Kalian nak kahwin tapi mak ayah tak bagi…? Banyak sekali faktor yang membawa kepada situasi ini.
Tapi dua perkara yang boleh saya kongsikan dari pengalaman dan ilmu yang sedikit, pertama, belajarlah negotiation skills. Bukan yang biasa-biasa tapi yang efektif. Supaya ada hasil negotiation yang memuaskan pihak ibu ayah dan empunya diri yang ingin bernikah. Tak perlu memuaskan hati semua pihak sanak saudara jiran tetangga, kerana untuk menyenangkan semua orang – kita takkan pernah ada peluang untuk melakukan perubahan.
“Mak… saya rasa, saya nak kahwin awal…” intro anak kedengaran.
“Boleh, nanti dah abis je belajar, teruslah kahwin… dah ada orangnya ker?” tanya mak.
“Dah ada…yang saya cerita kat mak dulu, tapi saya nak kahwin masa belajar…” sambung lagi.
“Ishh… sabarlah sikit.. Biar selesai satu-satu.. Kan ada setahun setengah lagi belajar…?? Kurang-kurangnya, tunggu lah dapat kerja, boleh kumpul duit…” mak tak setuju.
“Lelaki tu pun tak kerja lagi… nanti macam mana nak hidup..?” mak menambah soalan.
“Mak.. kalau saya kahwin, nak buat kecik-kecik je…” luah anak seterusnya.
“Yelah kecik-kecik pun, kena lah ada seekor lembu. Nanti apa pulak kata orang kampung, kalau mak tak ajak semua..” mak dah mula rasa tak senang.
“Ehh tak nak lah buat kenduri puluh-puluh ribu macam anak Makcik XXXXX tu… saya tak nak sanding-sanding, hantaran-hantaran ni tak payah, dah boleh jimat banyak… khemah satu je.. yang penting nikah..” anak juga tak senang dan mula meninggi suara.
“Tak boleh lah macam tu.. nanti apa pulak pandangan orang kat mak ayah…saudara mara kita tak ada yang kahwin macam tu…” mak berkeras dengan pandangannya.
“Ala mak ni..fikir orang lain je.. Anak mak ni, mak tak fikir pun..” nada merajuk, dan terus masuk bilik. Tutup pintu kuat-kuat. Tak keluar makan. Tidur, tak bangun-bangun.
Teman-teman sekalian, boleh tak kita sama-sama perbaiki dialog di atas?
“Mak…apa pandangan mak kalau saya kahwin masa belajar?” tanya anak dengan sopan pada masa yang agak sesuai, sambil tolong mak lipat kain atau basuh pinggan :P
“Ohh mak rasa macam tu ya.. saya faham..” anak mengiktiraf perasaan mak bila mak timbulkan persoalan-persoalan,
“ Kerja takde…nanti nak makan apa?”
“Nak buat kenduri ada duit ke?”
“Kalau mengandung masa belajar, susahlah nanti. Nanti dah kahwin, mesti study pun tinggal”
Bila mak ayah dah mula beremosi, hentikan sembang bab kahwin. Jangan sampai suasana terlalu tegang.
“Ok mak, nanti saya fikir dulu ya.. terima kasih mak dengar cerita saya… Maaf ya kalau ada apa-apa yang mak tersinggung dengan saya” jawab dengan tenang dan berhikmah.
Jangan sesekali marah mak, atau melabel mak;
“Mak ni tak faham lah”.
“Mak ni susah lah nak dibawak berbincang”.
Cuba letakkan diri kita dalam situasi mak ayah. Sangat-sangat risau hati mereka, anaknya yang dulu sebesar tapak tangan, tiba-tiba buka cerita pasal kahwin. Mak dan ayah kebanyakkannya memang tak ready, kalau di tahun 2011-2012 ni, anak-anak nak kahwin sedangkan umur baru 23 ke bawah… Banyak yang mereka fikirkan dan bimbangkan sebelum benarkan anak mereka berkahwin. Bukan tak bagi anak berkahwin - tapi belum masanya, ujar mak ayah.
Kalau mak ada sakit jantung dan darah tinggi, please be extra careful. Tunggu dua tiga hari, baru sambung bincang tentang nikah. Bila emosi dah tegang, tangguhkan lagi berbincang.
Jangan berusaha dengan 3 atau 4 kali perbincangan, tapi kena lebih. Jangan putus asa, kesabaran gandakan kuasa dua.
Doalah dengan sangka baik pada ALLAH.
“Ya ALLAH, ku harap dapat bernikah sebagai wasilah menjaga akhlak dan keimanan diri. Bantulah diriku menjaga kehormatan diri sebagai muslimah. Bantulah kami berkasih sayang dalam hubungan yang halal. Bantulah kami agar tidak melukai hati ibu dan ayah.Bantulah kami menempuh cabaran sebelum dan selepas bernikah. Bantulah kami untuk bernikah ya ALLAH, bantulah kami agar sentiasa dalam petunjuk dan redhaMU.”
Teruskan memujuk, dan berkomunikasi dengan baik kepada mak ayah.
“Mama dan papa.. Saya meminta izin untuk bernikah kerana saya ingin menjadikan hubungan ini halal dan diredhai ALLAH. Saya menghormati mama dan papa, saya sayang sangat dengan mama dan papa. Saya tidak sengaja melukai hati bila saya bersungguh meminta restu untuk bernikah. Saya minta maaf atas segalanya. Mama papa sangat mengenali diri saya, kelemahan dan kekuatan diri. Terima kasih atas jasa mama papa mendidik dan membesarkan saya dengan sangat baik hingga hari ini.
Saya akui banyak kelemahan diri saya dan pasangan, maka sebab itulah saya mohon izin, bantuan, dan keredhaan mama papa untuk saya membina rumahtangga. Saya tahu keinginan saya ini perkara yang besar, saya merendah hati berdoa pada ALLAH agar kehadiran suami membantu menguatkan diri saya, membantu saya menjadi insan yang lebih matang dan bertanggungjawab.
Moga perkahwinan membantu saya lebih bermotivasi dengan studi supaya kami dapat membina masa depan yang baik. Mama dan papa, saya faham pernikahan ini berat amanahnya, maka saya sangat perlu bimbingan, nasihat dan teguran mama papa untuk meniti tahap kehidupan seterusnya. Kami akui kami masih mentah, kami mohon tunjuk ajar… Jangan biarkan kami sendiri. Doakan kami menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.”
Bersambung.... :)
2 comments:
bukan ke Nabi s.a.w. suruh kawin cepat?
Assalamualaikum akak.. saya juga sedang alami kisah sebegini.
macamana ye alasan yang kukuh untuk mempengaruhi nak ayah yang berfikiran sebegini.. especially bila pasangan itu sebaya dan masih belajar.
jika lepas degree.. dikatanya lepas master pula kerana tiada jaminan keewangan.
Post a Comment