Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Kesakitan adalah nikmat dari Tuhan

Nikmat sihat dan nikmat masa lapang, sering tidak dimanfaatkan sebaiknya - hanya dirasai bila telah sakit dan telah sibuk... ingatan untuk diri sendiri ^_^ Mesej teman-teman di emel dan fb tak terjawab dengan kesihatan saya yang teruji sedikit..Moga ALLAH memberi jalan keluar kepada persoalan yang mendatangi sisi kehidupan kalian ♥

Dia-lah (ALLAH)  yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.” [Surah al-Mulk, ayat 2]




Ada teman-teman rapat yang ALLAH uji kesakitan fizikal, kalau dulu saya melihat hanya dengan rasa simpati namun kini saya rasa simpati dan cemburu pada orang yang ALLAH beri kesulitan kerana sesungguhnya kesulitan dan kesakitan itu - padanya ada rahmat dan kasih sayang ALLAH yang luas... ♥


Pada teman pembaca yang berkongsi kesakitan perasaan dalam rumahtangga monogami dan poligami, jadikanlah ujian itu sebagai laluanmu yang luas untuk berlari ke dakapan ALLAH yang Maha …

Apa khabar jiwa-jiwa kita semua...?

Apa khabar roh-roh hamba ALLAH semua...?

Kita insan adalah roh yang dibalut fizikal, yang dengan roh itulah sebenarnya kita merasa dan melalui kehidupan sementara ini.

Roh kita ini adalah perkara pertama perlu diluruskan untuk meraih ketenangan dalam hidup - adakah roh ini tahu dari mana datangnya dia, ke mana ia akan pergi dan harus bagaimanakah kehidupan yang dilalui di bumi ini..?
Hadis Rasulullah s.a.w,: “Dalam tubuh anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badan, sebaliknya apabila daging itu jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah bahawa daging itu adalah sekeping hati”. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Jika roh tidak dirawat, masalah luaran membuat hidup terasa sesak. Rumahtangga, kerja, jiran tetangga, mertua ipar duai, suami isteri, duit, harta, anak-anak, jawatan dll - segalanya terasa sakit dan membebankan kerana roh tidak mengenal sistem islam sebagai cara hidup...

Ayuh hentikan menuding jari meyalahkan keadaa…

Poligami: Petunjuk sunnah untuk isteri

Buat isteri -isteri yang baik di alam poligami, dan yang bakal melaluinya - moga hati dan minda kita bersedia untuk terus menjadi hamba yang lebih baik kerana ALLAH. Fokus kepada mencari keredhaan ALLAH, jika ALLAH menyayangi kita, insyaALLAH insan lain akan turut menyayangi kan..

Apa teladan kita dari kehidupan poligami para isteri rasulullah SAW..? 
Setakat yang saya kaji dan fahami, mereka adalah saudara-saudara yang saling menyayangi kerana ALLAH. Mereka tidak 'best friends' tapi tidak juga bermusuhan. Mereka juga hambaNYA yang bermujahadah mencari keredhaan ALLAH dalam cemburu dan konflik lain rumahtangga.

Beberapa perkara yang boleh dipelajari dari hadis-hadis sahih ialah, antaranya, pada hari ketika Rasul saw di rumah giliran isteri yang baginda bermalam, para isteri lain akan turut berkumpul dan saling berinteraksi sesama isteri dan suami yang dikasihi. Maka, kita boleh saja saling berziarah keluarga madu- kekerapan bergantung kepada kemahuan, privasi dan ke…

Pernikahan: Romantik oh Romantik...!

Pengaruh media cetak, media elektronik dan media online sangat mendominasi kehidupan kita sehingga secara sedar atau tidak, jatuh bangunnya rumahtangga kita hari ini banyak bergantung kepada jenis-jenis media ini...

Dan lebih tepat, kita tertipu dengan gambar hidup dan mati yang berputar-putar di depan mata kita setiap hari..yang menjadi mangsa adalah suami isteri...terutama wanita..!

Kita masuk ke alam pernikahan dengan mind set bahawa hubungan suami isteri yang romantik yang kita idam-idamkan harus begitu dan begini seperti mana aksi-aksi romantik dan intim filem Korea kesukaan, atau Hollywood atau Bollywood atau Malaywood...

Menontonnya hati wanita jadi berbunga-bunga - Kita macam tak sedar bahawa babak romantis itu mereka hanya melakonkannya, dengan beberapa kali "action...! cut..!", dengan taktik kamera, dengan background music, dengan berlatih merenung mata, dengan membuang malu untuk memesrai tubuh pasangan hero/heroin... tiba-tiba isteri-isteri yang ba…