“...Jadilah kalian hamba-hamba ALLAH yang bersaudara." (Hadis Riwayat Muslim)
Tuesday, March 5, 2013
Isteri taat, suami boleh hormat...?
Bila berkongsi entri tentang ketaatan isteri di Forum Pasangan Muda tentang ketaatan isteri kepada suami, seorang suami muda bertanya - apa pula timbal balik kepada ketaatan isteri itu? Bagaimana seharusnya suami pula menghormati isteri...?
Allah menggariskan isteri mentaati suami, suami pula dituntut melayan isteri dengan baik.
Jadi mungkin yang boleh saya kongsi, misalnya apabila suami membuat sesuatu keputusan, isteri wajib taat. Namun ketaatan itu sewajarnya bermula dengan etika yang baik dari pihak suami iaitu melibatkan isteri dalam perbincangan sebelum buat sesuatu keputusan.
"Apa pandangan sayang kalau abang nak buat begitu dan begini.."
"Cuti Raya Cina ni abang ada plan nak bla..bla..bla.. Apa pandangan sayang?"
Jadi isteri rasa dihormati dan rasa ada teamwork dalam rumahtangga. Tapi jangan mengharap respon positif kalau yang isu diminta pandangan adalah.."abang rasa nak kahwin satu lagi..." :D
eh..saya salah sangka kot, ramai je kan isteri yang dah terbuka minda dan emosi kalau bab poligami...? ehem..
Contoh lain, kalau isteri menyuarakan sesuatu masalah atau isu, suami cubalah mendengar dengan hati dan empati - melihat dari kacamata isteri.
"Abang..sayang berkenan lah dengan handbag brand XXX harganya RM xxxx...boleh tak sayang nak handbag tu untuk besday next month.."
"Huh...kat stor belakang tu abang nampak ada dekat 10 handbag sayang... nak handbag lagi....??!@$#%?!"
Jangan respon macamtu.. isteri tengah angau dengan handbag tu, so suami responlah dengan hikmah ya....sambil membelai rambut isteri, mencium kening isteri, carilah sendiri ayat berhikmah menegur keborosan isteri mengumpul penuh almari handbag, kasut, baju :D
Dan kalau isteri rasa suami boros, tegur juga dengan hikmah, kasih sayang, dengan nada dan ayat yang menghormati bukan main belasah je :0
Ini antara contoh... jika suami tenang dan bahagia bila isteri menghormatinya melalui perbuatan dan perkataan, isteri pun saaaaaaayang suami bila suami menegur, menasihati, meminta pandangan dengan cara yang baik. Akhlak mulia suami ini insyaAllah membantu isteri lebih mentaati suami ♥
Moga bermanfaat.
___________
Love
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Poligami: Sebelum Bercerai
#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...
3 comments:
Maha Suci Allah yang telah ciptakan makhluknya berpasang-pasangan
Jika poligami boleh 3-4 takkan nak beli isteri handbag pun berkira:-)
give and take...
Post a Comment