Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Poligami Atas Nama Takdir

| Poligami Atas Nama Takdir |
Dua hari lepas semasa di dalam usrah, seorang sahabat saya berkongsi dengan teman-teman usrah yang lain tentang jalan cerita kisah poligami yang Allah hadirkan dalam hidup kami. Sahabat itu isteri kedua juga seperti saya.
Ketika masih bujang lama dulu, saya meminta pandangan sahabat itu tentang situasi saya untuk menjadi isteri kedua. Sebagai sahabat yang baik, dia agak berat untuk menyokong atas sebab-sebab yang diberikan kepada saya.. lagi 2 sahabat rapat kami juga tidak bersetuju saya menerima bakal suami saya dan melangkah ke alam poligami atas pandangan masing - masing.
Saya sangat hormati dan hargai pandangan mereka itu, kerana kebimbangan mereka itulah yang menjadikan saya mencari ilmu poligami, serta menguatkan sandaran kepada Allah yang maha memberi kekuatan dan pertolongan. Saya tahu mereka turut mendoakan yang terbaik. Saya juga bimbang dan berdebar dengan keputusan menjadi isteri kedua.
Namun siapa menyangka, pengetahuan kita tentang masa depan sa…

Mencari hadiah Ekslusif untuk yang tersayang..? Diffuser..!

Young Living Diffuser & Essential Oils (EO) sebagai hadiah eksklusif untuk yang tersayang <3 span=""> =====
Hari itu bila sembang-sembang dengan bakal pengantin, saya cadangkan bakal isteri itu buat persiapan bilik tidur agar cantik, bersih dan wangi segar.. saya cadangkan beliau menggunakan diffuser ini..! Hadiahkan kepada diri sendiri dan suami..! 🎁

Terfikir nak kongsi dengan kalian juga produk yang bagus berkualiti ini <3 span="">
Jadi kalian Mencari hadiah istimewa untuk isteri dan anak anak tercinta? Atau untuk teman teman baik yang bakal berumahtangga?
Hadiahkan EO Diffuser (penyegar udara) ini berserta pilihan EO asli yang pelbagai jenis lagi penuh khasiat..!
Alhamdulillah :D   selama ni saya tercari cari air freshener untuk gunakan dalam bilik, untuk bau wangi sedap lagi menyihatkan udara tanpa bahan kimia merbahaya- sekarang dah jumpa yang terbaik..!

Lavender dan Lemon EO yang pure ini Allah jadikan ada molekul halus yang membantu tubuh dan minda…

Essential Oil : Anugerah istimewa Tuhan buat insan

Alhamdulillah pada petang 12 DISEMBER 2016 yang lepas, saya berkesempatan menghadiri Essential Oil for Family Wellness sharing yang dikendalikan oleh jiran saya Kak Imah dan tuan rumah, Nani. Saya semangat nak datang sebab suka berkumpul dengan jiran dan sebab ada special guest iaitu Teacher Watie (Norhidawati Abdul Aziz).. Saya dah lama follow teacher watie untuk mengenali essential oil (EO),mengikuti cerita beliau yang sampai ke ladang lavender dan ladang Young Living di USA sana.. saya juga berniat untuk menjadi pengguna tetap dan jadi ahli Young Living satu hari nanti insyaALLAH!
Apakah essential oil itu...?
Bahasa mudah yang saya faham, EO adalah cecair terbaik dari satu tumbuhan, pelindung untuk sesuatu tumbuhan dalam masa yang sama - ada khasiat tersendiri untuk penyembuhan fizikal, mental dan emosi manusia. dan Young Living adalah syarikat yang mengeluarkan EO dengan gred terapi yang paling baik. Saya syukur dan gembira mendengar sharing teacher Watie yang banyak input dan dapat…

Poligami: Proses Peneguhan Jiwa

Poligami : Proses meneguhkan hati <3 span="">

Saya membaca sebentar tadi perkongsian seorang teman bahawa Hamka menyebut tentang poligami itu memerlukan jiwa yang besar dan hati yang kuat..

Memang benar..! 

Saya sangka, bila saya melangkah masuk ke alam poligami sebagai isteri kedua - saya sudah kuat jiwa. Namun rupanya, poligami itu sendiri lah proses yang Allah anugerahkan untuk saya meneguhkan jiwa.

Menerima suami dan isteri pertama, jiwa isteri kedua perlu faham Bahawa suami ada tanggungjawab besar pada isteri dan anak anak sedia ada. Kalau jiwa saya kecil, saya akan bermasam muka dan menjeruk rasa tak selesa dengan kehadiran madu. Alhamdulillah Allah banyak mendidik hati ini dengan jalan poligami.

Bila saya membenarkan suami berkahwin lagi dengan isteri ketiga, rupanya itu juga wasilah atau cara menguatkan hati.

Saya ingat diri saya ini seorang yang bertenang saja dan tak cemburu, tapi bila terdengar suami cakap lembut lembut dan baik baik dengan madu, hati tercuit cemb…