Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Stress...? Allah kan ada.

Stress juga bila ada orang ingat kita ni selalu bertenang je, padahal Allah yang Maha Tahu diri insan kerdil ini juga ada waktu stress seperti kalian.. :)
Jom kongsi sikit benda yang buat saya stress...
Diri ini sejak dulu sangat allergic dengan kerja-kerja yang berkaitan mathematics, kira-kira, ilmu hisab, nombor-nombor dan yang sewaktu dengannya –tapi amanah yang diberi terpaksa dilaksanakan - menjadi bendahari tak bertauliah pada ‘grup solehah’ kami (ameen..!)
Stressnya bila terpaksa membuat kira-kira perbelanjaan-perbelanjaan yang digunakan untuk program-program dan terpaksa merekod jumlah wang masuk, terpaksa membahagikan mengikut peratus-peratus wang yang diinfaq untuk program… terpaksa… terpaksa… berulang kali cakap 'terpaksa' akhirnya benar-benar terseksa..


hai, tak ikhlas ke...?
Padahal sebenarnya kalau berusaha memandang positif penuh ‘kasih sayang’ pada tugasan yang bermain dengan wang dan nombor itu, pasti tidak terasa benar bebanannya…
Beberapa ketika, rasa stress di …

Pernikahan Ini... Ke Mana Arahnya?

Sewaktu keinginan yang mendalam untuk bernikah bertandang di hati, kalian anak muda perlu berjuang.
Ya, bukan sekadar berusaha, tapi berusaha dengan penuh perjuangan dan kesungguhan untuk menjaga iman dan kehormatan.
Berjuang untuk merealisasikan perancangan pernikahan. Syaitan juga akan berjuang mengagalkan niat kita menghalalkan hubungan, kerana syaitan amat suka dengan kemesraan (kemaksiatan) waktu berpacaran.
Jika telah habis cara dan idea untuk memasuki gerbang pernikahan, apakah pilihan yang kita ada…?
Juga berjuang. Berjuang dan bermujahadah menjaga kehormatan diri.

Bersangka baik dengan Allah, Allah akan memakbulkan doamu pada waktu yang tepat. Teruslah mengisi masa mencari ilmu, beramal, membangun peribadi seorang hamba dan khalifah yang mukmin.
Pada yang telaz melafaz nikah, kini kalian telah menjejak alam pernikahan, yang dahulunya terdorong bernikah kerana ingin menjaga kebersihan hati dan perasaan.
Rupa-rupanya, satu bahagian hati terjaga, tapi bahagian hati yang lain masih b…

Mak...saya nak nikah...

Beberapa tahun sebelum bernikah, saya mencari-cari kelebihan berkahwin awal supaya saya termotivasi untuk bernikah awal. Dan ditemui antara kelebihan berkahwin adalah ia menjaga kesucian diri dan hati. Memelihara pandangan dan kehormatan.
Ya, saya pun kemudiaannya berada di fasa yang sama dengan teman-teman, terdorong untuk bernikah untuk menjaga hati...(walaupun belum ada calonnya lagi).
Tapi saat ini, saya tidak memandang lagi semua itu sebagai KELEBIHAN berkahwin awal, tapi KEWAJIPAN dan KEUTAMAAN berkahwin awal.
“Susah sangat ke nak jaga hati…??”
“Kenapa tak sabar tunggu hingga habis belajar…??”
“ Tak payahlah selalu contact dengan lelaki tu kalau hati tak tenang..!??”
“Kan selalu ikut program agama, takkan boleh terjerumus maksiat….!??”
“Orang lain bercinta juga, tak lah sampai nak berzina…!??”
“Janganlah ikut sangat perasaan…”
Mungkin ini adalah antara dialog luahan-luahan mak ayah kita bila saatnya kita menyuarakan keinginan untuk bernikah di usia awal 20an.
Lantas kita merasakan ibu ba…

