Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Cemburu Berlebihan Itu Dari Syaitan

Isteri pertama cemburu dan prasangka buruk. Isteri kedua pun cemburu dan prasangka buruk. Saya tidaklah kata saya tidak termasuk golongan itu. hmm akhirnya Suami yang pening kepala. Sedangkan saya rasa bagi suami, suami sayang semua isterinya. Jika isteri baik dan tetap berbuat baik, suami mana yang tak sayang kan ♥

Jadi wahai para isteri yang baik... setelah menganalisa kes sendiri dan kes kalian, saya cadangkan dua langkah yang perlu saya dan kalian ambil :

Mohonlah perlindungan Allah dari syaitan yang direjam
Projek mega syaitan, iblis dan sanak saudarnya adalah untuk memecahbelah dan merosakkan kasih sayang sesama kita. Dicucuknya isteri pertama, isteri kedua, isteri ketiga dan keempat. Suami pun akhirnya akan kalah dengan cucukan syaitan jika jemaah isteri hanyut dan rela berdamping syaitan. Hingga akhirnya syaitan berjaya membuatkan suami menceraikan salah seorang isterinya.. Sesungguhnya segala rasa negatif yang berlebihan adalah dari syaitan.
Rasulullah bersabda: Sesungguhnya bag…

Sahabat hadiah ALLAH

ALLAH menganugerahkan saya seorang sahabat beberapa tahun dulu. Kami tinggal serumah dan sebilik mulanya. Tapi selepas beberapa ketika, kami tidak lagi mahu tinggal sebilik kerana ingin menjaga cinta dan persahabatan kami :O Kalau sebilik, ...lebih berpotensi untuk bergaduh :D

Kami study bersama. Buat assignment bersama. Makan bersama. Berpersatuan sama. Kelas sama. Duduk sama sebelah menyebelah dalam class sampai hampir setiap semester, lecturer pun perasan kami berkawan baik. Dan asyik menyembang :P tapi aktif juga participate kadang-kadang ♥
Dia sangat baik. Sebab dia selalu dorong saya jadi baik. Kalau saya tak baik pun, dia akan selalu highlight ciri yang baik pada saya, hingga saya terdorong meninggalkan yang tak baik itu. Dia pendengar yang baik. Sangat selalu bantu saya... nasihatkan saya. Dia selalu ingatkan saya untuk cari syurga ALLAH :'(
Semalam satu Ramadhan saya sangat teringat dia. Sebab dulu kami akan berjalan kaki sama ke masjid untuk buka puasa free. Solat tar…

Apa tajuk entri ini? :D

Dulu masa SPM kita berjuang habis-habisan untuk dapat banyak 'A' supaya boleh masuk U. Tapi bila masuk U kita merungut dan mengeluh dengan assignment yang banyak, kita pun tak selalu tak cukup duit. Jadi kita rasa tak sabar nak masuk alam bekerja, seronoknya nanti dapat duit, tak payah nak stress macam zaman belajar. Rupanya bila masuk kerja lagi dasyhat, lagi stress - keluar 7 pagi hingga 7 mala...m, bukan macam di U yang kadang cancel class. Boleh tidur sampai tengahari. Yang kadang boleh extend assignment. Dah kerja, stress dengan boss dan client. Sibuk dan stress. Takde life :O

Bosan.Penat.

Ohhh...teringin nak kahwin. Nanti adalah isteri untuk masakkan yang enak. Bosan makan nasi bungkus kat cafe ofis. Rumah berselerak ini pun adalah orang tolong kemaskan nanti. Ada lah khidmat urut halal dan manjakan. Adalah sang bidadari untuk berkongsi hati, mendengar keluhan dan segala macam stress. Opps ini versi lelaki.

Versi isteri... Ohh teringin nak kahwin. Balik kerja senja-s…

Cinta Yang Teristimewa

Menginginkan kebahagiaan dalam cinta, harus bermula dengan mencintai Sang Pemberi Cinta, ALLAH yang Maha Esa. Ini tazkirah untuk saya dan kita :)
Jika kita melupakan ALLAH, kita tetap mampu mencintai si dia. Tapi sebentar cuma. Kita tak akan cinta bila si dia menunjukkan kelemahan dan terpamer keburukan. Kita juga selepas beberapa ketika hadir jemu di sisinya. Kita manusia, kuasa mencintai kita terbatas.
Namun bila kita mencintai ALLAH, kuasa mencintai kita menjadi hebat. Kita mampu memaafkan, hati kita luas dan lapang, kita menutup keaiban, memberi kasih sayang tanpa syarat, tidak marah, tidak menghukum, walau kadang kita mungkin melukakan hati si dia juga.
ALLAH, amat besar cinta yang dianugerahkan kepada orang-orang beriman.
ALLAH tak bosan dengan kita, makin kita mendekati ALLAH, makin ALLAH lebih cepat mendekati kita. Sedangkan si dia, dia rimas kita terkejar-kejar dia atau asyik menghubunginya :O
Seperti firman ALLAH dalam hadis Qudsi: "...Dan jika dia mendekati kepadaKu s…

