Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Kenapa mesti poligami...?

Ujian poligami sememangnya sangat mengharukan jiwa seorang wanita.
Samaada wanita itu dipoligami dengan persiapan, ilmu dan kesedaran, atau dipoligami secara tiba-tiba - ujian suami menikah lagi itu sesungguhnya mengocakkan emosi wanita di sudut hati yang paling dalam. Sekalipun jiwa berkocak atau bergelora dihempas badai perasaan- insan yang tetap kembali kepada ALLAH akan mampu mencari jalan ketenangan di sebalik kesulitan jiwa yang dihadapi.
Kenapa mesti poligami...?
Kenapa mesti hidup dalam cemburu berpanjangan...?
Kenapa awak biarkan suami awak berkahwin lagi...?
Kenapa awak sanggup kahwin dengan suami orang dan buat isteri pertama menderita...?
Kenapa dan kenapa ini biasanya merupakan soalan yang datang dari mereka yang belum diuji poligami..
Kalau sedang dan telah diuji poligami, akan menyoal salah ke saya memilih poligami..? Buruk sangatkah poligami ini..?
Situasi setiap wanita dan perjalanan hidupnya tidak sama. 
Ada wanita yang dari usia muda remaja lagi telah menjadi rebutan ramai l…

Wanita yang paling bahagia ialah yang kembali kepada Islam.

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. ………..(QS. 3:110) Minggu lepas saya menziarah dan berkenalan dengan seorang teman muslimah yang baru dua bula berhijrah ke Malaysia- yang berasal dari Perancis. Perkenalan itu membawa banyak pelajaran dan keinsafan untuk saya bila mana mendengar perkongsiaan Asmaa tentang perjalanannya mencari agama dan tuhan. Membesar di Perancis, kemudian menyambung pelajaran di New York- Asmaa ketika dulu merasakan jiwanya sangat kekosongan di sebalik kesenangan hidup yang dilalui. Jiwanya mencari-cari erti kehidupan dan merenung penciptaan diri- kenapa aku dicipta dan apa tujuan aku berada di muka bumi ini..? Apakah hanya belajar, berkerja, makan, minum? Alhamdulillah ALLAH memberinya hidayah setelah berdiskusi dengan seorang muslim. Asmaa menemui cahaya islam yang luhur dalam hidupnya dan tiga tahunn dulu bermula lah perjalanannya mencari ilmu agama d…