Saya amat tersentuh hati dengan perkongsian beberapa teman dan kakak para pembaca yang bergelar isteri pertama, yang berkongsi melalui emel dan fb, juga yang sudi bertemu saya - berkongsi pengalaman dan perasaan samaada setelah berpoligami dan sedang dalam proses ke arah poligami. Saya mendoakan kebaikan buat kalian, moga ALLAH membalas keimanan dan kesabaran kalian melalui semua ini.
Di kesempatan ini, saya kongsikan tentang ombak perasaan di alam poligami -pastinya perkongsian ini terbuka untuk kalian bersetuju dan tidak bersetuju. Memandangkan topik ini agak sensitif, mohon kemaafan atas sebarang ketidaksensitifan...
Beberapa waktu yang lepas, seorang teman saya yang baru dua tahun bernikah, menyatakan menerima poligami dilaksanakan dalam baitul muslimnya/rumahtangganya. Mata saya bulat merenung wajahnya, benarkah kesediaannya…? Saya adalah isteri kedua, mungkin jika saya diberi status isteri pertama, hati saya tak sebegitu kuat menempuh poligami.
Di kesempatan ini, saya kongsikan tentang ombak perasaan di alam poligami -pastinya perkongsian ini terbuka untuk kalian bersetuju dan tidak bersetuju. Memandangkan topik ini agak sensitif, mohon kemaafan atas sebarang ketidaksensitifan...
Beberapa waktu yang lepas, seorang teman saya yang baru dua tahun bernikah, menyatakan menerima poligami dilaksanakan dalam baitul muslimnya/rumahtangganya. Mata saya bulat merenung wajahnya, benarkah kesediaannya…? Saya adalah isteri kedua, mungkin jika saya diberi status isteri pertama, hati saya tak sebegitu kuat menempuh poligami.
Si teman terbuka untuk bersedia
dipoligami kerana melihat ramai di kalangan teman-teman muslimah kami yang
masih bujang untuk berkongsi alam rumahtangga. Dia merasa punya tanggungjawab untuk membantu saudara muslimah ini malah
yakin akan keperluan poligami untuk kebaikan dakwah dan tarbiyyah jangka masa
panjang. (Dan sesungguhnya keperluan poligami ini telah semakin banyak dibincang untuk dilaksanakan di lapangan dakwah dan tarbiyyah, moga ALLAH bagi kekuatan untuk kita semua menjayakannya).
Namun menurutnya, suaminya seakan
tidak berminat membincangkannya. Pada
pandangan saya, mungkin agak normal bagi lelaki muda apatah lagi yang baru
setahun dua bernikah – untuk tidak terus-terus cenderung berpoligami apatah lagi di fasa
sedang membangun keteguhan ekonomi dan di fasa memberi yang terbaik dalam
menunaikan hak isteri. Apatah lagi si suami juga sibuk dengan terlibat dan
menyusun program tarbiyyah, sudah tentu mengambil amanah berkahwin sekali lagi
bukan satu keputusan yang mudah.
Namun bagusnya teman saya ini,
dia bermuhasabah bertanya pada diri adakah kerana dirinya sebagai isteri yang mungkin banyak
menuntut , banyak kerenah – maka melambatkan hasrat suami untuk berpoligami. Moga
ALLAH membantu keterbukaan dan kesudiaan teman saya ini meraikan syariat
poligami.
Baru-baru ini, bila saya berjumpa
lagi dengan teman itu, dia berkongsi lagi. Katanya, dulu suami macam tak
berminat, sekarang bila suami menunjukkan respon kepada perbincangan poligami –
hatinya mula rasa yang tidak enak. Mungkin sedikit berat.
Teman pembaca sekalian, apa yang
saya nak kongsikan dari kisah teman saya ini ialah apabila suami kita akan
berkahwin lagi, kita sebenarnya sedang dalam menuju siri-siri cabaran perasaan
yang rumit lagi mencabar. Rasa berat dan sakit. Rasa tak sanggup, tak boleh
menerima, tak mampu hidup di alam poligami. Rasa tidak enak yang terasa di peringkat awal proses untuk bemadu akan menjadi rasa yang bergejolak seribu macam.
Sama saja perasaannya pada isteri pertama,
kedua dan ketiga. Maka jadilah isteri keempat ya, suami anda tak akan bernikah
lagi :D insyaALLAH (jika tidak bercerai dengan mana-mana isteri)
Yang membezakan kemampuan dan
ketahanan dalam menghadapi ujian poligami adalah pendedahan, kefahaman dan
keimanan.
Bila kita faham kebaikan dan
hikmah poligami, insyaALLAH kita akan terbuka menerima suami berpoligami. Bila kita faham
ia bukan sesuatu yang negatif, kita akan berusaha bersikap positif pada isu ini. Namun
sebagai insan biasa, naluri hati seorang isteri akan berada dalam gejolak dan
bisikan yang bermacam-macam saat bermula proses poligami, sebelum bernikah sehinggalah sebulan
atau setahun dua selepas poligami. Dan sepanjang hidup poligami, akan ada ujian
perasaan. (Hmm tapi yang tak poligami pun, ALLAH bagi ujian perasaan dari
segenap penjuru juga kan…?)
Setakat yang saya tahu dari
pembacaan dan perkongsian beberapa muslimah lain yang telah bergelar dan akan menjadi isteri pertama, memang ombak cemburu itu sangat
dashyat pada peringkat awal suami bernikah. Pada ketika itulah, isteri yang tak
tahan akan minta cerai. Dan suami yang tak tahan, akan ceraikan isteri pertama. Dan isteri kedua pula merasa kesilapan besar melangkah ke alam poligami. Maka suami dan isteri-isteri harus maklum tentang fasa-fasa ini supaya bersedia untuk melaluinya dengan tabah dan sabar.
Ohh ombak perasaan ini bukan saja
melanda bila suami telah bernikah, namun jauh sebelum bernikah – tatkala kita tahu
atau suami memberitahu bahawa ia akan bernikah.
Rasa marah. Tak percaya. Tak
sangka. Terkejut. Rasa Dikhianati. Tak boleh menerima – semua ini sangat terasa menghempas perasaan jika suami
ingin berkahwin kerana telah sedia punya kekasih tanpa pengetahuan isteri.
Namun jika dari awal melibatkan
isteri secara telus, semua rasa itu tidak ada atau sangat kurang. Mungkin pada sebahagian, hanya rasa
berat untuk berkongsi kasih, hanya berat untuk menghadapi persepsi masyarakat, cemburu yang seadanya –
namun tidak rasa terkejut, tidak marah, tidak rasa dikhianati kerana suami
melibatkan isteri dalam aspek pemilihan calon isteri kedua hinggalah sama-sama
merancang giliran hari, pembahagiaan masa dan perubahan kehidupan yang dijangka
bila beristeri lagi.
Sekalipun isteri dari awal bersedia menerima,
cabaran perasaan tidak akan berhenti menguji. Apatah lagi jika sejak awal telah menolak dan langsung tidak mahu mempertimbangkan. "Samaada abang teruskan, atau rumahtangga kita berakhir di sini."
"Adakah suami masih perlukan aku?
Apakah nilai cintaku di hati suami setelah memiliki cinta baru? Kenapa ALLAH
membiarkan suami menyakiti hati dengan poligami? Kenapa ALLAH membiarkan
kesedihan dan kecemburuan bergejolak di hati?" Persoalan ini hampir setiap masa menerpa ke fikiran, dan syaitan menambah cucukan untuk melemahkan perasaan.
Sekalipun jauh di dasar hati akur
dengan wujudnya kebaikan dari alam poligami, namun setiap saat, setiap hari
perasaan berubah-ubah. Dengan kehadiran musuh nyata bernama syaitan, yang sentiasa berdampingan dan merasuk bisikan negatif bila hati terputus hubungan dari tuhan - perasaan isteri setiap masa berkocakan.
Dan jika isteri dari awal
tidak membuka hati dan fikiran langsung kepada poligami, ia adalah tikaman
perasaan yang hebat. Ia adalah goncangan perasaan dan fikiran yang boleh
menghilangkan semangat hidup.
Semakin menghampiri suami
bernikah lagi, rasa tak lalu makan dan tak boleh tidur pada sebahagian isteri. Rasa ingin meninggalkan suami dan rumahtangga. Poligami
adalah ujian yang benar-benar ALLAH hadirkan untuk menguji keimanan yang
berusaha kita pasakkan di sudut hati paling dalam. Seminit rasa ok, seminit kemudian rasa tak ok. Sehari boleh menerima hakikat suami akan bernikah lagi, hari esok
tenggelam dalam tangisan kesedihan.
