Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Bila yang halal tidak dimaniskan...

Manusia bernikah kerana antaranya, ada dorongan fitrah untuk menikmati hubungan yang halal yang semulajadi lahir dari naluri insan bernama lelaki dan perempuan. Halal yang terwujud dalam pernikahan itu bukan sebatas ruang untuk  hubungan seksual, namun halal untuk saling melahirkan kata-kata cinta yang romantis, jua untuk sentuhan dan belaian penuh kasih sayang yang terjadi selain di kamar tidur.

Saya berkongsi tentang ini kerana beberapa kisah ‘halal’ yang terabai yang sampai di telinga saya. Saya berbicara dengan sedikit ilmu dan pengalaman, agar yang bakal dan telah bergelar isteri memuhasabah dan melihat dari satu sisi, bagaimana seharusnya kita bersikap dalam aspek kemesraan intim suami isteri. 

Mungkin ia 'agak biasa-biasa' jika kemesraan halal itu hambar dan bermasalah setelah usia pernikahan memakan tahun. Namun ia agak luar biasa dan menyedihkan bila ada pasangan muda suami isteri yang baru beberapa bulan atau setahun dua berkahwin sudah memandang sepi pada kepentingan …

"Barang siapa yang menjadikan akhirat tujuannya..."

Make Love Letters at WiddlyTinks.com

Teman-teman yang ku kasihi..

Kadangkala episod duka tak kunjung sudah
Keserabutan menjalar minda dan sanubari
Kesedihan silih berganti
Keluarga sanak saudara menjadi ujian
Persahabatan bertukar dendam dan permusuhan
Pernikahan seakan merudum di pertengahan jalan
Kewangan yang makin menekan..

Ketenangan di mana?
Kesabaran bila kan menjelma?
Kekuatan makin melemah
Kemaafan semakin menghilang
Kasih sayang bagai debu berterbangan

Di mana tuhan?
Di mana tujuan kehidupan..?

Duhai teman...
Ayuh melihat semua ini dari nilaian Ar Rahman
Diciptakan langit dan bumi bukan kebetulan
Didatangkan ujian untuk mematangkan
Dikurniakan nikmat untuk disebarkan

Ayuh melihat semua ini dengan redup keimanan
Ayuh muhasabah dengan jiwa sarat kejernihan
Ayuh berpimpin tangan mencari keredhaan...



Rasulullah SAW bersabda,
“Barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuannya, maka Allah akan memberikan kekayaan kepada hatinya, memudahkan urusannya dan dunia (yang hina ini) a…

.:: Kerana Dakapanmu Begitu Berharga ::..

ALLAH mencipta manusia lelaki perempuan indah dengan fitrah yang sesuai dan sempurna dengan peraturanNYA. Bercakap tentang peraturan, hati saya dulu tertanya-tanya kenapa antara hukuman atau cara untuk mendidik isteri yang nusyuz setelah menasihatinya ialah dengan meninggalkannya di tempat tidur.
‘Apalah sangat yang menghukumnya kalau sekadar tak tidur sekali, nanti bila dah habis gaduh suami isteri, tidurlah sama balik.’ Begitu fikir saya.
Namun, setelah berkahwin dan tidur sekali dengan insan bernama suami, baru semakin saya fahami aturan ALLAH yang sempurna itu. Kerana..., seorang isteri itu merasa amat besarnya cinta kasih suami bila mana berada dalam pelukan suami, merasa bahagia dengan usapan dan belaian suami pada rambut dan kulit halus perempuan yang sememangnya lebih sensitif dari struktur kulit lelaki.
Sentuhan, usapan dan belaian suami yang sering dirindui isteri bukanlah yang bermaksud pencetus kepada hubungan intim, namun Maha Kaya ALLAH yang menjadikan kedekatan fizikal le…

.::Surat cinta buat adinda KhairunNajwa::.

Buat adikku Khairunnajwa.. Moga dirimu berada dalam kemanisan iman dan ketenangan fikiran.
Diri ini merinduimu, dan mencintaimu.. mudah-mudahan cinta dan rindu  ini bukan sekadar ikatan kekeluargaan yang ALLAH tautkan antara kita, namun kerana nilai keimanan dan ketaqwaan yang berusaha kita bina..
Masa terus berlalu tak menunggu kita. Sedar tak sedar, dah hampir dua tahun kita tak bersua muka. Setahun enam bulan diri ini telah bergelar isteri, dirimu belum berkesempatan bertemu diriku dan abang ipar yang telah menjadi ahli keluarga kita. Sekarang pula ALLAH izin di dalam diriku ada seorang makhluk kecil yang menghitung minggu demi minggu untuk menjengah dunia, yang bakal menjadi anak buahmu yang ketiga.
Tahun-tahun yang berlalu penuh rahmat dan nikmat dari ALLAH.. jua ujian kesulitan yang datang di celahan waktu. Alhamdulillah saat ini hati masih terus ingin meniti di atas jalan yang dipimpin cahayaNYA, walau ia sukar dan melelahkan.
Adikku sayang, diriku kini menggilap kesabaran atas kes…

Suami dan Isteri: Berganding bahu menuju Ilahi

Sempurnanya ALLAH mengatur perjalanan hidup manusia, dikurniakannya nikmat dan rahmat yang berterusan pada kita dalam setiap tahap kehidupan. Namun bersama dengan setiap anugerah ALLAH itu, datang ujian dan tanggungjawab yang berat. Salah satu anugerah ALLAH yang sangat berharga dalam kehidupan manusia ialah kurniaan suami dan pernikahan.
Suami adalah manusia biasa, bukan malaikat, juga berjuang dengan fitrahnya yang sentiasa ingin mencari kebaikan dan kebenaran. Dengan fikiran dan perasaannya yang unik sebagai lelaki, yang semestinya berbeza dari minda dan jiwa seorang perempuan, seorang suami yang mengenal hakikat kehidupan akan berusaha memberi yang terbaik kepada perempuan yang sangat dekat dalam hidupnya, yang bernama isteri.
Dengan kelebihan fizikalnya, suami menjadi pelindung dan peneguh kepada isteri yang juga berjuang mencari kebaikan dan kebenaran. Dengan kekuatan ilmu dan iman, seorang suami mampu menjadi pembimbing, penasihat dan teman terbaik pada isteri. Seorang suami jug…

... Di mana akidah di hatimu...

