Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Ramadhan datang lagi..insyaAllah

Assalammualaikum wa rahmatullahMoga Allah sampaikan kita kepada Ramadhan. Menjadi wasilah mendorong perubahan ke arah kebaikan..

Syukuri Suami Sementara Ada

Saya baru pulang dari ziarah seorang isteri yang baru kematian suami. Melihat raut pilu di sebalik senyuman yang diukir, Semoga Allah melimpahkan kesabaran dan memberi pahala serta kebaikan yang banyak kepadanya atas kehilangan itu.

Pada saya dan kita yang masih bergelar isteri, hargailah detik menjadi isteri ini dengan menjadikan diri kita semakin dekat kepada Allah.

Hargailah saat ini dengan mencari ruang dan peluang untuk menabur kebaikan pada suami, dan melakukannya semata mengharap redha Allah.

Syukurilah jawatan isteri ini dengan mensyukuri suami, mencari segala ciri positif dan kebaikannya serta berterima kasih. Moga Allah menambah kebaikan pada perjalanan rumahtangga kita.

Jauh atau dekat, di sujud yang dalam, dalam tadahan doa - doakanlah kebaikan dunia akhirat untuk suami. Doakan dirinya diberi petunjuk dalam menjadi pemimpin keluarga, juga sebagai hamba dan Khalifah Allah.

Doakan suami dikurnia taqwa, kekayaan pekerti, kecukupan dan kesabaran. Mendoakan suam…

Seminar Al Quran &; As Sunnah PAKSI 2013

Assalammualaikum wrb 
Ingin saya kongsikan antara poin yang saya perolehi dalam program hari ini di UPM Serdang.
# Ilmu fardu ain dan fardu kifayah adalah dua aspek ilmu yang perlu ada secara bersepadu dalam peribadi seorang muslim. Dari ilmu bersepadu inilah akan lahirnya golongan cendekiawan islam hingga terbangun tamadun islam yang hebat seperti satu ketika dulu.
# Orang agama perlu bijak menjadikan agama itu berfungsi dalam dunia nyata agar masyarakat awam berminat untuk mendekati agama.
# Orang akademik pula perlu mempandaikan diri dalam bidang agama, jika tidak kepandaian yang dimiliki dalam perkara dunia hanya akan mendorong kepada kemungkaran dan kesesatan.
# Dengan diri kita semua berusaha memfokus mendalami ilmu agama dan ilmu dunia, insyaAllah kita dapat menghentikan tanggapan negatif kepada satu sama lain, di mana orang agama merasakan orang awam atau orang professional itu jahil dan sesat. Orang awam pula merasakan orang agama itu kolot dan jumud, serta agama itu tak rel…

Abdullah 3 tahun

Tanda Mencintai Rasulullah SAW

Assalammualaikum wa rahmatullah
Tazkeerah untuk diri saya dan sahabat pembaca semua - andai benar kita mencintai Baginda saw, lakukanlah bukti kecintaan ini, terapkan pada diri, pada famili dan insan lain agar semua merasai nikmat punya Islam, ALLAH dan Rasul.
{Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.}
[Surah Aali Imran: 31]. _____________________
Bukti dan Tanda Cinta Terhadap Rasulullah SAWبسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد.
Mencintai Rasulullah sawmerupakan kewajipan bagi setiap muslim dan semuanya mengaku ingin mencintainya, namun tidak semua pengakuan itu benar dan tidak semua keinginan itu baik. Oleh kerana itu diperlukan bukti dan tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan cinta terhadap Rasulullah saw.
 Ini kerana apabila pengakuan tidak dibuktikan dengan dalil yang…