Berkongsi sedikit pengisian Konvensyen Fiqh Wanita awal tahun ini. Suami kami teringin mendengar untuk kali pertama talk Dr Muhaya di program, sebab kami isteri-isteri rajin menyebutnya. Alhamdulillah suami suka pengisian beliau, dan suami mendoakan ALLAH memberi kekuatan untuknya terus menyebarkan ilmu, motivasi, dan moga ALLAH menambahi ilmu beliau.
______________________
Antara slot yang famili kami tunggu di dalam K-Fiqh Wanita adalah, slot Prof Dr Muhaya , seperti biasa - inspiring and interesting.
Kualiti hidup kita sangat ditentukan oleh kualiti hati kita. Jom wanita bergelar anak, isteri dan ibu ..kita membuat revolusi hati..:)
Hati dan perasaan kita adalah raja kan, pesan nabi. Hati yang menentukan ucapan dan tindakan kita.
Hati ini pula bergantung pada minda kita..! Ayuh isi minda dengan perkara dan sangkaan yang positif lagi bersih..! Jernih minda, cerahlah hati, indahlah pekerti..! Sangka baik dengan Allah itulah yang menjadikan yang sulit bertukar indah :)
Perkara yang sama, diberi respon berbeza oleh dua manusia, kerana mereka berbeza cara fikir lalu berbeza juga cara merasa..!
Bahagia atau sengsara adalah pilihan kita yang ditentukan cara fikir dan cara bercakap.. apa cara kita bercakap pada diri sendiri dan orang lain..positif lebih..? atau negatif terlebih? ikut perasaan? ikut kalam Tuhan?
Beruntunglah mereka yang melihat ujian susah dan senang dari nilaian tuhan..lalu merespon dengan cara yang menginginkan redha tuhan..!
Beruntunglah hamba hamba Allah yang membersihkan jiwanya sentiasa ..! :)
________________
LOve, Nurul
No comments:
Post a Comment