Thursday, December 25, 2014

Jalan Jalan Bajet Kuala Lumpur



Alhamdulillah hari ni 25hb Disember Allah rezekikan ke Planetarium  Negara dan Taman Tasik Perdana dengan anak-anak dan abang kakak ku bersama anak anak mereka juga. Mak , Muhammad dan Najwa pun ikut sama.

Jalan jalan bajet bagi kami kerana tiket dewasa RM6 dan kanak kanak bawah 12 tahun RM4 untuk masuk Planetarium dan taman tasik percuma tentunya..!! ..Murahlah bagi kami, harapnya murah bagi kalian yang mencari idea jalan jalan bajet juga.. :D

Dan berdekatan planetarium  itu ada Taman Tasik Perdana yang ada taman rusa juga..masyaAllah Alhamdulillah  anak anak saya Abdullah abdurrahman dan sepupu sepupunya itu semua gembira dapat tengok rusa kemudian berlari riang tepi tasik. Ada playground besar juga..!

Kami park kereta di laman Memorial Tun Razak , di situ ada cafe juga. Kami lunch di cafe itu bila survey harga masakan panas dan nasi campurnya antara 5 ke 6 ringgit sepinggan. Ok cukup bajet bagi kami seramai 5 dewasa dan 6 kanak kanak ..total lunch makan minum RM 46.. :D

InsyaAllah nanti pasti datang lagi ke area Jalan Perdana ni sebab ada taman taman lain juga..segar dan lapang dan cantik alhamdulillah..dan bajet okay . .lebih penting, anak anak gembira bermain dan explore dunia..!!
Taman Tasik Perdana yang indah masyaALLAH :D








Menara Tinjau Planetarium


Planetarium Negara


Taman Rusa :)

Thursday, December 11, 2014

Tips Bisnes Online Irfan Khairi



Tips Bisnes Online dari Jutawan Irfan Khairi (yang saya dengar pagi ini di TV1 dan dapat pelajaran - olahan sendiri):

1- Penting untuk membina jenama dan kredibiliti dalam bisnes - tapi kurangkan promosi produk di laman sosial seperti facebook. Sebaliknya bagi informasi yang banyak, sebab orang sekarang suka mencari informasi/maklumat online yang membantu mereka. Disebutkan juga, bahawa dalam Sehari purata dua ribu iklan kita nampak dan dengar, orang dah penat nak tengok iklan promosi barang di fb..

2 - Kegagalan memang akan lebih banyak dari kejayaan. Orang yang berjaya akan banyak gagal. Dari gagal itu manusia akan belajar, kerja keras dan perbaiki diri. Logiknya juga, perniaagaan yang betul perlukan usaha keras dan banyak pengorbanan. Tak boleh nak jalan mudah atau cepat seperti Skim Cepat Kaya.

Pengalaman Irfan Khairi sendiri, Setahun pertama bisnes online, hanya ada 3 pelanggan saja. Tapi tetap teruskan bisnes sebab minat. Akhirnya perlahan lahan berjaya. Ia tidak semudah yang orang sangka, tegas beliau.

3 - Orang selalu tanya, Apa bisnes untuk cepat kaya? Jawapnya, Buat bisnes yang kita suka supaya tak putus asa. Tak ada jalan pintas untuk kaya.

Buat research apa permintaan pelanggan. Tampung ruang kosong yang ada dalam bisnes. Contohnya, kalau ramai orang jual tudung/shawl, kita jual produk muslimah lain seperti seluar etc.

4- Ilmu adalah asas segala-galanya. Perniaagaan perlu ilmu agar kita boleh kuat dan konsisten.

Jika bisnes online seorang diri di rumah, akan cenderung lemah semangat - jadi join grup bisnes atau seminar seumpama nya, untuk tambah ilmu dan kekalkan semangat.

5- Jangan salah sasaran produk. Kalau sasaran kita adalah wanita bergelar ibu, jual produk ibu dan anak anak , bukan jual produk orang lelaki.

6- Konsisten. Laburkan wang dan masa untuk rajin update barang di blog.

7 - Kajian menunjukkan; Buku berada di tempat teratas barangan paling laris dijual online. Kedua; pakaian, kasut dan aksesori wanita. Ketiga, Barangan elektrik.Keempat, Tiket kapal terbang. Seterusnya, tak sempat catit.

Catatan tambahan lain: Irfan khairi memberi markah 9/10 untuk dirinya dalam bab disiplin. So saya boleh muhasabah diri kalau bisnes tak maju maju ..heee 

Dan Irfan Khairi alhamdulillah dikurnia isteri yang sangat mendokongnya dalam bisnes online. Menjadi pembantu peribadi yang mengurus dirinya dan anak anak. Moga Allah merahmati keluarga mereka atas ilmu bisnes yang banyak dicurahkan 

Moga bermanfaat perkongsian ini 





:: Moga produk bisnes saya ini membantu diri sendiri dan bermanfaat untuk ummah ::





Diskusi Poligami : Kehendak atau Keperluan



Dalam  jemaah  dan  ngo  yang  mengumpul  data dan info  latar belakang ahli -  pasti  dapat  melihat peratusan  famili  poligami  yang  bertambah  secara senyap  atau  terbuka ; secara  terpandu  atau  sebaliknya.

Saya  sebagai  salah seorang 'orang  kuat'  poligami  pastinya  sangat  menghargai dan menggalakkan program  sebegini, atas  sebab ia MEMBANTU dan MENYEDIAKAN RUANG untuk :

1) Mempersiapkan  suami dari segi ilmu  kepimpinan  dan  pengurusan  keluarga poligami di  samping  misi  dan  visi mereka untuk  menyumbang  kepada  masyarakat

2) Support  isteri pertama yang  melalui  cabaran  emosi  dan psikologi  yang  hebat sebelum dan selepas poligami seterusnya  mengekalkan keharmonian  yang terbina sebelumnya

3) Membimbing  isteri  kedua agar  membangun  potensi  diri sebaiknya  agar dapat menyokong suami  dan isteri/  isteri-isteri sedia  ada

4) Memberi  ilmu dan kesedaran  kepada  masyarakat  umum supaya  respon  mereka  kepada  ahli  keluarga  terdekat yang  berpoligami  membantu  keharmonian  bukan  makin  memburukkan.