Hari ini mungkin masih mampu memandang
suami dengan cinta. Hari esok mungkin rasa ingin membuang suami jauh-jauh dari
hati. Rasa marah. Benci. Rasa tak mahu teruskan hidup dengan suami. Namun dalam
marah, sedih atau benci, hati rindu. Sangat rindu pada suami. Rindu kemanisan
dan kebaikan sepanjang hidup berpasangan.
Meneruskan? Atau memilih
perceraian? Saat ini, syaitan begitu hebat menunjuk jalan perceraian pada
isteri.
Yang melalui, amat faham
bagaimana segala perasaan yang berkecamuk sebelum suami bernikah. Dan pastinya,
hakikat suami benar-benar bernikah membawa kepada ujian perasaan yang lebih
meluruhkan perasaan.
Malam-malam pertama,
minggu-minggu pertama suami bernikah lagi adalah kemuncak ujian perasaan yang
hebat. ALLAH saja yang tahu deraian atau derasnya air mata yang mungkin kalian
menangis hingga terbelah jiwa…Apatah lagi jika suami tak berusaha membantu dan tak empati pada perasaan isteri di fasa ini.
Bila bermula pembahagiaan giliran
hari - rasa marah, rasa kecewa, geram - isteri merasakan semua perbuatan dan ucapan suami tidak ada yang mampu
menyejukkan hati. Hati yang rasa berpasir, tidak mampu meneruskan layanan dan
khidmat yang baik pada suami. Panggilan perceraian tidak pernah berakhir. Kesilapan yang kecil menjadi pergaduhan. Kebaikan yang suami buat sedikitpun tidak memberi makna. Lebih menyedihkan bila
suami perlu pulang ke rumah isteri kedua (atau seterusnya), sedangkan pergaduhan masih
tidak terselesaikan.
Cemburu menggigit dan mencengkam. Sekalipun hebat pukulan cemburu, wahai saudaraku yang dikasihi ALLAH, tidak wajar meminta cerai hanya kerana cemburu- jika suami berkahwin lagi-
melainkan suami mengabaikan tanggungjawab/atau ketidakadilan yang begitu
ketara.
Beberapa perkongsian isteri pertama, bahawa mereka menyesal sebab telah memilih bercerai. Alangkah baiknya kalau mereka bertahan sedikit, dan suaminya bersabar lebih sikit waktu bulan/tahun pertama
poligami.
Fasa cemburu yang hebat itu akan
berakhir, seterusnya fasa cemburu yang biasa saja. Maka sebolehnya bertahanlah
pada cemburu menyerang kuat di bulan-bulan pertama, itulah kesabaran kan .. sebagaimana pesan Rasul saw, sabar itu pada pukulan pertama..
Jika kita membenarkan cemburu
merobohkan rumahtangga, kita seolah-olah membenarkan syaitan menang atas perasaan cemburu
yang berlebih-lebihan. Cemburu itu normal, yang berlebihan itu dari syaitan. Tika inilah, kehadiran sahabat-sahabat solehah memberi nasihat dan kekuatan amat diperlukan - membantu isteri keluar dari kepungan makhluk yang dilaknat.
Dalam poligami,
cemburu mendatangi dari segenap sudut.. macam saya, sebotol listerine yang
suami nak bawa ke rumah kakak isteri pertama pun boleh menerbitkan cemburu -
kalau dikumpul banyak rasa cemburu itu tanpa diluah pada suami dan ALLAH, itu
yang boleh rasa give up - tak nak teruskan lagi pernikahan. Terseksa jiwa
setiap masa... (hihi mesti tak faham kan, apalah sangat yang nak cemburu dengan listerine)
Itu saya yang isteri kedua, kalian para isteri pertama lebih getirnya rasa cemburu...
Ini kita hanya bercakap dari persepsi seorang isteri... Pernahkah kita cuba memahami gelodak hati seorang suami, yang sebenarnya amat ingin membahagiakan kita, dan amat ingin membina keluarga monogami dan poligami yang bahagia. Mereka juga jauh di sudut hati tidak mahu melukakan hati isteri, maka pilihan yang ada adalah menyembunyikan. Sedangkan menyembunyikan kehadiran isteri kedua adalah pengkhianatan yang lebih menikam perasaan.
Suami takut berterus terang kerana merasakan isteri akan menyambut hasrat poligami dengan beremosi yang tak mampu diuruskan mereka, dan kita para isteri kebanyakkannya membuktikan bahawa telahan suami itu adalah benar. (Saya tidak merendahkan gejolak perasaan teman yang bergelar isteri sekalian, kerana saya juga satu hari hampir pasti melaluinya bilamana suami akan dan telah bernikah lagi). Hanya saja, bagaimana untuk kita dan suami meluruskan cabaran dan ketegangan yang menerpa?
Ini kita hanya bercakap dari persepsi seorang isteri... Pernahkah kita cuba memahami gelodak hati seorang suami, yang sebenarnya amat ingin membahagiakan kita, dan amat ingin membina keluarga monogami dan poligami yang bahagia. Mereka juga jauh di sudut hati tidak mahu melukakan hati isteri, maka pilihan yang ada adalah menyembunyikan. Sedangkan menyembunyikan kehadiran isteri kedua adalah pengkhianatan yang lebih menikam perasaan.
Suami takut berterus terang kerana merasakan isteri akan menyambut hasrat poligami dengan beremosi yang tak mampu diuruskan mereka, dan kita para isteri kebanyakkannya membuktikan bahawa telahan suami itu adalah benar. (Saya tidak merendahkan gejolak perasaan teman yang bergelar isteri sekalian, kerana saya juga satu hari hampir pasti melaluinya bilamana suami akan dan telah bernikah lagi). Hanya saja, bagaimana untuk kita dan suami meluruskan cabaran dan ketegangan yang menerpa?
Teman-teman sahabat pembacaku sekalian, kita saling doa ya..doakan
saya dan saudara-saudara muslimah kita dipelihara dari syaitan yang berusaha
memusnahkan kasih sayang dan perkahwinan...
Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang kekuasaan
terhadap orang-orang yang beriman
dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka. (Surah An-Nahl)
Atas semua ini - dari cemburu, kesakitan, ombak perasaan - apakah pelajaran
penting yang ALLAH ingin saya dan kita belajar?
Saya dan kita semua - tidak boleh tidak, harus
benar-benar memahami hakikat insan mencintai Tuhan lebih dari segala-galanya. Saya dan kita harus bersangka baik, ALLAH benar-benar ingin melihat keikhlasan kita, "Bila saya berterusan menurun semangat dan motivasi kerana suami berkahwin lagi - adakah sebenarnya sebenarnya selami ini suami yang menjadi tujuan dan motivasi ? Bukankah ALLAH yang menjadi sasaran amal kebaikan..?
Jika tidak mempositifkan perasaan, hati pecah berderai memikirkan suami yang sangat dikasihi pergi membawa cintanya kepada orang lain. Bukankah kita dari awal berazam mencintai suami kerana ALLAH? Maka -dalam mujahadah - kita berlapang dada dan gembira suami melunaskan haknya yang diberi tuhan bernama poligami. Bukankah saya mencintai saudara perempuan saya kerana mengharap naungan ALLAH? Maka kita juga lapang hati bilamana dia kelak membina kehidupan rumahtangga yang indah seperti yang telah kita rasakan.
Jika tidak mempositifkan perasaan, hati pecah berderai memikirkan suami yang sangat dikasihi pergi membawa cintanya kepada orang lain. Bukankah kita dari awal berazam mencintai suami kerana ALLAH? Maka -dalam mujahadah - kita berlapang dada dan gembira suami melunaskan haknya yang diberi tuhan bernama poligami. Bukankah saya mencintai saudara perempuan saya kerana mengharap naungan ALLAH? Maka kita juga lapang hati bilamana dia kelak membina kehidupan rumahtangga yang indah seperti yang telah kita rasakan.
Bukankah ALLAH tidak mahu kita menjadikan suami hak milik mutlak? Bukankah ALLAh cemburu jika kita teramat mencintai suami makhlukNYA yang lemah, sedang kita tidak menyerahkan seluruh cinta dan
perasaan kepada mengagungkan Tuhan, di kala cinta teragung dan sempurna adalah
MilikNYA?
Bukankah ALLAH mahu kita bermujahadah tidak tunduk kepada bisikan syaitan dan nafsu? Bukankah ALLAH menjamin bahawa keikhlasan kita dalam mentaati dan mencintai ALLAH - tidak akan membuka ruang pada syaitan menjatuhkan perasaan ini?
."..dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
Kecuali hamba-hambaMu di antara mereka yang ikhlas.”
