Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Menuju Yang Pasti

Innalillahi wainna ilaihi roji'un... Nana telah kembali ke pangkuan Allah pada pukul 1310 hari Sabtu yang lepas.

Pertama kali dalam hidup, saya menyaksikan seorang hamba Allah menghembuskan nafas terakhir...

Ini lah tujuan hidup kita yang pasti. Ya Allah lembutkanlah hati hati kami dengan mengingati kematian... Bantulah kami mempersiapkan diri untuk perkara yang pasti. 


Dalam bersedih dan bergembira, bergaduh dan berbaik, kita semua sedang dalam perjalanan. Jangan hanyut dengan ujian kesenangan dan kesusahan. Maka, beriman kepada Allah dan hari akhirat adalah penawar jiwa yang paling berkesan.

Pada pagi jumaat itu, doktor off ventilator. Nana hanya menggunakan topeng oksigen. Kak Yati (isteri pertama ) menemani dari petang itu hingga keesokan paginya. Di pagi hari Sabtu esoknya, suami saya pula yang menemani nana hingga tengahari. Setelah meninggalkan Abdullah anak saya pada Aishah (isteri ketiga), saya pula mengambil turn suami menjaga Nana... Nafas nana semakin lemah …

Rumahku, Tanggungjawabku.

Kebelakangan ini bila berusaha mencari ilmu rumahtangga dan keibubapaan, terasa berat sekali peranan dan tanggungjawab yang dituntut dari seorang insan.

Hingga saya setuju dengan kesimpulan bahawa seorang isteri yang baik itu dibina sebelum dia dilahirkan ke bumi.

Dan seorang anak yang baik itu dibina 40 tahun sebelum dirinya dilahirkan.

Apa maknanya?

Maknanya, barisan isteri dan anak yang baik itu terbina oleh ibu bapa atau generasi yang jauh sebelumnya- yang berusaha menjadi manusia yang berjaya sebagai hamba Allah dan khalifah Allah.

Akan tetapi, sekalipun ibu bapa kita mungkin telah tidak berapa berjaya dalam rumahtangga mereka, sekalipun kita dan adik beradik telah membesar dalam kurang didikan yang baik, percayalah bahawa semua insan ada peluang untuk memperbaiki diri dan generasinya.

Niatkan untuk kita menjadi agen perubah, KITA. tidak berharap orang lain berubah, atau menunggu suasana berubah.

Mulakan dengan bergantung pada tuhan, melangkah mencari ilmu, muhasabah meng…

Seluas Cinta dan Kasih Sayang

Saya kongsikan hari ini sedikit tentang nama Allah Yang Maha Luas.

Allah itu Maha Luas, carilah ketenangan hati pada keluasan kasih sayang dan rahmat Allah ♥ Jika menyandarkan kekuatan dan ketenangan dari manusia semata, manusia itu lemah dan terbatas upayanya.


Di sebalik beban yang terasa menghimpit, sempit dan sakit - sesungguhnya kita punya Allah yang Maha Luas kurnia dan pemberianNya. Allah Maha luas kebaikan dan kesabaran pada kita seorang hamba.


Hati yang mengenali dan merasai kasih sayang Allah yang tak bertepi, tak mungkin merasa sunyi. Tak mungkin terasa sendiri dan sepi.


Ayuh teman-temanku yang baik, bangunkan harapanmu. Hilangkan kesedihan. Hidupkan hati hati ini dengan keimanan dan kedekatan pada Allah. Bahagia bermula di ruang hati yang mengingati dan mencintai tuhan lebih dari segalanya.


"Hanya..hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
Allah Maha Luas pengetahuanNya.. apa yang telah , sedang dan belum berlaku - segala galanya dalam pen…

Perbaiki Cara Merespon :)

Antara keluhan-keluhan yang diluah sebahagian isteri ialah sikap suami yang asyik nak menang dengan pendapatnya, sikap suami yang tak boleh ditegur, sikap suami yang kasar dalam perbuatan dan kata-kata, sikap suami yang tak suka membantu kerja rumah...

Bagaimana untuk memperbaiki keadaan ini - tanpa membaiki suami - bolehkah kita isteri yang mengambil tanggungjawab 100% mengubah cara kita berkomunikasi dan berinteraksi?

Ia sangat tidak membantu kalau kita mengeluh dan merungut bahawa suami asyik nak sakitkan hati kita, suami tak sensitif kita perlu bantuannya, suami ego, suami berat tulang. Sebaliknya yang perlu kita buat ialah, pertama fahami cara suami berfikir dan merasa. Kedua, kenali kesilapan kita dalam bercakap, meluahkan dan mendengar. Ketiga, perlu bercakap, meluahkan, mendengar dan merspon kepada suami dengan perkataan dan cara bercakap yang sampai kepada fikiran dan hati seorang lelaki.