Moga ilmu dan perkongsian di dalam program ini dirahmati dan Agar  poligami yang dibina  dengan  niat dan cara yang baik memberi  'nilai  tambah'  yang  benar  benar  bernilai kepada  masyarakat dan  ummah  ini ...



Thursday, December 4, 2014

Mengingat Kematian. Memberi erti pada hidup ini.



Kadang kadang kita rasa semangat makin menurun. .dan susah nak push diri. Tapi kena juga push diri untuk Memanfaatkan sisa masa dipinjamkan Allah ini.. ingatilah mati. Esok belum tentu milik kita.

--

Dulu setiap hari raya kami sekeluarga ke kubur, tapi bila saya dah share dengan abah dan mak saya tentang 'tak elok' nya ke kubur pada hari raya - abah mak pun faham dan tak adalah ajak kami adik beradik ke kubur lagi.. jadi bila raya, kita ikut sunnah Rasulullah saw beraya ya.. Bukan pergi tahlil di kubur .

(Mungkin sesetengah orang sukar nak terima isu macam ni, sama juga macam saya..Apatah lagi dari kecil kita membesar dengan nya..tahlil kematian, tahlil di kubur, tahlil dan yasin malam jumaat..Jom kita ubah dengan ilmu, ubah kepada yang Rasulullah saw cinta, bukan biasakan diri dengan amalan semata kerana ikut saja dari kecil. )

---

Tapi selain hari raya, sangat elok pergi kubur, supaya fokus hidup dapat kita luruskan, dan supaya hati perempuan saya ni tak beremosi hanyut lama lama .. (pergi kubur BUKAN waktu raya elok kan?kalau salah, betulkan statement saya ni)

Ini sedikit perkongsian tentang ziarah kubur:

Adab-Adab Ziarah Kubur

[1] Membetulkan Tujuan Ziarah Kubur.

Tujuan ziarah kubur ialah supaya ia memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang diziarah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat. Akan tetapi janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji dan batil.(Hadis hasan)

Oleh kerana itulah kita turut dibolehkan menziarahi kubur orang bukan Islam kerana yang dikehendaki ialah manfaat bagi penziarah dan bukan yang diziarah.

Abu Hurairah radhiallahu ‘anh menerangkan:

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah ziarah ke kubur ibunya lalu baginda menangis dan orang-orang di sekeliling baginda turut menangis. Maka baginda bersabda: “Aku pernah meminta izin Tuhanku untuk meminta ampun kepadanya namun aku tidak diizinkan. Aku pernah meminta izin kepada-Nya untuk ziarah kuburnya dan aku diizinkan. Maka ziarahlah kubur kerana sesungguhnya ia mengingatkan kalian kepada kematian.”(Hadis sahih)

Berdasarkan hadis di atas dapat kita pelajari bahawa:

Dibolehkan ziarah kubur orang bukan Islam.

Dilarang berdoa kepada ahli kubur orang bukan Islam.

Tujuan ziarah ialah mengingatkan penziarah kepada kematian. Sekali lagi, tujuan ziarah ialah supaya memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang diziarah.

Jika seseorang itu ingin memberi manfaat kepada ahli kubur yang muslim seperti berdoa dan menghadiahkan pahala, dia boleh melakukannya di mana jua. Ini kerana yang akan mengabulkan doa dan memberikan pahala ialah Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Allah boleh melakukan semua itu tanpa mengira di mana lokasi jenazah.






Akhlak Baik. Petanda Insan Berilmu.



Pesanan ini sangat penting. Untuk diri saya. Dan sahabat semua.


Dalam suasana elok, tenang, dan lancar - semua kita mampu tampil sabar, berlemah lembut, senyum dan bercakap/menulis sopan santun. Mampu kah kita tetap menjaga akhlak sewaktu orang lain memprovok api kemarahan di hati ini atau kita turut mencela orang lain sewaktu mereka mencela kita..

Muhasabah diri ♡♡♡

"Dan mereka (al-firqoh an-najiah ahlus sunnah wal jama'ah) menyeru kepada (penerapan) akhlaq yang mulia dan amal-amal yang baik. Mereka meyakini kandungan sabda Nabi saw "yang paling sempuna imannya dari kaum mukminin adalah yang paling baik akhlaqnya di antara mereka". 

Dan mereka mengajakmu untuk menyambung silaturahmi dengan orang yang memutuskan silaturahmi denganmu, dan agar engkau memberi kepada orang yang tidak memberi kepadamu, engkau memaafkan orang yang berbuat zaalim kepadamu, dan ahlus sunnah wal jama'ah memerintahkan untuk berbakti kepada kedua orang tua, menyambung silaturahmi, bertetangga dengan baik, berbuat baik kepada anak-anak yatim, fakir miskin, dan para musafir, serta bersikap lembut kepada para budak. 

Mereka (Ahlus sunnah wal jama'ah) melarang sikap sombong dan keangkuhan, serta merlarang perbuatan zalim dan permusuhan terhadap orang lain baik dengan sebab ataupun tanpa sebab yang benar. Mereka memerintahkan untuk berakhlaq yang tinggi (mulia) dan melarang dari akhlaq yang rendah dan buruk"

Friday, November 28, 2014

Poligami: Membantu perasaan madu



Bila seorang lelaki mahu berkahwin lagi, kita sebagai calon isteri kedua - Kalau kita nak bantu isteri pertama/bakal madu kerana Allah:

1) Doakan Allah tenangkan hati dia.
Allah beri kebaikan pada dia dunia akhirat, limpahkan kesabaran pada dia. Doakan suami dan diri sendiri juga.

2) Memang kita tak buat salah menikahi suami kita sebagai isteri kedua, tapi kita ungkapkan kata maaf kepada madu kerana dia terpaksa lalui kesedihan dan keperitan semua ni. Minta maaf juga kalau kahwin sembunyi.. kadang banyak hubungan gagal kerana kita ego untuk melafaz maaf pada madu/suami.

3) Tanya suami kita apa kebaikan isteri pertama, dan sampaikan pada isteri pertama - buat list kebaikan isteri pertama pada suami, dan pujuk madu yang suami masih sayang kan dia.

4) Jangan balas kata kata buruk madu, sebab ia buat syaitan happy kerana syaitan berjaya buatkan kita mulut jahat juga..

5) Kita tak boleh jaga hati madu dan mulut madu waktu kritikal begini, tapi jaga hati kita. Luruskan hati kita dan lidah kita untuk cari redha Allah.

