Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Merapatkan ayah dan anak?

Sewaktu Seminar Baitul Muslim lepas, ada peserta yang tanya pada ahli panel Forum Poligami - bagaimana nak rapatkan ayah yang poligami dan anak-anak yang jarang ditemui...? Bimbang kurang perhatian dan kasih sayang anak anak sebab si ayah berpoligami. Saya tak ingat apa panel waktu tu jawab..Cuma kali ni saya nak kongsi apa peranan yang isteri boleh lakukan untuk rapatkan anak dan ayah mereka sekalipun mereka jarang berjumpa, moga bermanfaat bukan saja pada mereka yang di alam poligami.  Tapi juga bermanfaat untuk famili yang melalui hubungan jarak jauh, atau yang sangat sibuk hingga sempat  jumpa anak 3 -4 jam je seminggu (walau suami balik rumah hari hari, tapi hanya untuk tidur dan tukar baju). Malah moga membantu untuk isteri yang rasa suami mereka tak rapat dengan anak anak walaupun tak berpoligami. (Hasil pembacaan dan perkongsian dari ibu ibu berpengalaman) Apa usaha dan peranan yang boleh dilakukan isteri: 1) Isteri sendiri perlu connect/rapat/ada keterikatan hati dengan suami s…

Anak: Bersabar dan Bersabar

Pagi pagi tadi, saya 'bergaduh' dengan anak lelaki saya yang 4 tahun. Saya ter'marah' yang over. Lepas tu saya marah diri sendiri dan sangat sedih dengan diri sendiri - sebab sikit sangat bekal sabar saya :(

Saya sangat bersyukur Allah bagi saya dua hero kecil Abdullah dan Abdurrahman dalam hidup saya, kedua-dua mereka dikurnia Allah di bulan ramadhan - tapi..kadang macam take for granted dan kurang mensyukuri dapat mendampingi mereka setiap hari.

Allah menggembirakan hati saya seorang ibu- bila anak anak bercakap dan bersikap positif, dan kenapa bila Allah uji sikap negatif anak - kita tak sempat tekan butang pause sebelum marah sedangkan kalau kita jujur muhasabah diri , sikap negatif anak banyaknya adalah refleksi cara kita mendidik nya.. Patutnya marah diri sendiri sebelum marah anak. Perlu marah anak (baca:tegas) tapi jangan keterlaluan.

Anak kecil, mindanya dan hatinya sangat perlu difahami oleh saya dan kita orang dewasa, supaya dapat mengelak pergaduhan yang…

Poligami dan Kemanisan Bermadu

Di tengahari Jumaat itu, alhamdulillah saya diberi peluang berkongsi di Wanita Hari Ini TV3 untuk topik Manisnya Madu. Apa intipati sebenar dengan kemanisan bermadu yang saya fahami...? ******** Kemanisan madu dan poligami..?

Bukan sekadar pada mata mereka yang melihat lalu berkata, 'sweet nya..'

Namun, kemanisan hakiki itu pada redhanya hati melalui kehidupan poligami yang ditentukan Allah....

Kemanisan itu pada kesetiaan suami dan isteri isteri dalam mentaati Allah di sebalik cabaran suka duka poligami.

Kemanisan itu bila mana hati mencari kekuatan dan pertolongan Allah semata mata, untuk mencintai suami dan madu semata mata kerana Allah.

Kemanisan itu adalah pada mujahadah mencintai untuk saudaramu, apa yang kamu cintai untuk diri mu sendiri.

Kemanisan itu pada bait bait doa memohon kesabaran dan kesyukuran dari Allah yang sangat menyayangi hamba Nya.

Kemanisan itu apabila tidak putus asa mensucikan jiwa dan akhlak untuk menjadi yang terbaik sebagai suami, isteri dan madu…