Wednesday, May 1, 2019

Perbezaan Lelaki Prempuan. Wajib baca bagi suami isteri




| Perbezaan suami dan isteri dalam berkonflik |

(Sambungan)
.

Lelaki dan wanita mempunyai cara fikir dan (cara merasa) yang berbeza dalam menghadapi konflik rumahtangga. 💬
.

Sangat penting untuk memahami perbezaan ini agar suami dan isteri lebih bersabar dan lebih empati pada respon dan tingkah pasangan.
.

Wanita umumnya cenderung untuk terlebih analisa sesuatu masalah yang berlaku. Dan sukar untuk let go / melupakan pergaduhan yang terjadi.
.

Sedangkan lelaki pula cepat untuk lupakan konflik yang berlaku kerana memang bahagian otak mereka Tuhan design sedemikian. Cepat move on. Dan lelaki waktu bergaduh lebih ego, namun lebih mudah untuk berdamai.
.

Isteri nampak mcam senyap tak ada apa, namun dalam hati bergelodak --> tiba tiba suami di tempat kerja dapat mesej dari isteri cakap nak bercerai.. 😣
.

Seorang isteri sering merajuk lama. Seorang isteri sedih lama setelah bergaduh. Sebab dia details dengan perasaannya , dia lama berperang dengan jiwanya bila berkonflik. Isteri jadi penat non-stop  berfikir pasal konflik. Lepas 2 atau 3 hari baru dia betul-betul ok.. 
.

Seorang isteri contohnya; petang semalam gaduh dan dia marah-marah suami. Bila dah meluah dan bincang -- suami minta maaf. Dan isteri minta maaf.
.

Suami dah ok, bangun pagi happy tapi isteri bangun pagi muka tak ok sebab nak sambung bincang pasal konflik semalam. Isteri rasa dirinya teruk. Tak baik. Suami maybe dah tak sayang. Rasa nak cerai..
.

Suami pulak , "Huh?? Kan dah settle semalam..kenapa nak sambung lagi"
.

Bila suami respon macam tu, lagi isteri rasa suami tak peduli perasaan dia . Suami pula rasa isteri over dan kaki drama.
.

--->  Dan berkembanglah semula marah, kecewa hingga jadi lah pergaduhan seterusnya sebab tak faham cara orang lelaki dan perempuan berfikir tentang konflik.
.

Allah memang jadikan bahagian otak orang lelaki melihat problem pada satu kotak dan setiap kotak terpisah. Dah settle satu kotak, lelaki move on ke kotak lain.
.

Perempuan pula istimewanya semua kotak dalam fikiran dia bercampur baur --> selanjutnya rujuk pakar otak.
.

Teori di atas saya petik dari tulisan Dr Terri L. Orbuch yang melakukan kajian lebih 20 tahun ke atas ribuan pasangan berkahwin. 
.

Moga dengan sedikit perkongsian ini, suami isteri lepas ni lebih memahami bila timbul konflik.
.

 Isteri boleh usahakan tak terlalu details dengan perasaan, belajar let go. Dan ada perkara yang memang tak settle, perlu sabar.
.

Suami pula usahakan lebih memahami isteri yang bergelut dengan perasaan setelah begaduh dan teruskan amal amal cinta jua mendoakan Allah jaga perasaan isteri.
.

Sekian, moga bermanfaat <3 font="">



No comments:

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...