Wednesday, October 5, 2011

Pernikahan: Jangan Lupa Belajar Memasak :)




Minggu lepas, suami saya berpuasa sunat pada hari Khamis. Saya memasak untuk berbuka puasa, tapi tak jadi.. Tak sedap pun :( tapi suami saya makan je dengan sabar. Tapi malam sikit, saya keluar belikan makanan yang best sikit, saya seronok suami enjoy the food… ( tapi tetap ada seronoknya sebab bukan air tangan isterinya ini).

Hari berikutnya saya masak, still tak jadi.. Bertambah duka hati saya.. Suami saya? Moga ALLAH memberinya pahala bersabar dengan masakan saya yang tak enak itu… Bila saya dan suami memuhasabah masakan itu, saya tahu apa yang perlu diimprove.

Cerita tentang makanan, bukanlah kerana ia isu besar sangat dalam hidup kita ini. Tapi ia boleh jadi besar pada aspek penjagaan seorang isteri pada kebahagiaan rumahtangga.

Suami seronok makan masakan isteri, lebih sihat, lebih bersih dan lebih menepati selera suami – apatah lagi makan di rumah yang nyaman di sisi keluarga. Suami bukannya nak makanan yang hebat hebat, tapi kesungguhan dan ingatan isteri itu yang bagi nilai tambah pada keharmonian rumahtangga…insyaALLAH.

Lagipun, suami penat balik kerja.. macam suami saya, kadang dia balik kerja waktu pagi, kadang waktu lunch, kadang waktu dinner – takkan seorang pemimpin rumahtangga macam saya nak biarkan suami makan nasi bungkus dari kedai luar setelah dirinya lelah bermusafir… kecuali lah isteri ada situasi yang tak boleh masak ( isteri yang penat bekerja juga, mungkin boleh komunikasikan bab masak ini dengan suami sebaiknya.)

Suami saya selalu cakap, dia seronok makan makanan isteri malah terbang ke seluruh pelosok dunia pun, isteri-isteri nya ini akan bekalkan makanan. (hmm kecuali macam Australia ‘negara suci’ itu, makanan tak dibenarkan dalam bagasi..hee) tapi saya tak pandai masak macam kakak first wife .. (sila baca nada cemburu itu dengan positif ok, takpe cemburu untuk peningkatan diri kan?)

Itu cerita minggu lepas, tapi minggu ni pun rupanya episod yang sama. Kesian kan kat saya.. masakan saya tak menjadi juga.

Menu tak jadi kali ini ini ialah baked pasta dan kari ikan.. (jangan ketawakan saya ya). Tapi tetap lah suami saya makan baked pasta itu di Hong Kong dan balik ke Malaysia suami saya tetap berterima kasih dengan kari ikan saya..

Saya dah muka tak seronok, tapi suami saya sangat bagus – tetap ada darinya ucapan terima kasih kerana memasak dan dorongan untuk saya tingkatkan skill memasak… Suami saya bilang, saya boleh masak sebenarnya … sebelum-sebelum ni ok je masakan saya, tapi agaknya saya ni tak istiqamah…

Ohh saya sangat jeolous dengan kalian yang pandai masak, ada blog resepi sendiri, then yang tayang masakan di fb lagi, cemburunya saya…. (Ok sila lah sahabat-sahabat pembaca, offer diri untuk ajar saya masak..)

Itu kisah saya, bagaimana pula kisah kalian tentang memasak ?

Saya ingat lagi, antara pengakuan saya pada bakal suami dulu (suami saya kini) ialah saya tak pandai memasak. Tapi takkan mengaku saja, mestilah kena berjanji untuk belajar memasak..

Selepas bernikah, bermulalah episod saya memegang senduk kuali, bermula perjalanan saya ke pasar basah memilih ikan dan ayam, sambil beberapa kali menelefon mak bertanya jenis dan bentuk ikan..

Ohh dulu waktu zaman belajar, saya asyik dengan paperwork buat program, sibuk berprogram ke sana ke sini di kolej atau dengan NGO luar, asyik pula dengan bahagian yang mengurus program secara keseluruhan, saya tak berapa kisah dengan makanan – saya serahkan semua pada ajk makanan. Bila program yang perlu masak sendiri, saya hanya memandang dari jauh, hanya bertanya berapa bajet makanan…

Hingga saya sangat ketinggalan bab masakan… Alin, kawan saya yang baik dan nakal itu pun ketawakan saya tak pandai buat air teh..