Dan kita pula mungkin mempersoal - suami cakap teruk dengan kita, kenapa ki…

Hati, Iman Dan Kebahagiaan

Saya teringat lebih tiga tahun dulu ketika saya meminta nasihat perkahwinan dari salah seorang naqibah yang sangat saya sayangi dan hormati...pesannya, " Jaga ruhiyyah, jagalah ALLAH. Kak sendiri, bila berusaha menjaga hubungan hati dan ibadah dengan ALLAH, hati rasa tenang saja bila pandang suami, rasa cinta dan sayang... Bila ibadah dan hati kita kucar kacir tak ingat ALLAH, solat lambat, tak baca Quran, tak zikrullah - ada saja yang tak kena dengan suami..."

Saya berusaha mengingati pesan ini bila saya rasa bermasalah dalam perhubungan dengan suami, famili atau teman-teman. Ya, saya pun sama saja seperti kamu ada masa-masanya perasaan rasa down, sunyi, rasa sedih, rasa geram, rasa marah, rasa tak puas hati, rasa sunyi...cemburu lagi :D

dan macam-macam perasaaan negatif bertandang - bila hati kita kosong dari mengingati Tuhan.

Jagalah ALLAH nescaya ALLAH menjagamu. Hanya dengan mengingati ALLAH hati kan menjadi tenang.

Bertanggungjawablah atas perasaaan kita…

Ujub bukan sifat daie

Dalam menjadi seorang daei, kita ingin kecintaan pada diri berhijrah pada cinta sesama mukmin. Dari Narcissus yang dongeng kita menuju Muhammad yang terabadi kukuh dalam sejarah. Menjadi peribadi pencipta ukhuwah, peribadi perajurit persaudaraan, pembawa kedamaian, dan beserta itu semua, peribadi penyampai kebenaran.

Ujub ini mainan hati yang sangat halus jarumnya. Tatkala ia menyucuk, sedikit pun tak terasa. Apabila tersedar, sudah terlalu dalam dan sakit untuk dicabut – lebih enak dibiar saja. Namun lama-lama luka jadi bernanah dan memakan keping-keping hati yang tersisa. Kasihan iman. Tak punya tempat lagi untuk bertakhta.

Ujub ringkasnya bermaksud kagum dengan diri sendiri. Ia merasa takjub pada diri sendiri apabila mengenang amal soleh dan kebaikan-kebaikan yang ia lakukan. Misalnya ia merasa kagum diri bila berupaya bangun di awal pagi untuk solat, bermurah hati untuk bersedekah, kuat kesabaran untuk berpuasa dsb.

Apakah ia lupa, segala kebaikan dan kekuatan yang ia…

Pernikahan: Meluruskan kewangan

Sambungan isu kewangan dalam rumahtangga :)

Seorang isteri dulunya bekerja, kini menjadi surirumah sepenuh masa. Dulu waktu ada gaji, tak adalah meminta/mengharap duit daripada suami. Lagipun suami memang bayarkan sewa rumah, kereta etc..

Saya tanya, 'Bila ukhti dah tak kerja, macam mana ya suami ukhti bagi duit?'

Jawabnya, dia pun serba salah juga terpaksa berhenti kerja. Sebab tujuan dia bekerja adalah untuk membantu kewangan suami, suami juga mahukan dia bekerja..
Bila dah berhenti kerja, isteri itu mencari masa yang sesuai - waktu suami tenang dan berehat rehat santai dengan isteri - bertanya dan berbincang dengan suami.. Isteri itu pun faham situasi suami apatah lagi mereka sekeluarga diuji Allah sesuatu yang melibatkan kos duit yang banyak..

"Abang... macam mana ya plan abang untuk beri nafkah kepada sayang..? Takpelah... abang fikirlah dulu... sayang tanya je. Kalau abang ada cadangan, bila bila lapang sikit nanti kita bincang ya.."

Dan Alhamdulill…

AMANI Childbirth Educator & Doula Training

Assalammu'alaikum wa rahmatullah

Apa khabar semua? Kali ini saya ingin kongsikan tentang satu kursus yang sangat bermnafaat untuk wanita, insyaALLAH bermanfaat untuk peribadi dan juga akhirnya kita mampu memberi manfaat kepada orang lain.

Satu topik yang sangat dekat dengan wanita, isteri dan ibu..! Jom sertai dan ajak yang lain menyertai...!

 ’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni)


Untuk maklumat lanjut boleh layari:

 http://www.amanimalaysia.blogspot.com/











Berusaha untuk episod terakhir...

Sahabat-sahabatku yang baik... bermacam kisah bermacam orang yang ALLAH pertemukan dalam hidup kita. Saya dan kamu adalah pasti merasa sedih dan gembira, tenang dan serabut, marah dan sabar, kecewa dan bahagia - ALLAH pergilirkan di sepanjang perjalanan kehidupan kita ini. Hakikat ini kita tidak dapat lari kerana kisah yang baik dan sempurna, manusia yang baik dan sempurna hanya di syurga.

