Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Destinasi Cinta Wanita

Teman pembaca yang dikasihi... Rahsia kebahagiaan seorang wanita antara lain ialah dia mengetahui akan hala tuju dan destinasi kehidupannya dengan jelas. Dia mengenal hakikat penciptaan dirinya dan kenapa tuhan meletakkan dirinya di bumi ALLAH ini.

Saya dulu berada di alam remaja, yang membesar dikelilingi budaya cinta melalui majalah, novel, televisyen serta teman-teman yang lincah dalam pergaulan. Sangat normal untuk remaja merasai bahawa dia perlu ada seseorang untuk dicintai dan mencintainya.
Kita meningkat dewasa dengan fitrah itu, mahukan seseorang yang bernama lelaki untuk mengasihi dan menjaga kita seadanya. Lalu fitrah itu perlu diluruskan di atas syariat ALLAH. Mencintai lelaki di alam perkahwinan. Dan perkahwinan pula bukanlah medan sekadar menghiburkan perasaan, ia sesungguhnya kurniaan dan amanah yang sangat berat.
Perkahwinan menuntut kita berilmu dan beramal. Perkahwinan bukanlah tujuan kehidupan, yang kita menyerahkan jiwa raga kepadanya – namun ia adalah medium untuk kit…

Suami Anugerah Tuhan

“Anwar Anugerah Tuhan”
Begitulah bunyinya headline muka depan sebuah akhbar satu waktu dulu. Dengan kenyataan itu, nampaknyanya pihak media membuka ruang dan peluang untuk masyarakat terus mempersenda situasi  Dato’ Seri Wan Azizah yang merupakan Presiden sebuah parti politik.
Kebelakangan ini, pihak media sememangnya sudah banyak memuntahkan kepada kita tentang ‘gelojak’ yang berlaku dalam parti pembangkang itu hingga mungkin kita berasa muak mendengar segala permainan politik ini.
Saya tidak ingin terlibat jauh dalam politik, saya hanya mendoakan pemimpin-peminpin islam kita mampu menjalankan menjalankan amanah sebaiknya.
Namun saya suka melihat sisi positif dan kebaikan dalam kemelut politik yang sedang mereka tempuh. Kenyataan muka depan akhbar itu sedikit sebanyak membawa saya melihat satu ciri baik seorang isteri, yang benar-benar berada di belakang suami, menyokong dan memberi dorongan sewaktu banyak pihak mencerca dan menjatuhkan suaminya. (Well, tak bermaksud saya menyokong merek…

Catatan Umrah: Madinah Yang Dirindui

Hari hari yang baik di bumi Madinah. Hanya saja, hidungku yang bocor (selsema) menyebabkan tidak boleh berlama lama di bawah langit terbuka sepertimana pengunjung Masjid Nabawi yang menikmati rehat dan ibadah di perkarangan masjid. Udara terasa amat sejuk menusuk hidung.

Kadang terasa tidak percaya ALLAH izinkan sampai di sini. Alhamdulillah. Teramat syukur perjalanan datang ke Madinah ini dipelihara ALLAH seperti dalam entri pertama musafir umrah.

Berada di rumah ibadah ini membuatkan hati terasa ingin terus di sini selamanya - jauh dari fitnah dunia. Hanya solat, baca quran, zikir lisan, berhenti makan dan minum air zam zam...

Namun sedar bahawa kita ini bukan sekadar hamba yang perlu rukuk dan sujud. Kita juga punya tanggungjawab sebagai khalifah - mengajak kepada kebaikan, melarang dari keburukan. Perlu menyumbang untuk membangun kehidupan dunia yang harmoni.

Maka, masa di dalam masjid dan di luar masjid perlu diseimbangkan agar kita benar benar memanfaatkan semua potensi seorang…

Pentingkah POLIGAMI dalam Islam...?

"Sejauhmanakah 'KEPENTINGAN' poligami dalam islam dan dalam baitul muslim untuk membantu perkembangan dakwah sesuatu jemaah?"

Begitulah bunyinya antara soalan yang tiba ke inbox saya.

Sekadar kefahaman saya, sejauhmana kepentingan poligami di dalam islam ialah sejauhmana kefahaman individu yang menikah tentang misi dan visi rumahtangganya. Bernikah, antara lain ialah untuk melahirkan zuriat - dan kita mahu melahirkan generasi yang membina peradaban di atas landasan islam.

Pernikahan- poligami atau monogami - juga adalah wasilah atau alat pengabdian diri kepada ALLAH. Wasilah yang dikurnia sejajar fitrah dalam membina generasi muslim yang menyebarkan risalah ALLAH dan Rasul SAW.

Maka secara umumnya, pada pandangan saya, samaada poligami akan membawa kebaikan kepada agama atau tidak, sangat bergantung kepada KITA – individu muslim - bagaimana memanfaatkan monogami atau poligami.

Jom bertanya pada diri sendiri, adakah kita bernikah untuk membina keluarga yang beriman, hingga…

Wanita berilmu adalah Miss Universe...

"Menuntut ilmu adalah kewajipan ke atas setiap Muslim. Sesungguhnya segala sesuatu memohonkan ampun kepada Allah, bahkan ikan di laut pun memohonkan ampun untuknya..."(hadis sahih)

Teman pembacaku yang baik... ilmu adalah segala-galanya.

Ilmu mengenalkan kita pada Allah Sang Pencipta.

Ilmu menuntun kita ke arah kebahagiaan di dunia dan akhirat sana.

Ilmu adalah cahaya, ilmu menghidupkan jiwa dan minda.

Jom terus berkongsi ilmu dengan saya... moga dengan ilmu - saya dan kita semua dipimpin jalan ke syurga, diselamatkan dari azab neraka....

Di dunia ini, moga kita menjadi wanita yang cantik kerana ilmu yang menghias sanubari dan peribadi.

Orang berilmu mendahulukan redha tuhan dari perasaan. Orang berilmu menggauli ibubapa, ahli keluarga, teman teman dan pasangan dengan akhlak yang menenangkan. Hingga dirinya begitu cantik di mata Allah dan seluruh makhluk tuhan.
posted from Bloggeroid