[al-Hijr 15:36-40]
Ujian poligami benar-benar
menghiris perasaan… namun hirisan itu bukan untuk merosakkan hati, namun sangka
baiklah bahawa ALLAH sangat inginkan hati yang diujiNYA dengan kesakitan itu
menjadi semakin cantik dan kuat dalam perjalanan mencari syurga…. Selepas ombak perasaan itu surut perlahan, hati akan menjadi tenang dan semakin kuat insyaALLAH.
ALLAH
menyayangiku dan kamu, ALLAH menyayangi suamiku, ALLAH menyayangi madu-maduku… ALLAH
sangat bahagia bila jiwa yang lemah ini berlari ke dakapan Tuhan mengadu kan
segala kesakitan dan kepedihan… ALLAH.. terimalah kami dalam rahmat peliharaanMU.
Ya ALLAH…kami datang kepadaMU…….
Jika kalian rasa saya tidak memahami, kalian juga mungkin tidak memahami saya, apatah lagi untuk kita berharap pasangan kita, suami atau isteri, untuk membaca dan memahami rangkap perasaan yang bergema di jiwa-jiwa lemah ini....
Maka sesungguhnya, ALLAH lah pemelihara terbaik, pendengar terbaik. :)
"Hanya kepada ALLAH ku adukan kesusahan dan kesedihanku" (Surah Yusuf: 86)
45 comments:
you proudly mentioned that you are second wife.. why? Dont you feel bad of stoling someone else's husband? U know, I'm not against polygamy. But I wonder why does it happen in the first place. If I were a first wife, I will only give my husband, *if and only if* all the men in the world are taken. But the reality is, they are not! There are a lot of single men, but why choose someone else husband. and people always blame fate (jodh/takdir) walhal it's something that you can control. You know it will hurt the first the first wife, so why do u still choose to do it? Why 'use' islam in this? adoi.. what i see is, everyone use this kind of sentiment to justify their action. Why dont they avoid it in the first place? Even our prophet told us not to speak randomly as it will hrut others. SEE? how we are taught not to *hurt* others. Dont they (all the second wives) in the world realise their actions are gonna hurt other people (probably the first wives) more than everything? if they do, why still choose to go on? come on. lots of other guys still available. let's make full use of them! p/s: forgive me if it's hurt. i think i need to spread this message.. just sharing.. salam :)
Assalammua'alaikum wa rahmatullah
Ukhti yang dirahmati ALLAH, terima kasih sudi berkongsi pandangan telus dari hati :)
1. Jika dikatakan saya mencuri, mungkin lebih baik bertanya pada ALLAH dan mengharap jawapan dariNYA. Malah segala persoalan yang ukhti lontarkan dalam ruangan komen ini ada pada ALLAH yang sempurna mengatur urusan hambaNYA.
2. Saya tak rasa bersalah, tapi yes saya empati dan simpati. Poligami bukan ujian yang calang-calang untuk perempuan esp isteri pertama. Jemputlah masuk ke alam poligami, insyaALLAH ukhti akan rasa kesakitannya dan kemanisannya - seperti yang saya dan isteri bermadu lain rasa. Tak kira nombor berapa :)
3. Saya tak salahkan takdir, saya hanya mengusahakan takdir saya semampunya, at the end ketetapan ALLAH yang menentukan sejauh mana usaha dan niat saya itu menjadi kenyataan.
4. Ohh saya sangat sedikit berjumpa lelaki bujang yang nak bernikah, mungkin boleh bagi senarai nama spesifik lelaki yang betul bertanggungjawab? kerana saya ada banyak senarai wanita bujang yang berhajat bernikah, namun saya tak ketemu yang bujang dan berkelayakan :)
5. Doakan saya dan kita semua mempersiapkan iman dan pemikiran seandainya suami bernikah lagi.
Assalamu'alaykum
My response to saya xfaham, maybe you will appreciate this article and hopefully it will be a nice reading for you yourself, your family, and your faith in ALLAH specially,,, ;)
http://www.google.com.my/url?q=http://saudilife.net/marriage/21481-no-one-told-me-reflections-on-the-p-word&sa=U&ei=SzxXT-LWF4WurAf82bGODA&ved=0CBIQFjAA&sig2=b4W1ERtLF2sBvnF0FDfp3w&usg=AFQjCNGD0Kp80zJH7OaM0rOvGzMeSzsReg
** the author is the FIRST WIFE! hehe
one thing we can reflect is, how different levels of faith will help us to see this 'sensitive' thing differently..
Adik Adni, akak bukan penyokong atau pendokong poligami tapi akak sangat memahami perasaan adik. Bagi akak, setiap perempuan berbeza tahap penerimaannya pada poligami, ada yg menolak terus, ada yg 50-50, dan ada yg terima dgn lapang dada dan sebagainya, betul tak :)
Jadi tak boleh generalisekan utk semua org perlu bersedia utk berpoligami, kerana bagi akak sendiri, akak mmg tak mampu untuk menerima poligami, dan suami pun amat memahami, kerana akak takut terjatuh kpd nusyuz jika perkara itu berlaku. Alhamdulillah Allah Maha Memahami, Maha Penyayang yg memberikan kita insan terbaik utk menjadi pasangan kita.
Salam. Nice entry. Allah akan bagi sesuatu yang sesuai dengan kemampuan kita. Usah dipersoal kenapa dan mengapa. Sebaliknya berusaha mencari jalan terbaik untuk mengahadapinya dengan penuh hikmah. InsyaAllah, pasti akan jumpa titik penyelesaian itu. Boleh terima atau tidak, itu adalah pandangan peribadi masing2 yang perlu dihormati. Suami bukan jaminan untuk kita dapat syurga Allah. Yang amat diharapkan sekarang rahmat dan kasih sayang Allah! Tahniah buat yang dapat menerima poligami ini dengan hati yang ikhlas. Buat yang masih tak boleh nak menerima poligami, tak de masalah. Cuma, jagalah diri kita sebaik mungkin agar kita mampu jadi isteri solehah dan ibu yang mithali buat suami dan anak2 suami kita.
-ummu muhammad.
assalamualaikum...saya isteri pertama..memang saat saya saya mengetahui saya dimadukan dalam diam selama 7 bulan, hati saya sakit sangat..rasa dikhianati..segala penipuan suami selama ini satu2 menerjah otak saya..kami PJJ,suami katakan dia sibuk setia hujung minggu, byk kerja, tipon rosak tapi hakikatnya dia kerumah isetri muda..saya sedih, kecewa, hati say hancur sangat..setelah semua kesetiaan saya curhkan tapi dia tipu saya dalam diam..tapi saat saya tahu kebenaran,saya tak mengamuk, sedikit pun sya tak tinggikan suara, memang saya sedih tapi sya kontrol..dlam diam sya muhasabah diri, sya banyka baca tulisan2 keagamaan termasuk blog ni.. sya cube menerima walaupun hakikatnya saya sedikit pun tak sanggup berkongsi.. saya cube seday upaya tapi tak boleh..sy penuh perasaan cemburu..tapi hakikat tak boleh di ubah..menda dah jadi dan sya tak kan suruh dia ceriakn isteri ke2nya.. tapi sekarang apa saya perlu buat sebab suami saya sikit pun tak adil..dari semua segi dia tak adil..adakah saya harus bersabar sampai org kata saya bodoh sebab masih mengharap atau perlu saya mohon percerian.. saya akui saya tak nak bercerai, tapi sya tak sanggup bermadu sebab fikiran saya sentiasa diterjah segala penipuan dia.. tolonglah saya untuk menenangkan hati sya..
Salam.
Ramai orang yang SILAP jika berpandangan bahawa dunia ini ialah matlamat hidup-contohnya kalau berlaku sesuatu hal yang susah, resah, sedih dan gelisah - seolah-olah hilanglah segalanya. Sedangkan dunia belum kiamat lagi..
Sedarilah hakikatyang sebenarnya bahawa dunia adalah alat untuk kita menggapai akhirat. Akhirat itu tujuan akhir kita, syurga itu matlamat mutakhir kita.
Untuk sama-sama kita fikirkan:
Suami yang menipu - ke mana akhirnya dia akan pergi?
Isteri yang cemburu- dengan rasa sakit hati itu selama manakah kita harus bergelumang dalam rasa sakit hati? Bukankah ikut bisikan syaitan itu menyesatkan?
Isteri-isteri yang bermadu- kedengaran bercakaran sesama sendiri lalu perlu ditanya juga sehebat mana cakaran puan-puan untuk meraih redha suami? Perempuan lain (madu kamu juga) bukankah kamu islam bersaudara malah satu keluarga - kerabat yang paling dekat? Apa adab kamu ke atas saudara kamu sendiri?
