Wednesday, October 26, 2011

Poligami: Bukannya tak sayang... (Versi Isteri)




Ada sebahagian teman pembaca yang tertanya-tanya dengan keterbukaan saya tentang poligami.. Tak sayang suami ke, senang-senang nak bagi kat orang..? Tak cemburu ke suami bersenang-senang dengan isteri lain?

Bukannya tak sayang... Bukannya tak sedih... Bukannya tak cemburu...

Kalau datang time sedih, terus menitis air mata, kenapa suami tak ada, kenapa suami ada sekejap saja, kenapa begini, kenapa begitu.... dan melaratlah kesedihan ke episod-episod lain dalam hidup. Tapi kena stopkan emosi yang tak membantu itu dan ...bersyukur :) alhamdulillah...

ALLAH sangat baik, sangat banyak yang ALLAH bantu dan bagi pada kita kan...? Senyum, tak perlu kata apa-apa... Terus bertukar kepada rasa sedih yang lain... Ya ALLAH, kalau diriku ENGKAU tak terima, apalah erti segala yang ku miliki dan nikmati ..................

Kali ini kita kongsi versi isteri. Nanti versi suami pula - kalau dia kahwin lagi - bukan bermakna suami tak sayang isteri tau.

Ok, bukannya tak sayang... Bukannya tak sedih... Bukannya tak cemburu...

Tapi...

Tapi..

Mungkin sebab utamanya adalah kerana saya bukan yang pertama. Perasaan menjadi isteri kedua itu ialah, hati melangkah masuk ke dalam alam pernikahan dengan seorang suami yang telah memiliki cinta kasih dan perhatian buat wanita lain (isteri pertama). Maka, tiada frasa - cinta suami beralih arah. Tiada ungkapan - cinta isteri dikhianati. Tiada anggapan - suami dah tak sayang lagi.

Sebab utama juga - saya merasai kebaikan yang amat banyak dengan kehidupan berumahtangga yang ALLAH kurnia. Alhamdulillah. Maka saya juga suka untuk melihat saudara perempuan lain memperoleh peluang ke arah kebaikan perkahwinan melalui syariat poligami. Ya, selain ujian kebaikan dan kemanisan, cabaran dan ujian kesakitan dalam perkahwinan juga sama besar atau lebih lagi, bersedia ya :P

Masa dan keberadaan suami terasa sekejap pada saya, kadang-kadang datang second thought, "Kenapa nak suami kahwin lagi? Lebih baik suami fokus pada diri ini sahaja, di samping keluarga pertama. Bukan ke nanti masa makin kurang, suami akan semakin sibuk dengan perhatian yang perlu dibahagikan kepada tiga keluarga? Perlu lebih banyak berkorban, perlu lebih lama perpisahan?

Dengan kelapangan hati dan sokongan isteri-isteri, suami saya mempertimbangkannya juga. Alhamdulillah ALLAH membantu suami saya menjadi seorang yang sangat bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab menjaga keharmonian keluarga, jadi ia bukan keputusan mudah untuk menambah isteri. Poligami atau pernikahan bukan perkara seronok-seronok, ia adalah amanah yang berat. Menyeimbangkan antara tanggungjawab kerja, keluarga, penuntut ilmu, penyebar ilmu - tanpa fokus dan disiplin yang tinggi - semua tanggungjawab itu takkan dilunaskan dengan baik.

Yang lebih penting, seorang suami sangat perlu pada isteri-isteri yang bertanggungjawab dan turut mendokong suami dalam segenap urusan kehidupan. InsyaALLAH doakan kami dan kita semua menjadi isteri yang membantu lagi mempermudah suami menunaikan segala kewajipannya. (Hurm saya sedang belajar mengurangkan manja, cengeng - ingin lebih matang, lebih beriman, lebih ke hadapan menunaikan kewajipan sebagai isteri, ibu, hamba dan khalifah Tuhan.)

Teman tersayang berkongsi satu ayat yang juga menjadi peringatan bermakna kepada saya dalam menempuh alam poligami iaitu, tentang saudara-saudara islam Ansar dan Muhajirin pada zaman penyebaran islam. Mereka serba kekurangan, namun tetap memberi bantuan, malah mengutamakan saudara-saudara yang berhijrah.

