"A'uzubillahi minash syaitonnir rojeem..." ini adalah alat penting dalam menghadapi alam rumahtangga. Lafaz Ta'awuz. Bila dua insan bernikah, geng syaitan menysusun kekuatan tenteranya dan memperbaharui misinya untuk meruntuhkan rumahtangga yang dibina agar syaitan mendapat pengiktirafan kejayaan (hadis muslim).
Setakat hampir lima tahun berkahwin ini, saya dapati tidak sedikit yang bercerai dari monogami atau poligami. Kalau di alam poligami, yang kerap berlaku, samaada yang bercerai/menuntut cerai/diceraikan, samada isteri pertama atau kedua. Dan syaitan lah akhirnya yang akan bertepuk bersorak dengan hal ini.
Cemburu isu utama, manfaatkan lafaz taawuz, pahatkan di hati. Di akui kecemburuan luar biasa melanda isteri bila suami bernikah lagi, terutama isteri membayangkan suaminya bemesra di kamar dengan wanita lain, cemburu dari segi wang dan masa ada juga, maka yang perlu kita nasihatkan adalah ayuh kita sama-sama mengurus cemburu itu.
Cemburu itu ada dua, pada perasaan dan pada tindakan. Tidaklah berdosa cemburu jika hanya wujud rasa di hati. Yang berdosa - saya bukan menghukum sekdar berkongsi yang saya faham - dosa hanya apabila cemburu itu menyebabkan isteri melempar kata-kata kesat kepada madu, mencerca suami atau memboikot suami, menyerang madu atau memukulnya, isteri mengabaikan anak-anak dan rumahtangga.
Kalau suami tidak bijak dan tidak berhikmah menangani hal ini, situasi rumahtangga menjadi buruk. Syaitanlah yang menang dalam usahanya menanam kebencian dan menuai perceraian dan permusuhan antara suami isteri....
Kalau suami tidak bijak dan tidak berhikmah menangani hal ini, situasi rumahtangga menjadi buruk. Syaitanlah yang menang dalam usahanya menanam kebencian dan menuai perceraian dan permusuhan antara suami isteri....
Pada suami, bila isteri buat muka cemburu atau meluahkan rasa cemburu, usahlah dinafikan.. dengar saja, bagi respon memahami, peluk isteri, bagi kata-kata semangat, kata-kata cinta...
Pada isteri, kuatkan keimanan. Ia benteng serangan syaitan. Jangan biarkan kasih dan kebahagiaan rumahtangga selama ini dirosakkan syaitan. Ya, syaitan yang merosakkan rumahtangga, bukan rumahtangga runtuh kerana keputusan suami bernikah lagi. Bukan rumahtangga runtuh, lalu kita letakkan kesalahan pada poligami dan madu. Rumahtangga runtuh bila suami isteri tidak lagi berakhlak dengan benar, samaada dalam monogami atau poligami.
Rumahtangga runtuh bila suami isteri membiarkan syaitan mengalahkan mereka tanpa usaha melawan syaitan seperti petunjuk agama.
Rumahtangga runtuh bila suami isteri membiarkan syaitan mengalahkan mereka tanpa usaha melawan syaitan seperti petunjuk agama.
Wanita...kita perlu reshape our love. Selepas ALLAH dan Rasul, barulah mencintai suami. Atau sebenarnya, kita mencintai suami kerana kita mencintai ALLAH. Jika jelas di situ, akan mudah kita kembali pada ALLAH bila ujian menerpa rumahtangga. Ia mudah dilafaz, namun untuk kita benar-benar menghayati cinta ALLAH ddan Rasul yang tertinggi, memerlukan kita melepaskan perasaan mencintai manusia lebih dari mencintai Tuhan- Tuhan yang membenarkan suami punya lebih dari satu isteri...
JIka cinta suami melebihi cinta ALLAH, saya dan kita akan selalu serabut, serba salah, gundah..Ayuh temanku, kita mendalamkan cinta pada ALLAH. Mengenali ALLAH, agar mudah kita redha dan akur pada syarit yang digariskan ALLAH. Agar ALLAH menjaga kita dari godaan syaitan - syaitan dari kalangan jin dan manusia.
