Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

Tiada alasan untuk TERUS berasa lemah...

Tiada alasan untuk TERUS merasa lemah..[walaupun hakikatnya manusia itu dicipta dalam keadaan daif dan lemah...]
Assalammu’alaikum wa rahmatullah
Mama yang dikasihi, semalam dan pagi ni mama kelihatan lemah dan bersedih.. Saya yang jauh di rahim mama mampu merasai sendu dan duka yang mama pendam di hati.. Mama, dalam mama di kelilingi kesenangan jua teman-teman, mengapa mudah saja untuk mama berasa lemah..?
Benar mama, kita adalah manusia biasa yang lemah.. Allah memberitahu di dalam Al Quran hakikatnya kita yang bernama manusia ini lemah dan daif, HANYA dari ALLAH jua kekuatan dan kesabaran.. Namun, itu bukan alasan untuk TERUS terjeropok dalam kelemahan perasaan dan fikiran.
Tak terhitung banyaknya nikmat yang ALLAH bagi supaya manusia kuat dan mampu menjalankan amanah.. Mama yang disayangi, hitunglah kurnia ALLAH yang tidak putus-putus pada kita. Rahmat dan pemberianNYA menjadikan hidup ini lebih mudah kita jalani. Ayuh kita balas kebaikan ALLAH dengan menyibukkan diri berbuat baik pad…

Ukhuwwah bukti quwwatun imaniyyah [ kekuatan iman]

Anakku sayang.. malam tadi kita ke rumah Makcik Ram ditemani Makcik Ayu. Makcik Ram menganjurkan majlis kecil tadarus Al Quran dan majlis ilmu. Makcik Ram antara sahabat yang baik yang banyak berkongsi pengalaman hidup bermaknanya dengan mama. Dia seorang yang tabah di sebalik kehilangan suami dalam kemalangan jalanraya sewaktu anak pertama (juga anak tunggal) masih merupakan bayi yang merah beberapa bulan…
Selepas tadarus Al Quran, makcik Ram meminta mama berkongsi sedikit tazkirah bertajuk Keberkatan Ukhuwwah. Membuka dengan nama ALLAH, mama berkongsi beberapa hadis dan ayat Al Quran yang menyebut tentang ukhuwwah Islamiyyah. Gementar juga berhadapan dengan makcik-makcik yang jauh lebih senior dan berilmu, namun mengingatkan firman ALLAH bahawa hidup ini adalah untuk saling berpesan-pesan dengan kasih sayang, mama gagahkan juga menyusun bicara mengingatkan perasaan sendiri dan insan lain yang terkadang lalai dari berhubung dengan tuhan.
Hingga hati yang jauh dari tuhan akan memberi…