Antara buku yang termasuk dalam senarai buku untuk saya baca dan fahami ialah buku yang berkaitan dengan akidah. Saya menyuarakan keinginan ‘meminjam’ sebuah buku dari taman ilmu yang luas[baca:library] suami saya di Shah Alam, buku tebal yang bertajuk ‘Syarah Akidah Wasatiah’.
Namun sebaik buku itu sampai di tangan, saya rasa tinggi kemungkinan untuk saya tidak membaca hingga habis kerana ketebalannya dan bila membuka melihat kandungannya sepintas lalu, saya rasa tidak mampu untuk menghadam isi kandungan kerana nilai ilmiahnya yang tinggi bagi 'pelajar agama darjah 1' seperti saya. [insyaALLAH di masa akan datang saya akan mampu membaca buku yang lebih ‘serius’ seperti itu.]
Suami lantas mencadangkan satu buku lain yang lebih ringkas dan nipis, yang mana insyaALLAH mendorong pembaca yang baru ingin mengenali tentang akidah seperti saya. Melihat buku itu, besar niat dan harapan untuk saya makin mengenali dan memahami akidah Islam yang menjadi jalan hidup yang telah ditelusuri se…

...Sepetang Melentur Iman...

Alhamdulillah.. dengan rahmat dan kasih sayang ALLAH, ALLAH telah membantu kami melaksanakan sedikit majlis ilmu buat menambah keyakinan dan pengetahuan teman-teman para pelajar tentang Islam dan Iman. Kami juga mengharapkan program sebegini memberi nilai tambah untuk iman dan ketaqwaan kami.. Taalim petang hujung minggu itu, Alhamdulillah menjadi medan jua untuk kami berukhuwwah dan menjalin silaturrahim dengan saudara-saudara muslimah yang baru dikenali..
Dalam majlis yang dihadiri seramai lebih kurang dua puluh orang muslimah, dua pengisian sederhana telah disampaikan oleh teman-temanku, iaitu tentang Hadith 19, dan Pembentukan Syakhsiah Muslimah. Syukran jazilan pada dua orang saudara muslimahku yang telah bersedia dan mengkaji semampunya untuk berkongsi yang terbaik pada audiens yang ingin mendengar. Mereka bukan ustazah, seorang merupakan bakal akauntan, seorang lagi merupakan guru seni di sebuah sekolah menengah, namun mereka mempersiapkan diri jua iman, menelaah ilmu dan menggi…

Syukur..dan terus bersyukur.

Anakku sayang.. sekarang alhamdulillah lebih kurang 33 minggu dirimu berada di dalam rahim ibu. Pengalaman mengandung ini memenatkan, sukar namun sangat mengujakan. Ibu bahagia dan teruja merasa kehadiranmu yang terasa aktif bergerak di dalam perut ini. Lebih kurang sebulan lagi, insyaALLAH ibu akan bertemu dirimu..
(Seandainya dirimu tidak berpeluang hadir di dunia, sesungguhnya ALLAH memilihmu berada di tempat yang terbaik. Seandainya kehadiranmu membawa ibu pulang pada tuhan, moga ibu menghadap ALLAH dengan hati yang salim..)
Memenatkan kerana berat badan ibu kini 81 kg. Dirimu lebih kurang 2 kg sahaja, tapi ibu yang banyak makan dan banyak berehat ni selalu termengah-mengah bila bergerak lebih. Pergerakan harus perlahan-lahan dan berhati-hati, jika ibu bergerak cepat-cepat, terasa sakit dan ngilu di bahagian rahim.. Hmm ibu patut bersyukur kerana ramai ibu-ibu lain yang mengandung, namun dalam masa yang sama terpaksa @ paksa rela @ rela hati bekerja.. Moga ALLAH merahmati kesungguh…

Kursus Pengurusan jenazah - UIA Gombak [19/5/2010]

Zikrul Maut – Ustaz Ahmad Hasyimi bin Che Pa
Kursus Pengurusan jenazah - UIA Gombak [19/5/2010]
Assalammu’alaikum wa rahmatullah
Hari ini mama dan baby menyertai Kursus Pengurusan Jenazah Di UIA Gombak yang dianjurkan oleh INTIS Consultant. Mama tiba di Kuliyyah Economics And Management UIA pada pukul 9.30 pagi, lewat setengah jam dari waktu sepatutnya kursus bermula. Namun setibanya di dewan seminar untuk kursus itu, program masih belum bermula..
Sepanjang perjalanan tadi, mama rasa bersalah kerana tidak menepati masa yang ditetapkan oleh penganjur.. Isyy, menggelar diri seorang daie, meletakkan diri pelajar dan pejuang sunnah, namun tidak serius menjaga waktu…? Mama berjanji akan memperbaiki akhlak menjaga masa ini pada masa akan datang…
Kursus dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Abu Usamah @ Bro Masri, yang memberi tazkirah tentang kepentingan majlis ilmu..hhmm moga mama mengikhlaskan diri hadir ke majis ilmu ini, mudah-mudahan bermanfaat di bila tiba masanya nanti.
Slot pertama kur…