“...Jadilah kalian hamba-hamba ALLAH yang bersaudara." (Hadis Riwayat Muslim)
Wednesday, March 13, 2013
Poligami = teamwork dan saling menasihati
Bila suami berpoligami, jangan harapkan suami saja yang bertungkus lumus untuk membina keluarga poligami yang 'berjaya'...isteri pertama/isteri sedia dan bakal isteri seterusnya juga punya peranan penting untuk membina keharmonian poligami.
Bila suami, isteri -isteri, bakal isteri semuanya berusaha memantapkan hubungan dengan ALLAH dan memperindah akhlak dan tanggungjawab dengan manusia, insyaALLAH tenang dan damailah keluarga itu di sebalik konflik yang pasti sesekali menduga.
Dan satu pihak lagi yang penting untuk membantu keharmonian rumahtangga poligami ialah, pihak masyarakat sekeliling :) bagilah nasihat dan teguran membina kepada suami, isteri pertama, bakal isteri kedua...
Bagi kata-kata semangat, ingatkan tentang amal kebaikan dan ganjaran akhirat, ingatkan tentang sabar dan kesyukuran. Jangan kita orang sekeliling lagi provok dengan ancaman yang melemahkan perasaan insan-insan yang terlibat dalam poligami dan menggembirakan syaitan.
___________________
Love, Nurul
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Poligami: Sebelum Bercerai
#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...
1 comment:
Salam.. mcm mn nak menghadapi provokasi org sekeliling sy yg banyak lagi melemahkan semangat sy.. menyebabkan juga sy sering kali minta untuk undur diri walaupun isteri pertama memberi keizinan.. dan setiap kali itulah juga beliau yg memberi semangat.. kerana kebaikannya juga menyebabkn sy xsampai hati meneruskn hubungan ini.. apa harus sy buat.. teruskn atau tarik diri.. bantulah saya..
Post a Comment