Perempuan-perempuan yang bermadu - jika tidak puas hati bukankah ada bisikan agar kamu tinggalkan suami kamu dan bercerai berai? Ketahuilah syaitan itu ketika kamu tiada ikatan yang halal - ia berbisik suruh kamu berzina. Bila kita berada dalam ikatan yang halal dia akan hasut untuk bercerai berai..
Jawablah persoalan yang dilontarkan dengan penuh jujur - destinasi akhirnya tentu pulang kepada Allah.
Hiduplah bagaimana kamu mahu hidup tapi satu hari nanti kamu akan meninggalkan dunia ini. Cintailah dan Sayangilah orang yang kamu cintai tapi satu hari nanti dia akan tinggalkan kamu..Buatlah apa saja yang kamu mahu- sesungguhnya perbuatan kamu itu akan diminta untuk dipertanggungjawabkan. Mulut akan kena sealed dan anggota badan lain yang akan tolong jawabkan.
Takutlah akan hari di mana seorang ibu/bapa tak boleh tolong kamu pun.
Assalammu'alaikum wa rahmatullah
Terima kasih semua atas nasihat dan perkongsian :) semoga kata-kata yang baik dari kaian menjadi amalan soleh yang diterima ALLAH.
Untuk isteri yang rasa suami tak adil,suarakan secara hikmah kepada suami. Kemudian bagi masa untuk dia menyusun keadilan antara isteri-isteri. Bagi cadangan, bagaimana bentuk keadilan yang kita harapkan.
Ya kak, tak semua malah hampir semua tak mampu terima poligami :) apapun moga ALLAH selalu menunjuki dan memberi rahmat serta inayahNYA dalam setiap garisan takdirNYA ke atas kita :)
terima kasih atas penulisan akak...sy di fasa sblm suami berpoligami (mgkin tak lama lagi). sy akn cuba sntiasa membaca nasihat akak ni supaya sy tak tersesat didalam perasaan sndiri.. mmg sy izinkn suami berpoligami...cuma sy tak tahu cr menguruskn perasaan sy skrg ini...terima ksih byk2..
Assalam,pertamanya sy ingin ucpkan tahniah kpd kaum hawa yg bergelar isteri pertama yg tidak mendesak suami menceraikan isteri ke2.kedua, tidak melayan perasaan cemburu menjadi dengki n sakit hati lalu mencari ilmu2 syaitan utk membuatkan isteri ke2 jatuh sakit dgn menghantar santau.ketiga mggunakan dugaan poligami bg muhasabah diri n mdktkan diri pd ilahi. Bersyukurlah dgn ujian ini menyedarkan diri dr kealpaan. Sy adalah isteri ke2 yg merupakan ibu tunggal n ada 5 org anak. Sy bekerja n ada pendapatan sendiri. Stlh bercerai dgn bekas suami tidak terniat tuk bkahwin lg krn pengalaman yg pedih n menyakitkan. Takdir allah,pintu hati sy d buka utk menerima lamaran suami n kami bernikah. Malangnya pernikahsn kami d tentang isteri prtama. Suami d kenaksn ilmu penunduk,sy N suami d kenakan ilmu pemisah.setiap hari madu sy mendesak suami menceraikan sy. Skg sy Skit n menderita d kenakan santau angin( sy sedar bila batuk selama tiga bulan,badan selalu rasa tak sihat n sy berubat dgn ustaz n ustazah). sy tidak pernah minta jd isteri ke 2.tak taulh apa kesudahan hidup sy..sy terima ujian ini dgn redha krn sy tahu setiap yg berlaku sudah ketentuan allah.
sy cuba blaja terima kenyataan bahawa sy adalah isteri ke 2.Menjadi isteri ke dua bukanlaa impian sy malah tidak pernah tpikir,btahun2 mgelak.Menjadi isteri ke dua sperti "option" pd suami.Isteri ptama tetap "priority".Berhadapan dgn org tdekat,org sekeliling.Org x akan phm apa yg kite rasa.Yg jelas isteri ke-2 Perampas,pgacau rumah tngga.Menagis sendiri.
Saya sokong 'saya xfaham' 100%. Dan puan yg menulis blog ni boleh jawab 'saya tak rasa bersalah' and at the same time cuba menjadi begitu solehah. Masyaallah!! Itu statement paling kejam pernah saya dengar setakat ni. Puan tak rasa bersalah menyakitkan hati seorang wanita lain??? And you have the nerve to be jelous?
Saya sangat2 tak faham, kenapa anda boleh rasa tak bersalah kerana menyakitkan hati seorang wanita yg lain? Anda bercakap soal agama seolah2 begitu solehah, tetapi sanggup menyakiti hati orang lain??
Assalamualaikum...walau apa pun comment, kita sebagai umat Islam sebelum memberikan sebarang pandangan perlulah berlandaskan hukum AlQuran. Poligami selalu dipandang buruk dimata setiap wanita yang bersuami.Saya pernah membaca sebuah artikel dalam majalah Solusi berkenaan poligami ini, Allah MAHA Mengetahui dan sesungguhnya DIA juga yang membenarkan berlakunya poligami. Doa isteri yang meminta tidak berlaku poligami ke atasnya dan Doa suami yang hendak beristeri lebih dari satu. Allah MAHA adil dan akan membenarkan salah satu doa tersebut diMAKBULKAN. Kesimpulannya jika poligami berlaku ke atas diri, bermakna Allah memakbulkan doa suami tadi. Sudah pastinya ada hikmah, mengapa doa ISTERI PERTAMA tidak diterima...hanya Allah yang tahu kerana berkemungkinan NIAT suami dan isteri sama ada ikhlas atau sebaliknya..(suami ikhlas niat kerana Allah)dan (isteri bersifat tamak dan dengki kpd wanita lain)..fikir2kan lah...
assalam...bersabarlah selalu Puan Nurul Adni...sesungguhnya Allah mengetahui apa yg terbaik untuk hamba2NYA. Buat pembaca blog sekalian, kita hanya hamba Allah tidak kira kita ini lelaki ataupun wanita, tetapi siapa diri kita ini untuk menghukum penulis blog ini? Siapa diri kita??? Hanya manusia, hamba, insan kerdil lagi hina, yg penuh dosa dn noda di sisi Allah. Hanya dengan taubat dan tanpa menuding jari atas kesalahan pada diri org lain..kita mampu menjadi insan yg kamil, InsyaAllah. Maaf jika komen sy ada menyinggung mana2 pihak, sbb kita tiada hak untuk menyalahkan penulis blog ini 100% dan sesuka hati!Takdir Allah menentukan segala2nya.
Tahniah kak....poligami sesuatu yang dihalalkn, tiada salah berpoligami, cuma antara kita mampu@tidak shj. Teruskan istiqamah menjaga hati, jadilah isteri dan madu yang baik. Smga bahagia dunia & akhirat. Yang harus ditentang ialah penzinaan dan maksiat yang semakin sebati dlm masyarakat, bg yg tidak mampu berpoligami, tidak perlu beremosi, kemampuan berbeza-beza tapi kita perlu sedar poligami adalah halal dan insan yg dikasihi iaitu Muhammad s.a.w berpoligami.
Ya Allah...semoga diberi lebih kesabaran...kecekalan...dlm mengharungi hidup ini...ya Allah aku lemah..
