“...Jadilah kalian hamba-hamba ALLAH yang bersaudara." (Hadis Riwayat Muslim)
Tuesday, March 19, 2013
Poligami Bukan Alasan Cerai
Saya membeli majalah terlaris di Karangkraf ini kerana ingin membaca topik 'Poligami Bukan Alasan Cerai' dan Alhamdulillah Allah temukan saya artikel lain berkaitan kisah sukar dan duka masyarakat yang menginsafkan dan memberi banyak pelajaran berharga.
Kisah isteri yang lumpuh setelah 10 bulan berkahwin - mengajak kita menghargai dan memanfaatkan nikmat sihat sebagai wanita.
Pelbagai kisah lagi yang mendidik kita untuk menjadi insan yang sangat sabar dan banyak bersyukur melalui liku liku kehidupan....
Tentang poligami, jika mempelajari dan memahami hikmah aturan Allah yang indah ini, insyaAllah kesukaran menjadi kemudahan.
Jika tetap memperbaiki diri sebagai isteri dan hamba Ilahi, insyaAllah kegelisahan berganti ketenangan hati.
Teruskan membangun komunikasi yang baik dengan suami, dan komunikasi hati dengan Tuhan - insyaAllah kehidupan poligami menjadi pilihan dan keadaan yang jauh lebih baik dari sebelumnya. Moga Allah menunjuki para suami dan para isteri yang selalu kembali kepada Allah.
--------------------
Tentang artikel "Poligami Bukan Alasan Cerai" - antara poin yang dikongsi ialah - kalau isteri pertama menyatakan suami adalah baik, adil dan bagus dari semua aspek, hanya isteri tak dapat menerima suami bernikah lagi - itu bukanlah alasan untuk meminta cerai, tulis Puan Suzana.
_______________
Hampir dua minggu saya tidak berkesempatan menulis dan merespon kepada persoalan poligami, pelbagai pandangan positif negatif hadir di blog dari pembaca.
Yang melihat sudut positif, alhamdulillah. Yang melihat aspek negatif, di sana ada ruang dan peluang untuk mengenali, memahami dan merasai kebaikan syariat ALLAH bernama poligami. Saya mencadangkan buku Dr Yusuf Qardawi 'Ciri ciri masyarakat Islam Unggul' yang mengupas baik sekali tentang kebaikan poligami kepada masyarakat.
Pandangan yang sering dikongsi, 'saya terima syariat poligami tapi hati saya tak mampu melaluinya' - tentang ini saya raikan cabaran yang dialami emosi isteri terutama diperingkat awal suami bernikah lagi. Dan insyaALLAh seiring masa, kesungguhan mendalami ilmu ALLAH dan merawat hati dengan kembali kepada ALLAH akan membawa kepada fasa yang mudah, tenang dan membahagiakan. Sesungguhnya bersama kesukaran ada kemudahan.
Perbaikilah hati wahai muslimah, seruan buat diri saya dan kalian. Kualiti hidup ini banyak sekali ditentukan oleh hati kita, di alam monogami atau poligami. Sesungguhnya proses membentuk dan mensucikan hati ini berjalan ke hujung nyawa..moga ALLAH bantu kita setia mencintai ALLAH hingga hujung nyawa...!
(Di samping perbaiki kualiti yang lain - kualiti pengurusan, kualiti ilmu, kualiti amal, kualiti komunikasi etc)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Poligami: Sebelum Bercerai
#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...
3 comments:
ni MW yg baru ek kak? nk g beli lah.
as salam..
pd yg berfikiran positif dn menerima poligami, alhamdulillah.. tp bagaimana kite nak berhadapan dgn wanita yg masih tak boleh trima dn sentiasa negetif pd poligami, tak sanggup berkongsi katanya.. sehingga tipis imannya sanggup melakukan apa saja, asalkn suami tidak berkahwin lagi.. minta pandangan dn nasihat dr kakak2.. kerana saya sbg calon isteri kedua amat terasa tidak tenang dgn situasi skrg ini (isteri kpd bakal suami tidak dpt terima dn tidak tahu apa tindakan yg akan dia lakukan)..
terima kasih seandainya dpt membantu saya dlm masalah ini..
salam anon, nasihat akk payah la cari penyakit nk nikah dgn suami org yg isterinya x boleh terima you, banyak sangat benda pahit pedih dan kelat bakal u tempoh jika u teruskan niat u, mungkin halangan tu sebenarnya satu petanda untuk u berundur kerana ada jodoh monogami yang baik untuk u selapas ini, insyaAllah
Post a Comment