Wednesday, March 20, 2013

Pernikahan: Kreatif Mencari Masa Berkualiti



Salah satu musykilah yang ditanya oleh isteri kedua ialah, kesibukan suami dengan kerja dan dua keluarga hingga tiada masa untuk keluar berdua, atau bershopping sama, atau beriadah bersama... dan merasakan alam poligami menjadi penyebab dirinya tidak menikmati semua itu bersama suami...

Pandangan saya untuk isteri di alam poligami atau kalian yang menjadi satu-satunya isteri sekalipun, kita harus kreatif menyusun aktiviti dengan suami... bukan poligami saja, semua orang tak cukup masa dan tak cukup duit hingga banyak perkara terpaksa diketepikan...!

Kerja dari isnin sampai jumaat, balik malam, ada yang kerja tujuh hari seminggu, ada yang kerja di ofis dan berkhidmat juga untuk masyarakat di luar waktu ofis, namun masih bahagia... tanyalah apa rahsia mereka..

Sebenarnya ialah cara kita menyusun waktu dan cara kita komunikasikan ia dengan pasangan. Jangan duduk dan lihat saja, menunggu dalam kesedihan, bilalah suami nak bawa jalan atau nak keluar sekali beli barang dapur...

Kalian lebih tahu suami kalian, lebih tahu masa lapangnya, lebih faham masa sibuknya, lebih tahu kesukaan dan ketidaksukaannya, maka carilah kesempatan di antara semua itu... Kebanyakan suami normal suka menggembirakan isteri dan mereka tak tahu apa yang bermain di fikiran isteri...

Sampaikan dengan cara kreatif, baik lagi berhikmah... dan merayulah pada Tuhan di samping meminta dan berusaha dengan insan (suami)... Moga Allah mudahkan kalian menjadi suami isteri yang saling membahagiakan ♥


Doakan saya juga, agar menjadi isteri yang bersyukur dan KREATIF :D dengan keterbatasan waktu bersama suami. Suami saya yang bergilir ke rumah tiga isteri, dengan jadual kerja (training dan penerbangan yang tak menentu) beberapa hari, waktu tidur yang tak sama kadang-kadang, (penerbangan/training sepanjang malam)... Purata bertemu 4 kali sebulan Alhamdulillah setakat ini masih memberi bahagia dan ceria pada saya.. di masa akan datang...??? Saya juga insan biasa yang perlukan nasihat dan kata kata inspirasi dari sahabat pembaca semua <3 p="">

Komen sahabat fb:

1# 
Nurul Shafinaz Abdullah Perkahwinan memang very hard..jadikan diri lebih matang..bercinta sebelum kahwin dan lepas tu berkahwin adalah satu perkara yg sangat jauh berbeza bagai langit dan bumi....bercinta selepas kahwin juga yang indah...
 
 
2# 
Ayushida Mohd Don Setuju, rumahtangga tanpa poligami pun perlukan kebijaksanaan isteri memilih masa untuk bersama suami, apalagi bila anak-anak ramai, 5-8 org anak, bila agaknya nak berdua saja? Kualitikan masa, mungkin waktu kita membersihkan wajah suami, memotong kukunya, atau menonton tv bersama lebih berkualiti dari keluar shopping yg perlu berebut-rebut di hari minggu..... jangan terlalu fikir apa yang kita TAK ADA, sebaliknya gunakan apa yg kita ADA..insyaAllah.......
 
 
Terima kasih semua ...! :D 


__________________

Love, Nurul



1 comment:

ain said...

tahniah puan..jujur sy katakan sy bangga dgn Puan krn tabah dan sabar menjalani hidup berpoligami...hakikat tiada suami disisi andai digunakan dgn sebaiknya utk dekat dgn Allah adalah suatu saat yg terindah sukar diucapkan dgn kata2

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...