Saturday, October 8, 2011

Pernikahan: Ungkapkan Rindu Pada Tuhan




Saya sedang rindu… pertama, sebab tak beraktiviti yang menyibukkan diri sekarang. Kedua, sebab saya memang selalu rindu. Rindu suami, takpe kan... (hei, jangan mengada-ngada ya..)

hmm tapi saya tak nak mesej suami saya meluah rindu, nanti kalau dia tak reply sebab sibuk, saya makin sedih… Lagipun, saya nak jadi isteri yang kuat, tak nak selalu mengikut perasaan.. Nak jadi macam kalian, isteri yang sangat kuat, sabar dan tabah :D

Lagipun, nak tau satu tips tak? Suami suka isteri yang bertenang dan matang mengurus perasaan, jadi kalau rindu - jangan selalu buat muka dan nada masam, luahkan rindu pada suami dengan tenang dan kasih sayang ok ? 

Jadi saya kongsikan cerita tentang rindu lah ya.. moga jadi aktiviti bermanfaat dari duduk kosong melayan perasaan :P

Khusus untuk yang baru kahwin, kadang –kadang bagi kalian rindu inilah yang jadi masalah besar kan.. merajuk, bermasam muka sebab tak dapat dekat dengan suami atau kurang perhatian dia yang tersayang..

hurmm.. takpe layan saja masalah ni, nanti usia perkahwinan dah lama sikit, ada masalah-masalah lain pula menguji, yang lebih menuntut kematangan dan kesabaran.

Lebih 5 tahun yang lalu, seorang sahabat baik saya, Aminah [bukan nama sebenar] telah bernikah ketika masih di bangku pengajian. Tanggungjawab studi menghadirkan perpisahan antara dirinya yang menuntut di Terengganu, manakala suaminya bertugas di sebuah sekolah di Selangor.

Suatu ketika, dia meluahkan pada saya rasa hatinya yang sangat merindui si suami yang hanya ditemui purata sebulan sekali.

Namun yang menjadi isunya ialah, smsnya kepada suami yang sering tidak terjawab. Aminah mengharapkan balasan sms, tapi suami hanya menyepikan diri. Memandangkan hanya sms dan panggilan telefon menjadi penghubung, ketiadaan balasan sms dan panggilan dari suami mengundang rajuk dan sedih di hati Aminah.

Saya pun menjadi kaunselor tak bertauliah, cuba mempositifkan Aminah,

“ Suami ukhti agaknya sibuk dengan kerja, tapi dia pun sebenarnya ingat kat ukhti. Ukhti, suami sangat menghargai kalau dalam kesibukan dia, ukhti memahami kekangan masa dan beban kerja yang dipikulnya. Ukhti banyak-banyak sabar ya, dan sangka baik.”

Begitulah antara nasihat saya kepadanya juga melalui sms. Ketika itu, saya belum bergelar isteri, nasihat itu diberi atas kapasiti saya yang rajin membaca buku berkaitan marriage counseling dan perhubungan lelaki perempuan.

Jiwa perempuan yang saya fahami, seorang yang sangat rapat dengan perkara berkaitan emosi- emosinya bukan sebarangan. Kalau rindu, rindunya mendalam. Kalau sayang, sayangnya memenuhi perasaan. Kalau sedih, sedihnya bersangatan.

“Rinduuuu sangat kat suami…” sms seorang lagi teman lain kepada saya meluahkan perasaannya pada saya. Dia terpisah dengan suami oleh Laut China Selatan. Kali ini, luahan hati itu diterima sewaktu saya sudah bergelar isteri. Saya terdiam. Dan merasa kesedihan yang sama.

Saya juga tika itu amat merindui suami yang tiada di sisi,  juga dipisahkan oleh lautan. Ya, suami dia dan suami saya pergi meninggalkan kami kerana tanggungjawab kerja. Bezanya saya hanya berpisah beberapa hari, dia pula beberapa bulan.

Kenapa pula kalau rindu suami, sms saya? SMS lah suami..hehe tapi sebenarnya teman ini pun dah faham..kalau kerap sangat mengungkap rindu pada suami, suami bosan. Dan tak suka.

Jadi pada isteri yang lalui ujian ini, terutama di awal-awal perkahwinan - jangan marah ya kalau lelaki tak faham atau tak layan. Anggaplah itu tarbiyyah dari ALLAH untuk kita jadi isteri yang lebih kuat :)

Berpisah itu biasa namun bila tempoh berpisah sering saja lebih panjang dari tempoh bertemu, tika itu lah jiwa tidak kuat menahan kesakitan dan kerinduan yang mendalam.

Oh tuhan..saat ini hanya ENGKAUlah yang boleh menawar duka lara dan perasaan tersiksa.. Tersiksa? Cinta dan rindu itu benar sangat menyeksakan waktu kasih masih baru ingin menyubur di antara suami dan isteri. Rindu itu memaniskan hubungan, namun rindu itu jua yang sering melemahkan perasaan.

Ukhti, kini ana ulangi nasihat yang ana pernah beri lima tahun yang lalu, nasihat untuk ana dan ukhti,

“Bersabar ya, dan bersangka baik lah dengan kejauhan ini.. kita merindui suami, suami juga malah merindui dan meronta hatinya ingin kehadiran kita di sisinya.”

Namun dengan kelebihan suami yang lebih rasional mengawal emosi, yang bergelar suami tidak hanyut dalam rindu dan kesedihan yang mendalam.

Kita yang bernama isteri, gunakanlah halus emosi itu untuk mempertautkan cinta dan rindu dengan tuhan. Usah terlalu memikirkan kedekatan hati dengan suami, hingga kita terlupa untuk menjaga hubungan hati yang sepatutnya lebih sering merindui dan mencintai tuhan.

Kejauhan ini adalah ujian dan peringatan dari ALLAH agar kita semua tidak lari dari kehidupan yang berorientasikan Yang Maha Penyayang. Dia pemberi kecintaan, kepada DIA juga kita adukan segala kerinduan dan kecintaan.

Teruskanlah bercinta dan merindui pasangan, namun luruskan ia dalam ingatan dan hubungan yang erat dengan tuhan..





*artikel lama yang diubah suai

4 comments:

LadyBird said...

rindu itu penambah seri dalam rumahtangga.. :).. kita akan lebih menghargai suami apabila dia berada di sisi. berbeza dengan isteri yang sentiasa berdampingan dengan suami, mereka tidak pernah merasa manisnya rindu~

p/s : sampaikan salam pada suami tercinta dengan lafaz Assalamualaikum. (Isyrak)

nurhazirah said...

assalamualaikum...
thanks kak..perkongsiaan yg sangat menarik..keadaan kita sama cuma berbeza situasi..yg penting kuatkan hati dan sabar meneruskan kehidupan ini..

p/s : rindu pada suami dapat pahala..walaupun tidak terucap dgn kata-kata.

nurhazirah said...

assalamualaikum..
perkongsian yg sangat menarik..
keadaan kita sama...saya bersyukur kerana berjauhan dengan suami..kerna saya mampu merasai nikmatnya merindui seorang suami..apa yang penting bersabar dan kuatkan hati utk meneruskan kehidupan....

p/s : rindu pada suami dapat pahala walaupun tanpa ucapan kepada empunya diri...

Nurul Adni Adnan said...

Hazirah & isyrak : sama-sama kita jadi isteri yang lebih baik ya..

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...