6) Empati dengan suami dan madu, melihat dari persepsi mereka.. suami pun mungkin tengah tak tenang nak handle emosi kucar kacir. Jadi kita lah yang perlu jadi sumber ketenangan suami. Minta dengan Allah sebelum minta dengan suami apapun. Kuatkan hati dan iman kita agar kita mampu bantu suami dan madu jadi kuat.

7) Perkahwinan adalah jalan untuk dekat dengan Allah, minta Allah jadikan perkahwinan wasilah kita, suami dan madu dapat syurga Nya.

__

Seorang muslimah berkongsi, minggu lepas dia bertemu bakal madu dan bakal suami . Bakal madu berkongsi rasa down dan sedih.

Saya cakap juga pada muslimah itu, masa suami saya nak nikah lagi saya pun rasa down dan sedih.

Jadilah teman yang memahami pada madu, bagi kata kata semangat dan sabar kalau bakal madu mengeluarkan kata kata negatif..

Jangan balas balik dengan negative juga, atau jangan marah bakal madu atau bakal suami sebab tak pandai urus emosi sendiri..

Hati kita ini, milik Allah. Hati dia dan kita semua. Hanya rahmat Allah yang mampu menenangkan hatinya dan hati kita semua.

Saya cakap dengan muslimah itu, kalau tak de jodoh jadi isteri kedua - mungkin satu hari nanti dia akan jadi isteri pertama. Dan mungkin Allah akan uji suami mahu berkahwin lagi..Dan masa tu kita pun akan down and 'buat perangai'.. dan kita akan sangat harap suami dan madu sabar lagi memaafkan kita.

Untuk sekarang, jagalah sikap dan perkataan kita agar tak menambah berat emosi madu, kalaupun kita tak mampu nak menenangkan dia..

Saya tanya muslimah itu, ada fb and instagram tak? Tak ada, jawabnya.

Baguslah, respon saya, Sebab nanti kita rasa nak letak gambar kita dengan suami sedangkan kebanyakan isteri pertama rasa tak suka atau sedih dengan hal itu.. Kita isteri kedua memang tak rasa apa. Kita rasa kita pun ada hak nak tayang gambar kahwin dan gambar mesra hidup berpasangan macam orang lain. Memang tak salah, tapi kalau ia tak membantu keharmonian keluarga poligami kita- forget it... 

Sekadar pandangan saya , dari pengalaman singkat ...


Wednesday, November 12, 2014

Poligami: Belajar Menghargai Masa

 
 
Alhamdulillah minggu ini ALLAH memberi masa dua hari untuk suami berada di rumah saya, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Hari isnin suami saya bercuti, tidak bekerja. Hari selasa beliau perlu terbang ke China dari awal pagi hingga ke malam baru tiba semula ke rumah.
 
Isnin semalam, setelah suami menyiapkan sedikit penulisannya, suami menemani anak anak kami - Abdullah dan Abdurrahman ke playground berdekatan. Saya pun join sekali. Saya yang ajak suami memandangkan masanya yang singkat untuk bersama anak-anak. Alhamdulillah hero-hero kecil itu happy bermain-main di playground ditemani mama papa. Walau sekejap dalam 30 minit, semoga momen singkat itu diberkati ALLAH Yang Maha Esa dalam menjalin kasih sayang antara kami anak beranak.
 
Minggu lepas juga, ALLAH memberi rezeki suami berada di rumah saya selama 2 hari pada hari isnin dan selasa (biasanya rabu dan khamis di rumah isteri pertama, sabtu dan ahad di rumah isteri ketiga, berbaki sehari adalah ganti/simpanan untuk keperluan hehe) . Itulah antara giliran hari rumahtangga poligami kami.
 
Minggu lepas, papa sempat keluar berjalan-jalan dengan kami ke shopping mall dan menemani Abdullah makan roti canai. Mama dan Abdurahman pergi jalan jalan, Abdullah pula nak bermanja dengan papa , nak papa suapkan dia makan roti canai sampai habis. Papa saja yang teman Abdullah makan. Terima kasih papa. Terima kasih Ya ALLAH.
 
Dalam kesibukan poligami, berkerja , menulis, atau kesibukan apapun, sesungguhnya masa tidak pernah menunggu kita. Kita lah yang perlu menyusun dan mengaturnya untuk insan-insan tersayang di sekeliling.
 
Masa itu ada kalau kita menyediakannya. Masa takkan pernah ada, kalau kita tak mencari dan tak meluangkan masa.
 
Saya sangat menghargai suami yang berusaha spend masa berkualiti dengan saya dan anak-anak. Kadang ada waktu yang tak boleh nak elak, memang sibuk - jadi minggu itu tak sempat nak spend masa- suami akan cuba ganti minggu depannya - sekadar yang mampu.
 
Pada Abdullah anak saya yang 4 tahun- saya cuba ceritakan kesibukan papa dengan kerja dan tugasannya. Dan paling tidak, suami saya berusaha untuk hantar Abdullah atau menjemput Abdullah dari tadika. Atau kalau dah sibuk sangat, papa cakap- Abdullah tak payah pergi sekolah- jom kita pergi jalan makan aiskrim, jalan jalan :D
 
Dan satu lagi yang saya sangat hargai, papa mereka tak akan melekakan diri dengan handphone waktu makan atau keluar. Waktu makan dengan kami, atau di playground - family time. Memang sangat jarang papa pegang handphone waktu kami bersama. hihi kalau keluar dengan mama saja, maaflah mama masih tak mampu disiplin diri dengan handphone. 
 
Masa bersama antara kami yang gembira, tidak bermaksud tak ada masa duka dan konflik. Antara kami, Kami berkonflik secara berkala. Kadang mama bergaduh dengan papa, mama merajuk sebab rasa masa sibuk sangat atau apa apa saja-  kadang anak anak pula berkonflik dengan papa :O
 
Bila dah bergaduh berkonflik, kita muhasabah dan perbaiki situasi. Cuma kalau setiap kali berjumpa, nak gaduh saja - then itu memang masalah besar yang kena selesaikan di akar umbi.
 
Kesimpulannya, cari dan susun masa untuk family. Untuk isteri, perlu bijak membaca suasana kesibukan dan ketenangan suami memberitahu cadangan aktiviti untuk anak-anak. Ajak suami bila sesuai, kalau tak sesuai- tak mengapa. Tak ada rezeki. Doa pada ALLAH yang memberi masa dan kelapangan - jua kesihatan - mohon ALLAH tetap menyatukan hati suami dan anak anak dan kita di kejauhan dan kesibukan.
 
