Dapat anak, kata orang - sebagai pengikat hubungan suami isteri.
Alhamdulillah benar sekali, tapi dengan syarat suami isteri harus bijak mengurus dan menyeimbangkan antara penjagaan anak dan meneguhkan hubungan suami isteri.
Jika tak dikomunikasikan dengan baik, tiada kesepakatan dan sefahaman, kehadiran anak akan memudarkan keharmonian dan kemanisan hubungan suami isteri dalam membina keluarga.
Anak boleh menghilangkan suasana romantis dan kemesraan suami isteri, jika kita tak berstrategi menyesuaikan diri dengan fasa baru kehidupan bergelar ayah ibu.
Mungkin antara kata-kata yang biasa sekali kita dengar - apabila telah menjadi ibu, kita lupa menjadi isteri.
Dulu suamilah pengarang jantung dan buah hati, sekarang dah beralih pada anak. Suami sedikit demi sedikit terkebelakang dalam kesibukan isteri memenuhi keperluan anak.
Tahniah pada isteri yang masih terus mencanai cinta pada suami, walau kehadiran seorang bayi menarik banyak perhatiannya.
Syukur alhamdulillah jika kalian adalah isteri yang tak lupa memanjakan dan membelai suami dalam kekalutan dengan urusan anak dan rumahtangga.
Syukur lah pada Allah jika kalian masih lagi menjadi isteri yang bertenang lagi menenangkan suami, padahal dirimu juga bermujahadah untuk bertenang dengan seribu satu ragam 'keunikan' perangai anak anak.. (ibu yang cool & bertenang, boleh share tips nya dengan saya ya....)
Bukankah hubungan suami isteri yang teguh adalah antara hadiah terbaik yang boleh kita berikan pada anak anak?
Moga anak anak merasa sejuk damai bernaung di bawah kasih ayah ibu yang saling menyayangi kerana Allah.
Namun semaraknya cinta kasih suami isteri tidak terjadi dengan sendiri. Perlu disediakan masa untuk terus menjadi pasangan kekasih disamping menjadi ibu bapa.
Juga bila anak telah hadir dalam kehidupan kita, adalah penting untuk seorang isteri berhikmah melibatkan suami dalam episod mendidik dan mengasuh anak. ( jika suami tak biasa mendekati kanak-kanak).
Suami yang baik pastinya akan memberi perhatian dan menyediakan segala keperluan isteri dan anak pada kadar yang mampu, jadi sebagai isteri jangan lupa berterima kasih dan menghargai setiap bantuan suami walaupun mungkin nampak kecil di mata kita.
Jika kita isteri yang tak pandai menghargai, jangan hairan bila suami tidak terdorong untuk membantu dalam urusan anak-anak atau membantu kerja kerja rumah.
Malah kadang kadang suami menunjukkan minat untuk membantu dan terlibat mengurus anak dari awal, namun kita menjadi 'ibu yang garang' pada suami, lalu suami pun sekadar melihat dari jauh dan akhirnya tidak sensitif dengan kepenatan isteri seorang diri mengurus anak.
"Eh salah cara abang dukung baby tu...."
"Abang mandikan baby tak betul...."
"Abang ni kasarlah dengan baby...."
"Abang suaplah elok elok anak tu, jangan tumpah tumpah..."
"Kenapa abang buat macam tu, rimas lah baby tu..."
Wahai ibu, berterima kasih lah dulu. Pujilah dulu. Hargai dulu. Tahan diri dari mengkritik.
Ya, sebagai ibu kita ada perasaan kita tahu semua pasal anak kita dan mungkin seolah kita lah saja buat terbaik untuk anak kita :D
Kita para isteri betulkan kata-kata ya.. Jangan biasakan nada mengkritik, apatah lagi nada marah dan mengarah - bila suami menunjukkan usaha memberi bantuan dalam menjaga anak atau membuat kerja-kerja rumah.
Suami kita kan seorang bapa, dia pun mahu yang terbaik untuk anaknya, malah dia juga mahu terlibat menguruskan anak.
Mudah mudahan sikap dan kata kata isteri tidak menjadikan suami terasa hambar lagi tersisih di rumah sendiri.
Boleh juga ajar baby untuk menghargai ayahnya, ajar baby bergurau dan bersembang dengan ayahnya.
Jangan tak tahu, baby boleh sense perasaan ibu ayahnya. Baby rasa tenang kalau ibu ayah terdengar bersembang mesra tertawa ria, dan baby juga rasa resah sedih, jika hubungan ibu ayahnya tegang..
Ayuh ibu bapa sekelian, kita harus selalu mengusahakan keharmonian antara suami isteri :) menjadi suami isteri dan ibu bapa yang serasi tidak datang dengan sendiri, tapi kita harus istiqamah mengusahakannya...
Terlebih penting, kebahagiaan suami isteri yang sebenar akan lahir bila kehidupan kita berorientasikan tuhan, islam dan akhirat yang berkekalan...
Moga kita mampu menjadi teladan pada anak yang sangat kita sayangi di atas landasan iman dan kasih sayang.
Published with Blogger-droid v1.7.4
1 comment:
seorang colleague saya ada anak 12 orang.
Dan muka dia paling tenang berbanding colleagues yang lain.
Post a Comment