Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

.:: Ketibaan Khalifah ::.

"...Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas sesetengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."  Al-Anaam:165]



Birth Announcements by WiddlyTinks.com

.:: Antara Bukti Kasih Sayang ALLAH ::.

ALLAH mengujiku dan dirimu, dengan segala apa yang meresahkan, menyusahkan, menyedihkan dan menyakitkan....bukan hanya untuk menghapus dosa, namun kerana ujian-ujian itulah juga antara bukti cinta kasih ALLAH pada jiwa-jiwa ini...
Tidakkah kita tenang dan bahagia melihat sebahagian bukti cintaNYA...?
"...Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلاَءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاَهُمْ فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ
Sesungguhnya besarnya ganjaran (pahala) bersamaan dengan besarnya ujian (bala’). Sesungguhnya apabila Allah mengasihi sesuatu kaum, Dia menurunkan ujian (bala’). Maka sesiapa yang redha maka dia mendapat keredhaan (Allah) dan sesiapa yang marah maka dia mendapat kemurkaan (Allah).
Apabila sesuatu bala’ menimpa sesuatu kaum, jangan kita pantas mengatakan mereka sedang diazab oleh Allah. Ini kerana boleh jadi apa yang berlaku ialah sebaliknya, iaitu Allah mengasihi kaum itu dan…

4 Ramadhan: Menjadikan Poligami Pilihan Bersama

Di kesempatan Ramadhan kali ini, ingin saya berkongsi sedikit sebanyak dari persepsi seorang isteri, yang ALLAH izin menjadi isteri yang kedua [terlibat dengan poligami].. Perkongsian saya ini pastinya terbuka pada kesilapan dan kritikan. Ungkapan maaf terlebih dahulu disua andai ada coretan keterlaluan yang menyinggung perasaan.
Tulisan di bawah dicoret setelah beberapa bulan berkahwin, betapa ketika itu saya cenderung menyokong poligami atas beberapa faktor, dan kini setelah setahun enam bulan bergelar isteri, alhamdulillah saya masih cenderung melihat syariat poligami disuburkan..
                               *                                         *                                         *
Poligami itu umumnya berat diterima isteri. Kerana apa ya..? Di sana ada rasa dan alasan yang berbeza bagi isteri yang tidak menyenangi hasrat suami untuk berpoligami. Secara peribadi, bagiku ia terasa berat kerana dirasakan seandainya suami kahwin lagi, suami akan membawa pergi sayang dan kas…

1 Ramadhan: Sebuah Coretan

Satu ramadhan berlalu sudah, mentari dua ramadhan kini menjelma. Di waktu sahur semalam, mommy dan papa masing-masing makan semangkuk oat dan nestum yang ditabur sedikit kismis. Kemudian kami berkongsi sebiji epal, dan turut mencicip sedikit tamar. Alhamdulillah dengan menu sahur yang sederhana itu, mommy mampu bertahan hingga waktu maghrib walau pun di waktu zuhur mommy dah rasa zero energy.. hee anak mommy ke yang kuat makan dan lebih rasa lapar..??
Sebenarnya mommy yang rasa tak sabar dengan kepenatan [dan kelaparan] berpuasa, maklumlah tidak melazimi puasa sewaktu mengandung. Jadi di samping melewatkan sahur, dan mengambil vitamin,  mommy berusaha memberi santapan hati yang cukup supaya kekuatan ruhiyyah mommy mampu mengalahkan kelemahan fizikal untuk puasa kali ini.
Alhamdulillah mommy dan baby masih dipanjangkan usia dan diberi kesihatan untuk menunaikan ibadah puasa. Mommy menghitung hari akan kehadiranmu duhai anak.. namun mommy juga mengingatkan diri agar dalam keterujaan menan…

.:: Keluarga Impian : Kenyataan Sering Menguji Impian ::.

Assalammua’alaikum wa rahmatullah
Moga kalian para tetamu rumah maya ini, jua anakku yang bakal menjengah dunia berada dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH yang tidak putus-putus. Lama juga tidak mengisi blog ini dengan sesuatu, benar sekali, jika iman di sukma ini tidak seberapa, hati dan jari jemari terasa kesat untuk berkongsi untaian kata yang bermakna.
Kali ini ingin ku kongsikan sedikit pandangan tentang keluarga impian, berdasarkan hidup berkeluarga yang telah dilalui sejak 26 tahun yang lalu. Dahulunya, erti bekeluarga dikelilingi ayahbonda tercinta dan adik beradik, tika ini ALLAH izin diriku membina keluarga seterusnya bersama suami dan anak tercinta insyaALLAH. Mohon doa dan bimbingan semua.


Penulisan ini sebenarnya adalah tugasan dari halaqahku, sementelahan diri ini telah berumahtangga, diminta untuk menulis tentang keluarga impian. Alhamdulillah tugasan yang membawa diri ini memuhasabah diri, keluarga bagaimanakah yang ingin ku bentuk di dunia yang sementara ini... Arah mana…

.:: Terima kasih teman ::.

Anakku sayang, di kesempatan kali ini, mommy ingin mengucapkan ayat-ayat cinta & terima kasih buat teman-teman yang ALLAH kurniakan dalam hidup mommy..
"One of my fears dulu ialah going into labor early and unexpectedly. So always be somewhat prepared. InsyaALLAH. Yakinlah dengan ALLAH, dan yakinlah ilmu-ilmu yang ditimba adalah ilmu milik ALLAH sekalipun datang dari orang kafir, kerana mereka setakat belum sedar mereka juga adalah hamba ALLAH. Birthing and being pregnant was one of those experiences yang paling meransang hati ana supaya banyak bergantung pada ALLAH. Love you.." kongsi sahabatku. Sahabatku lebih separuh dekad, yang sejak awal banyak mendorongku mempersiapkan diri untuk menjadi ibu yang berilmu.
"Ukhti kena rajin-rajin jaga hubungan dengan ALLAH.. InsyaALLAH kita mampu beramal walaupun kita sakit, itu semua kerana pertolongan ALLAH... Ukhti pun pasti akan boleh buat  kalau lebih banyak bantuan dari ALLAH. Kuatkan semangat ya, semoga ALLAH sentiasa bers…