Catatan Abdullah:
Assalammualaikum wa rahmatullah
Hari ini saya dan mama berkunjung ke Perpustakaan Negeri Selangor yang baru, terletak di dalam kawasan Kelab Golf SAAS, Seksyen 13 Shah Alam. (Dari gerbang masuk ke kelab, ia agak tersorok ke dalam, jangan sesat ya)
Kami berdua sampai dalam pukul 10.30 pagi. Sampai sahaja di sana, mama terus ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar sebagai Ahli Perpustakaan. Alhamdulillah, saya yang berusia setahun dua bulan pun boleh jadi ahli :) Jadi kakak-kakak dan makcik-makcik jangan lepaskan peluang untuk jadi ahli tetap taman ilmu ini dan manfaatkan sepenuhnya ya...
Pegawai-pegawai library dan pakcik Jaga sangat bagus memberi penerangan apabila mama bertanya tentang library dan fasiliti yang ada. Terima kasih semua!
:: Inilah kad untuk kanak-kanak yang belum ada IC. Pada yang dewasa, kad perpustakaannya adalah MyCard ::
:: Selepas mendaftar, mama membawa saya ke Reading Garden. Mama guna online service, bayar RM1 sejam. Sambil itu, saya merangkak bersiar-siar di sini, seronok sebab ada carpet, ada sofa, ada meja tapi semua pengunjung lain senyap membaca dan membaca. Jadi tak seronok :( Mereka yang lain senyum-senyum dari jauh sahaja kepada saya, tak boleh gurau-gurau dengan saya sebab tak boleh bising di kawasan ini ::
Bila mama bawa saya ke ruangan kanak-kanak di sini, saya sangat seronok :D Saya bergolek berguling sepuas hati. Mama pula bila dah penat main kejar-kejar dengan saya di sini, mama menatap handphone..hurm online lagi.. saya tak kisah :p tapi mama perlu bayar RM1 sehari untuk charger fon atau laptop.
tapi kan, sebelah pagi memang tak ramai orang. Saya seorang saja, dan ada dua orang lagi abang-abang yang dah besar sikit. Pegawai library cakap, sebelah petang dan hujung minggu barulah ramai orang. Hmm sebelah petang lepas zuhur waktu tidur saya... bila nak jumpa kawan-kawan yang lain di library ???
Ini pemandangan dari bilik makan di LG. Jadi boleh bawa bekal dan makan di sini. Surau pun ada di sebelah bilik makan.Jadi waktu Zuhur dan Asar boleh solat berjemaah di surau ini. Cafe pun ada, tapi mama rasa macam jauh sikit..eh tapi mama kan suka walking untuk burn calory???
Ini adalah pemandangan dari balkoni tingkat 4 library. Suasana yang sangat nyaman, segar dan menenangkan hati dengan pemandangan yang indah. Untuk pengunjung yang tak mahu membaca di dalam library yang air-cond, dan sangat sejuuuuuuuuuuuk, boleh baca di luar ini - ada disediakan bangku dan meja. (Oh jika berhasrat duduk lebih satu jam di dalam library, bawa baju sejuk ya, jadi lebih selesa berlama-lama di library yang temanya - My Second Home)
Pukul 2.30 petang, ALLAH telah mengambil nyawa saya sebentar... Saya tertidur lena di pangkuan mama setelah penat menjelajah library. Mama pun duduk berehat bersama saya seketika di balkoni library sebelum pulang ke rumah.
Kasihan pada mama... tadinya mama nampak sangat banyak buku menarik dalam library. Mama saya suka bahagian agama, pendidikan dan sains sosial tapi di bahagian dewasa dan remaja, kanak-kanak seusia saya tak dibenarkan.
Setelah mama mohon kebenaran eksklusif elok-elok dari pegawai library, barulah mama dibenarkan naik ke tingkat dua, tiga dan empat membawa saya si comel nya ini heeee.. Itupun mama berdoa sungguh-sungguh supaya saya tak terjaga dari tidur di dukungan.
Jadi pada yang bujang, manfaatkanlah masa yang ada untuk membaca menambah ilmu sebanyaknya, bila dah ada anak - masa untuk main kejar-kejar dan masak-masak :P juga masa untuk mempraktikkan ilmu pada suami dan anak-anak!!!
Setelah separuh jalan pulang ke rumah, mama perasan handfon mama dah tercicir..Oh ya ALLAH....! Mama teringat mama letak atas kerusi dan lupa nak ambil.. Mama pun berpatah balik dengan debaran dan menenangkan diri.. sangat berharap dapat handfon semula.......
tapi.............................
ALLAH sebenarnya sangat-sangat.....Subhanallah. Ada orang pulangkan handfon mama di kaunter tingkat 4. Alhamdulillah. ALLAH Maha Baik... kalau handfon itu hilang pun, ALLAH tetap Maha Baik mendidik kita supaya lebih berhati-hati kan.. terima kasih sangat kepada adik perempuan Chinese yang pulangkan itu.
Kesimpulannya, pergilah ke taman ilmu yang kosnya jutaan ringgit disediakan kerajaan negeri - supaya kita jadi ummah berilmu. Terlebih lagi jika tak mampu membeli buku atau ke kelas untuk berguru. Biasakan diri dan anak-anak dengan budaya membaca, berfikir dan mengkaji. Lagi satu, berhati-hati jaga barang-barang berharga :P
:: Sekian Perkongsian, moga bermanfaat ::
No comments:
Post a Comment