Monday, October 31, 2011

Poligami: Minta kekuatan dari tuhan



:: Semakin dikongsi cinta, semakin bertambah bahagianya jiwa.. Mintalah dari ALLAH, sesungguhnya kasih sayang dan cinta hanya dariNYA. dan ALLAH Maha Kaya ::


"Suami saya layak berpoligami, tapi saya yang rasa tak mampu..." respon seorang isteri kepada entri di blog Sisi Kehidupan ini... Boleh bertukar nama kepada Sisi Poligami kot ??

Buat para isteri yang ku kasihi, moga kita semua dirahmati ALLAH.

Benar sekali, poligami itu sesuatu yang sangat berat, amat sukar lagi  menyedihkan. Pada isteri pertama atau kedua, ada kesakitan masing-masing.

Kecuali bilamana telah mendapat pendedahan dan pengalaman yang positif dari awal tentang poligami, jadilah seperti saya yang kelihatannya over-excited pada sebahagian teman :( maaf ya teman-teman semua.. Saya cuba melontarkan pandangan dengan adil, moga ALLAH tidak memudarkan kasih sayang kita semua kerana isu poligami ini. Sesungguhnya segala kekuatan dan kebaikan itu dari ALLAH jua.

Maka bertahap-tahaplah kita mempersiapkan diri dan menambah ilmu bahawa setiap syariat ALLAH termasuk poligami ada kebaikan yang hebat. Pertama, perlu terus mengkaji kebaikan poligami. Kedua, perlu melaksanakan dan menerima sepenuh hati mengikut syarie. Yang kedua inilah bahagian yang sangat sukar untuk suami dan isteri. Suami berat pada tanggungjawabnya, isteri berat pada perasaannya.

Jika tidak ada keperluan, kemahuan dan keinginan - biarlah bermonogami. Bahagiakan diri sebagai satu-satunya isteri. Bahagiakan suami yang mencukupkan dirinya dengan satu isteri. Tetapi jika suami membuka bicara, bahagiakan diri untuk melalui semua ini.

Pada permulaan poligami, adalah pasti adanya fasa yang menyakitkan, berat, cemburu yang tak dibendung, makin jatuh keyakinan diri, kesedihan menyesuaikan diri menerima hakikat hidup bermadu dan berkongsi suami. Akan tetapi yakinlah janji ALLAH, ada kemudahan selepas kesulitan. Ada kegembiraan menyusul kedukaan.

Salah satu cara untuk meringankan hati dalam proses suami berpoligami ialah dengan terlibat membincangkan dan membantu suami. 'Ohh tak sanggup...' ya memang tak sanggup mulanya, tapi lama-lama akan biasa. Bila kita yang membantu suami dan mula terbuka tentangnya, dapat mengurangkan pelbagai prasangka seperti ' Suami senyap-senyap dengan perempuan lain', 'suami seronok membina cinta baru', 'suami dah tak peduli', 'suami dah tak sayang'... Tanyalah pada isteri pertama yang dah melakukan, ya ada rasa berbaur-baur..tapi bila suami seorang diri dalam berpoligami, lebih mengharukan perasaan. Perasaan suami. Perasaan isteri.

Sampai hati saya bagi cadangan macam ini kan...? Saya tak faham perasaan kalian kah...?

Memang susah, tapi percayalah suami akan makin peduli dan makin sayang jika isteri membantu dan berusaha memahami situasi suami yang berpoligami. Yakinlah pada ALLAH yang menitipkan cinta dan kasih sayang. InsyaALLAH moga ALLAH membalas kalian yang tetap melakukan kebaikan pada pasangan sekalipun hati terguris yang amat dalam... Moga rasa itu kelak digantikan dengan kemanisan.

Sama-samalah kita bermujahadah dan berjuang membuat yang terbaik dalam ujian yang diberikan ALLAH. Ada yang diuji dengan sakit kronik, ada yang diuji dengan perpisahan, ada yang diuji dengan anak yang sakit, ada yang kurang upaya, ada yang terlantar sakit jauh dari nikmat dunia.

