Skip to main content

Isteri yang berbudi, moga dapat suami mithali ;)



Menulis blog berkaitan pernikahan dan poligami, tidak sedikit para isteri yang berkongsi 'masalah' suami dan ujian rumahtangga. Dan saya suka memfokus kepada - apa peranan yang isteri boleh lakukan?

Tanyalah pada suami, dan bakal suami, jauh di sudut hati ingin menjadi 'imam'mu yang baik, suami yang soleh, suami yang hebat...

Namun, niat baik itu harus dibantu isteri dari awal malah dari sebelum kahwin jika ada ruang. Bantuan yang macam mana...?

Seperti kata Dr Kevin Leman dalam buku relationship:

#This fact is very important fact - he wants to be a good husband. He wants to please you. But he doesnt know how to do that. He needs your help.

Suami sangat penting baginya untuk melihat wajah gembira/ senyum isteri. Jadi, seperti yang Rasul saw ajar, jadi isteri yang memandang suami dengan wajah manis dan banyak bersyukur ,(baca: banyak berterima kasih).

Dari awal nikah, bila ada perbuatan dan perkataan suami yang disukai, jangan berbunga dalam hati sorang sorang. Kongsikan dengan suami, apa perbuatannya yang menggembirakan dan membantu menaikkan emosi dan diri kita sebagai isteri.

Penting untuk suami tahu, supaya suami boleh kekalkan dan improve. Ucapan terima kasih dan pengiktirafan isteri adalah pembangkit semangat suami, sepertimana kata cinta dan perhatian suami pada isteri membangun perasaan isteri.

Kagum pada effort dan karakter suami, jangan simpan dalam hati. Jangan sekadar tulis di fb, tapi luahkan dengan penuh perasaan bila berdepan.

Bila emosi suami terjaga dengan kesyukuran isteri, insyaAllah dia akan terus berusaha menjaga emosi isteri. Kesyukuran isteri yang banyak kepada suami, akan membantu suami menerima teguran dan kritikan isteri untuk perbaikan.

Biasanya, bila isteri menyebut, "Suami saya tak boleh ditegur...!" mungkin isu sebenarnya ialah isteri tak highlight kebaikan, sangat jarang berterima kasih namun sering pula menampakkan kesalahn suami.

Isteri pun tak suka asyik dikritik suami - bila suami jarang memuji dan jarang menghargai...kan...?


_____________________

 
Ucapan Terima kasih, pujian, senyuman - kadang tiga hal kecil yang tidak dibudayakan ini membawa kepada rumahtangga yang kecundang.

Mulakan dari awal nikah, anda mampu mengubahnya..! (mengubah statistik perceraian negara)






Comments

Cimas Tc said…
InsyaAllah..terima kasih :)
perkara yang simple pun kadang2 susah nak buat bila hati 'sakit'...tapi saya akan usaha dan berdoa dalam mujahadah ini.
Anonymous said…
Assalamualaikum wbt k.adni♥♥♥...
Jom... kita sume nk msk syurga Allah kan?
Jom memberi dari menerima...
semangat nk wat muka pling manis wat cik abg farabi syg fillah... hehh...
jazakillah khoir k.adni *^▁^*
Aishah farabi..

Popular posts from this blog

Menjadi isteri kedua

Ketika suami menikah lagi...

Pengalaman Sebagai Pembantu Di Klinik

Suami Isteri: Berbaloikah Perhubungan Jarak Jauh?

Poligami: Bersedia Hadapi Ombak Perasaan