Sekalipun kita perlukan lebih masa, lebih wang dan lebih perhatian suami dalam kita menguruskan rumahtangga dan anak-anak, moga itu tetap melapangkan hati ini menerima kehadiran isteri lain kepada suami - bukan kepada suami saya saja - tetapi kepada suami kita semua, andai saatnya datang.

“..Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat memerlukan...”

(Surah Al-Hasyr, ayat 9)

Saya juga sangat suka dengan sebuah perasaan yang lahir dari seorang isteri, Ummu Habibah yang ingin berkongsikan kebaikan yang dimiliki – iaitu kebaikan suami. Ummu Habibah r.a meminta Rasulullah SAW mengahwini adik perempuannya, kerana mahukan adiknya juga memiliki suami yang baik. Namun syariat tidak membenarkan.

Salah seorang isteri Rasulullah SAW yang bernama Ummu Habibah Binti Abi Sufyan Radhiyallahu ‘anhu berkata : “Wahai Rasulullah, nikahilah saudaraku, putri Abu Sufyan.”

Nabi bersabda : “ Apakah engkau senang dengan hal itu (dirimu dimadu)?” Ummu Habibah berkata, “ Ya, (agar) aku tidak bersendirian dengan dirimu. Sesungguhnya orang yang paling aku sukai untuk menemaniku dalam kebaikan adalah saudara perempuanku.” Nabi bersabda : “ Sesungguhnya yang demikian itu tidaklah halal bagiku…” (Sahih Bukhari)

Baginda SAW tidak menerima cadangan itu kerana tidak boleh mengumpulkan dua wanita bersaudara (adik beradik) bersama seorang suami.

Perasaan itulah yang hadir secara halus di hati ini, setelah mengenali dan mencintai seorang insan yang sempurna dengan kelemahan dan kelebihan sebagai suami, saya berlapang hati punya rasa untuk berkongsi kebaikan yang dimiliki. Moga ada ruang untuk kita semua membina keluarga dalam memenuhi fitrah seorang insan. (aik.. bukan promote suami, lagipun buat masa ni - suami bilang - cukuplah dua isteri :D )

Kepada semua muslimah yang bujang dan bergelar isteri, kesyukuran dan kesabaran itu luas medannya, tidaklah hanya di alam poligami. Ayuh kita saling mendoakan dengan kasih sayang, agar ALLAH Yang Maha Penyayang memberi kekuatan dan keimanan yang mendalam dalam setiap ujian kesenangan dan kesusahan.







8 comments:

Anonymous said...

salam..
entri2 anda menggambarkan poligami adalah perkara yang sangat mudah, indah dan bahagia..

saya mempunyai phobia tentang poligami dan women violence.. semakin saya membaca entri2 anda perasaan takut saya menjelma dan muncul.. kadang-kala badan saya terasa sejuk dan bulu roma saya meremang.. terfikir saya adakah begitu sekali mudahnya syariat itu?

bebanan perasaan yang dapat saya rasakan melalui entri2 anda membuatkan saya turut merasainya.. tetapi untuk mencari ilmu tentang perkara ini agar tidak berpanjang phobia saya, saya gagahi juga membaca entri2 anda..

agak sukar saya rasai tentang perkara tersebut.. mungkin perasaan saya yang dipengaruhi oleh bisikan syaitan atau kurangnya kebergantungan saya pada ilmu dan ketentuan ALLAH??

sukar rasanya untuk menempuhi alam perkahwinan.. dan kadang-kala saya terfikir untuk bersendirian seperti Rabiatul Adawiyah untuk mengejar redha dan rahmat ALLAH..

wallahualam...

(hamba yang kurang berilmu)

Anonymous said...

tidak mungkin sy setabah anda walaupun hakikatnya buat masa skrg suami layak. Cuma sy yg xmampu.

