Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Muslimah: Membangun Kekuatan Diri

Assalammualaikum wrbSahabat sahabat pembaca kadang bertanya saya dan meluah, bagaimana harus saya kuat dengan ujian hidup yang selalu menerpa..?Terutama apabila melibatkan perhubungan sesama manusia, spesifiknya hubungan suami dan isteri. Sewaktu hati ingin menikah, yang diimpi adalah ketenangan dan kebahagiaan..namun Allah benar benar menduga hati pada siri siri konflik rumahtangga yang tidak sudah..monogami dan poligami, sebenarnya memang kita tak dapat lari dari ujian Allah..Pertama, saya juga seperti kalian yang kadang kadang Allah uji dengan konflik ringan dan berat dengan pasangan dan saya juga berjuang untuk bangunkan kekuatan perasaan..Seperti mesej saya pada seorang sahabat;"Ukhti..ana manusia biasa ada rasa sedih dan lemah.. salah satu cara menguatkan diri ialah, ana doa mohon kesabaran dan kekuatan hanya untuk hari ini.. tak usah pandang jauh jauh ke depan atau merenung yang dah lepas.Fokus lah untuk kuat, sabar, tenang dan baik HANYA untuk hari ini. Kerana semalam tel…

Seminggu di Perth

Alhamdulillah hari ini Jumaat, 23 Januari 2015- seminggu telah berlalu sejak menginjak kaki ke Bumi Perth ini.Syukur kepada Allah Yang Maha Memelihara..dan Maha Luas KurniaNya hingga mampu saya menikmati perjalanan ke Benua Australia  ini buat pertama kali dalam hidup .Sekarang musim panas yang siangnya panjang dari malam, dengan panas terik mentari . Namun kekadang Allah juga bagi angin sejuk dan suasana redup teduh menghibur jiwa di musim panas ini.Saya sebenarnya memang tak ada bajet melancong tapi saya datang sini atas pelawaan Aina sahabat saya yang sponsor tinggal di rumahnya dan sponsor makan minum- dengan beberapa okjektif. Sahabat yang dikenali lebih sepuluh tahun ini pula amat meraikan kehadiran saya dan anak anak..Saya tak kisah pun kalau tak dapat berjalan jalan sangat tempat  berbayar sebab saya tahu di Perth sangat banyak FREE playground  atau park untuk menghibur anak anak. Alhamdulillah  anak anak sangat suka dan teruja. Mama pun sama :DHari kedua saya sudah berpeluang…

Dari Meru Ke Rivervale, Perth

Alhamdulillah Abdullah dan Abdurrahman menerima sahabat baru mereka seadanya. Umar dan Jannah lebih kurang sebaya umur mereka.Dari pagi ke malam asyik main bersama. Makan. Bergaduh. Berbaik. Main semula. Tapi takpe kan..play is a serious  learning for kids.  Belajar bersosial. Belajar sharing and taking turns.Setelah saya rehatkan mereka, bangun tidur selepas asar, ke playground  berdekatan. Di panggil Peet Park. Hari pertama kan..teruja dan teruja. Abdurrahman  suka nampak banyak anjing. Saya suka nampak kawasan perumahan yang tak padat dan banyak pokok bunga dan pokok menghijau yang tak jumpa di area rumah saya di Meru, Klang.Petang Khamis itu di padang ramai juga yang beriadah. Main baseball?? Entah..saya tak biasa tengok..Alhamdulillah  untuk hari pertama yang menyenangkan. Menyegarkan.

Kembara Perth: Bermula Perjalanan

Alhamdulillah pukul 9 malam 14 January  2015 saya dan anak anak tiba di KLIA2. Flight D7236 untuk perjalanan dari 15 Januari hingga 19 February  2015 ini dijadualkan pukul 12.05 malam. Selama sebulan itu akan menetap di rumah sahabat lama saya, Aina Farhana Leong. (Juga ada Khai suaminya dan anak anak mereka Umar dan Jannah).
Saya dah solat jamak maghrib dan isyak, dan saya memang mahu check in awal awal selepas belajar dari kesilapan masa ke Phnom Penh lepas. Waktu itu, saya tidak bersedia untuk perjalanan jauh ke gate dan bersama dua anak kecil pula yang leka mahu singgah di kedai kedai sepanjang ke pintu gate kami yang belas belas. Nyaris tertinggal :D
MasyaAllah anak saya Abdullah sangat baik dan sangat membantu. Dia membawa dengan menolak cabin bag sepanjang dari kaunter imegresen hingga ke Gate P6. Kami tidak ada checked baggage - hanya carry on luggage hehe dalam percubaan belajar travel light..
Saya percaya, selalu ada bantuan Allah untuk saya yang sendirian travel dengan dua ana…

Kekurangan diri = Merendah Hati

Kekurangan diri perlu untuk merendah hati..kan?Dalam keadaan kita serba kekurangan pun, kadang kita selalu merasa hebat.Melihat pada orang sekeliling, pelbagai jenis manusia akan ditemukan. Yang pasti, tiada manusia sempurna ditemukan.Salah satu hikmah mungkin, kenapa Allah mencipta manusia itu penuh kelemahan adalah supaya manusia tidak bongkak dan akan kembali kepada Tuhan. Kalau dirinya sempurna, mana mungkin mudah untuk mencari tuhan malah mungkin merasakan dirinya lah Tuhan kecil yang berkuasa ke atas perjalanan hidupnya dan orang lain.Maka bila insan punya kelemahan yang ia harus selalu perbaiki dan melakukan perubahan- insyaAllah ia lebih elok untuk merendahkan hatinya dalam pergaulan sesama manusia.Dia merasakan insan lain ada kekuatan untuk menampung kelemahannya dan ia belajar bagaimana untuk berubah membangun kebaikan sepertimana dimiliki insan lain.Antara kita mungkin ada yang:Bagus dalam membangun aspek spiritual  Bagus dalam kemampuan sosial dan interaksi dengan banyak p…