Salam...sya salah seorng dr umat Muhammad s.a.w yg menyokong poligami...mungkin melalui pengalaman keluarga sendiri (ayah poligami) dan pnglman diri sndri yg brkenalan dgn suami org..pda mulanya mmg kita akn fkir tidak mahu bermadu, dipilih sebagai yang kedua and etc tapi as time goes by dan bila kita bnyak muhasabah diri dan mndalami apa mksud poligami yg sbnarnya, scra tak lngsung pndgn kita akn jadi berbeza..rmai org salah fhm knapa ambil suami org dn sbgainya..klau diberi pilihan siapa yg mahu berkongsi? Tapi dunia akhir zaman mmg wanita mlbhi llaki dan kbnykan llki yg baik mst sudah di ambil org dgn kata lain mnjadi suami kpd wnita lain..yg ada (bujang) kbnyakkan nya tdk layak dijadikan suami..ini smua atas pnglman sndri..sya bnyak kali dilamar utk dijadikan istri ke2 ttpi sya bnyk brfkir mngnai tndkn sya sama ada akn mndtgkn lbh mslah atau tdk..dlm masa yg sama sya brusaha mncari llaki bujang yg baik dn blh dijadikn pmimpin tapi usaha sya sia2...jujur sya katakan, sya seorng yg mmpunyai paras rupa, krjaya,education dan sgala2 nya yg di impikan wanita..tapi masih gagal mncri suami..tak tahu mana silapnya. .mungkin krana trlalu perfctionst (andaian)..sya brknalan dgn suami org ini lbh dr 6 thun...dlm tmpoh itu mcm2 prkara yg di uji dan mmg xdnafikan bnyak2 llaki yg sya knl dia adalah yg trbaik (suami org) dr smua segi...point sya disini, kdg2 bukan krana org pilih nak jadi yg ke2 ke3 or etc tapi bila sbut mngnai prkhwinan kita mstilah nak llki yg trbaik antra llki yg kita knl..yg mampu dr sgala segi..and turns out itu adalah suami org..dulu (usia msih muda dlm 20) sya menolak sekeras kerasnya twrn si lelaki..tapi bila skrg umur berganjak sya mula fkir hikmah2 and mula bljar mngenai poligami...wlaupun smpai skrg sya masih blm mmbuat kptsan...bagi sya, klau blh sya nak poligami cara yg sihat..xnak ada perang dingin or etc sbb at the end yg merana mungkin si suami atau anak2..sya fkir smua akibat...bgi istri 1, kita xblh kata yg suami tu hak anda...suami tu bukan hak ssiapa...bkn hak yg prtma,kdua or etc...kita smua hak Allah dn bnda yg baik klau kita brkongsi kan lbh manis..cuba kita brfkiran positif..jgn sempitkan fikiran dgn bnda2 yg negatif..sbb bila kita mula fkir yg ngtive aura yg xsihat dan syaitan mudah dekat..dan ubatnya adalah Al-Quran..cubalah dkatkn dri dgn kalam Allah dan anda akan temui ketenangan..cubalah sbb sya sndri melaluinya...dan give and take yg plng pnting...jgn kita brsngka buruk antra madu2..jika dtg prsaan -ve tu cuba kita fkir and sibukkn dri dgn bnda lain..inshaAllah akn mmbntu...sya jadi positif sbb sya nak buat yg trbaik dlm khdpn yg singkat ni..sya nak bakal suami sya happy dn kluarga yg dibina brkekalan dn dirahmati..sya cuma blh brharap yg istri prtma blh mnrima sya seadanya dan inshaAllah sya akn buat yg trbaik utk smua trmsukla diri nya..hormat prasaan org lain dan jgn trlalu -ve...skrg sya hnya mampu berdoa spya istrinya boleh mnerima sya dan sama2 brtolak ansur..jujur sya katakan slpas brmcm2 dugaan, skrg sya hnya fkir utk mmpunyai zuriat dan seseorng tmpat brmnja dan dijauhkan dr mmbuat maksiat...doakan yg trbaik buat diri sya kwn2 smua...dn smga Allah lembutkan hati istri nya utk mngizinkan suaminya poligami..amin ya Rabb..
Saya bakal berkahwin pada 22hb ini dengan suami orang, walaupun persiapan banyak yang dah dibuat tapi hati masih berbelah bahagi memikirkan adakah ini jalan yang terbaik saya pilih. Tinggal beberapa hari lagi, puas saya berdoa dan solat istikharah mahupun solat hajat. Bakal suami masih tenang dan menyatakan hasrat masih ingin teruskan poligami. Tapi saya khuatir akan diabaikan dan diberi layanan yang kurang oleh suami nanti. Seringkali saya bertanya dia, jika dia masih sayangkan isterinya mengapa dia masih ingin menambah isteri. Mungkin pada mulanya kerana soal zuriat, tapi mereka sudah mengambil anak angkat dan anak itu disayangi dan dikasihi boleh dikatakan lebih dari anak sendiri. Memang anak itu berkenaan ketentuan rezeki yang Allah beri mengikut bahagian masing-masing dari semua hamba-hambaNya, tapi persoalan yang sering timbul bagaimana jika saya meneruskan perkahwinan ini ditakdirkan mereka akhirnya mempunyai zuriat sedangkan saya mungkin pada waktu itu belum dikurniakan anak? Saya bukanlah menerima bulat-bulat menjadi isteri ke-2 pada mulanya, sepanjang tempoh perkenalan kami pada awal-awal perkenalan dia sudah membawa saya menemui ibunya dan berkenalan dengan beberapa saudara mara yang rapat dengannya. Jadi saya cuba memujuk hati yang dia sememangnya serius bukan berkawan dengan saya hanya untuk sementara waktu. Saya juga siasat sebaik mungkin bakal madu saya. Bagaimanakah orangnya, akhlaknya, kawan-kawannya, keluarganya. Kerana saya takut jalan yang dipilih kalau bukan berlandaskan agama dan hanya mengikut perasaan akan memakan diri kemudian kelak. Masih lagi tidak berkeyakinan menjadi isteri ke-2 kerana takut akan menambah dosa suami nanti sekiranya dia tidak berlaku adil kepada saya. Sejujurnya, saya nampak satu persatu yang dia memang sayangkan isterinya. Alhamdulilah saya tidak tergolong dalam manusia yang suka menghasut dan meminta dia menceraikan isterinya untuk saya. Beberapa tahun berkenalan (4tahun lamanya). Tahun lepas saya terbuka hati untuk menjadi yang ke-2. Tapi tidak tahu mana silapnya tarikh yang sepatut kami bernikah terbatal dan ditangguh tanpa penjelasan. Saya sabar dan redha. Mungkin Allah lebih mengetahui kenapa pernikahan itu tidak terjadi. Dalam masa yang sama saya pilih untuk meneruskan berkawan dengan lelaki bujang, dengan harapan untuk berkahwin dan bercinta selepas kahwin. Ternyata rata-rata lelaki bujang yang saya kenali semuanya memberi alasan yang tidak kukuh untuk berkahwin dahulu baru bercinta. Bukan hendak menjadi seperti terdesak kerana umur yang makin mendekati 30. Tapi sepanjang perkenalan, bab solat dan mendekatkan diri dengan agama amat jauh sekali berbanding bakal suami saya. Sejujurnya memang saya banyak berubah dan berhijrah untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah setelah mengenalinya. Oleh kerana hubungan kami tidak lansung diputuskan secara rasmi, akhir-akhir ini dia melamar lagi sekali untuk berkahwin. Walaupun kali ke-2 tertangguh kerana bakal ibu mertua kesihatannya tidak mengizinkan datang pada tarikh pernikahan dan dia mahu menyaksikan pernikahan anaknya walau macamana sekalipun akhirnya tarikh 22hb ini dipilih. Saya mempunyai ramai sahabat yang sudah bersuami, dan bukan sahaja saya takut menyinggung perasaan bakal madu tapi saya juga gusar dengan perasaan sahabat2 saya yg bersuami. Kad jemputan juga sudah diedar dan banyak persiapan sudah dibuat, tapi hati masih lagi teragak-agak yakin dengan pilihan ini. Dalam masa yang sama takut juga pada saat-saat akhir bakal suami tidak datang masa pernikahan kami mungkin atas desakan isterinya supaya tidak meneruskan. Saya buntu, dalam masa yang sama tidak mahu mendesak dia lagi untuk meyakinkan ini jalan terbaik untuk panjangkan jodoh kami. Saya memang perlukan nasihat dari yang berpengalaman. Bantulah saya...
Salam. artikel menarik untuk dibaca. Saya sedang mencari kekuatan diri kerana sedang berada dalam ombak poligami. Saya seorang ibu tunggal sebelumnya. Bernikah dengan suami yang berstatus duda kemudiaan atas sebab tertentu keluarga mertua meminta suami menikahi semula bekas isterinya di kala usia perkahwinan saya baru mencecah 3 bulan. Hati saya luluh sebenarnya kerana Allah telah campakkan rasa cinta yang mendalam dihati pada suami. Terasa diri dikianati tetapi dikala suami berterus terang tanpa selindung dan melihat sendiri bekas isterinya( waktu ini mereka sudah bernikah semula). Rupa2nya bekas isterinya kurang sempurna, ingatan kurang baik kerana pernah teribat dalam kemalangan sebelum berkahwin dengan suami lg. Mereka ada seorang anak jadi demi masa depan anak dan saya cuba lapangkan hati menerima semua ini atas rasa tanggungjawab. Hati? oh kadang airmata cemburu mengalir juga. Saya jadi sangsi dan mcm2 maklumlah diorang ada anak bersama dan sy takut ditinggalkan. Tetapi apabila melihat kasih suami pada anak2 saya hasil dr perkahwinan terdahulu (suami yg jaga sepanjang saya bekerja. Suami bekerja sendiri dan hanya akan dihantar ke nursery daily basis apabila suami outstation atau pulang ke kg (rumah isteri yg satu lg). Suami bersama saya sepenuhnya disini dan sebulan sekali akan pulang ke kg. Allah lebih mengetahu dan jujur sy mohon keberkatan dri perkahwinan ini.
