Skip to main content

Nasihat untuk suami.(dan isteri)


Assalammualaikum wa rahmatullah

'Pesanan untuk rumahtangga kak', pintanya yang bakal bergelar suami beberapa hari lagi.

Saya suka orang lain memberi nasihat kepada saya tentang Ittaqillah dan komunikasi bila datang bab perkahwinan, maka itu juga nasihat buat kalian yang bakal berdua... tambahan nasihat lain yang saya ingin kongsikan ialah lazimkan benda-benda kecil untuk mengikat hati suami dan isteri - senyum, terima kasih dan minta maaf.

Sesungguhnya seorang isteri suka suami yang bermanis muka dan memandangnya dengan wajah gembira (walau kadang-kadang kita manusia akan berwajah penat, marah dan tertekan)..

Seorang isteri terisi hatinya dengan ucapan terima kasih suami atas usaha-usahanya menggembirakan dan menyenangkan hati suami dan mengatur urusan rumahtangga. Berterima kasih atas masakan lauk pauknya, sesungguhnya dia berdebar menunggu suami menilai rasa masakannya. Berterima kasih dia menggosok baju. Berterima kasih dia mengemas bilik dan rumah. Berterima kasih dia menyambut kepulangan. Berterima kasih dia menjaga anak. Berterima kasih dia melayan ibu ayah dan keluarga anda dengan baik. Berterima kasih bila selesai berhubungan intim...dan carilah banyak perkara untuk dihargai dan diberi ucapan terima kasih.

Secara berkala akan ada konflik mendatangi suami isteri, suami tersalah cakap, tersalah bertindak hingga isteri terasa hati. Maka perlu saling memaafkan, dan minta maaf untuk bahagian yang kita bersalah. Suami yang lembut hati dan dekat dengan tuhannya tidak ego melafaz kata maaf atas kesalahannya. Maafkan, minta maaf, saling memujuk - teruskan kehidupan ♥ Isteri akan rasa suaminya prihatin kepada perasaannya.

Jika tak mampu dan kelu lidah untuk kata penghargaan dan kata maaf secara berhadapan, manfaatkan hp canggih anda untuk komunikasi maya :)

Inilah pesanan saya untuk para suami... sebegitu pentingnya sifat ini pada suami dalam membahagiakan isteri - sama juga - isteri yang memiliki dan melakukan perkara yang dikongsi ini adalah isteri yang bahagia lagi membahagiakan ♥

Malah terlebih penting untuk isteri memiliki isteri berwajah manis, ceria, sering berterima kasih dan meminta maaf atas kesilapannya pada suami :)

Moga ALLAH menunjuki kita semua untuk menjadi suami isteri yang bertaqwa .... dan moga kehadiran kita dalam kehidupan pasangan memberikan sesuatu yang bermakna untuknya.



__________________________


Love, Nurul


Comments

Popular posts from this blog

Menjadi isteri kedua

Ketika suami menikah lagi...

Suami Isteri: Berbaloikah Perhubungan Jarak Jauh?

Pengalaman Sebagai Pembantu Di Klinik

Adab Isteri Dalam Rumahtangga Poligami