Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Jalan Jalan Bajet Kuala Lumpur

Alhamdulillah hari ni 25hb Disember Allah rezekikan ke Planetarium  Negara dan Taman Tasik Perdana dengan anak-anak dan abang kakak ku bersama anak anak mereka juga. Mak , Muhammad dan Najwa pun ikut sama.
Jalan jalan bajet bagi kami kerana tiket dewasa RM6 dan kanak kanak bawah 12 tahun RM4 untuk masuk Planetarium dan taman tasik percuma tentunya..!! ..Murahlah bagi kami, harapnya murah bagi kalian yang mencari idea jalan jalan bajet juga.. :D
Dan berdekatan planetarium  itu ada Taman Tasik Perdana yang ada taman rusa juga..masyaAllah Alhamdulillah  anak anak saya Abdullah abdurrahman dan sepupu sepupunya itu semua gembira dapat tengok rusa kemudian berlari riang tepi tasik. Ada playground besar juga..!
Kami park kereta di laman Memorial Tun Razak , di situ ada cafe juga. Kami lunch di cafe itu bila survey harga masakan panas dan nasi campurnya antara 5 ke 6 ringgit sepinggan. Ok cukup bajet bagi kami seramai 5 dewasa dan 6 kanak kanak ..total lunch makan minum RM 46.. :D
InsyaAllah nant…

Tips Bisnes Online Irfan Khairi

Tips Bisnes Online dari Jutawan Irfan Khairi (yang saya dengar pagi ini di TV1 dan dapat pelajaran - olahan sendiri):

1- Penting untuk membina jenama dan kredibiliti dalam bisnes - tapi kurangkan promosi produk di laman sosial seperti facebook. Sebaliknya bagi informasi yang banyak, sebab orang sekarang suka mencari informasi/maklumat online yang membantu mereka. Disebutkan juga, bahawa dalam Sehari purata dua ribu iklan kita nampak dan dengar, orang dah penat nak tengok iklan promosi barang di fb..

2 - Kegagalan memang akan lebih banyak dari kejayaan. Orang yang berjaya akan banyak gagal. Dari gagal itu manusia akan belajar, kerja keras dan perbaiki diri. Logiknya juga, perniaagaan yang betul perlukan usaha keras dan banyak pengorbanan. Tak boleh nak jalan mudah atau cepat seperti Skim Cepat Kaya.

Pengalaman Irfan Khairi sendiri, Setahun pertama bisnes online, hanya ada 3 pelanggan saja. Tapi tetap teruskan bisnes sebab minat. Akhirnya perlahan lahan berjaya. Ia tidak semudah yang orang…

Diskusi Poligami : Kehendak atau Keperluan

Dalam  jemaah  dan  ngo  yang  mengumpul  data dan info  latar belakang ahli -  pasti  dapat  melihat peratusan  famili  poligami  yang  bertambah  secara senyap  atau  terbuka ; secara  terpandu  atau  sebaliknya.
Saya  sebagai  salah seorang 'orang  kuat'  poligami  pastinya  sangat  menghargai dan menggalakkan program  sebegini, atas  sebab ia MEMBANTU dan MENYEDIAKAN RUANG untuk :
1) Mempersiapkan  suami dari segi ilmu  kepimpinan  dan  pengurusan  keluarga poligami di  samping  misi  dan  visi mereka untuk  menyumbang  kepada  masyarakat
2) Support  isteri pertama yang  melalui  cabaran  emosi  dan psikologi  yang  hebat sebelum dan selepas poligami seterusnya  mengekalkan keharmonian  yang terbina sebelumnya
3) Membimbing  isteri  kedua agar  membangun  potensi  diri sebaiknya  agar dapat menyokong suami  dan isteri/  isteri-isteri sedia  ada
4) Memberi  ilmu dan kesedaran  kepada  masyarakat  umum supaya  respon  mereka  kepada  ahli  keluarga  terdekat yang  berpoligami  me…

Mengingat Kematian. Memberi erti pada hidup ini.

Kadang kadang kita rasa semangat makin menurun. .dan susah nak push diri. Tapi kena juga push diri untuk Memanfaatkan sisa masa dipinjamkan Allah ini.. ingatilah mati. Esok belum tentu milik kita.

--

Dulu setiap hari raya kami sekeluarga ke kubur, tapi bila saya dah share dengan abah dan mak saya tentang 'tak elok' nya ke kubur pada hari raya - abah mak pun faham dan tak adalah ajak kami adik beradik ke kubur lagi.. jadi bila raya, kita ikut sunnah Rasulullah saw beraya ya.. Bukan pergi tahlil di kubur .

(Mungkin sesetengah orang sukar nak terima isu macam ni, sama juga macam saya..Apatah lagi dari kecil kita membesar dengan nya..tahlil kematian, tahlil di kubur, tahlil dan yasin malam jumaat..Jom kita ubah dengan ilmu, ubah kepada yang Rasulullah saw cinta, bukan biasakan diri dengan amalan semata kerana ikut saja dari kecil. )

---

Tapi selain hari raya, sangat elok pergi kubur, supaya fokus hidup dapat kita luruskan, dan supaya hati perempuan saya ni tak beremosi hanyut lama lama…

Akhlak Baik. Petanda Insan Berilmu.

Pesanan ini sangat penting. Untuk diri saya. Dan sahabat semua.

Dalam suasana elok, tenang, dan lancar - semua kita mampu tampil sabar, berlemah lembut, senyum dan bercakap/menulis sopan santun. Mampu kah kita tetap menjaga akhlak sewaktu orang lain memprovok api kemarahan di hati ini atau kita turut mencela orang lain sewaktu mereka mencela kita..
Muhasabah diri ♡♡♡
"Dan mereka (al-firqoh an-najiah ahlus sunnah wal jama'ah) menyeru kepada (penerapan) akhlaq yang mulia dan amal-amal yang baik. Mereka meyakini kandungan sabda Nabi saw "yang paling sempuna imannya dari kaum mukminin adalah yang paling baik akhlaqnya di antara mereka". 
Dan mereka mengajakmu untuk menyambung silaturahmi dengan orang yang memutuskan silaturahmi denganmu, dan agar engkau memberi kepada orang yang tidak memberi kepadamu, engkau memaafkan orang yang berbuat zaalim kepadamu, dan ahlus sunnah wal jama'ah memerintahkan untuk berbakti kepada kedua orang tua, menyambung silaturahmi, bertetangga…