Salam..
Kata-kata nasihat yg diberi sangatlah meruntun hati. Kenapalah sy x terjumpa blog ni ketika semua ni terjadi? mungkin akan lebih tenang hati dan waras pemikiran sy di waktu itu..
Sedikit perkongsian dr sy yang hampir-hampir berpoligami 6 bulan lalu, bermadukan sahabat yang paling disanjung dan disayang yg langsung xdisangka menyulam cinta dgn suami sahabatnya sendiri. Sedangkan dia tahu..begitu cintanya sy kepada suami hingga sy pernah berkata "Jika bencana ingin menimpa suami, timpalah aku..aku rela pergi dri melihat dirinya terluka.."
Krn terlalu kasihkan suami, sy sanggup mengizinkan dan menerima bakal madu. Sy sedih..tp dijauh disudut hati, sy bersyukur, suami sy dikurniakan sahabt yg baik orgnya,yg lengkap dgn ilmu rumahtangga berbanding sy..yg lebih seksi tubuh badannya berbanding sy yg kurus kering. Betapa sy kasihkan sahabat, sy memluk dan memberinya semangat..sedangkan di waktu itu, hnya Allah yg tahu perasaan sy.
Tp betul kata saudari, hidup berpoligami bukanlah hidup yg mudah..perasaan cemburu serta hati yg terluka benar-benar menghilangkan kewarasan hati dan fikiran. Sikap suami yg angau bersama cinta baru, menyisihkan sy dlm hidupnya. Masa dan cinta diluang lebih kepada cinta baru. Tidak dapat berjumpa, msg hingga ke lewat mlm..sedangkan sy berada disebelahnya. Sy faham, krn dulu sy pun pernah angau sebegitu dgnnya.. semangat dikumpul sepenuh hati agar dapat memberikan senyuman seikhlas mungkin.
Hati berkata
"Ya ALLAH, kuatnya dugaanmu..aku diduga dgn hidup yg penuh kekurangan serta kemiskinan.. belajar di universiti dgn penuh daif,aku redha dgn ujian itu..namun kau timpakan lagi yg lebih berat.Sedangkan aku baru berusia 22 tahun ya Allah. Hatiku masih tidak kuat. Tabahkanlah aku ya Allah...Bantulah aku meredhai ujianmu ini".
Nasihat ikhlas dr sya buat para isteri sekalian..berdoalah pada tuhan. Mintalah bantuan darinya. Luahkan segala kesakitan hati dgn bersujud kpdnya. Sy mengalami insomnia selama hal ini terjadi. Pada mulanya, sy isi aktiviti mlm sy dgn menangis sepuas hati. Sehingga satu ketika sy sedar, betapa ruginya masa yg terbuang setiap hari.. "Mungkin Allah tidak mengizinkan aku tidur agar aku menghadapNYa."
Berdoalah dgn ikhlas..jgn sesekali mendoakan yg buruk bagi perhubungan mereka. Walau sy gadis yg masihmentah dalam hidup, gadis yang masih byk lagi rongga kosong tanpa agama di dalmnya..sy tidak pernah mendoakan yg buruk bagi mereka berdua walau telah menganiaya sy ketika menghadap tuhan. Sy mendoakan Allah memberi petunjuk kpd sy..Sekiranya sahabatku itu adalah jodoh yg baik buat suamiku.. bantulah aku redha menerima takdirmu. Jdikanlah aku madu yg baik buat sahabat, dan isteri yg baik buat suami. Namun sekiranya sahabatku bukanlah wanita yg baik untuk suamiku, kau pisahkanlah mereka. Renggangkanlah mereka..dan rapatkanlah suamiku kepad aku. isterinya ya ikhas menyayanginya...
Alhamdulillah..tidak pernah sy sangka perhubungan mereka akan berakhir krn keadaan dan sikap suami yg terlalu angau bersama cinta baru. Tuhan itu maha pengasih lg maha penyayang. Lapan bulan seterusnya dimakbulkan tuhan doa sy. Tabahkanlah hati. Jadikan al quran sebagai pegangan, zikir dan tuhan sebagai dampingan. Bukan mudah, tp sekurang-kurangnya memandu kita dri jauh dibawa syaitan. Sy berjaya mendapat keputusan yg baik dalam peperiksaan wlu terpaksa menempuhnya dgn jerih dan payah. dlm kekadaan yg sakit dan demam berterusan. Semunay kerana hikmah dri tuhan~
for men out there: if u love two women in your life, stay with the second woman because if you love the first woman there will never be a second woman.
saya selalu berpegang kepada prinsip ini. there is no way a man will love two women equally. so if you found out that your husband cheated on you, just walk away and perhaps u may find better man in the future. we as women deserves better. we deserve to be happy. do not use islam as an excuse for us to be hurt.
Terima kasih atas perkongsian ini.sesungguhnya puan salah seorang hamba yg Allah berikan ketabahan dan kekuata.aaya yakin,ini pasti dari hasil tarbiyah yg puan dapat.
Alhamdulillah,saya baru sahaja mendirikan rumah tangga sebulan yang lalu.ye,kami masih lagi dlm fasa bercinta kerana cinta kami cinta selepas nikah.
Saya tidak pernah utk memgharamkan poligami kerana ianya disebut dalam islam.apatah lagi ianya sunah nabi.
Pernah saya katakan pada suami,saya izinkan utk dia berkahwin lebih dari satu.tapi jawapannya 'jgn terlalu baik dengan dia'.
Kalau benar satu hari nanti,sy akan bermadu seperti yg puan hadapi,seperti mak dan ibu mertua saya rasa,saya redha.bukan kerana saya lemah,tetapi kerana saya memahami.pastinya iman menjadi kayu pengukur.
Wahai wanita diluar sana,cubalah utk memahami dulu sebelum difahami.dan tunaikan lah hak anda sebelum menuntut hak orang lain.suami bukan milik kita sepenuhnya tp ianya hanya pinjaman.kelak,dia akan kembali kepada penciptanya.
Andai poligami yg dia minta,jadikan ianya sebagai medan utk kita menambah pahala bukannya dosa.
Tangisi ujian Allah itu kerana takutkan padaNya bukan takut andai ditinggal suami.
Jadilah wanita kuat dan tabah,usah kau tunjuki kelemahan.kelak,akan memakan diri kita sendiri.teruskn kehidupan yg singkat ini.inshaAllah,andai impianmu ingin bersama suami selamya,bertemulah disyurga atas dasar taat akan suami dan penciptamu.
Mungkin mudah utk saya katakan sebegini kerana belum tiba saatnya saya rasakan apa yg isteri pertama lalui.
Tapi yakinlah,yakin yg Allah itu sentias ada utk bimbing kita.Dia tahu,ujian mana yg kita mampu dan tidak mampu.
Wallahualam
Betul tu. Maaf andai sy ada terkasar bahasa. Org sekeliling sering memandang isteri ke2 sbg perampas. Hakikatnya,kami juga punya hati dan perasaan yang ingin dihargai dan disayangi.Sbenarnya banyak pengorbanan yang dilakukan isteri kedua,tapi x pernah dihargai seagung isteri pertama. Isu perampas dan ranking pertama @ kedua x wajar wujud ,kerana suami dan masyarakat harus menerima hakikat bahawa status sbg isteri tetap isteri dan layanan yang sama patut diberi. Ramai isteri kedua yang makan hati demi utk menjaga hati isteri pertama. Bg saya,dlm poligami x kira lah anda suami atau isteri 1@2 sekalipun,tetap akan berlaku pengorbanan yg wajar dhargai. berhentilah menyalahkan isteri ke 2,3,4. Mereka juga berhak disayangi dan dihargai bukan dihina dan dipandang serong. Wallahualam
Terima kasih atas tulisannya.