Hidup adalah perjuangan. Hidup adalah cinta. Hidup adalah ujian. Hidup adalah pengorbanan. Hidup penuh dengan kenikmatan. Hidup akan ada pengakhiran. Hidup ini sempurna dengan ketidaksempurnaan. Dengan gabungan semua ini, teruskan berdoa dan meminta pada ALLAH kebaikan hidup di dunia dan akhirat.


***********************************************

 
"Saya fobia dengan poligami dan women violence... adakah kerana bisikan syaitan, atau kurang ilmu atau tidak akur dengan ketentuan tuhan ?"

Ya, saya akui perasaan yang wujud itu. Takut dan seram dengan poligami, juga keganasan rumahtangga. Begitu juga ada orang yang fobia dengan perkahwinan biasa yang bukan poligami.

Antara pandangan yang sering  didengari, poligami itu menjejaskan psikologi anak-anak dan mendera isteri secara mental dan emosi. Maka poligami tidak seharusnya digalakkan.

Tapi realitinya, perkahwinan biasa hari ini, begitu ramai juga para isteri yang terdera perasaan dan emosi dengan suami yang tak bertanggungjawab sekalipun hanya satu isteri. Malah lambakan anak-anak bermasalah di sekolah kerana famili yang porak peranda. Maka apakah dengan cabaran semua itu, maka institusi perkahwinan itu patut dihalang dan malah perlu dielakkan?

Ada beberapa teman berkongsi cerita, sangat takut untuk bernikah lantaran menyaksikan siri-siri pernikahan abang kakak masing-masing yang porak peranda. Maka tindakan yang wajar ialah, bukan tak mahu berkahwin namun mengkaji bagaimana untuk mendapat successful marriage. Seterusnya berusaha praktikkan ciri-ciri insan yang positif dari sebelum dan selepas bernikah. ALLAH pasti akan mengubah situasi perkahwinan dari kemuraman dan pergaduhan, kepada keharmonian jika kita berubah banyak karakter diri dan mengubah cara pandang terhadap perkahwinan.

Begitu juga sikap dan pandangan kita kepada poligami. Kita tak mampu mengubah konotasi masyarakat yang sebahagian besarnya negatif kepada poligami. Mulakan dengan diri kita, seorang isteri, seorang hamba ALLAH yang berusaha membangunkan pernikahan - poligami atau monogami - dengan ilmu dan ketaqwaan. Tak perlu menunggu diri menjadi isteri yang hebat dan tabah, kerana kehebatan dan ketabahan itu hanya akan datang setelah kita melalui kesakitan dan kekecewaan.

Selama ini juga saya merasakan ia sebahagian besarnya dipikul oleh suami untuk menjayakan insitusi poligami. Tidak sama sekali. Suami ada peranan penting dan besar. Isteri pertama, kedua, ketiga, keempat juga ada peranan penting dan besar. Teamwork inilah yang membangunkan poligami bahagia. Malah untuk pernikahan biasa, jangan saling menyalahkan – kita harus bekerjasama dengan ilmu dan keimanan. Maka pernikahan yang bahagia dan harmoni akan lahir di sebalik ujian kehidupan yang silih berganti. InsyaAllah.





 


15 comments:

Atashi In Hiroshima said...

Salam...saya suka entry-entry saudari. Terima kasih kerana berkongsi di sini. Banyak info yang dapat dipelajari. ^_^

Nurul Adni Adnan said...

Terima kasih ukhti atas respon membina :) sama-sama kita menambah ilmu dan berkongsi untuk kebaikan ya...insyaALLAH.

kinnik said...

tak pernah rasa bosan tulisan nurul :) tak nak ber 'kalau' tapi alangkah indah sekiranya semua dpt memandang poligami dr sudut yg positif.