Moga ALLAH menunjuki rumahtangga kita ke arah kebaikan, dan merahmati kita dengan limpah kurniaNYA.
 
 
Papa dan Abdurrahman

Papa dan Abdullah
 
 

Sunday, October 26, 2014

Berkata positif tentang suami pada ibu bapa

 
 
Antara item Cabaran 30 Hari Menjadi isteri positif disayangi Allah, yang diassign pada grup kami /grup isteri isteri :
 
  • Item Hari ke 5:
 
Suami kita ada banyak kelemahan dan kekurangan seperti juga kita..Namun bolehkah kita memotivasi suami kita menjadi suami yang baik kerana Allah. .?...
 
Apakah kita selalu bercakap negatif tentang suami pada orang lain? Atau Merendah rendahkan nya di mata teman teman dan ibu bapa serta saudara mara..?
 
Cari ruang dan kesempatan mensyukuri suami dengan menyebut nyebut kebaikannya pada ibu ayah dan saudara mara.
 
'Ya Allah Ampunilah kesilapan ku menyebut nyebut kelemahan suami di grup whatsapp.. bantu lah diriku bercerita yang baik saja tentang suami kepada kawan dan ibu bapa ku..
 
Semoga lidahku yang positif tentang suamiku yang ku kasihi, mendorong suami ku menjadi hamba yang lebih baik di sisi Allah..
 
'Mak.. suami saya memang selalu takde tapi selalu contact tanya khabar saya dan anak-anak..'
 
'Mak ..alhamdulillah suami saya bukan lah senang sangat..tapi makan pakai kami semua suami sediakan.. '
 
Carilah apa saja kebaikan suami, moga Allah tambahkan nikmat kebaikan suami.
  
Janji ALLAH, "Barangsiapa yang bersyukur/berterima kasih, pasti Aku tambah nikmatNya ..."
 
 
 
 
 
 

Perempuan dan terapi sukarelawan

:: Dato Siti Nurhaliza ketika bersama turun padang dengan sukarelawan membantu mangsa banjir ::
 
Perhatian..! Kepada yang sedang tertekan atau depression, sedangkan anda masih ada duit, setiap hari masih ada makan minum, tetapi rasa stress, tak bahagia.., saya nak cadangkan satu terapi, iaitu:

MENJADI SUKARELAWAN.

Apa keperluan jadi sukarelawan?...


1 ) Kemahuan. Ia wajib.
2) Keperluan sampingan adalah masa, tenaga, duit, pengalaman etc. Sebab kalau ada Kemahuan, benda lain akan datang sendiri. InsyaAllah.

Minggu lepas saya menonton di kaca tv tentang mahasiswa yang melakukan kerja kerja sukarelawan di bumi Vietnam. Volunteers. MasyaAllah mereka membantu membina rumah dan jalan raya.

Pagi ini pula, terinspirasi dengan grup Peuehaba Aceh 6 yang menggerakkan program aqiqah dan korban untuk sekelompok masyarakat muslim di Aceh, yang tidak seberuntung kita di Malaysia.

Volunteering atau menjadi sukarelawan..bagaimana boleh menghilangkan kesedihan, stress atau kemurungan kita?

Sebahagian kita di sini, pemuda pemudi terutamanya kadang hanyut dengan perasaan "merah muda" (baca:mencari cinta), rasa kesunyian, rasa sedih tak tahu kenapa, rasa hidup kurang bermakna, rasa tak diperlukan, yang bujang terasa kosong, yang dah kahwin pun berganda jiwa kosong.. bila kita pergi tengok orang lain dibunuh kejam atau yang fakir miskin dan tiada makanan setiap hari - kita akan rasa ditampar - eh apa masalah aku sebenarnya..??

Jom tolong diri kita, dengan menolong orang lain.

Tak payah berdrama nak perhatian suami, isteri, boyfriend, girlfriend... Bukan saya cakap, tapi Kajian menunjukkan menjadi sukarelawan yang sibuk dan 'menyibuk' dengan cara betul boleh menghindarkan depression. Kerana sukarelawan mendapat perhatian dan kasih sayang secara sihat.
Social isolation/mengasingkan diri adalah salah satu benda yang buat kita stress..jadi bila kita volunteer pergi ke luar tengok masalah orang lain, bergaul dengan volunteers lain dan bersembang dengan orang susah.. dan bantu mereka - kita sebenarnya membantu diri sendiri untuk mantap kan skil kehidupan seperti komunikasi, pengurusan, kepimpinan- yang paling penting ia terapi untuk emosi dan minda kita.
 
Menjadi sukarelawan bagus untuk emosi yang sihat dan minda yang aktif. Minda aktif sebab Fikir macam mana kita boleh kurangkan penderitaan orang lain, yang lebih penting-' penderitaan' kita kadang boleh selesai hanya dengan lihat mereka yang jauh lebih kekurangan.

Satu lagi, kalau kita ada masalah bergaduh anak beranak, bergaduh dengan mak ayah, bergaduh suami isteri, bergaduh dengan kawan kawan - Kadang kalau kita dah sibuk tolong orang , automatic kita tak nak panjangkan pergaduhan sebab kita tahu kita ada banyak benda besar nak buat dari bergaduh. Kalau orang tu hanya fikir diri dia sendiri, tak pandai empati, hati keras - Jom kita berbaik dengan dia dan ajak dia rawat hati dengan volunteering.
 
Pilihlah bidang sukarelawan yang kita 'suka', Aman Palestin ke.. Syria Care ke.. nak bersama rumah anak anak yatim ke.. menolong ibu tunggal atau fakir miskin ke.. nak buat tuisyen percuma ajar subject yang kita pandai ke..ajar alif ba ta ke..nak sukarelawan kat rumah orang tua, nak bersih kan masjid dan kubur..nak join Soup Kitchen.. nak bagi makan kat warga gelandangan.. nak bantu minoriti Muslim Rohingya, Vietnam, Kemboja..atau orang malaysia yang susah di pedalaman..

Keluar dan bantu orang lain.. kalau kita bagi bantuan dan perhatian pada orang yang lebih susah dan lebih memerlukan, kita akan terasa diri kita lebih berguna dari pokok kelapa, kita akan dapat perhatian dan kasih sayang secara sihat..