Anonymous said...

saya membaca blog awak dah lama..
tapi saya agak x berkenan dgn idea2 yang agak menyokong kawin tanpa restu dgn kawin di sempadan.

awak perlu lihat juga dunia di sisi seorang tanpa agama yg kukuh, spt awak dan suami awak.

x perlu begitu hebat mencanang kebahagiaan hidup awak, cukup sekadar nasihat yg perlu.

berapa ramai yg rasa terganggu dgn penulisan ini.terutamanya yg menyokong kawin lari dan poligami.
kalau semua lelaki baik mcm suami awak x pe la.

nnti mereka buat blog awak ni sbg dalil hujah mereka. awak nak ke?
lain kali kalau nak menulis pikir dah dulu, atau x payah publish.

terima kasih, maaf kalau terasa.

Anonymous said...

tahniah kerana anda dipilih oleh ALLAH m'jadi wanita y sgt tabah m'nempuhi alam pologami..s'sungguhnya jgn d fikir k'kuragan suami t'tapi fikirkn lah adkah mampukah kite sbg isteri-isteri m'lengkapi k'kurangan itu..

Nurul Adni Adnan said...

terima kasih semua, berkongsi pandangan :)

moga ALLAH menunjuki kita dengan cahaya hidayah yang menguatkan hati dan keimanan..

tentang nikah di sempadan, maaf ya.. mungkin saya salah menyusun kata, namun saya sama sekali tidak menggalakkan kahwin tanpa restu, saya juga tidak menggalakkan nikah di sempadan :)

Anonymous said...

As salam kak adni suka baca blog akak ni.. kalau boleh ada rezki ingin bertemu kenal dgn akak.. btw..asy org pun org klang taman bukit kuda.. dkt dgn jusco bkit raja :)~abie

Ellysa ellyta collection said...

salam akk,sya msh muda dan msh bru dlm menempuhi alam berpoligami ini.namum dengan berkat dan kesabaran,saya rasa ALLah telah membuka pintu hati sya untuk menerima tentuan ini,suami sya seorang yang bertaggungjwb wlpn kdgkala ada perasaan cmburu dan sedih mahupun dgn persoaln knp dan mengapa perlu aku berkongsi.tp sya berfikir positif dlm setiap sudut dan ternyata ia sgt mmberi ketenangan dalam jiwa saya.tiap penulisan akk sya baca dan ia sedikit sebayak mmberi sya semangat untuk menempuh alam berpoligami ini.

bagi yang kurang senang dengan penulisan nie jgn terlalu nagetif,bila kena pd diri sndiri menagis pown dh xberlagu,so apa pown ambk tndkkn positif dlm tiap keadaan..

sya juga ada membaca beberapa buah buku antaranya 82 wanita idola sepanjang zaman RASULULLAH S.A.W. buku ini cukup bermkna,klu terjmp bly la..mmg banyak mmbntu

mf andai ada yang tersalah kata..
insan yang kerdil :)

Anonymous said...

salam..akak..sy xsangka sy berjumpe perempuan semulia akak..to anon,sy tahu anda tidak setuju dgn penulisan akak ni..tp ape yg saye baca komen awak..awak byk salah paham..awak kate bukan sume lelaki baik cm suami akak ni..jgn banding2..nape xsume lelaki yg xbaik xbole perbaiki diri ke? arkitel akak ni bukan berat sebelh utuk org2 beragama..ye, kite sume agama masih cetek..tp xsemestinye kite xleh beubah..bukan bemaksud kite xleh buat hal2 agama, cam xpandai belajar xkan nak tunggu agama tinggi melangit baru,bagi suami kawin lain..akak anon, nampaknye cemburu awak mengatasi iman awak..penulisan akak ni bukannye menggalakkan poligami,die bukan ade kuasa pun..andai kata awak xnak pun,kalau Allah kata ya..TETAP suami awak kawin lain..dan masa2 awak mula, baru nak persiapkn diri utuk tuhan..lagi satu,akak anon..jgn nak salah paham tentang penulis,,sape galak kawin sempadan/lari..dan awak pernah terpikir kenape kawin sempadan terjadi? tetaplah iman,kite milik ALLAH..suami juga pinjaman dunia..madu(kegembiraan) di dunia, kekdg boleh jadi racun di akhirat..pikir2lah

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...