Anonymous said...

assalamualaikum... setelah sekian lama membaca kebanyakan entri anda yang berkisar tentang poligami.. sy kini secara automatiknya melihat anda sebagai seorang aktivis poligami.. ok, point sy di sini adalah.. yep, sememangnya bila bercakap tentang sisi positif poligami, sebagai insan yang normal pasti melihat/nampak akan kebaikan poligami itu tanpa boleh berdalih lagi.. seperti SUAMI YANG BAIK, MEMPUNYAI KEWANGAN YANG CUKUP, BERAKHLAK MULIA, MAMPU MEMAHAMI PSIKOLOGI WANITA SECARA BAIK DAN SUAMI TAHU DAN BERUSAHA MELAKUKAN TINDAKAN SEPATUTNYA... yep.. melalui tulisan anda suami anda mempunyai segala ciri-ciri di atas.. tapi bagaimana pula dengan suami yang tidak memepunyai semua atau salah satu sifat di atas.. di mana sebahagian besar akan mengganggu perjalanan rumahtangga yang bkn lebih bahagia tetapi makin derita coz tidak berlaku gives and takes yang sepatutnya.. dan andai dalam situasi ini apa yang akan saudari lakukan... bukan bermaksud menyalahkan poligami.. tp keadaan ini benar2 berlaku.. apakah yang sepatutnya dilakukan dalam keadaan begini... adakah anda masih menyokong poligami harus diteruskan, ataupun harus bagaimana.. dan sejajar dengan pandangan sy dan mungkin teman-teman yang lain yang mengikuti tulisan saudari, sy rs ada baiknya juga saudari menulis entri berkenaan dengan masalah ini... tp apa yang sy risaukan nanti ialah, apabila saudari x berada dalam keadaan ini, maka saudari x dpt menulis apa yang seharusnya bagi menjawab keadaan negatif ini.. tp sy x mempertikaikan keupayaan saudari dalam penulisan bab poligami ini.. jujur saya katakan, memang mantap sgala isi pnulisan anda... tp spesific dalam permasalahan yang sy utarakan td, belum da rsnya penulisan saudari tentang itu... jadi sy sgt berharaplah... mungkin saudari mempunyai jawapan yang sy cari-cari selama ini.. siapa tahu.. :).. o.k, sy tunggu entri itu ya... syukran jaziilan..

aNA THalith said...

Salam,

Hanya ingin berkongsi sedikit ilmu. Mudahan ia bermanfaat.

Jika tiada makanan-boleh minta bantuan org lain utk sediakan makan/beri/sedekah. Jika tiada duit - masih boleh minta bantuan orang lain utk top up. Tapi jika tiada ilmu dan akhlak tiada siapa yg boleh bantu melainkan ALLAH - hidayah adalah milik Allah. Tidak kira situasi apapun kita berada..poligami/monogami adalah sebahagian keadaan manusia di dalam dunia. Ilmu adalah ibarat kekuatan diri dan suara yang kita dengari dari dalam diri. Suara hati yg baik adalah kerana tarbiah, amal yg baik dan istiqamah. Suara hati yg negatif adalah hawa nafsu jahat dan bisikan syaitan.

Sisi negatif terjadi kerana mengikut nafsu dan jejak langkah setan - musuh manusia yg Nyata. Sebagaimana firman Allah 36:60. Syaitan punca segala kejahatan. Juga kerana kita kurang ingat ALLAH..maka setan jadi teman kita. Jika difahami keadaan ini tidak kira kita ini pemimpin/ibu bapa/isteri/suami/anak/raja/hatta hamba..maka kehidupan ini Insya Allah dapat dikendalikan dengan ilmu dan penuh hikmah.

Kesimpulannya- mengendalikan kehidupan dunia ini adalah dengan petunjuk Allah iaitu Al-quran dan as-sunnah sebagaimana yang diajarkan nabi s.aw. Nabi jamin bahawa Selagi kita berpegang kepada 2 perkara ini kita akan selamat bukan sahaja di dunia malah di akhirat.

Mungkin akan ada yg berkata- bukan mudah, cakap saja senang. Change youR mind set: YAKINLAH DENGN PETUNJUK ALLAH. Kita tidak akan berubah selagi tidak melangkah. Kalau suami tidak adil - itu tandanya kurang ilmu apatah lagi berpoligami-mesti berilmu otherwise balasan Allah lebih hebat - finnar DAN KEKAL DI DALAM NYA..na'uzubillah. kalau isteri cemburu dan emosi itu juga tanda kurang ilmu dan mahukah kita melihat keluarga kita terjunam dalam api neraka - tentu tidak!.