Genap 3 tahun usia perkahwinan poligami sy atas persetujuaan isteri pertama. Kehadiran cahaya mata pertama kami mengeratkan hubunga 2 keluarga. Sebenarnya perkahwinan berpoligami ini merupakan perkahwinan ke2 saya. takdir allah. Perkahwinan monogami sy diakhiri dengan lafaz talak kerana bekas suami menderita "sakit".yg membuatkan dia terpaksa melepaskan ketika itu umur saya masih muda 25thn.walau hati sy tidak merelakan. Bekas suami juga yg memilihkan suami utk mnjaga saya dan membimbing sy ke syurga. Bekas suami juga yg membina pelamin singgahsana dihari pernikahan sy. bekas suami juga.. kini menjaga ke2 org tua sy.subbahanallah.kuatnya hati dia semata2 mahu melihat saya bahagia.allah memberi peluang kepada saya untuk merasai kehidupan berpoligami dan monogami. Ke2nya mempunyai rintangan dan halangan tersendiri. Berbalik dgn cerita awal perkahwinan poligami sy.Walau dgn kebenaran isteri pertama.suami sekali pun tidak pernah bermalam dirumah.. hanya menunjukkan muka sejam dua atau ketika ada masa. diabaikan segala tanggungjawab nya kepada sy.Tetapi sy masih bersyukur kerana suami tetap mnydiakan rumah berteduh utk sy dan ank lelaki sy berumur 4 thn. tetapi sy redha demi menjaga hati dan prasaan serta kebahagiaan isteri pertama. Ditambah pula.sy yg masih belum pernah dan berkesempatan mngenali suami. masuk tahun ke2 perkahwinan sy disahkan hamil.. sekali lagi dugaan apabila usia kandungan mencecah 7 bulan.. sy menderita dengan penyakit yg tidak diketahui.. hampir sebulan saya terlantar dihospital kerajaan dan dihospital pakar.. beribu2 wang suami keluarkan demi utk memulihkan sy. Sy keseorangan menanggung derita ketika hamilkan ank kami.sedangkan suami ulang alik ke luar negara bersama isteri pertama dan ank mereka.sy di sini.suami menggaji seorang jururawat khas utk mnjaga sy.sy seperti bangkai hidup yg mana sy berjuang stp hari utk 1 nyawa yg dikandung.keluarga membawa sy berjumpa dengan beberapa org ustaz dan ustazah.. semuanya mengakui sy disantau dan dihantar sihir pemisah. Sy hanya mampu.berdoa dan menangis menahan kesakitan.suami tidak pernah ada dgn sy. Suami bnyk disebelah isteri pertama sahaja.. mempersoalkan sendiri utk apa suami mengahwini sy??. tujuan apa sy dibenarkan berkahwin oleh madu??.mnjadi santapan hidup sy..tetapi sy tetap sabar dan berdoa kepada allah.. setiap hari."jika benar lelaki ini untukku satukanlah hati kami kekalkanlah perkahwinan ini. jika dia bukan utkku..jauhkanlah dia dari pandanganku." amin.. sy tidak pernah mempersoalkn mengapa suami tidak pulang.sebaliknya sekiranya suami lebih dr 2 jam dirumah sy.sy yg gelisah tringatkan isteri pertamanya.sy yg mngesa suami pulang kerumahnya. Dengan harapan suami akan menemani isterinya. Dan mngurangkan kesedihan. ketika sy berpantang ibu mertua yg mnjaga sy.. tanpa sy minta..dan atas kehendak suami sy.. kerana kepakaran ibu mertua seorg doktor bersara. Sy tetap akur dgn tuntutan suami. Walau hati menangis ingin berpantang dikg halaman sendiri seperti anak dr perkahwinan pertama dahulu.prasaan jahat tertanya2 apakah sebenarnya permainan org kaya.maklumlah sy seorg guru biasa. Sehingga kini sy tidak pernah risau dgn apa kemungkinan yg bakal sy tempuhi kelak.Rezeki dtgnya dari allah.. jd tidak perlu gentar.. kini.. suami yg risau dan sentiasa cemburu dgn sy. Perbezaan umur belasan tahun membuatkan suami sentiasa rasa tergugat. kini kami baru sahaja mngenal erti cinta dan bahagia. Suami menetapkan selasa dan jumaat giliran dirumah sy. selebihnye dirumah "kakak honey". Ketika sy bekerja ank2. Sy titipkan kerumah isteri pertama bersama pembantu rumah. Kesimpulannya..Memang derita menjadi yg pertama.. mmg sengsara mnjadi yg ke2.. dugaan ini.membuatkan saya dekat dgn.maha pencipta..air mata mnjadi hidangan hari2 setiap masa.tetapi sabar dan kembali kepada allah kunci bahagia. No marriage made from heaven.. yg perlu menjadi pegangan ialah semoga kita sentiasa bersyukur dengan segala yg kita punyai.. redha dan insafi diri..
Assalamualaikum wbt..
Saya ingin berkongsi kehidupan saya. Dulu saya juga isteri kedua.saya berkahwin dgn suami ketika suami baru saja sebulan bernikah dgn isteri pertama.banyak perkara yang berlaku sehingga membawa pergaduhan antara saya dan madu.setiap kali suami membawa saya berjumpa isteri pertama, madu akan sentiasa buat hal.saya terpaksa mengalah.oleh kerana madu tidak rela hidup bermadu, dia meminta cerai selepas dua tahun kami hidup berpoligami.masa tu saya rasa sangat lega dgn penceraian mereka.gembira pn ada.
Setelah hampir 20 tahun hidup bermonogami, saya mendengar khabar angin bahawa suami telah bernikah lagi.saya teras dikhianati dan sakit hati atas tindakan suami membohongi saya dan menghancurkan kepercayaan saya selama ni.macam2 saya lakukan untuk menjatuhkan isteri kedua pada waktu tu.saya sebarkan cerita bahawa isteri kedua adalah perempuan tidak baik kepada semua kenalan saya.saya juga pernah menghubungi pejabatnya dan mengaibkan dia kepada kakitangan bahawa dia perempuan tidak baik kerana menghancurkan rumahtangga orang.saya terus menghentam suami dan isteri kedua.saya pernah beberapa kali cuba menghubungi isteri kedua tapi xda jawapan.saya tidak benarkan suami berjumpa apalagi bermalam dgn isteri kedua dan anak mereka yang berumur setahun.sehinggalah suami bersikap tegas dan memberi amaran kepada saya.
Hampir setahun berlalu, hati saya mula lembut.pernah terlintas di fikiran, isteri kedua sangat sabar.suami pun kerna mahu menjaga hubungan kami, dia tidak pernah bermalam di rumah isteri kedua.saya tidak pernah berjumpa dgn isteri kedua.lama kelamaan saya memujuk suami untuk membawa anaknya untuk berjumpa dgn saya.
Hubungan kami masih kekal seperti ini.suami masih belum pernah bermalam di rumah isteri kedua.dalam hati masih tidak merelakan itu semua.saya masih buntu.adakah saya berdosa dalam hal ini?
Tolong bantu saya.
Mengapa poligami bermasalah?
1. Berlakunya penipuan. Penipuan itu menyebabkan isteri berasa tidak dihormati, tidak dihargai.
2. Berlakunya hubungan cinta sebelum nikah. sangat melukakan hati isteri.
4. Kahwin lari, alasan sebab isteri pertama tidak terima. nak kahwin dgn suami org sanggup buat apa saja... tapi mengapa tak sungguh-sungguh pujuk bakal madu???? Nak beristeri lagi sanggup buat apa sahaja... tapi tak sabar untuk memujuk dan meyakinkan isteri sedia ada....
5. Setelah bernikah,{rahsia terbungkar}
salahkan isteri pertama sebagai ego dan orang yang tidak menerima takdir Allah.
6. Poligami itu sunnah, tetapi bercinta sebelum nikah, menipu dan kahwin lari itu bukan sunnah nabi.
Wahai pasangan yang melalui semua proses di atas... cukuplah atas ketidaksabaran anda yang lalu...
Sekarang bersabarlah menghadapi kerenah isteri yang telah dilukai hatinya bertahun-tahun.... sebagaimana dia bersabar dengan kerenah tuan,puan..... bertahun-tahun...
Maaf mudah diucap. Tapi hati yang dilukai berpanjangan.... perlu masa untuk diubati...
Berilah dia masa untuk membangunkan semula hati yang telah dihancurkan oleh tindakan tuan,puan.
Bersabarlah...
tuduhan ego, menolak takdir dan "kata sindiran alangkan Allah mengampunkan manusia"....tambah melukai....
Berdoalah... agar lukanya cepat sembuh.
Baru tahu mcmana rs jd isteri pertama yg dimadukan..spttnya sume bini kedua tu jd bini pertama..br tau apa yg bini pertama rasa..xpyh tunjuk solehah sgt klu isteri kedua sbb xkn fhm rs isteri pertama..mcm byk sgt bkorban..
Org yg jd isteri kedua mmg ckp sng..cuba klu org tu jd bini pertama..ms tu sggp ke ckp think positive la bla bla...