Bina Bahagia Dengan Bicara

"Kak, macam mana saya nak minta maaf dari mak ayah, kalau saya tak pernah diajar untuk meminta maaf?"
" Macam mana saya nak bercakap baik-baik tanpa kemarahan, kalau sejak dulu saya menghadapi mak ayah yang sering meninggi suara dengan kemarahan?"
"Saya tak pandai nak cakap, saya tak pandai nak meluah perasaan pada mak ayah.. Kalau bercakap, saya akan bercakap kasar."
"Bila saya dah tahu berdosa meninggikan suara, saya berusaha diam. Tapi kalau diam pula, saya dikata melawan dan memberontak dalam hati.." lirih suara ukhti itu mengadu. Airmata bergenang.
Ukhti itu merespon setelah satu demi satu nasihat diberi kepadanya - untuk memperbaiki semula hubungan dan berbuat baik pada orang tua.
Namun, dia seperti tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Berbuat baik dan meminta maaf menjadi satu ketakutan bagi dirinya. Terhimpit dengan pengalaman lalu, jiwa menderita bila suara hati seorang anak tidak diluah dengan baik. Merasa ayah bonda tidak pernah mener…

Manisnya pernikahan...Kerana Iman

Perasaan itu ada di hati.
Dulu ia terpendam, kerana sibuk studi.
Atau, “Malaslah nak fikir..belum ready…”
“Belum sampai masanya lagi…”
“Macam mana nak mulakan, tak reti…”
“Saya memang sedang mencari lah ni…”
Perlahan-lahan, perasaan itu meresap ke hati.
"Subhanallah, perasaan apakah ini..?”
Itulah perasaan yang suci, ingin saling menyayangi. Ingin saling melengkapi. Ingin dicintai. Ingin dirindui.
Perasaan untuk bertemu pasangan. Di atas landasan pernikahan.
Tatkala ia hadir dalam perasaan dan fikiran, layanilah ia dengan iman.
“Ya ALLAH Ya Rahman..Bimbinglah diriku menjadi jodoh yang baik.. Temukan diriku dengan dia yang beriman.. Permudahkanlah jalanku menuju pernikahan..”
Memilih melalui taaruf yang telus. Membincangkan dengan ibu bapa, teman-teman yang berilmu lagi amanah. Hati lapang mendengar pandangan, terbuka menerima pesanan dari yang berpengalaman dan akhirnya keputusan itu, kepada ALLAH diserahkan.
“Ya ALLAH…"
“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku m…

tarbiyyah: proses panjang mencipta kebahagiaan

Anak-anak remaja itu dipersalahkan, betapa nakal dan buruknya sikap mereka. Mereka juga dicemuh, tidak ada hala tuju hidup, tidak memberi manfaat pada orang lain. Hanya berhibur. Hanya melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Mereka dilabel, 'tidak ada pegangan ' agama. Mereka tidak ada wawasan untuk memajukan diri sendiri. Bahkan, mereka melakukan perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri dan merunsingkan masyarakat.

Anak-anak itu..tidak sedikit merunsingkan dan menyusahkan hati ibu ayah. Anak- anak itu juga dengan segala gejala sosial, parti seks liar, buang anak, pil khayal, merempit dan lain-lain lagi - juga termasuk dalam bajet dan agenda besar pemimpin negara..

Kita adalah ibu bapa dan pemimpin yang harus merenung.. Di manakah ruang perbaikan diri kita, agar anak- anak remaja 'yang bermasalah' tidak bertambah dan terhasil dari keluarga kita?

'Check' iman kita, ilmu kita, akhlak kita, kemampuan kita memimpin dan mendidik.. adakah anak-anak ini telah …

...mencari 'izzah

Wahai diriku seorang muslimah..ingin menjadi terpandang, bukan dengan cara yang menurutkan perasaan dan kejahilan..

Dirimu terpandang tidak kerana tubuhmu yang buka-bukaan mempamer keindahan..

Dirimu terpandang bukan kerana gemerlap perhiasan yang tersalut dari hujung rambut ke hujung badan..

Dirimu terpandang bukan kerana senyum manis yang dilemparkan pada lelaki sebarangan..

Drimu terpandang bukan kerana lenggok suara yang lunak menusuk perasaan pada laki-laki di jalanan..

Seorang muslimah, ia terpandang kerana akhlaknya yang bersumber keimanan..

Ia terpandang kerana ilmunya yang membuahkan keteladanan dan kesederhanaan.

Ia santun menjaga kebersihan dan penampilan mengikut syariat tuhan, ia hebat kerana peribadinya yang bermanfaat mengajak insan kepada kebaikan.

Seorang muslimah menjadi mulia dan istimewa, bila kecantikan dan kemanjaan dikhususkan buat lelaki pilihan di atas nama pernikahan..

Hakikatnya, di sisi tuhan, seorang muslimah jadi terpandang bila punya 'izzah yang mem…