Balik kepada Alquran nescaya permasalahan kehidupan akan terjawab.

Sebagaimana firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.( 49:1)

Dan Hadis:

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya, dia berkata; Aku membaca kitab Malik dari Abu Az Ziyad dari Al A'raj dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jauhilah berprasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah mencari-cari isu; janganlah mencari-cari kesalahan; janganlah saling bersaing; janganlah saling mendengki; janganlah saling memarahi dan janganlah saling membelakangi (memusuhi). Tetapi, jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara."
[Shahih Muslim, hadits no 4646)

SYUKURLAH BYK2 ATAS NIKMAT ALLAH.

Anonymous said...

Mudah je cakap, memang la senang poligami sebab suami pn nurul ni beriman dan faham agama, dan MAMPU segalanya.

tapi tula, macam yg ditulis kat atas tadi -KALAU LELAKI YG KURANG ILMU MCMNA? KALAU LELAKI YANG MEMANG SEBAB NAK DOT DOT JE MCMNA? -TANPA KEMAMPUAN: WANG, MASA DAN TENAGA?

Pn nurul kena bubuh jugak perkara tu. Bukan semua lelaki baik mcm suami awak. ingat senang ke nak cari lelaki mcmtu?

wan said...

Izinkan sy mencelah... Mungkin pn nurul kita ni bertuah dpt suami yg baik.. Tp isteri2 yg ada jugak bertuah kan kerana bersuami.. Kan?

Tak salah rasanya pn nurul berkongsi pengalaman supaya org tak terus memandang poligami tu sesuatu yg buruk. Kasih syg takkan berkurang dengan berkongsi kan?

InsyaAllah suami puan pun akan lebih menyayangi puan bila teringatkan perngorbanan puan.. Kan?

LadyBird said...

selama ini kita hanya dengar kisah tentang keburukan berpoligami.. rasanya better puan Adni fokuskan dari segi kebaikan poligami.. berkaitan negatif telah lama orang lain huraikan.. x perlu kita tambah cerita yang negatif.. negatif itu datangnya daripada kita sendiri.. bukan datang daripada kehidupan berpoligami.. buat apa kita canangkan dari sudut negatif andai sudut negatif itu dtgnye daripada kelemahan sifat manusia yang fitrahnya lemah? Lady sokong apa yang Puan Adni tulis.. dan lady harap penulisan sebegini perlu diperkembangkan.. dan diketengahkan kepada masyarakat..

Aj said...

Salam,saya setuu dgn LadyBird dan wan... saya pon rase dh ramai sgt yg bagitaw ttg keburukan poligami tapi susah nak ceritakan kebaikan poligami..kenapa kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga..

banyak hikmah di sebalik setiap hukum yg Allah dh tetapkan...klu banyak komen yg baik..ramai yg boelh terimakan bagus..

personally saya rase ramai jer yg mengamalkan poligami dan berada dalam situasi baik..cuma yg negatif tue lebih besar di gembar gempurkan..sampai yg mengamalkan poligami nie jadi terasa kecik dan tersisih..

Saya harap sangat wanita kat luar sana dan keluarga yg mengamalkan poligami keluar dan tonjolkan diri anda..jgn duk sorok2 sorg2 sunyi dek krn takotkan caci keji masyarakat...(harapan nie utk diri saya jugak sebenarnyer nie)

Kagum dgn akak adni...mungkin kita boleh ujudkan satu komumiti di alam maya nie pertemuan..luaham perasaan wanita-wanita dan suami yg mengamalkan poligami..kita tunjukkan hikmah di sebalik poligami nie yg susah sgt org nk nmpk...

Mcm mane akak adni??hehe..(bagi idea bukan main ye :-))

Nurul Adni Adnan said...

terima kasih atas perkongsian pandangan dari semua, saya sangat hargai :)

kita sama-sama belajar dan sama-sama melihat dari sisi positif sebuah kehidupan ya..insyaALLAH.