Pernikahan: Koordinasi Duit Dan Seks

Seperti yang dikongsi dari Konvensyen SuperParent lepas, isu kewangan dan hubungan seksual antara dua faktor utama kes perceraian. Kepada pengantin lama dan baru, sama-sama komunikasikan dengan hikmah antara suami isteri. Kewangan dan hubungan seksual adalah isu yang sangat sensitif, belajarlah untuk transperan/telus dan belajar mengkoordinasi.

Isteri akan tertanya-tanya kenapa suami asyik tak ...cukup duit setiap bulan, sedangkan isteri rasa isteri yang lagi banyak spend untuk anak-anak dan belanja rumahtangga. Jadi secara kasar suami boleh berkongsi kalaupun tak boleh cerita detail - supaya isteri tak berprasangka dan ketidakpuasan hati dapat dikurangkan.

Isteri juga, walaupun duit isteri adalah duit isteri, suami juga suka isteri berkongsi ke arah mana duitnya dibelanjakan. Perkongsian tentang kewangan ini antara etika yang sangat membantu rumahtangga harmoni.

Belajar mengkoordinasi kewangan agar seimbang dan menggembirakan hati kedua-dua pihak, ambil tahu suami isteri pefer sp…

Syahadah Kunci Bahagia

Assalammu'alaikum wa rahmatullah
Sahabat-sahabat yang dikasihi...kali ini saya ingin berkongsi satu tajuk yang besar dan sangat penting untuk kita. Tentang syahadah. Dari kita sekolah darjah satu hingga tingkatan lima, kita sangat tahu bahawa rukun islam yang pertama adalah mengucap dua kalimah syahadah. Namun, adakah rukun islam itu berhenti sekadar dengan 'ucapan kosong dua kalimah'? Kita biasa mendengar tentang syarah sah solat. Syarat sah wuduk. Syarat sah nikah. Apa pula syarat sah untuk syahadah?
Apa yang kita faham dengan tiada tuhan selain ALLAH? Apa pula maksud Nabi Muhamad saw pesuruh ALLAH?
Sesungguhnya hati yang tidak bahagia berakar umbi dari kejahilan mengenal makna dan syarat sah syahadah yang unggul dan mulia. Jom kita sama-sama belajar, saya sendiri pun, setelah dewasa ini baru mengenali dan berusaha mendalami. Saya kongsikan sekadar sedikit yang saya tahu, yang salah mohon dibetulkan kerana kita sangat takut mengungkapkan sesuatu yang salah tentang Tuhan…

Pernikahan: Kebahagiaan bukan ready-made

Mereka berkongsi, bahawa pernikahan ini rupanya tidaklah seindah yang disangka. Duka. Kecewa bertimpa-timpa. Ada yang merasa sengsara.
Sebenarnya, mungkin dari awal kita telah tersalah memahami erti cinta dalam rumahtangga. Cinta di alam pernikahan bukan lagi sekadar desiran di dada. Bukan sekadar,' ada taman dalam hati'. Tidak hanya, ciuman dan pelukan melepas syahwat yang meronta di jiwa.
Dimulakan dengan keikhlasan menikah untuk mencari redha ALLAH, cinta adalah perjuangan dengan penuh tanggungjawab. Hasil perjuangan dan keazaman, barulah mampu cinta mengairi tasik hati dua insan. 
 Di alam rumahtangga, perlu *mendalami* apakah ertinya mencintai kerana ALLAH. Kemudian berusaha menjadi kekasih dan teman hidup yang terbaik seperti yang dibimbing pedoman ALLAH dan Rasul SAW.
 Mulakan dengan diri sendiri. Membahagiakan pasangan sebanyaknya ♥ Jangan sekadar menunggu dibahagiakan.