Salam, saya isteri no 3- dan cabaran saya adalah menanggung semua isteri dan bekerja dan menanggung semua anak tiri. Namun apa yg saya pegang hanya janji Allah, apa yang menjadi panduan Allah dan Rasul. Hnaya untuk meraih cinta ilahi. Wallahuallam. Apa sebab Allah jadikan kita didunia ini. Mengenal Allah adalah jawapan segalahnya. carilah Allah..
Salam, saya isteri no 3- dan cabaran saya adalah menanggung semua isteri dan bekerja dan menanggung semua anak tiri. Namun apa yg saya pegang hanya janji Allah, apa yang menjadi panduan Allah dan Rasul. Hnaya untuk meraih cinta ilahi. Wallahuallam. Apa sebab Allah jadikan kita didunia ini. Mengenal Allah adalah jawapan segalahnya. carilah Allah..
Salam, saya isteri no 3- dan cabaran saya adalah menanggung semua isteri dan bekerja dan menanggung semua anak tiri. Namun apa yg saya pegang hanya janji Allah, apa yang menjadi panduan Allah dan Rasul. Hnaya untuk meraih cinta ilahi. Wallahuallam. Apa sebab Allah jadikan kita didunia ini. Mengenal Allah adalah jawapan segalahnya. carilah Allah..
Salam, saya isteri no 3- dan cabaran saya adalah menanggung semua isteri dan bekerja dan menanggung semua anak tiri. Namun apa yg saya pegang hanya janji Allah, apa yang menjadi panduan Allah dan Rasul. Hnaya untuk meraih cinta ilahi. Wallahuallam. Apa sebab Allah jadikan kita didunia ini. Mengenal Allah adalah jawapan segalahnya. carilah Allah..
Salam, saya isteri no 3- dan cabaran saya adalah menanggung semua isteri dan bekerja dan menanggung semua anak tiri. Namun apa yg saya pegang hanya janji Allah, apa yang menjadi panduan Allah dan Rasul. Hnaya untuk meraih cinta ilahi. Wallahuallam. Apa sebab Allah jadikan kita didunia ini. Mengenal Allah adalah jawapan segalahnya. carilah Allah..
assalamualaikum...
maaf mencelah di sini.. pada pendapat saya, tiada siapa pun yang pernah menyangka akan menjadi isteri kedua..apatah lagi ingin mengambil suami orang. tetapi itu semua takdir yang telah ditentukan oleh Allah.. ada yag mengatakan 'kenapa tak elak?' siapa kita untuk melawan takdir Allah? larilah sejauh manapun, dakilah setinggi manapun, selamlah sedalam manapun,jika sudah ditetapkan dia adalah jodoh kita, maka dialah.. kadang2 kita tidak sedar yang kita diuji dengan apa yang sering kita katakan. kita katakan 'tidak, tak mahu, tak sanggup' dengan kata2 itulah kita diuji. dan apa jua yg berlaku, kembalilah kepada Allah, mengadulah kepadaNya. kerana apa yg berlaku pasti mempunyai hikmah yang kita tidak tahu...ingat!! kita akan diuji dengan apa yg sering kita katakan.. :)
Assalamualaikum WBT.
Semoga Allah swt merahmati dan memberkati mereka yg jiwanya dipenuhi dgn sabar dan redha. Dalam apa jua perkara mahupun tindak tanduk sbg muslim mestila kita merujuk kembali kepada islam (al-quran, al-hadith) kerana itu yg penting. Wallahualam...
Ha ah. Ujian Allah cuma untuk wanita. Lelaki Allah tidak uji untuk jaga nafsu... *ni sindiran ye* Allah pastinya uji kedua2nya. Namun, masyarakat sering menganjurkan agar lelaki memenangkan nafsu dan wanita cuma bersabar. Saya pernah terbaca bagimana Rasulullah menyuruh menantunya menahan niat utk berpoligami kerana kasihankan anaknya. Kurang pasti kesahihannya. Mohon percerahan.
assalam .. seorang suami mampu nak kahwin lagi satu.. tetapi isteri x bagi. siap ada ugutan nak bunuh diri. si suami stress.. dia x tahu mcm mana nak buat.. "disana menanti disini menunggu" .. mohon pendapat boleh?
Salam.. Bagaimana Dugaan Bermadu.. hati sy gundah gulana memikirkan jika sy menjadi isteri kedua.. bkn sy mntak smua ini terjadi.. ini ketentuanNya.. Mohon nasihan Dari Saudari
Tetapi apa yang terjadi kat malaysia ini. Permulaan pada poligami tu pun dah salah. Maksud saya, bermula dengan bibit2 cinta sebelum kahwin, yang mana pada pasangan yang belum kahwin sangatlah haram seperti perbuatan yang dikatakan boleh mendekatkan pada zina. Kebanyakan suami yang kahwin dua, melakukan perkara itu sehingga tidak dapat tidak menahan perasaan untuk berkahwin. Macam mana perkara yang mendekati zina boleh berlaku at the first place. Macam mana perkara sunnah boleh dijadikan perkataan untuk menutup perbuatan haram sebelum berkahwin.
Lainlah cerita sekiranya betul betul ikut garis panduan islam,sekiranya suami berkeinginan satu lagi, dia terus kahwin. Tanpa ada bibit bibit cinta sebelum itu.
Sekadar persoalan yang bermain di fikiran sebab topik poligami ini complex
Assalamualaikum, wlpun isu dlm blog ni dah lama, tapi agaknya Allah gerakkan saya membaca, wlpun pd awal topik lain yg saya cari.
Saya isteri kedua, baru saja bernikah. Saya kenal suami selama 3tahun dan selepas sebulan berkenal saya minta bernikah. Litaskunu ilaiha, surah at rum ayat 21, agar cenderung dan memandangnya kamu rasa tenteram. Saya sebelum nya tidak pernah menyokong atau menentang poligami. Saya mintak izin sendiri pd isterinya utk berkawan dan klu berjodoh saya mahu bermadu.
Mmg senang kita sebut Kerana takdir tapi jauh di sudut hati tu mmg Allah saja yg tahu kenapa kami pilih utk bermadu. Bila membaca semua komen saya rasa, Allah.. Saya mgkin lebih beruntung sbb masih kurang ujian saya. Saya pun merasa perasaan yg berbagai2 sama mcm semua wanita. Saya lebih merasa saya sebagai isteri pertama sbb lebih byk beralah dan makan hati. Semua nya sbb nak jaga hati isteri pertama dan ank2 nya. Tp adakala saya memberontak sbb saya muda dan kehendak saya lagi menuntut dr isteri pertama, jd saya rasa mmg xwajar bila masyarakat sentiasa menyalahkan isteri kedua sebagai perampas dan perosak rumahtangga. Saya xpernah bertanya kenapa suami mahu berpoligami. Saya hanya tahu saya sayangkan suami. Saya xpernah cari sbb kenapa saya mesti bermadu. Saya rasa ini lah jalan yg Allah pilih utk saya selepas kegagalan Perkahwinan pertama.
Suami selalu sebut, menidakkan poligami samalah mcm kita mempertikaikan akidah. Kerana poligami halal cuma xselalu org buat. Saya sentiasa berdoa suami akan berlaku adil wlpun pd ketika ayam Perkahwinan belum pun 3bulan giliran saya hanya setiap selepas 12hari. Saya redho dlm ertikata pasrah Kerana saya sgt cinta kan suami dan xtahu suami terbeban dgn apa saja isu yg boleh merunsingkan hati dan fikirannya.
Litaskunu ilaiha...
Semoga Allah sentiasa melindungi saya dan keluarga.
As salam..saya ialah seorang isteri pertama dan dalam fasa bergelut emosi untuk menyesuaikan diri dengan dunia poligami. Puan isteri kedua dan saya tak jangka puan mempuanyai rasa yang sama bila suami puan berkahwin lain..Sewaktu mengahwini suami puan dulu..adakah puan menjangka perkara ini akan terjadi juga kepada puan? semestinya tidak kan..mungkin kerana itu puan sangat yakin untuk menjadi isteri kedua.
Salam. Saya telah menerima lamaran seorang teman lelaki yg beristeri. Saya adalah ibu tunggal dan mempunyai 4org anak. Saya mempunyai kerjaya dan dapat menyempurnakan keperluan diri sendiri dan anak2.
Apabila membaca komen2 di atas, tentang perasaan marah isteri pertama, adakah isteri pertama akan kurang marah jika diberitahu lebih awal sebelum nikah atau akan lebih memudharatkan situasi yang akan datang?
Bakal suami mampu untuk mengekalkan status kehidupan isteri pertama dan dapat memberi nafkah untuk isteri kedua, adakah isteri pertama akan marah juga?
Post a Comment