Siapa tak sayang dengan orang buat baik macam volunteers/sukarelawan. .?? ALLAH sayang sangat, lalu Allah jadikan makhluk Allah lain sayang kita.. insyaAllah.
Kalau seorang isteri sibuk mengurus rumahtangga dan mencari ruang pula untuk menyumbang pada masyarakat- dia takkan merengek rengek blame suami sibuk sebab dia juga ada life dan contribution sendiri yang menjadi semangat hidup nya. (Isteri dan ibu ada ruang volunteer dari rumah juga)

Gadis gadis muslimah takkan hanyut dengan drama Korea drama cinta lainnya dan hanyut cinta awang-awangan kalau dia sibuk bagi perhatian pada anak- anak atau golongan tak bernasib baik..

Yang pemuda lelaki takkan lemah jati diri kerana ummah di luar sana sangat banyak yang perlu dibantu. Manfaatkan tenaga dan usia muda untuk membanting tulang membantu orang bukan sekadar bergaduh mengulas macam macam isu di Facebook...macam bagus.. Macam mana kita ini di alam realiti..produktif kah?

'Tapi saya pemalu and saya tak tahu nak buat apa..?' InsyaAllah menjadi sukarelawan akan sikit sikit kikis rasa malu dan memberi keyakinan diri berhadapan orang ramai. Dan Akan ajar kita membangun potensi diri yang amat banyak Allah bagi..

Atau kalau yang ada kekangan untuk keluar rumah, ada banyak cara untuk menyertai program sukarelawan...google please..

Setakat ini dulu..moga bermanfaat.
 
:)
 
 
 

Monday, September 22, 2014

Anak: Hati Yang Dahaga


Everybody's got a hungry heart,
especially a child with a new baby in the family

"Whereas he was once the center of your universe, he has been displaced from this paradise. He is now in time out, while you coo at his tiny rival. You cannot, of course, push back the clock to a time when he, alone, was the apple of your eye. All the same, trying to imagine how frustrated your 3 year old must often feel can help you counteract his sense of loss. Your expressions of love, gestures of devotion, and moments of intimacy with your son can help him feel less deserted and alone. Helping your son recapture a sense of shared joy in his relationship with you will turn down the fuel of his hate, and--in addition--smooth the pathway to his identification... as a loving, protective, sharing person." -- Elizabeth Berger

Every parent with more than one child knows that some sibling rivalry is inevitable. But what about when your child really acts out -- like when your almost-3- year old pees on the baby? In our last post we considered whether sticker charts work for a crime of passion like this, and why spankings and timeouts just increase the amount of anger and jealousy your little one is feeling and make it even harder, over time, for him to control himself.

If you missed that post, it's here: When You Pee On Your Brother You've Gone Too Far. Bottom line: Kids "act out" when they have big feelings they can't put into words. So they act them out, to show you. If you want to change the behavior, help the child with the emotions driving the behavior.

In other words, don't get stuck in reacting and punishing, which is likely to make the child more defiant and aggressive. Instead, focus on prevention, to nip this behavior in the bud. Remind yourself that your child's acting out is a red flag that he needs your help with his emotions, so he doesn't act out like this again. 

Sure, you should set a limit, but every child knows he shouldn't pee on the baby. He just couldn't manage those big feelings enough to stop himself--or maybe he simply didn't care, which is worse, because it’s a symptom that the child considers his connection to you less important than doing what he wants.

When a toddler goes so far as to pee on the baby, he's clearly having a hard time sharing you. This starts, of course, when the baby is born. Then there's usually a resurgence of open jealousy when the baby begins crawling and getting into the older child's things. 

But any age sibling can be a threat. Think about it. Your child has to share what are in fact precious resources: your time and attention. A sibling means he gets less. We know there's still enough love to go around, but to him, sharing resources could even reduce his chances of survival. 

You know how kids act out as soon as you get on the phone? Well, your attending to a sibling is like that, but even worse. His genes haven't changed much since the Stone Age, and unconsciously, he's worrying that your decreased attention could be a major threat. If a tiger jumped out of the bushes, who would you save?

That's why study after study shows that when parents are able to create a strong positive bond with each of their children, there's less sibling rivalry. So instead of punishing when your child acts out, the best cure for sibling rivalry is to feed his hungry heart. 

How?

1. Re-connect. When little ones have strong negative feelings, they disconnect from us. This can happen many times a day, as children feel frustrated, disappointed, hurt, sad, defeated. These feelings often swamp them, disconnect them from their own internal compass of the heart, and leave them feeling isolated and adrift. That's why children need us to reconnect with them, over and over, many times a day. Try a warm smile, a big hug, a joke that gets her laughing.

2. Empathize. When your older child is loud near the baby, or overly zealous in his hugs, or has a tantrum because you're changing the baby and didn't come right away to help him, how do you respond?  If you're like most of us, you want to snap at him, at best. But if you can train yourself to empathize as you set limits ("You wish I could come right away when you need me, I hear you...I will be with you as soon as my hands are free"), you'll protect that connection with your child. And that, after all, is the only reason he has to follow your guidance.

4. Let her be little. Sure, she can dress herself. And yes, your hands are more likely to be full, since you have a baby now. But that's exactly why she wants you to help her. She needs to know that you'll always be there when she needs you, even though there's a new baby in the family. Once she's secure that she can still count on you, she'll be free to explore the part of her that wants to be grown-up and powerful, which includes nurturing and protecting her little brother.

5. Keep your relationship balance in the positive. Research with adults repeatedly shows that healthy relationships need at least five positive interactions to make up for every negative interaction. Because kids live so much in the moment, and because we feel guilty about yelling, we often overlook the toll that yelling and punishing takes on our relationship with our child. 

When you lose it, make it a practice to apologize ("You don't deserve to be yelled at, no matter what...All of us need to express our anger in a way that's respectful of each other...I'm working hard to do that, so you can learn to do it, too.") Resist the urge to blame (so don't say "If you would behave, I wouldn't have to yell.") And then find a way to have at least five positive interactions, and enjoy your child. That's what puts the sweetness back into your relationship.

6. Special Time gives the child the essential--but unfortunately so often elusive--experience of the parent's undivided, 110% attentive, loving presence. Just for maintenance, every child needs one on one time to connect with a parent every single day, even if it's only for 20 minutes. 

