasaan kurang enak kerana berkonflik dengan insan yang rapat.. kadang  terbit rasa marah dan upset. Kadang sedih mengalir air mata tiba tiba.. :'(

.. penatnya mengurus perasaan kan :D

... Dulu waktu saya bujang, saya rasa 'penat' dengan ujian perasaan dan keimanan. Satu ketika, saya mesej naqibah usrah saya, "Kak..sampai bila kita kena mujahadah?"

Dia balas,"Setiap hari..sampai bila- bila."

Haaa..??

Ingatkan bila dah bernikah,  kuranglah sikit nak mujahadah,  rupa rupanya lagi hebat kena mujahadah.. kan? Dah punya anak, lagi dasyat mujahadah nya ..terima kasih semua ibu yang memahami situasi serupa kita :))

Beruntunglah suami dan anak anak yang punya isteri dan ibu yang tinggi mujahadahnya :D saya belum termasuk :O

Mujahadah beerti, berjuang meluruskan perasaan dan tindakan pada meraih keredhaan Allah dan rasul saw.

Antara doa yang sering diungkap Rasulullah saw ialah, "Wahai tuhan yang membolakbalikkan hati, tetapkan hati ku di atas agamaMu"

Doa inilah yang harus kita juga luahkan SELALU pada Allah..kerana turun naiknya perasaan dan iman ini - dalam hidup yang membentangkan ujian susah senang,  suka dan duka. Mohon hati kita lurus mentaati Allah.

Moga kita tenang dalam mujahadah.  Moga suami dan anak anak kita tenang juga pada kita. Moga kita semua mampu saling menenangkan. .kerana Allah... :')


Tuesday, February 3, 2015

Pengalaman memandu di Perth City


:: Bell Tower, Perth ::

Bukanlah mahir memandu, sekadar berkongsi pengalaman baru hari ini memandu sendirian berteman anak-anak tanpa GPS di kota Perth. Hari selasa ini, saya keluar rumah ketika jam hampir pukul 6 petang..

...plan awal nak bawa Abdullah, Abdurrahman dan Umar ke park macam biasa, kali ini saya bercadang ke tepi Swan River yang bernama Burswood Park tetapi hujan masih tidak berhenti..dan akhirnya 3 hero itu tertidur di belakang kereta sebab seharian penat bermain dan bergaduh ( bahasa lain: belajar dan bersosial )

Lalu saya pun menukar haluan dari playground  di Burswood ke Perth CBD. Namun jalan kelihatan lengang dan sepi..seperti biasa selepas pukul 5 atau 6 kebanyakan kedai dan bangunan berhenti operasi. Semua warga bandar telah pulang ke rumah masing masing..

..saya mencari signboard  Hay Street dan mengikuti jalan itu kerana Hay Street  dan Murray Street agak famous di kalangan warga Malaysia yang ke Perth..hmm langit gelap mendung menambah lagi rasa kesunyian dan kesendirian saya meninjau ninjau bandar Perth ini.

Saya memandu sepanjang Hay Street, kemudian ikut pula signboard Wellington  Street sebab nampak iklan Waterfront , tempat beli belah di bandar ini terletak di jalan ini.. mana tahu kalau nak window shopping.. :D

Kemudian terfikir untuk ke Bell Tower, mercu tanda Perth City, sebab saya tak pergi lagi..berpusing pusing mencari jalan akhirnya sampai Di Barrack Square  di mana terletaknya tower itu tapi di sekeliling Bell Tower sedang dipenuhi kerja kerja pembinaan.

Saya nampak feri di jeti di hadapan Bell Tower..feri itu mungkin menunggu penumpang yang ingin menyusuri Swan River..

Berhampiran jeti ada padang menghijau (Langley Park) sangat cantik menghadap sungai yang kebiruan..dan lihat di atas padang sana ratusan burung berwarna putih mulus bertafakkur bertasbih pada Allah...


Alhamdulillah untuk pemanduan hari ini.. :)


:: rancak dalam pembinaan/ pengubahsuaian ::


;; Jeti Barrack Square ::


:: Langley Park ::







Melawat library di WA, City Of Belmont


Suasana di dalam library

Alhamdulillah minggu pertama tiba di Perth, Aina sahabat saya membawa kami antara lain,  ke perpustakaan di sini, di area Rivervale/Belmont. Perpustakaan itu saiznya kecil berbanding Perpustakaan fevret kami di PPAS Shah Alam :) tapi masyaAllah kuantiti dan kualiti buku di library ini mengujakan saya..

Ada ruang buku yang boleh diambil percuma dan ada ruang buku kanak kanak yang dijual semurah 1aud atau 50cent :D apalagi saya borong lah.. harapnya baca ya mama..

Boleh pinjam dvd menarik samaada untuk tontonan dewasa atau kanak kanak. Library ini terasa tenang dengan kesenyapan dan kebersihannya. Juga teratur dan ringkas hiasannya.

Hari ini saya datang ke library buat kali kedua, pulangkan 13 buah buku yang kami pinjam dua minggu lepas..ada satu buku hilang hee takpe masih ada masa nak cari..antara buku saya pinjam ialah buku untuk mengenali australia atau western Australia  ini khususnya..

Terima kasih Abdullah dan Abdurrahman temankan mama hari ini.. yang menariknya juga, sebelah library ini ada museum dan playground  yang sangat menyeronokkan anak anak..alhamdulillah.. tempat untuk PE Anak anak yang roadschooling  ini :D

Ya Allah tambahkanlah ilmu kami..

Ya Allah kuatkanlah dan sihat kanlah tubuh badan kami ..


Epsod baik dan baca buku sebelum episod berebut toys :D




Di hadapan library











Al Quran masih tak erat di hati.

Imam Ahmad: Aku merindui jiwa-jiwa ummah ini disedari dan dihiasi dengan Al Quran.