Anonymous said...

Assallamualaikum...

Saya sedang merancang untuk menikah tidak lama lagi. Pernikahan saya ini adalah untuk kali ke dua dan saya bakal bernikah dengan suami orang. Senang cakap, saya ni bakal bermadu & menjadi isteri ke dua. Apabila saya mendengar pelbagai cerita tentang peritnya hidup bermadu, sakitnya menjadi isteri ke dua...saya jadi fobia hingga terfikir dihati, betulkah keputusan yang saya ambil ini? Perlukah saya menarik diri? Tetapi setelah saya membaca blog Puan Nurul Adni ni, saya seolah mendapat jawapannya. Bila kita melangkah ke alam perkahwinan sebenarnya, kita kena bersiap sedia dari segi mental & fizikal. Kita dan pasangan kitalah yang menentukan sama ada kita akan hidup bahagia atau sebaliknya. Tak kira sama ada kita hidup monogami atau poligami, cabaran tetap ada...kita usaha lakukan yang terbaik & selebihnya kepada Allah kita memohon pertolongan...

Anonymous said...

Assalamu 'alaikum wr wb.
Pn adni, sy nmpak tulisan pn suatu yg hidup. Smga Allah mmbntu pn dlm 'mmberi pnduan yg lebih mantap' bg mmbantu para isteri (terutama) yg diuji/terlibat dlm hidup berpoligami. Sesungguhnya sy yakin bhw antra sbb 'ketidak boleh terimaan' para isteri tersebut dlm hal poligami ini, oleh krna 'kurg pndedhn ilmu yg bersft positif' lalu mereka 'tdk mahu / tdk pandai nak merubah' pndirian mereka.
Skian respon rgkas dr sy.. Ridha.

Anathalith said...

Mungkin ada benarnya- pengamal poligami ramai yg bersembunyi dari menonjolkan diri. Hampir pasti - tiada tempat untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan berkongsi. Puncanya adalah akhlak masyarakat yang agak menjunam..kurangnya Ilmu. Namun dalam diri ini seperti ada kekuatan kerana mengenangkan janji Allah - Innallaha ma"asobirin..

“Aku hanya mengadukan kesusahan dan kesedihanku kepada Allah"(12:86)

Kalaulah kerana berdiam itu menambah pahala - rasanya lebih rela dilakukan dari melihat iman dan islam itu seinci kurang dalam diri ukhti sekalian kerana sifat suka mencaci dan cemburu yg tidak bermanfaat.

Anonymous said...

Maha Suci Allah yang Maha Penyayang kepada hambaNya...Kerana kasihNya maka diharuskan poligami...hanya kepada hambaNya yang terpilih sahaja yang layak berpoligami. Bukankah ajal maut, jodoh pertemuan itu di tangan tuhan? Jika kita dipilih oleh Allah,maka kitalah orang yang layak...jagalah supaya ia tidak terlepas dari tangan kita...mohonlah pertolongan daripadaNya. Sabar dan redhalah,memang sabar dan redha itu susah dan berat...tapi insya Allah kita akan rasa nikmat dan indahnya bepoligami/bermadu....Alhamdulillah! saya mengalaminya..

Piotelly said...

saya xsetuju kata anon pada tarikh Nov.2 2011...awak pikir sipenulis dan suami nye agama hebat la..awak2 dah taw kekurangan diri pergi la ke majlis2ilmu..in sha allah awak xkan benci poligami..also jgn lupe ajak suami awak gak,,awak igt dgn ilmu cetek suami awak xgatal cari lain..siap buat zina lagi belakang awak,kalau awak larang..iman awak sgt2 nipis,.SEGALA negetif bukan dari poligami tetapi diri kita sendiri..awak igt kalau suami yg cetek agama nak poligami xlayak?? macam mana kalau mereka berubah setelah kahwin lain,,kkadang kawin lain ini adalh ujian,kita kena lh sma2 perbaiki diri..awak lebih takot suami kawin lain berbanding takot suami buat maksiat dekat belakang..sekian dr aisyah

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...