JIka cinta suami melebihi cinta ALLAH, saya dan kita akan selalu serabut, serba salah, gundah..Ayuh temanku, kita mendalamkan cinta pada ALLAH. Mengenali ALLAH, agar mudah kita redha dan akur pada syarit yang digariskan ALLAH. Agar ALLAH menjaga kita dari godaan syaitan - syaitan dari kalangan jin dan manusia.
Saya juga cemburu, dan berjuang melaluinya terutama di fasa awal suami bernikah lagi. Malah sebelum berkahwin dengan suami saya, saya sudah merasa cemburu dengan bakal madu (isteri pertama). Alhamdulillah akhirnya ALLAH bantu kita keluar dari rasa cemburu yang berat, menjadi cemburu seadanya. Saya dah lupa pun cemburu berat dulu macam mana, bila teman-teman isteri berkongsi, saya kembali memahami. Bangunkan kemanisan solat, bangunkan ukhuwwah dengan teman-teman solehah, libatkan diri dengan orang-orang susah agar kita dapat kurangkan cemburu dan sedar bahawa kita telah tenggelam dengan nikmat ALLAH yang banyak, hingga ujian poligami menjadi berat teramat.
Ia, poligami berat pada sebahagian kita, ringankan ia dengan bergaul bersama orang-orang yang mempunyai musibah lebih hebat. Dan sekalipun suami bernikah lagi, tetaplah menjadi isteri terbaik untuk suami, kerana ALLAH. DI situlah akan ditemukan kebahagiaan yang sebenarnya ♥
_________________________________
4 comments:
Saya amat bangga dgn puan. Saya istri pertama dan baru juga hidup bermadu. So far saya dan madu alhamdulilah. Dan saya masih belajar tangani sikap cemburu.
Salam puan,
Saya seorg suami dan sll membaca tulisan puan. Di sini antara sumber ilham, inspirasi dan lbh penting lg harapan saya.
Saya ingin memohon nasihat dan panduan dr puan, kalau blh dgn kadar segera.
Saya br shj (smlm) menyatakan hasrat sy secara terus terang utk bernikah lg. Namun bkn kadar segera, mungkin 2-3 tahun lg dgn gadis anak sahabat sy, yg telah direstui bapanya. Sebagaimana yg dijangka, mmg isteri sy meluahkan rs xpuas hatinya. Dan kini dia sudah lari ke rumah ibu ayahnya tanpa keizinan sy.
Sy sendiri agak tidak selesa dgn kelancangannya dlm memaki Al Quran, sunnah dan hukum agama. Apabila dia sudah marah, maka segala kata2 yg menyedihkan sy dikeluarkannya.
Namun sy amat menyintainya. Sy sudah cuba sedaya mampu utk yakinkannya bhw ini bkn krn sy ingin menghukumnya, atau tidak lg ambil berat dgnnya. Dan kelancangannya itu jg sy pandang sebagai kegagalan sy, 6 tahun berkahwin namun tampaknya acuan dan didikam sy gagal.
Kini sy seorg di rumah, merindukannya dan anak kami.
Blh puan bantu sy dgn nasihati sy apa yg perlu sy lakukan skrg...?
Harap puan reply segera.
Waalaikumussalam wrb..
Pada pandangan saya, sebaiknya pergi ke rumah ibu bapa isteri, bawa/ajak isteri pulang. Minta maaf kerana buat dia terkejut. Dan buat masa ni jangan timbulkan lagi isu poligami.
Pada saya, Bagus encik jujur memberitahunya. Dalam masa yang sama, reaksi itu juga dijangka. Dan hadapinyalah dgn sabar dan hikmah. Serta doakan allah memberi panduan dan kekuatan pada encik dan isteri..
Terima kasih di atas respon puan. Jika puan sendiri mengatakan bahawa hal ini normal maka kurang risau saya.
Kini dia sudah pulang ke rumah. Ayah dan ibunya sudah tentu menentang, atas alasan-alasan yg kerap kita dgr. Dan buat ms ini mmg sy cadang utk tidak timbulkan lg isu ini sebagaimana saranan puan.
Dan sy sendiri tidak tahu langkah seterusnya wallahualam.
Post a Comment