Jangan berputus asa berbuat baik dan berniat baik. Kerana Allah. ALLAH pasti membalas cinta dan kebaikanmu ♥

Ayuh bantu diri kita dan saudara kita, pasangan kita, famili kita dan semua yang ada bersama kita untuk berjumpa tuhan dalam redhaNYA... Kita berusaha keras untuk episod terakhir, samaada celaka atau bahagia di akhirat sana.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya..." (Ali Imran:185)

:)


Kisah negatif: Lupakan dan ambil pengajaran

Seorang teman berkongsi kisah sedih kerana dipulaukan adik beradik dan saudara mara, hingga menyesali sesuatu yang telah dilakukan walaupun ia adalah kebaikan kerana kebaikan itu disalahertikan. Saya percaya ramai lagi di antara kita mempunyai ujian sebegini - konflik dengan ahli keluarga serta siapa saja - kerana sesuatu yang telah berlaku di masa lalu.

Kehidupan perlu diteruskan, apa yang penting kita mengambil pengajaran.
Kita semua melakukan kesilapan. Kita semua menyimpan kisah silam sendiri yang menyakitkan. Namun jangan biarkan ia membelenggu. Mohonlah ALLAH mengampunkan apa yang terlah berlaku dan berlalu. Mohonlah ALLAH memberi hati yang baru, dan akhlak yang indah dan baru. Mohonlah ALLAH memberi peluang untuk kita membina hubungan dan kehidupan yang lebih baik serta bersabarlah.


Sesungguhnya kita tidak berkuasa mengubah hati manusia, namun kita berdaya memohon kepada ALLAH agar mencantumkan hati kita dan mereka agar terus berusaha dalam ketaatan kepada ALLAH. Biar…

Kenangan di Bumi Kesayangan Rasulullah SAW

Poligami, Tragedi Syria dan Tangisanku

Petang Rabu itu seingatku adalah hari pertama hati terasa down dan sedih, apabila menghitung hari pernikahan suamiku yang semakin dekat. Rasa yang bercampur-baur, ia perlahan bertandang ku ruang hati. Apakah ini…? Namun sebenarnya kesedihan itu timbul atas beberapa faktor lain, antaranya ialah apabila kita tidak serius dalam menjaga hubungan hati dengan ALLAH. Apabila hati terleka apatah lagi tersasar mengikut kehendak jiwa, syaitan akan punya pengaruh yang kuat ke atas hati kerdil seorang insan. Melemahkan dan melemahkan. Alhamdulillah malam rabu itu ALLAH memberi sedikit masa untuk saya ke masjid mengikuti program berkisar musibah berdarah yang menimpa Negara Syria. Saya terlupa kesedihan yang hinggap apabila menyaksikan satu persatu video yang menunjukkan kesempitan dan kezaliman yang menimpa saudara mara seagama. Penceramah dari Syria yang berkongsi cerita melalui penterjemah itu terasa memukul hatiku dengan kesakitan yang lebih dalam. Melihat saudara-saudara perempuan yang hidup d…

Poligami: Bahagia dengan Doa

Orang lain sebahagiannya sedang bersemangat bercerita tentang belanjawan negara, saya teruskan dengan slot cerekarama poligami saya ya :) “Berdoalah kepada-Ku nescaya aku (Allah) akan perkenankan.” (Surah Ghafir : 60 )  Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya akan permintaan itu.” (Riwayat al-Tirmizi no. 3556 dan Abu Daud no. 1448)

Saya nak berkongsi tentang doa.

Doa adalah komunikasi kita yang mendalam dengan ALLAH, sangat penting sepertimana penting suami dan isteri membangun komunikasi yang baik.

Dalam poligami, saya belajar bahawa doa kepada ALLAH adalah ramuan penting untuk melahirkan kebahagiaan keluarga poligami kita ( malah keluarga monogami juga, bahagia tercipta dengan doa dan ikatan yang teguh dengan ALLAH♥).

Kita seringkali boleh dan mudah saja untuk nampak dan menyebut kekurangan suam…

Aktiviti Abdullah dan mama :)

Assalammu'alaikum wa rahmatullah

Ibu-ibu dan teman pembaca semua, moga kita menghargai nikmat sihat dan nikmat masa yang ALLAH beri pada kita untuk kita menggembirakan hati anak-anak dan menghiburkan orang tua semampunya... Ya, realitinya itu semua adalah amanah yang berat dan sulit, menuntut kesabaran, kadang mengundang airmata dan tekanan, maka kita perlu menjadi intim dengan ALLAH untuk memberi kekuatan dan ketenangan luar biasa sebagai isteri, ibu dan anak :)