Pernahkah mengambil tahu, apakah yang paling menggembirakan pasangan dari diri kita? Pernahkah saling …

Poligami: Bahagia Itu Milik Bersama

Tika di bumi Mekah/Madinah, beberapa jemaah umrah Malaysia/internasional merasakan kerapatan kami berdua sebagai madu (ukhti Aishah M Nasarruddin dan saya) adalah cerita pelik tapi benar. Ada yang memuji dan mengkagumi, ada yang sukar percaya melihat kami tinggal sebilik, ke sana ke mari bersama-sama. Ada beberapa siri 'interview' dan meminta tips. ( Apapun, Ya, saya percaya ramai lagi madu-madu yang berbaik di luar sana ).

Kisah kami sesungguhnya bukan seperti cerita 'Siti di alam Fantasi'. Kami bermadu dan kami adalah isteri-isteri di alam realiti. Kami berbaik. Kami gembira bersama. Dan kami juga bermujahadah. Kami juga perlu selalu bermuhasabah. Masa-masanya, konflik menjengah. Kadang kami menggembirakan suami. Kadang kami memeningkan suami :P
Usah mencari-cari kesempurnaan famili poligami untuk dikagumi. Usah mengintip-intip kesalahan dan kekurangan untuk menjadi hujah mengenepikan poligami. Kerana poligami atau monogami, setiap perkahwinan ada pasang surutnya. Beru…

Jalan Yang Lurus

Semalam selepas habis meeting program di UiTM Selayang, saya mencuba jalan baru untuk pulang ke rumah. Saya melalui jalan seperti yang di atas iaitu highway LATAR yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Kuala Selangor. Pagi Ahad ini, untuk ke seminar di Selayang juga, saya mengikut highway yang sama. Saya terpesona dengan kecantikan pemandangan sekitarnya, saya pun memperlahankan kereta dan mengambil gambar. Itu suasana pada pukul 8 pagi...
Abdullah dan Tok Naninya turut saya angkut ke meeting program. Saya kira, bila tanggungjawab semakin bertambah ada kelonggaran dan pertimbangan untuk meeting bersama para ibu :D Mereka tidaklah mengganggu meeting saya, namun saya meminta izin untuk beredar awal dari meeting setelah beberapa perkembangan dan kata sepakat untuk program yang dirancang telah diambil.
Sepanjang perjalanan di highway LATAR, Abdullah dan Tok Nani duduk di seat belakang. Saya memandu berhati-hati, maklumlah jalan baru - perlu melihat signboard dengan betul dan tidak terlalu l…

Ramadhan: Jom jadi lebih baik :)

Assalammu'alaikum wa rahmatullah :)
"Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan ihtisab, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" (Riwayat Bukhari)
* ihtisab = Mengharap redha dan pahala dari ALLAH
Sahabat-sahabat pembaca yang dikasihi, jika diizin ALLAH, kita akan menjejak kaki ke bulan Ramadhan buat kesekian kalinya...
Ramadhan yang mulia menjelma, ayuh kita menjadikan bulan ini wasilah untuk kita menjadi hamba yang mulia di sisi ALLAH.Kita fokus kepada diri sendiri, menjadikan DIRI SENDIRI lebih baik di pandangan ALLAH.  Kita fokus untuk menambah keimanan dan amal soleh, dalam rangka meneruskan kehidupan sementara dengan cara yang diredhai ALLLAH.
Ayuh merancang dan mempersiap hati, fizikal dan minda untuk Ramadhan :D
Saya juga mengingatkan diri sendiri dan sahabat semua agar terus mendekatkan diri kepada ALLAH. Mencari ilmu mengenal ALLAH hingga kita menikmati manisnya cinta sejati dan keimanan. Kita terus belajar cara beribadah yang sahih (benar) seper…

Kehidupan : Berjuang Merentasi Lautan Dunia...

Yasmin Mogahed, UM, 1st July 2012

How to cross the ocean of dunia:

1. Know that Life is just a bridge to the next world

2. Know your purpose

3. Understand this ocean (dunia):

a. it is temporary
b. Imperfect
c. A test
d. Mean/tool

4. Plan for tomorrow (tomorrow = hereafter)

5. Rememberance of Allah (never let shaitan be the main advisor)

6. Protect your heart from syaitan

7. Guard yourself from your own nafs

8. Avoid sins, repentance

9. Guard your heart, protect your heart by guarding tongue, eyes, ears... having good company.

10. Maintain personal connection with Allah swt thru prayers, tahajjud..doa a lot. Always talk to Allah..!


:)








posted from Bloggeroid