:: Abdullah cakap," Teman-teman mama semua, sebelum pergi melancong ke negara lain, marilah berumrah berhaji... Perasaan dan pelajaran yang mahal perlu dipelajari di sini" |
Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum wrb ..semoga teman-teman yang dikasihi semua sihat sejahtera dalam menongkah arus dunia sementara ini. Walau kita tak pernah saling bertemu, moga hati-hati yang saling terikat ini adalah kerana kita berusaha menuju cinta ALLAH yang satu ^_^
Hari ini di library Shah Alam saya berkesempatan membaca buku seterusnya tentang perjalanan spiritual bernama Haji. Buku pertama saya baca bulan lepas, bertajuk Tips Haji Muda oleh Pengarangnya Prof Ridzwan. Menginjak tahun 2013, hati saya melonjak teringat, teringin, mahu yang amat... menunaikan haji! :( kenapa perasaan ini hadir tiba-tiba, tidak dari dulu... dulu rasa banyak perkara lain yang nak dicapai, rasa sukar nak tinggalkan anak, rasa dah tua sikit baru pergi, ..sebenarnya tak ada rasa yang kuat! rasa biasa je...
Hari ini baru membaca beberapa muka surat buku tulisan Prof Kamil Ibrahim - bertajuk 50 tips Motivasi Haji, air mata saya berderai. Agaknya tulisan yang benar lahir dari hati akan meruntun hati pembaca juga.. :'(
Beliau menceritakan pengalaman 'biasa' dan tersendiri seorang hamba yang menunaikan haji dengan hati yang tekad kerana ALLAH, namun penceritaannya membuatkan perasaan saya menjadi luar biasa, saya terasa sudah sampai di depan kaabah. Menyahut seruan haji. Saya berulang kali mengesat airmata di Kid's Zone perpustakaan yang riuh rendah dengan anak-anak berlari...kerana berulang kali mendengar pesanan tentang doa, doa, doa serta tahajud. Adakah nasihat yang lebih baik dari menyeru mendekati ALLAH, mengingatkan kepada akhirat dan berpesan ke arah amal soleh...?
Moga ALLAH memberi syurga buat Prof Kamil, Puan Roza dan Prof Ridzwan atas nasihat dan perkongsian mereka yang menyuntik semangat orang lain untuk pergi haji malah mentransformasi seluruh kehidupan kepada menjadi hamba Tuhan..!

Duit yang cukup rupanya bukanlah modal untuk berbuat apa-apa amal soleh. Sesungguhnya segala perasaan dan perbuatan kita ini adalah dalam kekuasaan ALLAH. Kita sangat bergantung pada hidayah, taufik dan inayah ALLAH. Yang diperlukan untuk mampu menunaikan haji ialah niat yang bersih dan kesungguhan yang jitu. Bersungguh-sungguh berusaha pergi haji, merancang kewangan, mengurus akhlak, mencantik peribadi, memuhasabah target hidup, bukan sekadar teringin-teringin atau haji itu menjadi sesuatu yang diakhirkan setelah perkara dunia lain tercapai.
Buku Tips Haji Muda, pertama sekali rasa hiba mengetuk hati bila membaca pengalaman mereka meninggalkan anak-anak termasuk baby selama sebulan lebih..di situ saya telah terasa pengorbanan yang amat besar. Berkorban perasaan di samping berkorban masa dan wang. Dan berkorban segala lainnya. Kedua, merembes air mata membaca kisah para warga tua yang uzur dan terlantar ketika di Tanah Suci Mekah lantaran tidak berdaya dengan situasi dan suasana haji yang sukar digambarkan itu.. Kasihannya mereka... itu dorongan utama untuk saya, agar pergi haji ketika muda bertenaga dan moga boleh membantu mereka yang uzur semampunya.
ALLAH lah segala-galanya buat kita, dari berniat, sebelum , semasa dan selepas menunaikan rukun islam kelima. Moga ALLAH bantu saya mengubah sempadan iman, dari sekarang, sebelum hingga selepas haji. Seperti perkongsian Prof Kamil dan isteri beliau Puan Roza Roslan yang menyentuh hati lagi bermanfaat tentang kisah perjalanan haji yang menjadi titik tolak mengenal ALLAH. Ya ALLAH sampaikan diriku ke sana untuk haji..! Doakan saya..! Tahun bila, umur bila - kita hanya merancang. Dan ALLAH lah yang Maha Berkuasa menentukan.
Kesimpulannya untuk entri ini ialah, jom kawan-kawan , kita berniat, mendaftar haji, berusaha, bersungguh dan merancang untuk menunaikan rukun yang sekali seumur hidup ini..jangan tunggu lagi, mati sedang menanti...! Kita dapat pergi haji dengan pilihan dan rahmat Allah...! Doakan saya dan kita semua termasuk di dalamnya..
Sahabat-sahabat yang dah pergi haji..ada tips, nasihat dan pandangan untuk saya tak ? Terima kasih mensedekahkan kata-kata yang baik kepada saya, moga ALLAH membalas dengan syurga dan redhaNYA ^_^
Sahabat-sahabat yang dah pergi haji..ada tips, nasihat dan pandangan untuk saya tak ? Terima kasih mensedekahkan kata-kata yang baik kepada saya, moga ALLAH membalas dengan syurga dan redhaNYA ^_^
________________
Moga bermanfaat ;)
Moga bermanfaat ;)
No comments:
Post a Comment