Kembara Perth 2015: Persediaan

Saya telah ke Perth dari 15 Januari 2015 hingga 19 Februari 2015 untuk berjalan, berkhidmat dan belajar bersama-sama anak saya dua orang:) Untuk perjalanan sejauh dan selama sebulan ini, memang perlu bersedia dan merancang dengan baik.
Antara persediaan saya ialah;
1) Check expiry date passport saya dan anak anak ..alhamdulillah kami boleh keluar negara untuk dua tahun lagi.
2) Beli tiket - saya memerhati harga tiket berbeza pada hari dan waktu yang lain. Betul lah tips yang kata kalau book hujung minggu harganya mahal. Kalau pukul 2 -4 pagi hari selasa hingga khamis waktunya lebih murah sepanjang pemerhatian saya. Walau pemerhatian kalian mungkin lain pula :D Akhirnya saya book tiket untuk pergi hari Khamis selepas membanding harga.
3) Visa - memandangkan masuk ke Australia  perlu visa, saya pun google tentang cara membuat visa. Ada yang buat melalui web Imegresen Australia , ada yang buat melalui travel agent seperti Poto Travel dan yang famous juga di kalangan kaki travel and blogger i…

Akhlak mulia = Pakaian Terbaik

Semenjak dua menjak ini semakin anak membesar dan bereaksi negatif ( sebab mamanya ini pun selalu negatif )- memang cepat  saya nak marah marah dan menjerit.. :(Kalau Rasulullah saw tengok, malunya saya... baginda saw sangat penyayang dan penyabar tika di samping anak anak...bagi perhatian pada kanak kanak dengan kelembutan dan hikmah.Saya ingin anak anak lelaki saya membesar sebagai insan yang kaya jiwa dan berpekerti tinggi - maka akhlak diri ini perlu saya perelokkan dengan istiqamah.Saya mahu mereka membesar menjadi pemuda penuh cinta kasih, bertanggungjawab, belas kasihan, bersabar dan tidak pemarah - sungguh, saya perlu tinggalkan karakter pemarah, serabut dan tak sabar.Saya perlu bijak menangani pembesaran fizikal dan emosi mereka supaya mereka satu hari nanti tidak menjadi lelaki yang tiada belas kasihan , defensif, kasar kerana ibunya ini kasar dan kurang belas kasihan....Saya juga ingin mereka merendah hati, bertoleransi dan menghormati serta mesra sesama saudara seagama..ma…

Poligami Dan Minta Cerai

Antara isu yang ditimbulkan dalam grup poligami baru baru ini ialah,
Kenapa isteri pertama akan minta cerai kalau suaminya berkahwin lagi tetapi, di kemudian hari mereka bersedia pula menjadi isteri kedua pada lelaki lain...? (Memang ada beberapa kes begitu)
Saya berkongsi pandangan bahawa sebenarnya normal kalau isteri pertama itu bila diceraikan, dia kemudian sanggup menjadi isteri kedua. 
Pada pandangan dan pengalaman saya- Isteri kedua berada di posisi menerima, menjadi isteri kedua kurang atau tiada dugaan perasaan dari segi rasa kehilangan dan tak melalui fasa hakikat nak share kebaikan, perhatian, tubuh badan dan kemesraan suami selama ini - akan turut dinikmati perempuan lain isteri kedua .
Bila dilamar sebagai isteri kedua , isteri kedua(termasuklah isteri yang pernah bercerai sebab tak nak bermadu) secara psikologinya akan rasa diperlukan, rasa dihargai, rasa diberi perhatian, rasa dicintai... rasa positif dan memperoleh motivasi dan kekuatan untuk melangkah ke alam pernikahan.
B…

Poligami: Mengharap Kesempurnaan Suami...?

"Bukan saya tak bagi suami kahwin lagi, tapi..."
- 'Kewangan tak cukup.. saya yang banyak tolong suami dalam bab duit..'
- 'Hubungan seks hambar atau dah lama dingin..atau saya tak pernah puas dengan suami..kenapa nak kahwin lagi kalau tak mampu cukupkan keperluan  saya?'
- 'Suami tak ada masa banyak untuk isteri dan anak anak.. ada masa pula untuk isteri baru...??+×@#$&^%'
- 'Suami tak selalu tolong pun isteri di rumah, nak kahwin lagi sebab nak tolong ibu tunggal tu...? ?&^#*'
Sesungguhnya kalau kita mencari suami sempurna macam yang kita nak, memang sampai bila pun kita tak jumpa..sebab tak ada manusia sempurna.  
Dan pertanyaan lain untuk saya dan kita bernama isteri, kalau suami sempurna pun - adakah kita akan mudahkan suami berkahwin lagi? 

"..abang, saya cukup semuanya dari abang, cukup duit, cukup perhatian, cukup seks, cukup segalanya..abang baik dan bertanggunngjawab... silalah abang berkahwin lagi.."
...akan begitukah? ...…