When there's a new baby, that can be hard to do.  But it's worth figuring out, because it keeps your bond with your older child strong at a time when your child most needs you. If special time isn't working to reduce sibling rivalry at your house, consider whether you're giving your child your full attention and letting her take the lead. (Here's a whole article on making special time work for you.)

Connection supports your child in whatever he's going through and helps him thrive.  It makes it more likely that your children will get along with each other as they get older. And it makes your child WANT to cooperate, rather than peeing on the baby.

In the end, it is always about love. Love never fails.

But what if you're doing daily special time, empathizing, and your child feels like a bottomless pit? Coming up next: How much more love and affection can I give him?

Choose love!

Dr. Laura


http://www.ahaparenting.com/






Sunday, September 21, 2014

Beramal lah..sebelum terlambat.



"Aku memberi wasiat kepadamu wahai penuntut ilmu untuk mengikhlaskan niat dalam menuntut ilmu dan berusaha keras untuk mengamalkan konsekuensi ilmu.


Sesungguhnya ilmu adalah pohon dan amal adalah buahnya. Seseorang tidak akan dianggap alim bila tidak mengamalkan ilmunya.

Tidak ada yang lebih lemah dari kondisi seorang alim yang ditinggalkan ilmunya oleh masyarakat karena jalannya (yang kosong dari amal) dan seorang yang jahil yang diikuti kejahilannya oleh masyarakat karena melihat ibadahnya.”

Tujuan ilmu adalah amal, sebagaimana tujuan amal adalah keselamatan. Jika ilmu kosong dari amal maka ilmu itu akan menjadi beban (bumerang) bagi pemiliknya. Kita berlindung kepada Allah dari ilmu yang menjadi beban (bumerang) dan mendatangkan kehinaan, dan akhirnya menjadi belenggu di leher pemiliknya.

Sebagian ahli bijak berkata, “Ilmu adalah pembantu bagi amal, dan amal adalah puncak dari ilmu.” 
(Iqtidhaul Ilmi Al-’Amal 14-15)

-----

“Manhaj Nabi sudah jelas dan diketahui. Nabi bangun tengah malam lantas shalat malam. Menjelang shubuh beliau bersahur, lalu beristighfar menunggu shubuh. Kemudian beliau shalat Shubuh berjamaah. Setelah itu beliau duduk di masjid, berdzikir hingga waktu syuruq, lalu shalat dua rakaat. Jika tiba waktu dhuha beliau shalat Dhuha, dan seterusnya. Beliau bersedekah, mengunjungi orang sakit, membantu orang yang kesusahan, menjamu tamu… dan seterusnya. Manhaj beliau ma’ruf.”

Nasihat yang mengingatkan sebagian kita yang menyukai tahdzir-mentahdzir agar jangan lupa beramal.

Jangan sampai kita yang mengaku di atas manhaj yang benar dan memberikan porsi yang besar terhadap manhaj, lantas lalai dari beramal shalih.

Jangan sampai kita yang semangat mentahdzir kesalahan orang lain, ternyata orang yang kita tahdzir tersebut lebih perhatian terhadap amal daripada kita.

Saya teringat nasihat Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah terhadap orang yang suka mentahdzir tapi kurang suka beramal, sementara orang yang ditahdzir justru lebih semangat dalam beramal.

Ibnu Taimiyyah berkata, “Dan banyak orang-orang yang mengingkari bid’ah-bid’ah ibadah dan adat, engkau dapati mereka muqashir (kurang) dalam mengerjakan sunah-sunah dari hal yang berkaitan dengan ibadah, atau dalam ber-amar makruf, menyeru manusia untuk mengerjakan sunah-sunah tersebut (yang berkaitan dengan ibadah).

Dan, mungkin saja keadaan mereka, yang mengingkari bid’ah namun tidak mengerjakan banyak sunah Nabi, justru lebih buruk dari keadaan orang yang melakukan ibadah yang bercampur dengan suatu kemakruhan (Maksud ibnu Taimiyyah dengan kemakruhan di sini adalah kebid’ahan sebagaimana sangat jelas dalam penjelasan beliau sebelumnya-pen).

Bahkan, agama itu adalah amar makruf dan nahi mungkar, dan tidak bisa tegak salah satu dari keduanya kecuali jika bersama dengan yang lainnya. Maka tidaklah dilarang suatu kemungkaran kecuali diperintahkan suatu kemakrufan.”

 (Iqtidho’ As-Shirootil Mustaqiim II/126.)

Sumber: Firanda.com





Monday, September 1, 2014

Pengalaman di klia2 2014

Bandar Phnom Penh


Alhamdulillah Allah izinkan kami sampai kepada hari untuk bertolak ke Phnom Penh, iaitu 26 Ogos 2014.
Flight AirAsia kami dijadualkan bertolak pada pukul 6.45 pagi. Dan seperti nasihat dari orang   lain, yang saya bersyukur saya ikut-  antara 2 ke 3 jam sebelum berlepas adalah tempoh terbaik untuk sampai dan berada di klia2.

SUPAYA TIDAK PERLU BERLARI LARI UNTUK MASUK KE DALAM KAPAL TERBANG.
APATAH LAGI, SUPAYA TIDAK TERTINGGAL KAPAL TERBANG.

KERANA klia2 yang SANGAT SANGAT LUAS CANTIK BESAR DAN ALA SHOPPING MALL YANG BOLEH BUAT ANAK ANAK NAK BERHENTI KAT SETIAP KEDAI.

Alhamdulillah boleh dikatakan kami tak tidur malam tu, jadi pukul 3.30 pagi kami bertolak dari Klang ke klia2. Angkut anak anak kecil ku Abdullah dan Abdurrahman naik kereta,  kami drive bertenang tenang. Yang ketika dalam kereta itu kami tak terfikir kami akan berlari lari (macam korang juga) ke gate kapal terbang kami.. :D

Tiba klia2 jam 4.45, setelah singgah isi minyak kereta dan singgah rumah adik di taman Langat Murni - Awal pagi itu parking sangat banyak kosong. Berjalan jauh kami ke terminal.  Memang jauh untuk bawa bagasi dan Abdullah Abdurrahman yang berumur 4 tahun dan 1 tahun. Alhamdulillah suka saya dapat exercise di pagi hari :)

Saya bawa stroller ke terminal sebab Abdullah 4 tahun mamai bangun tidur, kami tolak dalam stroller. (Tapi kemudian adik saya yang hantar kami ke airport bawa semula stroller ke rumah. Kami hanya guna stroller di airport sebelum imegresen)

Perlu banyak bertanya jika kita tak tahu bagaimana mahu ke ruang perlepasan supaya Jimat tenaga dan masa dan jaga mood kita :D kami tanya saja pada pegawai di banyak kaunter bila tak pasti.