Saya ada baca luahan seorang suami, yang dia sangat happy kalau balik ke rumah ada dinner yang disediakan isteri walaupun simple. Betul lah, tak semestinya setiap malam. Ada hari yang kita keluar makan, ada hari yang suami makan dengan kawan-kawan, di program luar dan sebagainya. Namun sediakan juga hari untuk suami makan di rumah isteri, makanan isteri dengan hati yang berseri..

Bulan-bulan pertama pernikahan, atau tahun-tahun pertama berumahtangga mungkin suami ok kita tak masak, tapi bila dah ada anak, bila dah bertahun-tahun pastinya suami rindu nak merasa masakan isteri.. Jadi ayuhlah kita para isteri memasak sedikit sebanyak untuk suami dan anak-anak..

Pada isteri dan ibu yang sibuk bekerja, mungkin boleh belajar tips memasak ekspress dari yang pakar. Pada ibu yang duduk rumah, ayuh manfaatkan peluang untuk menjadi chef yang dekat di hati suami dan anak-anak..







9 comments:

Munajah Cinta said...

salam adni
akak is your silent reader.but today i wanna express my feeling towards u. walaupun masih muda, adni cukup matang dalam berfikir dan bijak merencanakan kehidupan sesuai dengan tuntutan agama.you express it thru all your articles.love to read it.penawar di jiwa.

Ummu Uwais Azizah said...

AsSalamua'alaykum kak Nurul,
Chaiyok-chaiyok! practice make perfect insha Allah. =)

Kadang-kadang mindset pun penting untuk buat yang terbaik kan, jadi akak jangan kata akak tak pandai memasak.

Akak pandai memasak cuma mungkin citarasa suami tu yang berbeza dengan tekak kita. Jadi teruslah memasak ikut 'lidah' suami. he3

Barakallahu fik~

nurzaitihamdan said...

tiba2 rasa nak komen..saya pun dulu masa mula2 kawin tak pandai masak..ni dah masuk tahun ke 3 kawen, alhamdulillah nak kat apandai tak lah pandai tapi saya cuba juga belajar sebab suami dan anak tiri saya lebih suka saya masak dari beli kat luar. ahh saya tak reti sangat, bukan lah pakar tapi saya sedia berkongsi ilmu yang tak seberapa dengan anda. boleh jenguk blog saya di : makcikzetis-kitchen.blogspot.com... salam kenal ya :)

nurzaitihamdan said...

assalamu'alaikum,

saya pun nak share juga, mula2 kawin saya tak reti bab masak ni, lebih2 lagi lidah suami bukan lidah malaysia (suami saya kashmiri) jadi sikit2 belajar la, masak ni satu je rencah yang penting, masak dengan kasih sayang...kuih hangus pun jadik sedap. ha ha ha. saya takde la pakar memasak tapi sudi2 lah jenguk blog saya ya..saya pun suka share resipi. by the way, practices make perfect, ukhti :) semoga sentiasa dalam barakah Allah, ameen :)

drama drama drama said...

assalamualaikum..
alhamdulillah..satu lagi perkongsian yg sangat menarik dan jujur... :)

saya pun TAK pandai masak..alhamdulillah, suami seorang yg tak cerewet bab makan..semua yg saya masak walau x menjadi atau x "berasa" tetap dikata sedap dan habis di makannya.. sungguh besar jiwa saya melihat respons suami yg begitu positif..syukur..alhamdulillah.. :)

tp lama2 saya sendiri yg rasa terpanggil utk belajar memasak sungguh2..sebab dorongan dan respons positif suami.. dia buat saya rasa excited setiap kali mula memasak..walaupun selesai memasak tu hasilnya x seberapa, tp tetap mempersembahkan kpd suami dgn rasa bangga...

saya setuju dgn komen akak di atas..masaklah dgn penuh KASIH SAYANG dan rasa confident..insyaAllah hasilnya nanti kalau pun x sehebat master chef tetapi lebih drpd cukup utk menggembirakan hati suami... :)

salam kasih sayang dari saya..

Nurul Adni Adnan said...

terima kasih atas kata-kata dan perkongsian menarik dari semua ;)

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih

Syuhada said...

Assalam 'alaykum kak.

Saya baruu je jumpa blog ni.
Dan saya memang tak pandai memasak.
Baca ni buat saya rasa bersemangat nak belajar masak.

Hehehe. :D

Nurul Adni Adnan said...

jom syuhada..kita masak yang halal dan thoyyibah..

all the best untuk kita semua :D

moga jadi ibadah di sisi ALLAH...

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...