Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Krisis Syria dari jiwa kecilku

Bismillah.
Semalam seorang sahabat fb saya mengingatkan saya untuk kembali menulis di blog ini..telah lama saya tinggalkan lantaran semangat yang menghilang untuk menulis di blog. Saya banyak (kadang -kadang?) berkongsi di fb saja :) 
Saya sebenarnya suka menulis dan mahu menulis setiap hari untuk mengasah skil penulisan di samping menulis adalah satu cara untuk saya reflek apa yang berlaku dalam rutin seharian -  muhasabah dan memotivasi diri sendiri untuk tetap mengikuti jalan yang lurus. 
Tetapi saya tidak berdisplin menulis. Saya cuba hari ini insyaALLAH menulis ;)
Dan atas dari semua ini, saya juga mahu ia menjadi amal soleh di sisi ALLAH seandainya ada manfaat yang diperolehi pembaca blog saya.. 
Saya baru berkesempatan membaca berita antarabangsa yang mendukakan buat umat Islam. Kem-kem pelarian Syria di sempadan Turki dibedil menyebabkan ribuan maut, cedera serta bantuan kemanusiaan tersekat buat mereka yang ratusan ribu orang lantarah bumi itu telah dilanda perang dasyat beberapa …