Kami terus ke main terminal dan ke kaunter check in. Saya berdoa agar tak berlebih berat checked baggage sebab saya beli 20 kg saja melalui online - tetapi bawa macam satu almari baju.  Alhamdulillah terlebih berat 300 gram tapi pegawai check in senyap sahaja :D

Melihat jam baru pukul 5 pagi, saya ajak 3 adik perempuan merangkap personal assistant saya pergi breakfast dulu...kami melihat banyak restoran,  semuanya tak menepati selera kembara bajet kami :D mahal mahal tempat makannya bagi kami.

Akhirnya kami ke Restoran Marry Brown. Sembang sembang dan makan, baru saya tersedar yang nak sampai ke gate kapal masih jauh lagi..nanti nak solat subuh dan berjalan kaki dalam 20-30 minit..cepat-cepat habiskan makanan dan peluk cium adik adik saya. Kami kemudian masuk melalui imigresen. (Iaitu saya, adik saya Norbaiti dan Abdullah dan Abdurrahman. )

Ohh masuk dalam tu, memang sungguh sungguh saya kena exercise berjalan kaki jauh dengan back pack saya yang berat lagi, dan dukung Abdurrahman juga :D

Jalan atas bridge,  dapat temankan Abdullah Abdurrahman sekejap tengok banyak aeroplane subuh itu dengan kerlipan lampu landasan yang banyak.Mula fikir nak solat subuh dalam kapal, tapi kemudian terfikir yang nanti kalut pula nak urus anak anak, saya pilih solat dalam perjalanan ke gate. Ada surau yang selesa alhamdulillah.

Saya rasa sweet dan happy dan terharu bila tepat masuk azan subuh, ada pengumuman tentang masuknya waktu solat subuh di klia2 itu. Saya bersyukur menjadi sebahagian dari rakyat negara islam ini :D
Solat subuh dan masuk toilet Tergesa gesa sebab kena berada di gate paling lewat 20 minit SEBELUM.

SAYA INGATKAN SURAU KAMI SOLAT DAH DEKAT DENGAN GATE P 17. RUPANYA JAUH LAGI APATAH LAGI ABDULLAH ABDURRAHMAN NAK KENA DUKUNG.

Ohh lagi 10 minit saja kami ada.., sedangkan kami baru nampak pintu P1 hingga P3. .. boleh bayangkan marathon kamu ke P17..?

"Abdullah..kita dah lewat. Abdullah kena lari sebab nanti aeroplane tinggalkan kita..jom kita kejar aeroplane" berulang kali saya sebut pada Abdullah..supaya dia tak stop kat kiri kanan yang banyak kedai..

Dan memang kami semua berlari lari kecil sebab bayang bayang signboard P17 pun kami tak nampak.
Setelah berpeluh peluh berlari alhamdulillah akhirnya sampai nun di hujung sana gate P17 :D syukur kami tak ditahan..

Masuk saja ke dalam kapal, saya menuju ke tempat duduk nombor 27 yang saya book untuk saya dan Abdullah. Adik saya baiti di seat 20C. 

Syukur kepada Allah sekali lagi bila uncle yang duduk di sebelah Abdullah sudi tukar tempat duduk , bagi tempat duduknya pada Baiti. Jadi kami semua duduk dekat..kehadiran Baiti dekat kami sangat-sangat membantu :')

Syukur kepada Allah steward stewardess Air asia itu nampak mesra dan helpful di mata saya.
Syukur kepada Allah kerana chicken satay dan nasi lemak Pak nasser dalam kapal yang saya order itu menepati citarasa saya dan Abdullah terutamanya.
Syukur alhamdulillah bila booking online, harga makanan lebih murah dan boleh dapat lebih awal. Menggembirakan anak anak kecil saya.. :D

Syukur alhamdulillah setelah saya tukar booking seat dari sebelah kiri ke kanan, saya dapat tengok pemandangan matahari terbit yang Maha Indah dan Maha sempurna. Betul juga tips yang kata, jangan ambil seat no lebih kurang 17, 16, 18, kerana hanya nampak sayap kapal terbang.

Syukur alhamdulillah anak-anak saya tak meragam dalam kapal,  kalau tak saya resah gelisah kerana merasakan mengganggu penumpang lain..

Syukur alhamdulillah saya digerakkan Allah untuk Google pasal tips di klia2, maka saya agak bersedia mentally dan emotionally. Terima kasih semua yang berkongsi tips, sangat berguna untuk saya yang pertama kali jadi ketua trip by flight hee..

Syukur alhamdulillah tiba di Phnom Penh International Airport,  sudah ada Mosa dan Bukhari,  tourist guide yang membawa kami terus ke guesthouse. GREEN POINT INN CENTRE,  betul betul di Central Market Phnom Penh. 

Itulah perkongsian saya, moga bermanfaat :)

Kesimpulannya,  nak buat apa pun perlu bersedia, cari ilmu dan tips, be early - jangan last minute,  dan lapangkan hati dan emosi untuk perkara yang tak diduga :D


Di Phnom Penh International Airport - Baiti, Abdullah dan Abdurrahman

Tuesday, July 15, 2014

Merapatkan ayah dan anak?

 
Sewaktu Seminar Baitul Muslim lepas, ada peserta yang tanya pada ahli panel Forum Poligami - bagaimana nak rapatkan ayah yang poligami dan anak-anak yang jarang ditemui...? Bimbang kurang perhatian dan kasih sayang anak anak sebab si ayah berpoligami.
 
Saya tak ingat apa panel waktu tu jawab..Cuma kali ni saya nak kongsi apa peranan yang isteri boleh lakukan untuk rapatkan anak dan ayah mereka sekalipun mereka jarang berjumpa, moga bermanfaat bukan saja pada mereka yang di alam poligami. 
 
Tapi juga bermanfaat untuk famili yang melalui hubungan jarak jauh, atau yang sangat sibuk hingga sempat  jumpa anak 3 -4 jam je seminggu (walau suami balik rumah hari hari, tapi hanya untuk tidur dan tukar baju). Malah moga membantu untuk isteri yang rasa suami mereka tak rapat dengan anak anak walaupun tak berpoligami.
 
(Hasil pembacaan dan perkongsian dari ibu ibu berpengalaman)
 
Apa usaha dan peranan yang boleh dilakukan isteri:
 
1) Isteri sendiri perlu connect/rapat/ada keterikatan hati dengan suami sebelum boleh connect/hubungkan anak anak dengan suami. Kalau isteri berjauh hati, merajuk,  rasa banyak unfinished business dengan suami, tak puas hati banyak perkara - hati isteri rasa jauh dan beraura negatif - suami juga akan menjauh dengan isteri. Anak anak menjadi mangsa bila ibu ayah saling menjauhkan diri. Jika ibu sedih dan terasa hati apa apa, sampai kan dengan baik pada suami. Selesaikanlah dengan baik hingga suami isteri kembali mesra insyaAllah mudah isteri nak mesrakan anak anak dengan ayah nya.
 
2) Phone call yang meaningful - Walau tak selalu jumpa, tapi bila isteri dan suami selalu berhubung,  bertanya khabar dan perkembangan anak anak-anak insyaAllah mengeratkan kasih sayang.  Kalau anak-anak tak pandai / tak sempat cakap dengan ayah pun tak apa, ibu cerita lah pada anak yang ayah call, tanya khabar anak anak..
 
Berkongsi pengalaman peribadi, bila saya check duration call saya dan suami setiap kali call, purata antara 3 minit ke 11 minit - tapi sesingkat itu buatkan saya rasa diingati dan diberi perhatian.  Memenuhi emosi isteri dan insyaAllah bila hati ibu terisi, ibu happy cerita pada anak-anak tentang ayah. Walau sembang singkat, tetapi kerap akan membantu suami isteri update perjalanan harian masing-masing seadanya.
 
3)Puji suami pada anak in private dan depan suami. Bila bila yang suami tak ada, kita boleh cerita kebaikan ayah mereka pada anak anak,  kita menghubungkan anak dengan ayah. Boleh puji suami depan anak juga, agar suami rasa dihargai pemberian nya dan keberadaannya dalam famili.
 
4) Ajak anak berterima kasih pada ayah - terlalu banyak perkara yang isteri harus berterima kasih kepada suami, dan kita sama sama mensyukuri nya dengan anak anak. Allah gembira kita berterima kasih pada manusia apatah suami kita yang sangat istimewa dalam hidup kita. Ajak anak anak bersyukur Allah kurnia kan seorang ayah yang rajin,  bertanggungjawab,  penyayang dan apa saja ciri-ciri positif ayah yang ada.
 
5) Cerita pada anak tentang job nature papa - kerjaya adalah hal yang besar membataskan masa suami dan anak anak. Jadi kita cerita pada anak anak tentang apa dan bagaimana kerja ayah mereka sesuai pemikiran anak anak. Dan sekali lagi, kita syukuri suami/ ayah kepada anak anak kita yang bekerja keras. Jangan provok anak contohnya, " ayah kamu tu sibuk sangat dengan bisnes dia , bukan nak peduli hal kita..!@#$"
 
Atau,  " mak kamu sibuk dengan students kat sekolah,  kita kelaparan kat rumah ...@#$/^&34!!"
 
Yang benar nya,  duduk bincang elok elok suami isteri jika ada yang tak kena. Main serang serang dengan kata kata negatif tak membantu rumah tangga.
 
6) Kenalkan anak pada ayah dan sebaliknya.  Isteri menjadi orang tengah menceritakan pada anak pasal ayah nya. Dan menceritakan pada suami pasal anak anak. Masa yang singkat kadang ada benda suami tak perasan pada anak anak jadi bercerita lah seadanya agar membuka ruang anak dan ayah saling Mengenali saling memahami.
 
7) Plan activities - dari kita complaint suami tak bawa anak berjalan jalan, isteri perlu proaktif merancang dan libatkan suami. Sekali lagi, komunikasi.  Jangan harap suami faham faham, kemudian bergaduh dan muka masam sebab suami tak faham faham :D
 
8) Support husband emotionally - Suami berat tanggungjawab berkerja di luar, menyumbang pada masyarakat,  ada ujian iman, emosi dan tekanan tersendiri - jadilah isteri dan ibu bertenang yang mampu menyejukkan perasaan suami. InsyaAllah isteri yang tinggi perasaan empati dan memahami akan dapat balasan yang sama dari suami. Suami akan mudah memahami juga tekanan dan kepenatan serta pengorbanan isteri yang penat bekerja di dalam rumah atau bekerja di luar rumah.
 
 
 
9) Raikan perbezaan parenting - Kadang ibu dan ayah berkonflik kerana berbeza cara mendidik anak. Jangan kita ibu merasa cara kita saja yang betul dalam mendidik dan mengurus anak. Kita rasa suami tak pandai jaga anak atau kita meremehkan cara suami mendidik anak. Berbincang lah, csri kesepakatan dan saling menghormati cara masing-masing dalam mendidik. Anak anak akan menghormati ayah,  bila ibu juga menghormati si ayah. Anak anak menghormati ibu dan ayah bila ibu ayah saling menghormati.
 
10) Doa. Doa. Doa pada Allah. Inilah tips paling penting antara semua. Kerana hanya Allah yang Maha Berkuasa menyatukan hati - hati manusia, bukan sebab harta. Allah yang mengikat hati, Bukan sebab banyak masa bersama di rumah. Isteri dan ibu seperti saya perlu menjadi hamba Nya yang taat, menjaga syariat Allah hingga Allah berkenan menjaga kasih sayang dan keharmonian keluarga poligami kita ini. Kita doakan Allah suburkan kasih sayang antara kita dan suami.  Antara suami dan anak-anak.  Dan seterusnya.
 
InsyaAllah kita usahakan perlahan lahan memperbaiki dan menyuburkan hubungan suami dan anak-anak. Jika Sekian lama kita dan suami tak rapat, asyik berkonflik - kita tak boleh harap hubungan pulih sehari dua..perlahan lahan dan istiqamah.




Al Quran masih tak erat di hati.

Imam Ahmad: Aku merindui jiwa-jiwa ummah ini disedari dan dihiasi dengan Al Quran.